Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rokok Nan Sebatang

Rate this book
Romi, seorang agen insurans yang bosan dengan rutin hidupnya, mengulangi perkara yang sama setiap hari, bertemu dengan seorang lelaki misteri, Wan, yang melarikan diri dari cerita sedihnya. Wan bercadang mengembara dengan Romi, yang pada mulanya enggan kerana takut dibuang kerja, namun akhirnya mengikut Wan mengembara mencari makanan terenak di Malaysia seperti gulai asam rong di Pahang, gulai masak lemak cili api daging salai di Negeri Sembilan, asam pedas di Melaka, dan mi rebus tulang di Johor.

Bersama-sama mengikut adalah Rudi, seorang anak muda yang bosan duduk di rumah mak ayahnya di Temerloh, Pakcik Azmi yang mengajar sekolah pondok di Selandar, Melaka, dan Bunga Ramona, gadis naif dari Ipoh mengembara untuk bertemu dengan kekasih sibernya di Singapura.

Mengisahkan tentang persahabatan, friendzone, percanggahan ideologi liberal-konservatif, anak muda, dan yang paling penting, sebagai bukti empirikal banyak lagi makanan yang lebih sedap di Malaysia dan bukan sekadar mamak dan tomyam sahaja.

280 pages, Paperback

First published April 1, 2013

14 people are currently reading
197 people want to read

About the author

Nami Cob Nobbler

28 books133 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
92 (34%)
4 stars
94 (34%)
3 stars
64 (23%)
2 stars
11 (4%)
1 star
8 (2%)
Displaying 1 - 30 of 53 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
October 25, 2014


Rupanya kisah ini kesinambungan dari Lelaki Eksistensial nasib baik belum baca lagi,jadi unsur-unsur misteri si Wan itu dapat dirasai.Buku yg agak "gila" dibaca tahun ini,itupun kalo tak cari buku-buku lain penulis dalam masa terdekat.

Puas hati juga baca kisah ini lebih-lebih lagi bila kita tak dapat nak jangka apa yg ada didepan,baca dan baca tanpa henti dan dengan sabarnya tidak cuba-cuba menyelak terus ke muka surat akhir,tak sempat pon nak selak sbb x ada perasaan bosan dan lagi elakkan baca sebarang review yg ada unsur-unsur "spoiler".Satu yang saya kurang berkenan apabila penulis terlalu banyak bercerita tentang muzik yg saya mmg x faham dan pernah nak amik taw,Ideologi-Ideologi penulis, okay hak masing2 boleh baca dan abaikan.

P/S Mungkin akan cari buku-buku lain penulis.
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
August 7, 2017
Kisah sekumpulan sahabat instant dan sebuah Volvo 1968. Gulai asam rong, ikan bakar, siput sedut, asam pedas, sate, mi rebus dan sedikit suntikan AMERIKA-- sup brokoli dan tapai ubi. Tour tanpa tuju, dan alunan musik. Aku skip bahagian lirik-lirik lagu, sorry.

The earliest part was my favorite. Bila masuk bab cinta jadi messy pulak, journey yang smooth dan tanpa hala dah jadi too personal. I met Puspa again in here, masih berdebat dengan si eksistensial but weirdly enough their relationship was still good.

Ada cerita tentang Wan dan Tengku Lin di sini. Story telling di bahagian hujung macam kelam kabut, laju semacam. Sama macam perangai Wan yang aku tak sangka terutama pasal Bunga Ramona. Romi being the nice guy, simpati dengan nasib Romi (tapi bahagian balik kampung nenek di Kluang antara kegemaran aku). Macam biasa, penulis bagus pelbagaikan watak. Rudi was my favorite.

Okay, not bad lah. Enjoy juga. Ending unexpected. "Cinta yang agung adalah cinta yang gagal."
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
October 20, 2021
Tak sangka ada sambungan yaa. Muka depan buku ini cantik..! Aku suka.

Yang pasti bagi aku cerita di tulis dengan tergesak-gesak. Aku tertarik dengan makanan nya bila aku baca sinopsis di belakang buku. Tetapi aku kecewa bila penulis hanya menulis apa yang Wan, Romi, Rudi, Azmi dan Bunga makan hanya sepintas lalu sahaja kecuali Lontong Darat di Kluang.

Setiap bahagia cerita ini ditulis dengan cepat, laju bagi aku. Seolah-olah penulis tidak mahu kita menikmati nya. Bagi aku, cerita nya terlalu cepat dan sekali lagi tiada arah tujuan. Hahaha.

Bahagia yang ada lirik lagu itu aku memang skip lah. Karya ini bagi aku semacam hilang. Mungkin itu matlamat nya. Hilang untuk mencari kehidupan. Mencari makna untuk sesuatu yang hilang.

Nami adalah penulis kegemaran aku. Memang terbaik lah boleh cipta dengan watak buku dia sebelum ini. Memang terbaik.
Profile Image for Aliah Dini.
1 review1 follower
October 12, 2016
Pernah tak bila kita baca kesinambungan sebuah cerita, memahami karakter, dan situasi yg mereka hadapi, semuanya dalam satu buku? Pernah tak bila baca buku seolah-olah kau taknak habis baca.

Lepas aku baca ending dia, terus aku campak buku ke dinding.
Geram.
Geram mcm mana si penulis boleh menusuk hati aku dgn nota Wan kepada Romi.
Aku dah mencarut-carut sebelum nota tu dah. Ending dia yg aku tk sangka tu membuatkan aku tension. Penyudahnya aku badmood seharian on the next day disebabkan emo pasal ending dia.

At the end of the day, the power of an author, is that they can touch the mind and the souls of the readers, without having to do it physically.

This is mental torture.
And I'm loving it!
Profile Image for Diah Nadiah.
21 reviews
June 5, 2013
"Prestij. Kita suka benda yang prestij tanpa suka memikirkan benda yang kecil, remeh atau enteng. Kita suka bila Petronas, syarikat berkanun kerajaan, membina bangunan berkembar Petronas yang ada jambatan skybridge di tengah-tengah. Nampak canggih dan terapung-apung di awan jambatan itu. Tapi gagal membina jambatan yang baik di kampung."
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Demi pemberontakan revolusi ke atas dominasi dan hegemoni mamak Tamil Nadu dan tomyam, Romi menjelajah Pahang,N9,Melaka,Johor dan Singapore. Ini bukan kisah gulai asam rong ikan patin atau masak lemak daging salai atau asam pedas Restoran Mona atau mee bandung Muar atau sup tulang semata tapi ini kisah rebel anak muda yang bukan minatnya pada dunia bling-bling. Wan mencari bukti empirikal sebuah cinta agung dan persahabatan yang ditemui hanya setelah matinya Romi dalam hempasan ombak Pulau Tioman. I know I was born and I know I will die,the in between is mine. I am mine.True friends will forgive his friends even without apology. True friends never judge n true friends will never regret for doing anything together among his friends. Percanggahan pemikiran liberal dan konversatif antara Wan,Romy,Rudi dan Bunga serta kemunculan tiba-tiba Pakcik Adzmy yang terlalu tell off menyatukan mereka di dalam Volvo Merah 1968 dalam negara voyeurist nation ini. Ya,kita hidup untuk mati tapi bagaimana kita jalankan hidup ini?
Profile Image for Pepol.
56 reviews9 followers
September 9, 2013
berdebar juga ingin menulis sesuatu mengenai buku ini, Nami terbukti antara penulis terbaik di dalam dunia penerbitan buku-buku indie, buku ini pada aku cukup sempurna dan aku sentiasa percaya di dalam setiap tulisannya, ada cerita tentang dirinya sendiri dan ada banyak perkara yang disampaikan secara tersirat. Buku ini berbentuk pengembaraan, tetapi disampaikan secara santai tetapi ada penegasan dari segi watak. Aku suka dengan watak Wan, apa yang Wan lakukan itu adalah salah satu impian diri aku sendiri. Jujurnya, kehidupan ramai dari kita ialah seperti Romi, iaitu 'stuck' melakukan perkara yang sama setiap hari, menjadi hamba kapitalis dan menjadikan restoran mamak sebagai sebahagian dari hidup kita. Dan secara diam, kita semua mengimpikan kehidupan seperti Wan, ada sumber kewangan, ada masa, dan ada keberanian untuk meneroka segenap sisi muka bumi ini. Thumbs up Nami, you're such a great writer. Owh ya, aku memang langsung tak suka dengan watak pakcik Azmi, tak suka.
Profile Image for Aura Aurealia.
11 reviews1 follower
October 8, 2018
Wan is a complete fucked-up man version of this modern world. But I do love how his philosophy thinking goes at first, with all the YOLO mood and experiencing new thing/food when you have the chance. And he spoke loudly about the religious system nowadays, which I have found hard to argue. Wan speaks truth, and yet maybe not everyone can be like him.

Romi on the other hand, is our typical mid-class citizen, hard work pays bill kind of people. Which is like everyone, have a dream of getting away from the awful reality he’s living everyday. His ‘coincidental’ meeting with Wan makes his life turn completely upside down. Which I think a good thing to balanced out Wan’s complete randomness with Romi’s conscience.

Together they start a journey full of Wan’s undeniable philosophy, random ‘rider’ pessimistic ustaz, love-stricken girl in search of her online date and of course, the main course along the road. The randomness in this story makes everything go well, like rojak. (Watch out for all the plot twist and rider guys, you might not like it.)

You might want to read Lelaki Eksistensial before as there’s recurring characters from there. And you might don’t confused as why Wan is like that.
Profile Image for lilyjane.
2 reviews
September 23, 2018
nami's writing never failed to make me impressed. love how he always letak lirik lirik lagu dalam buku and somehow aku baca sambil dengar lagu. and also wan's character is just so fun? like i am so in love with wan.
Profile Image for ddhia.
41 reviews2 followers
November 11, 2020
i really like this novel. fell in love dengan Wan and his back story
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 6, 2022
Q U O T E

"True friends will always forgives even though without an apology. True friends never judge, and true friends will never regret for everything with his friend."
Profile Image for Azman Jalani.
11 reviews2 followers
December 4, 2024
Ini adalah sastera melayu pertama yang buat aku jatuh cinta. Memang terbaik Nami!
Profile Image for Lipp.
62 reviews
March 3, 2017
Membaca buku ini membuatkan perut menderita.
Profile Image for Andy Jangkie.
1 review
February 8, 2016
habiskan 3 novel nami dlm masa semalam.. ( lelaki eksistensial, rokok nan sebatang and lelaki dari entah mana2.. anyway i buy it with 15% discount at MPH) serius, saya paling suka buku rokok nan sebatang ini.. selain drpd tempat2 makan yg bt sy rasa terliur, penulisan padu, dengan plot cerita yg menarik, Wan yg adventureous, rudi yg steady dgn loghat pahangnya dan si penjual insuran Romi yg dlm beberapa chapter masih terpikir ttg kucing beliau.. Kisah Pak Azmi juga betul2 bg hint, yg tidak semestinya seorg yg sentiasa berbual tentang agama itu sebenarnya seorg yg "mulia". kewujudan puspa si hipster dan Lin dalam cerita ini, serta Hint yg Datuk Shaari akan sailang isteri Wan. Bunga Ramona boleh travelling dr ipoh ke singapore, alone semata2 ingin bertemu si taufik guntur, photographer yg gay.. but the sad part is during the confession of love between Romi and Bunga Ramona, memang btul2 rasa nak terajang juga Wan tu. (tengok.. pembawakan watak Romi la ni).. tapi salute with Romi, even he heart breaking and cant swim, he still sacrifice his life saving his love one.. masuk habuk mata time tu.. :(
why i giving this book 5 stars??
my reason is simple, sebab Wan masih tercari2 apa sebenarnya yg dia mahu dalam kehidupan, biarpun beliau sudah miliki segala2nya.. yes, segala2nya (rumah, kereta, isteri, kekayaan - ini pemikiran Manusia Pasca DEB) tapi diri beliau masih kosong. Nami susun plot watak Wan dengan cukup teliti, dr buku lelaki eksistensial smpai ke lelaki dari ntah mana mana, killer blow pada buku ini, apabila beliau bertemu dgn romi.
P/s : lepas baca buku ini.. lagu wajib sy start hari ini adalah teenage fanclub - everything flow.. thanks Nami for this great book!
Profile Image for Jaw.
28 reviews1 follower
November 2, 2015
Like:
- Eye opening as usual. Civilizations, humanity, politics and stuffs. (but for someone who's been following Nami's works, they're repetitive honestly)
- Penceritaan dan storyline memang best. Explaining things as the characters move to different places and meet different people. Idea yang nak dibawa sampai kepada pembaca.
- Dapat senarai restoran dan makanan ikonik di satu-satu tempat. Ini win. Makanan Malaysian bukan hanya mamak dan tomyam. REVOLUSI!!!
- Character pools. Ada karakter dalam novel Nami yang lain diguna balik dalam novel ni. Another win.
- Realiti mengenai cinta dalam novel ni dan Wan's logic sangat real. Feel bruhh. Feel.

Dislike:
- Many parts of this book are a bit unrealistic. Wan is too OP(overpowered). Sentiasa 'betul', sentiasa 'menang'. Romi is too naive you'll be like, "Really nigga?"
- Plot kacau sikit. Cerita berakhir dengan kembali ke permulaan, existentialism. There's no resolution (mungkin sebab ada sambungan). Climax memang hujung betul, tahu-tahu habis. Ending is too abrupt is what I'd say. Nothing that leads there, it's just "Pap, nah kau. Habis". Just like that.

P/s: This is the best book among Nami's work that I've read for now (Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksistensial). Baca jangan tak baca. :)
Profile Image for nuranami.
13 reviews
April 8, 2014
ok cerita ni mula2 slow lepas tu tengah2 cerita aku rasa best bila mana wan & romi jumpa pkcik azmi. aku rasa pakcik azmi tu watak yang menghidupkan tengah2 cerita. tambah2 bila wan yang egois tak nak terima nasihat pakcik azmi.

tapi part yang pakcik azmi curi kereta tu agak kelaut sikit sebab takde motif yang jelas & watak pakcik azmi hilang macam tu je.

sepanjang pembacaan aku ada jugak rasa bosan sebab plot yang agak sama. bangun sarapan kejut rudi yang liat nak bangun & bla bla. but seriouysly part yang diaorang travel tanpa tujuan tu best. and cool gila, aku suka.

and, part watak taufik si bf bunga tu aku dah boleh agak siapa taufik and kat situ ada macam tak logik sikit bila watak bunga yg macam takde apa2 lepas dia tahu pasal taufik. & kat situ ada la sikit cliche macam drama melayu, lol. main kejar2 sampai hilang.

but moral value ada la. bab yang last2 time romi nak declared dengan bunga tapi wan dah rampas bunga sebenarnya sebab romi lambat, aku suka part tu. aku suka pendirian wan.

k thats all.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
August 24, 2016
Good novel.

I feel pity for Wan though. Dia ada semua. Kawan, duit, cool car, perempuan tapi dia macam layang-layang putus tali. He has no ground rules and he dramatizes the freedom of individual as what John-Paul Satre suggested on existentialism. Hidup dia mengembara/merayau ikut suka hati kaki dia nak bawa ke mana. Idea Wan bagus tapi tak semua boleh dipersetujui. Terutama bila Wan samakan orang makan gaji macam haiwan peliharaan bos. Kalau tiada orang makan gaji, tiada lah kereta Volvo yang dia guna sebab tiada pekerja nak sambung bahagian, cat, buat enjin kereta tu dari pukul 9-5. Kalau tiada orang makan gaji, tak boleh la Wan makan asam pedas Hajjah Mona, chicken chop JB, ZZ sup tulang sebab tiada orang nak jadi pelayan restoran sebab sibuk duk argue idea Soren Kierkegaard dan Friedrich Nietzsche yang tak boleh buat perut kenyang pun. Hidup ini saling melengkapi. Tak elok hina pekerjaan orang.

Ending dia menarik. Tidak kujangka Wan backstab Romi.

(BTW, Wan banyak mengingatkan aku tentang Benz Ali)
Profile Image for ❀ Hana.
176 reviews85 followers
September 7, 2016
Sejak 'Lelaki Eksistensial' (LE), Nami Cob Nobbler secara rasminya menjadi antara beberapa orang penulis pulp/indie yang karyanya aku boleh hadap. Rokok Nan Sebatang (RNS) adalah kesinambungan dari LE. Nami macam biasa, bersurah (ni aku ikut hang Nami) tentang existential, teori falsafah Barat - Rene Descartes, Nietzsche, kapitalisme, buku-buku Sartre, Dostoevsky. Wan adalah seorang idealist. Dia benci orang yang judgmental dan hipokrit macam Pakcik Azmi tapi kalau nama dah hidup bermasyarakat memang susahlah. Cerita tentang perjalanan mengembara spontan dari Shah Alam - Pahang - Johor - Temasik - Pahang. Banyak jenis makanan diperkenalkan. Ada part yang buat aku teringat-ingat, Mersing misalnya. Boleh tahan banyaknya lirik lagu yang dimuatkan di dalam buku ni yang memang aku tak akan baca punyalah. Aku skip laju-laju bila sampai part lirik lagu. Kahkahkah

3.5/5*
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
November 17, 2013
Saya suka dengan kebanyakan mesej dalam buku ini. Mesejnya kuat untuk pedoman pembaca muda, berani berubah, berani melawan sesuatu yang normal dalam hidup dan teruskan perjuangan dengan cara tersendiri (jangan ikut cara orang).

Namun, saya berasa konotasi negatif yang dibawa oleh watak-watak dalam novel ini agak banyak, malahan ada yang tidak perlu. Meskipun benar ia menggambarkan realiti masyarakat tapi bukanlah sesuatu yang baik untuk penulis menggambarkan hal-hal negatif untuk tatapan pembaca. Hal ini dapat ditunjukkan menerusi berakhirnya watak Pakcik Azmi dalam cerita ini, juga kebanyakan apa yang dilakukan oleh watak Wan.

Dari segi realiti, novel ini ada kekuatan. Dari segi pembinaan sahsiah pembaca, agak kurang. Cara garapan menarik dan saya syak penulis suka makanan. Hehe. Tahniah apa-apa pun.
48 reviews6 followers
May 23, 2015
Ending yang tak terjangka. Serius aku tak jangka cerita ni akan habis macam tu.

Apapun, aku suka idea yang diketengahkan Wan. Paling aku setuju bab mindless drones tu. Tapi dari segi attitude, aku banyak tak puas hati dengan si Wan ni. Banyak. Rasa macam nak bagi penumbuk je kat mamat tu. Yang si Romi ni pulak, hmm...

Overall aku puas hati (walaupun aku sedikit mental dengan ending nya). Cuma, part lirik lagu dan genre punk rock tu - maaf, aku malas nak ambil port.

Dan ini adalah buku indie pertama yang pernah aku baca, jadi aku agak terkejut melihat typo sana sini, lalu membuatkan pembacaan sedikit terganggu. Begitu juga dengan adanya adegan yang hmmm, aku rasa aku akan sorok buku ini dari dibaca oleh orang lain. Rasa bersalah pula simpan buku ni di rumah. :P
Profile Image for Syukri.
157 reviews9 followers
July 7, 2013
Buku ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Romi yang telah mengikut seorang lelaki bernama Wan pergi berjalan tanpa sebarang perancangan. Dalam perjalan tersebut Romi telah belajar banyak perkara dalam hidupnya.

Secara kesuluruhan, jalan cerita memang menarik kerana penulis menitik beratkan tentang makanan-makanan dari tradisional hinggalah makanan moden. Tapi kalau ikut watak, Wan punya watak sangat membengangkan pembaca seperti aku. Apa pun its a nice story to read.

Spoiler Alert!!!
Ending agak sedih bila dapat tahu watak utama meninggal dunia. Yang paling menyakitkan hati bila dapat tahu kawan Romi sendiri backstabbing dia.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
December 18, 2013
sebuah lg karya dr Nami yg best n sempoi..fyi..buku ni adalah kesinambungan dr kisah Lelaki Eksistensial dan Diorama Eksisten, di mana Wan muncul dlm karya ini untuk mencari kewujudan dirinya...berjumpa dgn Romi, si penjual insurans d kdai mamak, Wan mengajak Romi mengembara bersamanya dgn pujuk rayu yg power..
elemen2 karya Nami tetap sama..falsafah hidup dan dunia...ttp yg spesel dlm Rokok Nan Sebatang ni adalah elemen JJCM...hehe..sape yg baca msti terliur n kecur je..
jemput-jemput is still the best...hahaha..
ending yg tetap mnarik dan sedih..adakah ada lg kisah Wan di lain buku pasni..?..kite tunggu..hehe
Profile Image for Hana Nur.
58 reviews2 followers
August 22, 2014
This book has a lot of lessons and messages throughout the book. There are certain terms that you may not fully understand but are too lazy to google because you believe that eventually, you will know what it means. I may pick up the book and re-read it to better comprehend its meaning.Again, a book with no real plot and brimming with reality by nami. No sugar-coating anything because that's life.
Profile Image for Akif Jebat.
2 reviews2 followers
February 14, 2015
secara keseluruhan novel ni agak mengenyangkan selepas dibaca. penggarapan yang sangat menarik dan dapat membuka minda pembaca ke arah sisi yang berbeza. suka dengan cara penulis yang sering menyelitkan pandangan2 positif dalam beberapa babak seperti isu lynas. cuma agak kurang gemar dengan cara penulis yang terlalu mengangkat ideologi dan falsafah barat termasuk juga lagu-lagu barat. tapi itu adalah hak penulis.
Profile Image for Penawar.
5 reviews6 followers
April 25, 2014
"Prestij. Kita suka benda yang prestij tanpa suka memikirkan benda yang kecil, remeh atau enteng. Kita suka bila Petronas, syarikat berkanun kerajaan, membina bangunan berkembar Petronas yang ada jambatan skybridge di tengah-tengah. Nampak canggih dan terapung-apung di awan jambatan itu. Tapi gagal membina jambatan yang baik di kampung.

ini sempurna.
sangat semuprna.
good job nami.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
September 18, 2013
Aku suka watak Romi. Seorang lelaki yang jujur mencintai seorang gadis. Walau akhir cintanya tak kesampaian, pengorbanannya di akhir cerita nyata menyentuh perasaan. Hey, dunia sekarang ni, berapa kerat sangat homo sapiens yang sanggup berkorban, demi yang tercinta? *Aku dah rasa review aku kali ni jenis jiwang tahap muntah hijau.
Displaying 1 - 30 of 53 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.