Agak sukar untuk menjumpai teks sejarah Islam dalam Bahasa Melayu yang lengkap.. Karya terjemahan mungkin banyak, tapi buku yang dihasilkan sendiri oleh penulis tempatan agak kurang..
Secara peribadi, antara buku sejarah Islam yang saya syorkan ialah buku Ikhtisar Perkembangan Islam tulisan Dato Dusuki Ahmad.. Walaupun isinya agak ringkas, tapi masih boleh dianggap sebagai sebuah rujukan sejarah Islam yang komprehensif kerana kandungannya meliputi hampir semua peristiwa penting yang direkodkan dalam sejarah Islam..
Bermula dari pengenalan semenanjung Arab sebelum Islam, kemudian diteruskan dengan perkembangan dakwah Rasulullah ketika fasa Mekah dan fasa Madinah, era Khulafa ar-Rashidin, kerajaan Bani Umayyah, kerajaan Bani Abassiyah, kerajaan Islam di Sepanyol, sehinggalah kerajaan Uthmaniyyah di Turki.. Turut dimuatkan adalah perjalanan sejarah Perang Salib (1096M-1291M).. Dua bab terakhir pula membincangkan sejarah penyebaran Islam di India dan China juga penyebaran Islam di Alam Melayu..