"Loving you was a bad idea that feels so good.”- TENGKU EMIR CULLEN
Angkara satu pertaruhan, Tengku Emir mendekati Amanda Haura. Hubungan yang pada awalnya bertunjangkan penipuan, kini sudah bertukar sayang dan cinta. Namun, perasaan yang terbina tidak kekal lama apabila satu perselisihan faham berlaku. Perjalanan cinta temui jalan buntu.
Enam tahun berlalu, segalanya berubah. Nama Tengku Emir semakin gah dalam dunia perniagaan manakala Amanda berstatus ibu tunggal.
Pertemuan kembali antara Tengku Emir dan Amanda menimbulkan bibit rasa dalam hati lelaki itu. Tambahan lagi setelah kebenaran terbongkar. Lelaki itu tekad. Dia harus mendapatkan kembali cinta Amanda dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna untuk mereka.
Bagi Amanda, rasa sakit itu masih ada. Rasa perit dihina masih belum pudar. Sebelum ini, tanpa bantuan, dia berjaya mengharungi keperitan membesarkan anak sendirian.
"Tak boleh ke awak anggap saja yang saya dan Eiman tak pernah wujud? Sepanjang enam tahun ni, awak masih boleh teruskan hidup, begitu juga dengan saya. Jadi, teruskan hidup awak macam biasa, Emir." - AMANDA HAURA
Tetapi amaran Tengku Emir membuatkan Amanda dihambat lelah tanpa henti. Dia tahu seberapa bahayanya Tengku Emir itu.
“Kalau I tak dapat you, tak akan ada sesiapa yang akan dapat you, Amanda.” - TENGKU EMIR CULLEN
Ugutan demi ugutan menjadikan Amanda tersepit di pertengahan. Pembongkaran demi pembongkaran menongkat segala kesumat.
Tiada lagikah keindahan tanpa mengundang rasa benci yang mendalam?
Perlukah dia memperjudikan nasibnya sekali lagi hanya untuk memastikan manusia sekelilingnya selamat?
Adakah waktu akan merungkai perjalanan kisah di antara mereka?
“Kahwin dengan I atau I akan lakukan banyak lagi kemusnahan."
Jalan cerita ok la menarik. Gaya penulisan boleh diperkemaskan lagi. Kalau buat kita tertarik nak baca tu petanda novel ni ada hook. Typo macam biasa (Buying FP books will come with free typos 👏🏻)
Novel is okay tapi ML too selfish, no respect for woman, too possesive, sentiasa fikir dia yang betul, tak suka bila apa yang dia nak tak dapat. Tapi flow novel bersahaja tak terlalu berat tapi the ML tooooo RED FLAG. Not my cup of tea. BUT FL kalau suka seseorang memang nak kena macam tu ke
Terkejut part yg emir pegang and (peluk?) amanda sedangkan amanda dh bertudung and amanda langsung tak cuba untuk tolak. Plus Emir dengan tak bersalahnya terus nak kahwin. Emosi character memang tak sampai pada saya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
🕶️Mengisahkan tntg seorang lelaki yg bernama 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑬𝒎𝒊𝒓 𝑪𝒖𝒍𝒍𝒆𝒏. Jejaka terhangat di pasaran (ceh wah😂) yg juga memegang gelaran playboy ya. Bermula dgn betting bersama kwn² dia utk mendapatkan 𝑨𝒎𝒂𝒏𝒅𝒂. Tapi, cinta Emir terhadap Amanda mula berputik namun dek kerana satu benda buruk yg berlaku diantara mereka berdua telah membuatkan hubungan mereka terputus selama 6 tahun.
🩵PERSONAL REVIEW🩵
Tengku Emir ni bagi aq terlalu red flag ya guys🥲 saya ulang, red flag🚩! Dari awal red flag. Ntahlah x suka dgn watak dia ni walaupun dia dh start berubah lps berkahwin dgn Amanda tu. Sbb apa 🚩? Sbbnya baran dia tu x tentu pasal, berkasar dgn perempuan tu fuh.. betul² buat aq menyirap. Taulah dia tu kaya raya tapi haih berlagak dominant sgt🙄
Next, buku ni ada scene agak 18+ ye jadi kpd adik² sekalian jgnlah baca ye kalau boleh🥹
Amanda pulak, haih knp?! Kenapa Amanda ni terlalu menjadi pak turut?😭 Terasa mcm perempuan ni terlalu lemah sbb ada je benda kecik yg sepatutnya boleh fight balik tapi dia x fight🙃
Jln cerita dia okaylah not bad cuma agak boleh predict jugaklah apa jadi next sbb dia lebih kurang je pasal kisah mafia gitu.
Aku tak taula apa yang author ni fikir tapi novel ni macam nak normalizedkan sex sebelum kahwin. I mean?? Baru beberapa page aku baca boom. Amanda mengandung. What the hell????? Tak kesah la kau rela ke tak, dosa still dosa. Bukan tu je, aku force diri aku baca buku ni jugak dengan skip beberapa muka surat dan cringe so hard. Sumpah do male lead ni langsung takde rasa hormat dekat perempuan. Aku tak faham ngapa novel macam ni boleh hype sangat. Ye faham ml tu red flag tapi ape kejadahnye red flag sampai buat perempuan ngandung pastu tukar sijil anak yang tak ada bapak tukar ke namanya pastu kawin perempuan yang dia dah buat ngandung tu dengan alasan masih sayangkan dia(Seingat akulah). Aku ade jugak baca part romantik or wherever amanda dengan emir tapi aku tak rasa pun sat daripada scene diorang tu romantik. Macam mana novel macam ni boleh terlepas dari penerbit? Please la penerbit kat luar sana, fikir banyak ii kali sebelum approvekan buku ke pembaca. Nasib baik baca ni dari novel member aku kalau guna duit aku memang mintak refund
Aku baru je habis baca buku ni and okaylah, buku ni fast pace. Aku tak pasti if author ni nk buat jalan cerita dia berat or tak, but bagi aku santai sebb setiap konflik dh boleh agak penyelesaian dia mcm mana.
Penggunaan nama ‘Tengku’ terlampau banyak buat aku cringe walaupun tu nama dia and aku tak suka watak ML. Terlampau red flags sampai aku fikir, ada ke org mcm ni in real life? Fl pulak entahlah tk tau nak ckp mcm mana. Lagi satu, aku tak bolehlah waktu FL kahwin dgn Kyle tu, aku rasa terhibur bila Emir dtg bawa geng - geng dia 😂
Overall jalan cerita menarik, lebih daripada apa yg aku expect and aku yakin penulis boleh berjaya lagi di masa hadapan 🫡
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penulisan yang baik, cuma saya kurang gemar dengan watak Emir Cullen yang suka mengugut dan memaksa. Watak heroin juga tidak berapa serasi dengan saya. Dan ini personal preference ya, lain orang lain seleranya (saya suka lelaki green flag). Keseluruhan ceritanya agak menarik. 3.5 bintang saya hadiahkan. Tahniah penulis atas kelahiran novel ni :)
For 30series like me, the ML is red flag. If am in my 20series, I will fall for ML & admire him. From geram to geram then to possesive then dark plot. For Emir Cullen his action is protection but he didn't realize that he not respect Amanda
Overall, jalan cerita okay, tak bosan & can keep me untuk baca setiap page tanpa skip
Second chance trope. ML is a walking red flag for being selfish and doesn't know how to respect FL even when they're in marriage especially he's jealous. Walaupun FL ada melawan but she's too quick in forgiving and accept him back.
Sometimes wattpad story should remain as a wattpad rather than publishing it as a book.
mula mula lelaki nie red flags dan lama kelamaan lelaki nie berubah menjadi green flags dan novel nie sedikit dark romance soo yeah... but love the ending
maaf tapi berat betul nak bagi habis baca. boleh la kalau nak baca cerita yang cliche, hero possessive dan red flag. permulaan best. boleh go ni. dia ada. dia tak kosong. saya je kosong