Jump to ratings and reviews
Rate this book

Babi

Rate this book
Perghh!! Bukan senang berjalan di atas muka bumi sebagai seorang anak luar nikah. Sanggup manusia-manusia yang lahir dari persetubuhan yang halal menyamakan aku dengan seekor binatang yang haram. BABI! Apakah aku yang bersalah? Sedangkan perkara itu dilakukan oleh ibu aku! Wahai masyarakat, seandainya kamu tidak menerima insan seperti aku, bagaimana kami mahu membuktikan insan seperti kami tidak mewarisi dosa keturunan kami - Leman

Ya! Sekali melihat semua mengatakan aku seperti lelaki. Sebenarnya naluri aku masih perempuan. Berkawan dengan Leman sejak kecil, membuatkan aku jatuh cinta kepadanya. Dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Biarpun, perjalanan kehidupannya penuh dengan duri. Aku sayang dia biarpun dia disamakan dengan BABI. Tapi... - Azmi

Cinta itu hanya di birai katil. Setelah habis aksi diranjang, maka habislah cinta itu. Aku bangga bila wanita seperti aku sering dinobatkan Lady of the Month oleh pihak kelab malam. Dosa? Kalau takut dosa kenapa ada manusia berpangkat ustaz, berjimba-jimba di kelab malam. Malah seronok dalam dakapan manusia-manusia seperti aku. - Pauziah

298 pages, Paperback

First published April 1, 2013

29 people are currently reading
331 people want to read

About the author

Azwar Kamaruzaman

14 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
92 (26%)
4 stars
95 (26%)
3 stars
87 (24%)
2 stars
50 (14%)
1 star
29 (8%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
June 16, 2013
Sesiapa yang nak baca buku ni harus tabah. Ini hukum dunia. Realiti dan bukan durian crepe atau kek pelangi. Bahasa mudah, cerita normal tp garapannya buat cerita ini jd luar biasa impaknya. Sesiapa yg membaca tak perlu ada latarbelakang hebat atau pelajaran tinggi. Tak ada nama2 pelik atau perkataan2 pinjaman. Tak ada cerita Samarinda. Tak perlu wajah tampan dan deskripsi Aaron Aziz. Cerita ini cynical tanpa perlu berpura baik atau mengeji. Cover dan helaian muka surat diteliti. Cuma ada penutup yg buat aku sedikit kecewa. Terlalu dramatik sampai aku rasa kurang aura positif dlm watak yg aku letakkan sbg pendorong cerita. Apapun...tahniah! Percubaan pertama yg daring tapi bermutu. Paling penting, kondom dlm cerita ini ada pengajarannya. Bukan kondom strawberry ;)
Profile Image for Bloodycat.
19 reviews3 followers
May 13, 2014
Buku ini ambil (kalau tak silap) kira-kira hampir setengah tahun juga aku nak habiskan. Lama tak lama? Sedangkan novel Harry Potter yang tebalnya boleh pengsankan anjing sekiranya dicampak ke kepala pun aku boleh habiskan dalam masa yang sekejap je. Macam itulah punya aku terseksa jiwa dan raga nak habiskan novel yang teruk ini. Dan itu belum lagi termasuk penggunaan bahasa pasar dalam naratifnya. Menambahkan lagi rasa berat aku nak habiskan novel ini.



Mengenai cerita novel ini. Ia mengisahkan tentang watak utama ini (yang aku tak peduli untuk ingat) yang merupakan seorang anak luar nikah hasil daripada hubungan seksual ibunya yang bekerja sebagai pelacur. Dan meskipun hidup dia sukar dan dibenci oleh orang sekeliling, termasuk keluarganya sendiri dia tetap cuba berusaha untuk memajukan dirinya dari segi pendidikan. Dan termasuk pelbagai kisah mengenai pergaulan dia dengan budak-budak lain dan bla bla bla.



Apa yang aku rasa penulis cerita ini hanya cuba nak menulis tentang cerita yang kontroversial tanpa asas yang bijak ataupun pelaksanaan yang teratur. Lihat saja tajuk dia pun dah boleh teka. Barangkali ini formula penerbit buku alternatif nak kaut untung. Orang Malaysia kan sukakan kontroversi. Jalan cerita belakang cerita. Dan beratus muka surat berisikan babak-babak yang mengarut dalam novel ini telah meragut nyawa beratus pokok semata-mata untuk penamat yang memberikan rujukan mengenai kisah zaman dulu-dulu tentang seorang anak yang sanggup menjaga ibu bapanya meskipun mereka telah bertukar menjadi babi. Ketidakaslian cerita ini tak menjadi masalah sekiranya cerita ini diceritakan dengan baik. Sebaliknya, apa yang pembaca dapat hanyalah babak-babak kotor dan tidak penting yang dimampatkan tanpa sebarang makna. Lucah sana sini, tapi tak ada memberi kesan apa-apa. Mengecewakan. Beberapa watak pula dibunuh macam itu je sebab nak tutup loose ends dan mungkin bagi menyediakan jalan cerita untuk sekuel akan datang. Ya, ada sekuel. Menangis aku demi pokok-pokok yang akan terkorban sia-sia nanti.



Akhir kata, lepas habis baca buku ini aku tak habis-habis ulang sebut tajuk buku ini. Sebagai tanda perasaan aku terhadap buku ini juga.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 12, 2016
2.0* untuk buku Babi. 1* untuk keseluruhan cerita dan 1* lagi untuk usaha penulis. Ini buku pertama dari penulis, jadi tak letak expectation tinggi pun.

Apa-apa pun moga penulis lebih/akan maju kelak. Jangan putus asa ya Azwaq!

Cerita ini sebenarnya biasa-biasa sahaja. Tapi itu tidak akan menjadi masalah pun jika penyampaiannya tidak nampak seperti dibuat-buat dan kadang-kala nampak agak kejung serta tersengguk-sengguk yang boleh menimbulkan kantuk. Maaf.

Penulis cuba memuatkan semua isu di dalam satu naskah ini yang mana mungkin untuk menampakkan buku ini lebih gempak (tapi tidak diolah dengan baik) sehingga terasa jalan cerita agak serabut. Tiada satu watak pun yang menginspirasikan.

Ya tahu, walaupun ini hanya sekadar buku fiksyen, tapi tingkah-laku dan pertuturan watak nampak tidak realistik. Seperti dibuat/diada-adakan. Rasa agak menjengkelkan.

Maaf.

Tapi ini satu usaha yang sangat baik. Bukan semua boleh dan mampu untuk menulis novel kan? Dan saya tahu, penulis sebenarnya boleh buat lagi bagus dari ini.

Kalian belum baca? Cubalah. Mana tahu kalian akan suka dan punyai pandangan berbeza. Yalah, lain orang lain citarasanya.

Peace!
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
October 12, 2014
1) Mula-mula, seperti membaca novel cinta popular yang di"indie"kan. Kemudian, seperti filem hantu terbitan David Teo. Kemudian, seperti filem Harry Potter.

2) Watak mati dengan mudah.

3) Mahu selitkan slot agama, tetapi penggunaan "Masya-Allah" pun tak kena tempat. Watak ustaz.

4) 18SX. Bukan untuk bacaan anak-anak, terutamanya remaja.

5) Caption buku misleading. Bercinta di balik api? Apa kaitannya?
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 6, 2016
tanpa perasaan membaca buku ni.

mungkin, sasaran buku ni tuk budak2 sekolah kot so olahan, struktur ayat memang macamtu.
main tulis tanpa ada rasa.
begitulah aku sepanjang pembacaan.

mula2 lagi aku da tertanya, tingkatan 2 cikgu nak tanya murid2 pasal pekerjaan mak bapak lg ker??
confuse jap.. kalau sekolah rendah mungkin...

rasanya, lebih cantik naskhah ini andai diringkaskan tanpa pelbagai watak yang menyesakkan, adegan2 yang menampak kan usaha penulis yang terlalu gigih untuk mengextremekan karya ini tapi tak menjadi. bak kate orang, the less is better.

ps - tak tau nak baca sambungan ke tak... yang ni pun banyak lompat katak.
Profile Image for Nur Azmin.
13 reviews1 follower
August 25, 2017
baru berpeluang membaca naskah ini walaupun dh lama diterbitkan dan sejujurnya ni nashkah yg paling lama utk aku habiskan.

Nak kata terlalu bosan tak jugak. just tak menarik minat aku untuk tahu apa seterusnya akan jadi. nak dekat ending lagi kelakar. watak-watak mati macamtu jeeeee. lol seriously ahh. part azmi tu plg tak logik. boleh pulak merelakan diri terbakar. sangat lawakkkk.

ada beberapa part yg buat aku jadi macam 'eh bukan ke tadi cerita dia cakap macamni tapi ni lain pulak' . contoh part leman call sekolah and ambil no telefon kt buku sekolah padahal menurut pembacaan aku masa rumah leman terbakar tu dia dh tinggal sehelai sepinggang. kalau aku terlepas pandang kat mana-mana yg mengatakan leman simpan buku tu sorry ya penulis.

lagi satu part penulis menggambarkan betapa leman ni tak kenal agama lah. tapi ada satu part leman cakap pasal dosa or neraka *sorry aku tak ingat* dengan mak dia. ehhh bukan leman taktau apa-apa pasal agama ke. macam mana boleh pulak sembang bab-bab tu. /part ni leman belum g sekolah agama lg/

and lagi satu ada ke cikgu nak tanya pekerjaan mak bapak? sangat tak logik lahhh. aku dulu sekolah rendah pn cikgu tak tanya, tanya cita-cita ada laaa. aduii laaa kalau boleh biarlah logik sikit even fiksyen je pun. ni dah jadi kategori lawak hambar dah.

overall 3 bintang utk babi.
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
November 4, 2019
1) First and foremost, dont judge a book by its cover. Ayah Leman, seorang ustaz, tapi kegiatan malamnya adalah mengunjungi kelab malam sehingga lahir Leman sebagai anak luar nikahnya dengan seorang pelacur kelas atasan.

2) Whatever happen, your parent is still your parent, and its your duty from The Almighty to give best of love and care for them even in the worst situation. Leman masih berbakti kepada kedua orang tuanya even kedua2 nya telah bertukar menjadi BABI sebagai balasan dari Allah atas segala dosa dan noda yang mereka buat selama ni.

3) Betapa pentingnya pegangan agama yang kukuh dalam keluarga untuk mengelak masalah sumbang mahram.

4) A boy and a girl can't never be best friend.
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
July 14, 2014
3 from me

cerita agak menarik,pasal Sulaiman @ Leman yang terpaksa melalui liku hidup sebagai anak luar nikah.Pergi sekolah kena kutuk,kesian pulak aku tengok walhal dia sebenarnya tak bersalah.Bukan die mintak pun nak lahir sebagai anak haram,tapi masyarakat sekeliling 'judge' Leman disebabkan perbuatan mak nya,Paul aka Pauziah.Ade kawan nama Azmi, si tomboy dan Shahidan, si anak Datuk yang kena match-making umur 14 tahun. Bila baca part mak datin tu sibuk jodohkan anak dia,aku pun sependapat dengan Shah,dah kenape baru umur 14 tahun sibuk cerita pasal kahwin-kahwin ni?PMR pun tak lepas lagi oii..

Pencarian leman untuk belajar membawa kepada perkenalan Leman dengan Ustaz Syahmi dan Ustaz Mawardi.Bila masuk part tu,dah tau siap-siap kaitan Ustaz Mawardi dengan Leman.Takde rahsia situ.Penulis bagi hint yang boleh diteka dengan mudah. Tapi kan,Ustaz Syahmi tu baik,macam tu baru guru,mengajar kerana ALLAH,dengan niat nak kongsi ilmu,tak kisah latar belakang orang.

Part Paul kena masuk bilik gelap tu adalah part yang aku rasa yekk-yekk..haha..sebab imaginasi aku terover siap bayangkan camna Paul buat kat Mama tu..even tiap2 minggu tengok kat dewan bedah,tapi ni macam aku cakap tadi lah..yekk-yekk!

Pengakhiran cerita menginsafkan,terkedu aku,sungguh-sungguh. Tak sangka begitu akhirnya. tapi Leman ni bagusla,tetap sayang kat mak ayah die.

Kasih ibu membawa ke syurga.terus insaf dan telefon parents kat kampung.

Ada pengajaran yang aku dapat. Terima kasih Azwaq :)
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
October 2, 2013
3.5 bintang untuk novel ini.

Kisah remaja ; cinta dan persahabatan. Kisah kekeluargaan. Kisah dosa dan pahala. Kisah keagamaan.
Ada pengajaran, nilai murni dan iktibar.

Cuma masalah aku pada gaya bahasa.
Maksud aku tatabahasa
Itu je. Mungkin aku yang terlalu teliti.


Novel ni agak serabut bila sampai bab 25 dan ke atas.
Mungkin pada aku saja dan orang lain ok.

Apa pun, tahniah Azwaq!

:)
Profile Image for Hikaoru.
953 reviews25 followers
March 5, 2015
My class was postponed yesterday afternoon, so I got to finish this in one sitting. Boy, that was sure a waste of time. This book is like a story with no direction. It wanted to incorporate religious matter into corrupted individuals. Unfortunately, it became exactly like the Malay movies that I hated.
Profile Image for Wee.
66 reviews1 follower
December 19, 2014
untuk yang jarang menghadam kisah2 benar dan realiti kehidupan lorong yang tersorok mungkin tak mampu terima kisah berat macam ni.

sesekali baca kisah dari sisi gelap ni, berputar ligat la neuron2 dalam kepala tu ha..
Profile Image for Hafeji A.D.
257 reviews1 follower
December 16, 2023
Ketika berada di sebuah kedai buku terpakai Puchong, mata aku tertancap pada segunung novel disusun tinggi. Novel indie. Aku lihat novel penulis Azwar ni. Acap kali aku jumpa buku dia, baik online atau di kedai terpakai yang lain. Curious, aku beli 3 judul. BABI salah satunya.

Aku rasa novel ni satu-satunya novel yang berjaya dihabiskan dalam satu seating. Ada sesuatu yang berjaya tarik aku untuk selak sehelai demi sehelai muka surat.

Perkataan BABI digunakan secara ekstensif, melalui dari segi maksud, huraian dan contoh. Bukan sekadar tajuk indie untuk melariskan buku.

Aku sangat terhibur dengan novel ini. Mungkin bukan yang terbaik untuk semua, tapi bagi aku, 4 bintang.

Sambungan pula dengan SAKA. I'm hooked!
Profile Image for Lina Khairunisa.
82 reviews15 followers
May 4, 2014
Jalan cerita menarik dan cliche sikit bagi aku. Aku dapat agak, baca tajuk dan sinopsis pun dah tau. Cuma aku tertarik dengan plot dia dan bahasa yang digunakan. Okay, buku ni memang kene rating 18 ke atas walaupun watak utama dalam buku ni bawah umur. Sebab penggunaan ayat dan pendedahan tentang dunia liar sangat luas. Aku rasa pelik kalau adik aku umur 13 tahun baca buku ni. Tapi memang menggambarkan realiti kehidupan masyarakat sekarang. Dan buku ni mampu menegakkan bulu roma aku dan badan aku menggeliat setiap kali baca part part seram bagi aku. Aku taktau kalau edisi yang aku baca ni masalah ke apa tapi ada banyak typo, tu bagi 3 bintang. Overall, aku tak sabar nak baca Saka pulak. Tak sangka aku boleh habis baca buku ni sehari je..
Profile Image for Saiful.
26 reviews2 followers
May 23, 2014
Antara buku paling susah nak hadam, macam baca cerita kanak-kanak tapi terlalu berusaha nak menggunakan ayat-ayat kasar walaupun secara realiti hasil penulisan terlalu skema.

Macam cerita sinetron, seboleh-bolehnya nak memerah sikap jahat watak tu sehabisnya. Mencuba sangat nak tunjuk orang jenis ni masih wujud dekat dunia.

Banyak part yang tak logik, okay fine, ini novel, kelogikan itu bukan perkara teras untuk didebatkan, tapi terlampau banyak benda mengarut yang diketengahkan, serius, macam baca novel didikan untuk sekolah rendah yang mungkin tak lepas pun dalam peringkat saringan disebabkan tak mencapai standard.

Bersyukur dah habis baca ;)
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
March 31, 2014
Bagaikan meneropong ke sisi lain masyarakat. Kisah biasa yang diceritakan secara luar biasa walaupun terkadang bagaikan permha terbaca kisah yang mirip di tempat lain. Apapun, laras bahasa yang bersahaja dan naratif yang kemas membuatkan pembacaan kisah sebuah korpus masyarakat tipikal (yang, klise) menjadi suatu yang menarik. Banyak teladan dan simbolisma yang mungkin ya, mungkin tidak disengajakan oleh penulis, atau mungkin juga aku yang terlebih analisis.
Profile Image for Aqielah Uzihan.
8 reviews7 followers
May 16, 2014

Ini bukan cerita kawen-paksa,golongan-dato-datin,kena sekufu baru boleh kawen,perempuan kaki kikis.

Ini cerita taatnya seorang anak terhadap ibu kandungnya yang sendiri mempunyai masalah dengan ALLAH.

Ini kisah permasalahan akidah dan pegangan dalam umat manusia walau dalam zaman moden ini.

Ini buku tentang keruntuhan moral dan akhlak remaja sekarang.

Ini tentang kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Profile Image for A.Nadhiey.
10 reviews
April 14, 2015
Ermmm ermmm. Buku ni boleh tahan. Bagi aku, agak cliche. Mungkin xde sangatlah elemen elemen yg suprising. Like normally, kisah pasal org yg lupe agama, tak ingat Tuhan dan cintakan dunia. Dan buku ni, aku faham ape yg pnulis nk sampaikan. Ketabahan, kesabaran dan ketaatan sorg anak pd mak. Ala, kalau dh mula bace, dh nampak kot ape akan jadikkk.Kite dh prnah jumpe jalan cerite mcm ni dlm banyak cerite cerite kt TV. peace!
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
May 14, 2016
Sebagai seorang penulis muda, aku tabik Azwar Kamaruzaman. Beliau mampu menghasilkan cerita yang sebegini bagus, penuh dengan nilai murni. Namun, mungkin ini cubaan pertamanya, bagi aku terdapat beberapa kelemahan mungkin dari segi penggunaan bahasa2 yang agak ringan, atau mungkin aku yang terlalu mengharap kepada penggunaan perkataan2 bombastik.
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
February 6, 2014
Guwa tak tahu mcm mana keadaan guwa kalau guwa di tempat Leman. Tgk babi in a real life pun guwa takut, apatah lagi kalau kena jaga babi mcm yg Leman buat tu. Walaupun ada mcm yg tak logik sikit cerita dlm ni, tapi tak mustahil kalau-kalau betul berlaku dlm dunia raliti. Lagi-lagi zaman sekarang. Semoga kita semua terhindar dari segala bala bencana dan kemaksiatan.
Profile Image for Khrlhsym Khrlhsym.
Author 7 books37 followers
June 1, 2013
mengisahkan tentang anak harom, pelacur, cinta budak-budak sekolah, jin dan juga syaiton nirojim.
Profile Image for Anne Ying.
2 reviews5 followers
March 24, 2014
Agak lama sikit nak "suka" dengan buku ni. Banyak typo. Suka part paul je.
Profile Image for Gerobok  Yan.
61 reviews9 followers
December 12, 2022
Babi | Azwar Kamaruzaman
Rate ---->4✨

Sinopsis;
Bkn senang berjalan di atas muka bumi sebagai seorang anak luar nikah. Sanggup manusia yang lahir dari persetubuhan yang halal menyamakan aku dengan seekor binatang yang haram. BABI! Apakah aku yang bersalah? Sedangkan perkara itu dilakukan oleh ibu aku! - Leman

Cinta itu hanya di birai katil. Setelah habis aksi diranjang, maka habislah cinta itu. Aku bangga bila wanita seperti aku sering dinobatkan Lady of the Month oleh pihak kelab malam. Dosa? Kalau takut dosa kenapa ada manusia berpangkat ustaz, berjimba-jimba di kelab malam. Malah seronok dalam dakapan manusia-manusia seperti aku. - Pauziah

Review ;
Totally, novel ni best. Ada mesej yang cuba disampaikan. Tak semestinya anak haram tu dia jahat, tak semestinya orang berkopiah tu dia baik. Haa gitulah. Cumanya novel ni untuk bacaan matang. Ada part 'seksa', ada part 'seksanya' dan ada part 'terseksa-otakku'. Tapi ku faham yang apa penulis cuba sampaikan. Kita tak boleh nak jugde the book by its cover. Mungkin orang yang kita nampak buruk tu sebenarnya lebih baik dari kita.

Dlm buku ni ada part kejam kejam ya. Main potong potong jari, tikam sana tikam sini. Ku taktau dalam dunia mak ayam anak ayam ni mmg ada ke smua parti seks pastu istilah 'part' 'makarru' camtu. Tapi bila baca buku ni, warghh seram 😅 Paling best, bila tajuk buku ni hmm yela ye mmg ada b**i pon. Tak sangka la ku mmg ada b**i betul dalam ni. Kalau Allah tu nak tunjuk, atas dunia dia tunjuk kuasa Dia. Takde tunggu tunggu dah. Nervous baca 😅

Budak budak tak cukup umur jangan la baca buku ni, tak tido malam kang 😆 Ngeri part masa depa tengah buat parti tu, ada bala datang tu. Haha. Yang si Paul dengan Mawardi dah duk khayal, taktau apa dah. Last last terkejut ya bila tau jadi apa kat diorg. Nasib la Leman ada selamatkan diorg. Leman pon dalam nak selamatkan diorg, dia sejenis tak sabar jugak.

Tapi persoalannya apa akan jadi lepas tu? Stress sis taktau apajadi 😆😆 Buku ni ada sambungan. So kena cepat pinjam kata adik ni, baru puas hati. Dah la part penting pulak tu. Ok sekian sahaja review.
Profile Image for Charmy.
3 reviews
May 26, 2024
Hampir setahun beli baru dapat gagahkan diri nak baca buku ni.
Kenapa aku beli? Entahlah aku tetiba teringat waktu sekolah aku tengok kawan aku baca tapi aku tak sempat nak pinjam kot.
Pendapat aku jalan cerita macam tak ada hala tuju dan watak-watak dimatikan begitu sahaja.
Mungkin penulis cuba memberikan sesuatu yang “deep” tapi tak berjaya. Ada banyak elemen yang tak tally dengan dunia realiti dalam cerita ni dan banyak unsur-unsur yang tak sepatutnya ada? Perwatakan agak cringe dan tak tahu apa fungsinya perasaan suka yang ditonjolkan dalam karakter-karakter dalam buku.
Penamatan buku ini tergantung tetapi sebenarnya boleh sahaja buku ini dikemaskan dan tidak meleret. Buku seterusnya mungkin menceritakan bagaimana Leman ingin mengembalikan ibu bapanya menjadi manusia. Entahlah yang pasti aku lega dapat habis baca buku nj setelah sekian lama tersadai di rak buku.
Mungkin gaya penulisan penulis kurang matang kerana buku diterbitkan anggaran 10 tahun yang lepas? Harap ada banyak penambahbaikan dalam cerita-cerita yang ditulis selepas ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
7 reviews
February 17, 2025
Buku ini berkenaan kisah anak luar nikah hasil hubungan antara ibunya yang merupakan seorang sex worker, disebabkan dia lahir tanpa ada orang report dia punya probably sebab dia tak ada surat kelahiran resulting banyak struggles for the sake of living.
At first, masa pickup buku ni ingatkan boleh dapat input on how society treat stateless children and how others treat sex workers – which is a big mistake, ye lah sebabkan buku ini Malaysian book so, sepatutnya dah expect they would ended up with religious undertones.

First, aku nak point out kenapa karakter yang author tulis ni tidak realistic. Faham, buku ini fictional tapi masa scene rumah Leman terbakar, dan tak ada langsung yang nak tolong? Like rumah dia kat setinggan kot. Rumah dia TERBAKAR kat SETINGGAN. Kiranya, kalau api tu merebak rumah jiran dia sooner or later akan kena tempias jugak.

Kedua, aku rasa banyak character yang existed without point to be exist. Contohnya, karakter Adiba tu kenapa? Sebab author reveal dia punya karakter agak awal; dan lepas dia confess terus di hapuskan karakter dia macam tu je? Rasanya kalau karakter ni tak ada from the first-place pun tak apa.

I do not like the ending, it feels like it was a rushed ending. The only thing that probably indicates the story will add some kind of magic adalah scene mak Leman pergi bomoh/dukun and that’s just it.

This entire review has been hidden because of spoilers.
Author 2 books12 followers
April 9, 2025
Tak tahu nak cakap macam mana pasal buku ni. Dah lama tak baca buku yang disturbing macam ni. Penulis betul-betul dapat describe setiap karakter. karakter yang teraniaya, yang berdendam, yang jahat. Cerita ni sedikit sebanyak memberikan minda kita terbuka. Masih ada orang di luar sana yang mengalami hal seperti ini. Masih ada di luar sana yang langsung tak sedar atau terjentik hatinya tentang agama Islam. Awalnya rasa menyampah pula nak baca sebab buku ni macam dekat drama telemovie raya. Anak haram yang dilayan buruk oleh mak sendiri. Kehidupan anak luar nikah yang tak bahagia macam orang lain. Keluarga yang kucar-kacir. Tapi bila teruskan pembacaan, ada elemen seram misteri. Just nice. Mindblowing, jalan cerita di beberapa bab akhir tak dapat diteka oleh pembaca. Memang BABI betul buku ni.
24 reviews
March 24, 2024
penggunaan ayat dia macam meh sikit tapi standardla for first book, baru nak belajar buat buku.

cringe ada cliche ada. monolog pun cam pening sikit nak baca sebab memula dialog lepastu masuk monolog tiba tiba dialog balik.

pastu the way the author wants to get rid of shahidan and azmi is real fast tho hahahah in a day both of them mati camtu je. oh sekali ngan adiba raihan ke apa nama dia tu. kinda funny sebab 3 characters ni macamtu je author hilangkan 😭

tapi part yang for me cam ok sikit la. part paul bunuh mama tu sbb tu honestly brutal gila. makan otak la tikam sampai nampak jantung la. pastu dah tu je.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for intan.
30 reviews
March 6, 2017
Baru habis baca buku ni semalam. Kebetulan lepak dan ternampak junior sedang membaca, terus mintak after. Dan Alhamdulillah, dipermudahkan urusan untuk membaca buku yang mempunyai tajuk yang sebegitu rare. Agak kekok untuk membaca buku ini kemana-mana kerana stigma masyarakat tentang sesuatu yang bernama Babi. Dekat mulut boleh pulak cakap babi, tapi bila nampak tajuk buku pasal babi, cemuh kemain. puih.

Okay, buku ni takde warna-warni semua tu. So meansnya, jangan harap kau dapat view perfect life sebab dalam buku ni memang takde. Aku diperkenalkan dengan watak Leman yang kita semua tahu macam life dia, Paul, Aida dan Jo. Membaca buku ni membuatkan aku teringat kembali akan satu filem Melayu yang aku tak pasti tahunnya bila, tapi mempunyai plot dan watak yang sama. Tak tahu siapa tiru siapa, but yeah IDGAF abt that.

Berkenaan dengan ustaz Mawardi, huhuhuhuXD Aku dah agak daripaada mula lagi yang bapak Leman tu si Mawardi ahahahaXD Sebab nampak sangat kut. Tapi yeah, aku cuba bersangka baik. Cerita ni nak diambil daripada POV Leman, tapi aku rasa penggunaan POV Leman tu terlalu rapuh dan tidak berkesan di mata aku. Cerita ni seolah-olah ditulis daripada POV penulis dan bukannya Leman.

Tiada unsur penipuan dalam cerita ni. Budak-budak yang terbiar, anak luar nikah dan aku takkan menafikan yang stigma masyarakat memang sebegitu terhadap anak luar nikah. Kalau budak tu baik sekali pun, macam Leman yang aku appreciate usaha dia untuk pergi ke sekolah agama, seperti yang dikatakan oleh abang dia, Johan, kalau kau jadi baik sekalipun, orang tetap akan kata kau tu anak pelacur, lebih kuang begitulah. Sekurang-kurangnya buku ni walaupun terdapat banyak kekurangannya, aku hargai usaha penulis dia untuk sebarkan keamanan dan kegembiraan terhadap anak-anak luar nikah di luar sana.

Buku ni jugak sebenarnya membuka mata banyak mata dewasa di luar sana yang mempunyai akal dan otak untuk berfikir sebelum berkata. Panas jugak aku dengan dialog orang tua. hahahahaXD Sekurang-kurangnya, penulis ada jugaklah view life sebelum menulis cerita ni.

Tak sesuai untuk bacaan budak-budak. Lejen Press, tolong letakkan caution for kids from now on. Bahaya jugak kalau budak-budak baca.
Overall, all the best azwaq :)
1 review
April 23, 2025
Wanted my reading passion back and this is my first book that i completed in just 2 days. Sumpah buku ni memang main dengan jiwa ya, the plot, the characters and also the reality that really happened now. Banyak bagi lessoned, advice. Kalau rasa boleh baca buku dengan ayat yang kurang senang, dramas, thriller.. this one is for you. All of it is 8/10 and will find more books from azwar. Recommended!
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
January 29, 2018
Pengakhiran cerita ni macam kelam kabut sikit. awal penceritaan tu ok. ada point.
Kehidupan di lorong gelap. realiti. manusia berselindung di balik iman. manusia yang di kuasai nafsu. manusia yang baik. manusia yang berbagai bagai jenis perangainya.
saya belajar sesuatu dari buku ini. thumb up untuk penulisnya.
Profile Image for Nurul Azzura.
5 reviews
April 2, 2019
Kisah realiti yang membuka mata dan hati. Adakah kita masyarakat penghukum atau penunjuk jalan?

Adakah mereka yang lahir dari hubungan haram itu terlalu hina hingga tak mendapat tempat dalam masyarakat?

Dalam naluri manusia terselit fitrah inginkan kebaikan namun adakah persekitaran dan manusia membenarkan?

Pada akhir cerita agak kurang logik tetapi layan saja hee
Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.