Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hatin. Bencinya Dian pada ‘Encik Beruang’ yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus.
Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia suka. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps… mana boleh? ‘Cik Singa’ ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut.
Sebenarnya, dalam diam Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat.
“Abang ni kiranya macam TNB, ya?” “TNB di hati Dian Qarmila.”
Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Februari 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang kewartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi.
Puas Hati.... Suka kisah Dian dan Iskandar,suka bila mana mereka asyik berbalah je bila berjumpa adengan tu agak lucu dan manis, bila Is sedar dia dah jatuh suka pada Dian dan Dian pon ada rasa yg sama tapi biasalah ego kan x nak mengaku. Suka bila kisah perkahwinan mereka.tidak di lengah-lengahkan dan dirumitkan.Suka olahan utk babak selepas mereka berkahwin.
Tak suka... watak2 sekeliling, Pn Maria terutamanya sakit jiwa,Danea nasib baiklah wataknya dicerahkan agak cepat kalo lama2 mungkin kisah lain yg terjadi.
P/S untuk babak makan entah mcm mana boleh terasa pada awal cerita asyik ajak makan dan makan lps tu makan lagi.Mungkin perasaan saya je.
1st generation : Jamal + Maria = Redza n Nea, Jamal + Aini = Dian Musa + Salmi = Iskandar
2nd generation : Redza + Ayu. Iskandar + Dian.
KAU MARAH AKU SUKA (to be franked, aku memang x gemarkan tajuk ini. Catchy tapi langsung x menggambarkan cerita yang disampaikan. 20% betul maybe. Tapi, tuntutan komersil perlu dipenuhi oleh syarikat penerbitan kan?)
Aku lebih suka menreviewkan novel ini tanpa menyentuh 'drama cinta ' yang dipersembahkan. KMAK sebenarnya berkisarkan 'natijah' perbuatan 1st generation kepada 2nd generation. Dosa silam takan dapat dipadam. Walaupun 'kesannya' tiada didepan mata, tapi perasaan bersalah akan menghantui pelakunya selama-lamanya. Begitu juga dengan En. Jamal yang berkahwin dengan Aini tanpa persetujuan isteri pertama. Rasa bersalah kepada Maria ditambah dengan rasa berdosa dengan anak yang tidak pernah ditemuinya.
Juga kesalan Puan Maria atas kertelanjuran semasa muda sehingga mengandung anak x sah taraf hingga terpaksa berkahwin dengan En. Jamal yang tidak sekufu dengannya.
'Kesan' rasa bersalah En. Jamal melahirkan watak Dian yang digambarkan seorang yang pesimis, menyendiri, membenci lelaki, pendendam tapi sangat independent. Kemiskinan mengajarnya menjadi gadis yang 'tertutup' sehingga sukar didekati kecuali oleh sahabat baiknya Sara.
Well.... drama percintaan Dian + Iskandar memang catchy. Pergaduhan dan pertengkaran antara mereka buat aku senyum ke telinga. Ganasnya si Dian menolak Iskandar sedangkan Iskandar berani mati memikat si Dian.... so sweet....
DAN.... aku kagum dengan bahasa yang digunakan penulis. Penuh dengan maksud tersirat. Perumpamaan yg diberi agak 'bodoh' tapi amat dalam pengertiannya.
contoh : -"Laras bahagia semua orang tidak sama. Ukuran kasut masing-masing adalah berbeza. Yang muat dengan saiz kita, itulah untuk kita. Biarpun kita mengharapkan ataupun berkenan pada kasut orang lain. Berkenan tapi saiznya bukan untuk kaki kita. Macam mana? Dah tak padan saiz tapi beli juga. Sampai sudah tidak boleh pakai. Membazir atau kurang cerdik?" (my favourite)
contoh :- "Yakin dan percaya, bukan di laras yang samakah? Sukar mahu diterjemahkan. Bagaikan suka makan durian tetapi tidak suka tempoyak." (jawapan aku.... mmg x sama. Aku gilakan durian tapi pernah pitam dek bau tempoyak!)
DAN.... aku terpukau dengan cara menulis melukis watak Dian. Keras di luar tapi rapuh di dalam. Beku dengan lelaki dan amat mendendami si ayah, tapi kehadiran Iskandar dan kasih Encik Jamal membuatkan Dian cair. Juga rindunya pada Ibu membuatkan dia seolah-oleh jadi pengemis kasih sayang Puan Salmi.... so touchy...
TAPI.... (for me) keseimbangan penceritaan sukar dicapai dalam KMAS.
SEPARUH MASA PERTAMA : seperti menonton drama tanpa iklan. Dialog bertubi-tubi antara watak tanpa sokongan monolog dalaman dan tanpa perincian persekitaran agak memenatkan.
SEPARUH MASA KEDUA : bahagian yang mungkin ditekankan oleh penulis. Ditulis dengan berhati-hati dengan mengupas rasa setiap pelakunya.
SEPARUH MASA KETIGA : agak tergesa-gesa ditulis. Agak anti-klimaks.
Contoh :- dendam Puan Maria tidak dilakarkan sebaiknya padahal dia punya alasan yang amat kukuh untuk membenci Dian. Memang dia cuba membomohkan Dian, menghasut Sara untuk membenci Dian malah cuba menjatuhkan Dian dengan menumpahkan air sabun (selepas diberitahu Dian hamil), tapi perlakuan tersebut diringkaskan. Penerimaan Dian sebagai anak tirinya juga agak kabur. Sepatutnya scene sedarnya Puan Maria dapat dilebihkan.
Contoh :- babak 'bertemunya' si abang (Redza) dan si adik (Dian) agak hambar. Dan watak Dian tidak dilakar sepenuhnya bila Iskandar mengamuk ketika Redza memeluknya. Dian seperti patung cendana, padahal dia sepatutnya yang lebih terasa....
Contoh :- pelarian 5 hari Iskandar ke Langkawi juga agak menghampakan. Memang Iskandar marah kerana Dian belum bersedia untuk menerima zuriat. Iskandar juga mengakui masa silam Dian masih menghantui, tapi titik sedarnya Iskandar tiada. Iskandar juga tidak mengaku khilafnya. Something missing somewhere.
Mungkin ini percubaan pertama penulis cuba keluar dari gaya menulis yang menjadi kebiasaannya, tapi bagiku x salah mengekalkan sesuatu yang sudah utuh di samping mencuba sesuatu yang baru.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Memang betullah kata orang, "It's not how you start. It's how you finish." Kalau dikira permulaan cerita ni, memang sah2 N tak suka sebab Dian memang mencabar kesabaran N. Sikap dia yang angkuh, garang dan berhati kering memang sesuai sangatlah mendapat jolokan si orang utan oleh Iskandar. Tapi bila masuk part Iskandar yang ikhlas mahu berkawan dengan Dian, and Dian cuba mengelak, N jadi suka sebab karakter dorang sangat berbeza. And Iskandar is such a sweet gentleman. Dia cuba membawa Dian keluar dari hidupnya yang gelap dek marahkan zaman kanak-kanaknya yang malang.
Akhirnya si beruang berjaya menjinakkan si orang utan. Perasaan geram pada kali pertama bertemu di KLIA jatuh menjadi simpati kepada Dian yang hidup sebatang kara. Dan rasa simpati itu bertukar menjadi cinta. Dengan nasihat Sara dan Rabiah, Dian mula membuka hatinya untuk Iskandar walaupun dia rasa dia tak layak untuk Iskandar.
Malangnya niat Iskandar untuk memperisterikan Dian menemui roadblock in the form of Puan Salmi, ibu Iskandar. Masakan Puan Salmi nak menerima Dian yang pernah memaki dirinya dan suaminya di KLIA dulu! Lalu Iskandar memberi ultimatum. Jika Puan Salmi tak menerima Dian, dia redha. Tapi jangan salahkan dia jika dia membujang sehingga tua!
Menarik! Dian benci lelaki kerana masa silamnya. Bila bertemu Iskandar, mereka selalu bertengkar. Lama-lama timbul rasa suka. Iskandar terus ajak Dian untuk berkahwin. Hubungan mereka ditentang oleh ibu Iskandar, Makcik Maria dan Danea. Dian juga serba-salah. Tetapi Iskandar mahu teruskan niatnya. Sebuah rahsia terbongkar. Dian adalah anak suami Makcik Maria, Encik Jamal. Perbalahan dalam keluarga semakin teruk sehingga Encik Jamal semakin lemah. Sengketa tidak berhenti selepas mereka berkahwin. Sekarang teman baik pun menghindari Dian. Dian terpukul bila Iskandar membawa diri kerana dia belum bersedia untuk mengandung. Iskandar akhirnya pulang bila Encik Jamal meninggal dunia. Selepas berbincang barulah Iskandar faham resah hati Dian. Dian pula sedar akan kekhilafan diri. Mereka mulakan hidup baru.
Hurm..boleh lar... hampir 80% daripada buku ni cerita pasal pergaduhan Dian & Iskandar je. Kalau nak cari sweet, baca lar dari belakang. Sebab part sweet cuma 20% kat belakang buku, itu pun tak sampaj 20% lar, sebab ada juga part gado merajuk diaorang. Hurm..