Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ayam Patah Kepak

Rate this book

153 pages

First published January 1, 2013

2 people are currently reading
23 people want to read

About the author

Hafizah Iszahanid

19 books26 followers
Berasal dari Chemor, Perak. Lulusan sarjana muda Seni Gunaan dari Universiti Malaysia Sarawak.

Pembabitan dalam penulisan bermula sejak belasan tahun dan pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994.

Antara novel yang dihasilkan; Noktah di Hujung Rindu (2005), Kala Hujan Menitis (2007), Andainya kukembali (2009), Sehiris Bulan (2011), Deru Angin (2012), Lelaki Januari (2014), Nan Yang (2014) dan antologi cerpen Ayam Patah Kepak (2013).

Antara pencapaian dalam penulisan termasuklah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 dan 1995, Hadiah Karyanet 2004, Hadiah Sastera Berunsur Islam 2005 dan 2011, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, 2011 dan 2013, Sayembara Fiksyen Sains UTM-Utusan 2011, Anugerah Buku RTM-PNM 2012.

Hafizah Iszahanid pernah mewakili Malaysia untuk mengikuti Bengkel Mastera (Novel) pada 2011 di Bogor, Indonesia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (63%)
4 stars
6 (27%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews22 followers
January 14, 2018
Saya teringat dengan tips daripada Faisal Tehrani dalam bukunya Karya Nan Indah, kuatnya sesuatu cerpen itu dengan meletakkan agama, politik, sejarah serta persoalan sosial sebagai subjeknya. Dengan keluasan ilmu pengetahuan penulis, cerpen-cerpen yang ditukanginya sedap dibaca dan memberikan pembaca sesuatu ilmu yang baharu pabila kita dibawa masuk ke dalam dunia fiksyen yang bersadur dengan permasalahan-permasalahan realiti yang semakin berleluasa; berlaku di sekeliling kita.
Profile Image for Hikaoru.
944 reviews24 followers
August 30, 2018
I like every single fic in this except "Lari dari Katrina", perhaps because I dislike the guy, he's weak.

The rest are all very patriotic, a bit Malay-centric but I like it because it's a type of introspection that we need once in while. Of our overly apologetic nature, the fact that we judge a lot and what's reaaaally going on with our country right now. Never has it been more relevant than now, in the Malaysia Baru era.
Profile Image for Shamsul Amin.
Author 4 books11 followers
June 11, 2013
Imej silhouette seorang lelaki dengan destar tradisi Ayam Patah Kepak di kepala yang melatari muka depan Kumpulan Cerpen Ayam Patah Kepak, seolah-olah awal-awal lagi mengingatkan pembaca bahawa naskhah ini mewakili tiga perkara; kemanusiaan, jati diri Melayu-Islam dan sejarah. Ketiga-tiga unsur ini diadun sempurna menerusi 13 buah cerpen dengan pelbagi tema yang dihimpunkan dalam kumpulan cerpen ini.

Pengarang naskhah ini, Hafizah Iszahanid, dengan bijaksana memanfaatkan rangsangan yang dekat dengan dirinya- seni gunaan, ilmu perubatan dan isu antarabangsa untuk ditumpahkan dalam karya. Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) ini bagaimanapun masih tekal memperjuangkan isu sejagat dalam setiap cerpen yang ditukangi beliau iaitu nilai kemanusiaan dan jati diri sebagai Islam.

Naskhah ini dimukaddimahkan dengan cerpen Adiba Seorang Ultraman, yang mengisahkan tentang seorang wanita gelandangan bernama Adiba, yang kematian suami dan kehilangan anak-anak, yang berjuang untuk bebas daripada penagihan dadah dan mahu segera sembuh daripada penyakit HIV dengan bantuan watak 'saya'- seorang doktor perubatan. Menariknya, kekuatan Adiba mendepani prejudis masyarakat ditamsilkan seperti Ultraman, "Tetapi, seperti Ultraman yang bisa bangkit walaupun selepas butang merah di dadanya bernyala dan selepas digodam raksasa sehingga lembik, Adiba datang ke pintu klinik saya kali ketiga" (m/s 5).

Cerpen Ayam Patah Kepak pula mengetengahkan kegagalan segelintir anak muda dalam memahami ideologi komunisme akibat tidak mengambil iktibar daripada sejarah. Secara ironi, pengarang mengandaikan kegagalan watak Riyyan, pemuda berusia 22 tahun dalam memahami ideologi ini umpama kegagalan meneladani peristiwa pembunuhan Tun Besar pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Nama Saya Ling Mei Ling pula menampilkan jati diri sebagai Islam yang dimiliki seorang wanita Cina-Muslim sekali gus menentang kegoyahan suaminya yang membelakangkan hukum-hakam dan perjuangan Islam demi menegakkan hak asasi manusia yang berasaskan undang-undang ciptaan manusia yang artifisial.

Hafizah Iszahanid juga secara hikmah membaurkan nilai-nilai feminisme dalam dua buah cerpennya; Hati Yang Parah dan Menjadi Perempuan. Dalam Hati Yang Parah, pengarang melalui persona 'saya' menceritakan kekecewaan beliau sebagai wartawan terhadap watak Zana, seorang Muslimah keliru yang tidak dapat mempertahankan jati diri Muslimahnya dan lebih cenderung menghukum masyarakat di sekeliling. Menjadi Perempuan pula mengetengahkan obsesi masyarakat purba China terhadap kecantikan melalui amalan mengikat kaki (chanzu) dan persamaannya dengan masyarakat kini yang turut obses terhadap kecantikan sehingga sanggup mengubah ciptaan Tuhan.

Cerpen Istimewa, yang memenangi Hadiah Utama Kategori Cerpen, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 (HSKU 2011) pula memperihalkan hak istimewa Melayu-Islam di tanah air yang dikatakan menghantui hidup 'saya'. Bagaimanapun demi memenuhi keperluan peribadi yang mendesak, 'saya' bertindak nekad membunuh Istimewa. Hal ini memperihalkan kegoyahan 'saya' dalam mempertahankan jati diri sebagai Melayu-Islam bagi melenyapkan dilema yang sering membayangi hidupnya.

Cerpen Hanyalah Jika Mereka Bisa Mendengar! pula menggarap tema kekeluargaan sebagai tunjang cerita. Cerita ini menaratifkan kisah bagaimana sebuah institusi kekeluargaan menjadi goyah akibat salah faham antara ahli keluarga dalam memahami sejarah dan prinsip perjuangan bangsa. Uniknya, menerusi cerpen ini, pengarang turut memetik kandungan daripada naskhah tradisonal Melayu seperti Misa Melayu dan syair karangan Raja Ali Haji.

Tiga cerpen lain iaitu Kami Bertemu Di Brussels, Dalam Dakapan New York dan Lari Dari Katrina memanfaatkan landskap luar negara sebagai latar cerita. Pengarang bagaimanapun masih menampilkan watak tempatan sebagai penggerak cerita untuk menggambarkan jati diri Islam yang masih wujud di tengah-tengah kota utama dunia, yang sentiasa dicabar oleh impak globalisasi, terutama pada era pasca-9/11.

Cerpen Ryan dan RM 200 000 pula mengisahkan seorang dotor bernama Ryan yang sanggup membelakangkan hukum Tuhan dan etika perubatan demi memenuhi keperluan songsang seorang penyanyi popular yang mahu mendapatkan cahaya mata tanpa bernikah menerusi kaedah in-vitro fertisilisation (IVF). Cerpen Namanya Willem de Kooning pula menceritakan transformasi seorang Mat Rempit menjadi politikus bergelar wakil rakyat yang merasakan dirinya gagal mempertahankan hak-hak bangsa sendiri di pentas siasah kebangsaan.

Cerpen terakhir, Pala Tumpa' Kayau Indau bercerita tentang kesungguhan seorang pereka fesyen, Hanis, wanita berketurunan Iban dalam memperkenalkan rekaan pua di pentas peragaan fesyen dunia. Cerpen ini memperlihatkan kekukuhan jati diri Hanis sebagai Muslim saudara baru dalam mengekalkan konsep busana Muslimah bersama nilai tradisi pua, seiring dengan keimanan baru yang dianutinya.

Kesemua cerpen ini digerakkan oleh dua proksi jenis watak yang berbeza; yang kukuh dan yang goyah jati diri Islamnya. Setiap watak yang dihidupkan Hafizah Iszahanid menerusi cerpen-cerpen garapan beliau memberikan impak tersendiri kepada pembaca. Kebanyakannya menjentik rasa, menyerang peribadi pembaca secara sinikal malah seolah-olah mengajak pembaca untuk bermuhasabah dan menginsafi sejauh manakah pembaca telah mempersiapkan diri dengan nilai-nilai kebaikan dan perjuangan selaras dengan aspirasi Islam itu sendiri.

Langgam penceritaan pengarang juga bersifat sederhana dan mudah untuk dihadam khalayak pembaca. Kebanyakan cerpen dalam naskhah ini menggunakan gaya bahasa yang sederhana- tidak terlalu puitis tetapi masih memperlihatkan sisi-sisi romantis. Pada sesetengah bahagian, pengarang juga memperlihatkan unsur kecindan yang ringan namun masih boleh membuatkan pembaca tercuit dan terhibur.

Kumpulan cerpen ini sarat dengan didaktik dan nilai-nilai murninya. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan naskhah ini wajar dimiliki oleh masyarakat dalam negara ini terutama pembaca-pembaca Melayu sebagai manual untuk mempersiapkan diri menjadi Muslim yang lebih berwibawa dan berjati diri.

Kumpulan cerpen ini merupakan dokumentasi dekad pertama keberadaan Hafizah Iszahanid dalam pentas kesusasteraan tanah air. Seperti mana kata beliau dalam ruangan 'kata penulis' naskhah ini, kewujudan kumpulan cerpen ini adalah untuk menghimpunkan sejumlah pemikiran dan juga sebuah testimoni beliau sebagai pengarang kreatif.

Ternyata memiliki kumpulan cerpen Ayam Patah Kepak tidak merugikan, malah pelbagai ilmu baharu dapat diserap pembaca sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran yang bakal didepani dunia Islam masa kini dan juga akan datang.
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
October 4, 2013
Benarlah, semua orang pun boleh menulis, semua orang pun boleh membuat cerita, boleh menggarap naratif dengan baik. Tetapi tidak semua tulisan bisa meninggalkan kesan, mampu memberi pelajaran.

Ini antara buku yang sangat baik bagi saya. Membaca cerpen beliau segera mengingatkans aya kepada cerpen-cerpen tulisan Rebecca Ilham, pun begitu beliau jelas mempunyai kelainannya tersendiri.

Beliau menggarap kesemua cerpen dengan jalan cerita yang kemas dan baik, tetapi kesan akhir yang selalu merungsingkan tatkala jangkaan selalu tidak menepati akhir jalan cerita. yang disangka baik - ya, klise dan merasakan akan ke akhir membawa watak baik - rupanya tidak, rupanya salah. Memang menjungkir-balik.

Sebelum ini bergelumang sebentar dengan buku-buku fixi / pulp-fiction keluaran penerbit indie; membaca buku ini seakan rasa terselamat dari kesalahan membelakangkan estetika dan kesantunan sastera.

Recommended sangat-sangat.



Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
November 2, 2013
saya membelinya setelah membaca kehebatan penulis yang banyak merangkul hadiah-hadiah besar. Ternyata saya tidak salah kerana setiap cerpennya ada nilai tersendiri dengan banyak kejutan dalam penceritaan. bahasanya indah dan tidak membebankan pembaca.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.