Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?
baru sahaja terbaca komen dari seorang pembaca mengenai novel ini, dia mengatakan membaca novel ini seperti membaca buku teks sekolah.. memang saya akui, lain orang lain pula pendapatnya, tetapi saya hairan sungguh.. entah bahagian mana yang dia nampak novel ini macam buku teks sekolah & pelajaran apa yang buku teksnya seperti novel ini. bagi saya ayat2nya biasa macam novel2 lain, tidak membebankan fikiran seperti buku teks.. sedih sangat rasa semasa membaca kisah sara raihana yang kematian suami pada hari penikahannya, tapi dengan adanya Chan chee Hong @ Mohd Nur Iman menceriakan hari2 Sara Raihana kerana baginya Iman & aisyah adalah adik yang dia sayang..
Menariknya novel ini sebab bercerita mengenai hubungan seorang guru dan pelajarnya.. Pengajarannya bila berkahwin, sikap tolak ansur, menerima kekurangan dan kelebihan pasangan, hormat hubungan yg dah terjalin sebelum kedatangan kita..Jangan mudah marah tapi dengar dan hakimi dgn hati dan fikiran yang waras.. Cerita ini juga mengetengahkan pasangan yg berbeza usia dimana lelakinya lebih muda tapi sudah berkerjaya semasa berkahwin. Isteri tetap kena menghormati suami biarpun suami itu lebih muda usianya..
Aigoo ~ baca buku ni macam baca buku teks. Ayat terlalu formal.
And dekat2 nak hujung buku ni I dont know why but the writer seems like wrote more on Aisyah and Imran Hafis. Seolah2 kisah buku ni berkisarkan kisah diorang berdua.
Mesej cerita bagus. Its just penulis belum mahir dalam penyampaian cerita dgn berkesan. Ya this is just my opinion.
Apa pun ~ I bought this book sebab cover sangat attractive. Langsung tak pandang sinopsis. Hahh amik kau. Hahaha
Huhu sorry author...penggunaan tatabahasa author terbaik cuma bagi saya storyline cite ni agak slow...apa2 pon banyak perkataan baru yg sy belajar, hadis2 & pengajaran di sini
- okay cara penulisan. Terlalu formal, and too fast mcm bersambung- sambung somehow it's same as you buat karangan dalam exam.
-mula" baca, i was kinda like it. Yes, the plot abt student-teacher relationship. Interesting, tapi makin lama baca makin bosan.
-character tak nk komen. Saya okey je. Just tak boleh bla time si iman tu gi tumbuk budak tu sebab jeles. Waaaat? Iman, kau sangka si Sara ni pedo? Aduh geram bila baca part tu. ______________________________________________
Conclusion,,
-permulaan yg membuatkan saya rasa sangat interesting nak baca (walaupun lepastu rasa bosan ya amat) dan pengakhiran pun erm not bad la tak la cliche sngt. OKLAH -just sedih sikit psl bab Mak Zainab
-thank you sangat author masukkan hadis, n tunjuk indahnya Islam. I like it!
Tapi tula author cara penulisan tu kalau boleh gunalah perbualan pasar ke,, dan kemaskan sunsunan ayat dalam setiap perenggan biar dapat feel tu.
Semangat author! Takpa teruskan usaha! Lagipun ni buku 2013 kan so i don't mind for now HAHAHHAHA