Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.
“Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim “Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana
Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.
Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.
Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.
Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?
“Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana “Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim
Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.
Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan? ~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim
Ini kisah Rihana yang pernah tersasar jauh dari landasan hidup yang sepatutnya. Akibat leka dan alpa dengan nikmat dunia, Rihana lupa dengan segala didikan yang diterapkan oleh kedua ibu bapanya sejak kecil. Kerjaya Rihana sebagai social escort (atau dalam bahasa mudahnya GRO) memberinya peluang untuk berkenalan dengan lelaki-lelaki berwang yang gemar mencari hiburan di luar termasuklah Hakim. Kemewahan yang ditabur oleh Hakim juga menghanyutkan Rihana. Namun, suatu peristiwa yang nyaris meragut maruah Rihana membawa Rihana menyedari kekhilafan yang sedang dilakukannya.
Bagi Hakim, Rihana bagai ubat bagi segala penyakitnya. Memberi ketenangan walaupun Rihana diibaratkan umpama merpati. Dipanggil merapat tapi bila ditangkap ia melarikan diri. Pertemuan kembali setelah 6 bulan Rihana menghilangkan diri menyedarkan Hakim. Dia mahukan Rihana bukan hanya kerana tuntutan nafsunya semata, tapi kerana rasa yang dah meresap dalam hatinya. Aura Rihana sangat payah untuk dielak walaupun perwatakan Rihana tak sama dengan Rihana yang dikenalinya 6 bulan dulu.
Bermula saat pertemuan kembali dengan Rihana, Hakim bertekad untuk mengikat Rihana menjadi yang halal buatnya. Walaupun Rihana berdegil menolak kehadirannya, Hakim pasti ada cara untuk membuatkan Rihana berkata ya untuk setiap kehendaknya. Termasuklah untuk memaksa Rihana bersetuju untuk mengahwininya. Haish. Hakim..Hakim.. Tak sedar agaknya kehadiran Rihana di sisinya bakal mengundang pelbagai masalah. Lebih-lebih lagi bila Hakim sendiri sebenarnya sudah ditunangkan dengan Nelly, anak kenalan keluarganya.
Berjaya atau tidak mereka mencorakkan rumahtangga mereka tanpa gangguan dan campur tangan kedua ibu bapa Hakim?
Komen saya: Kisah ini memang bertumpu pada kisah Rihana dan Hakim. Bagaimana Rihana ketemu hidayah. Macam mana susahnya Rihana nak memadamkan sejarah hitam yang dipalitkan dalam kehidupannya bila bertemu kembali dengan insan-insan daripada kehidupan lampaunya dalam perjalanan penghijrahannya. Bagi watak Hakim pula, saya nampak dia agak mementingkan diri bila seboleh mungkin dia mahu memperisterikan Rihana walau tanpa restu kedua ibu bapanya. Heh. Memang bukan hero pilihanlah nampak gayanya. Saya rasa ramai yang menyukai kisah ni kerana elemen manis bergula di dalamnya. :) Sekalung tahniah buat penulis atas kelahiran karya terbaru di bawah penerbitan sendiri. Moga makin banyak karya bermutu yang bakal diterbitkan di bawah label Idea Kreatif. :)
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Cerita ni best sangat sangat! Highly recommended!!! N sangat suka dengan Hakim dan Rihana. Dorang sangat sesuai. Chemistry antara Hakim dan Rihana memang ada from the start. Ditambah lagi Hakim ni nakal dan takda self control bila dengan Rihana. Walaupun Hakim's obsession pada Rihana pada mulanya, N rasa agak creepy, tapi sebenarnya dia cuma sangat rindukan Rihana yang tiba-tiba menghilangkan diri.
Bertemu semula dengan Rihana yang sudah berubah, Hakim nekad Rihana tak akan dilepaskan lagi. Pelbagai teknik dicuba tapi semuanya tak berjalan. Terpaksalah juga dia menipu kerana itu saja cara untuk mmebuat Rihana bersetuju menjadi isterinya.
Rihana sangkakan perkahwinan mereka mendapat restu keluarga Hakim. tapi hakikatnya tidak. Mereka berkahwin secara rahsia. Status Rihana sebagai isteri terpaksa dirahsiakan kerana Hakim sebenarnya sudah menjadi tunangan orang.
Walaupun perkahwinan mereka tanpa restu, mereka cukup bahagia. Yang penting mereka bersama. Campak sejuta wanita cantik dan kaya sekali pun, Rihana saja yang akan menjadi pilihan Hakim.
As the story moves along, N ragu-ragu sama ada cerita ni ada happy ending atau tidak. Lebih-lebih lagi Hakim suka benar cakap dia sanggup mati demi Rihana. Everytime dia kata , "Kalau mati pun I sanggup..." N dah rasa semacam. Terus teringat cerita Lili Buat Najah yang N baca sampai mata lebam.
Sebenarnya aku lost dekat mana part yang pergi tanpa alasan tu... Yang aku nampak cuma prasangka dari kedua-dua belah pihak antara Hakim dan Rihana. Kalau Rihana ada sentap atau sedih dengan Hakim dia akan jauhkan diri atau hilang. Hakim pulak kadang-kadang macam geram jugak entah bila dia nak selesaikan hal dia dengan Nelly. Lagi kisah dari golongan hartawan dan berpangkat dimana cintanya terhadap gadis biasa mendapat tentangan dari keluarga.
Hakim dan Rihana yang dulu sama-sama hanyut dengan nikmat dunia yang sementara. Namun berubah untuk hidup yang lebih baik dan diredhai Allah.
Bagi aku ini cuma kisah biasa dan santai. Konflik yang bagi aku nampak simple tapi complicated untuk orang lain. Apa-apa pon saling memahami dan menerima seadanya itu penting dalam setiap perhubungan.
Mereka bertemu dalam suasana yang penuh noda dan dosa. Bila Hakim melanggan Rihana untuk menemaninya. Istimewanya Rihana pada Hakim tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia sanggup berbuat apa saja demi gadis itu. Rihana, walaupun bekerja sebagai escort di kelab tersebut, menemani lelaki sehingga kadang-kadang ke bilik hotel semata-mata untuk mendapat kemewahan, tetapi masih tegar mempertahankan kesuciannya ( yang lain-lain dia 'halalkan' saja).
Peristiwa hampir diperkosa menyedarkan Rihana dan dia mula meninggalkan dunia hitam itu. Cuba membina hidup baru yang lebih baik. Hakim begitu terasa kehilangan Rihana dan tercari-cari di mana gadis itu.
Takdir. Mereka bertemu semula 6 bulan kemudian. Hakim agak terkejut dengan perubahan Rihana yang berbaju kurung dan bertudung. Tidak lagi seksi seperti dulu. Tetapi Rihana tetap kelihatan menawan. Mungkin bertambah menawan.
Hakim sedaya upaya memujuk Rihana untuk kembali padanya. Dia tak dapat melupakan gadis itu walaupun beribu gadis lain yang ditemui. Rihana terlalu istimewa pada dirinya. Rihana pula sedayanya cuba untuk mengelak dari Hakim. Dia sedar, dia cuma gadis biasa yang cuba membina hidup baru, jauh dari dunianya sebelum ini. Lagi pula, Hakim telah bertunang dengan Nelly, seorang model terkenal dan anak Tan Sri. Siapalah dia untuk digandingkan dengan Hakim, anak jutawan yang memiliki segalanya itu.
Hakim tidak mengenal erti putus asa. Pelbagai cara dilakukan untuk memiliki seorang Rihana. Akhirnya impiannya tercapai walaupun terpaksa menggunakan tipu muslihat. Rihana berjaya dinikahi dan menjadi miliknya.
Kehidupan selepas perkahwinan mereka, walaupun ada bahagianya, tetapi masih banyak liku yang perlu dilalui. Perkahwinan yang terpaksa dirahsiakan menjadikan kehidupan Rihana agak sukar.
Susahnya Rihana nak menemui kebahagiaan bersama Hakim. Tetapi bahagia itu muncul jua akhirnya.
Karya pertama Hani Fazuha yang saya baca. Agak menarik. Penceritaan yang lancar ditambah pula plot dan bahasa yang bersesuaian. Berjaya habiskan dalam masa satu hari ( haha...sbb mood tengah baik dan hari cuti pula).
Sejujurnya saya amat menyukai watak Hakim. Keikhlasan cintanya pada Rihana. Sanggup berbuat apa saja untuk memilikinya. Dan dia menghormati Rihana. Walaupun caranya mungkin agak keterlaluan kadang2, tetapi dia tidak mengambil mudah tentang hal tersebut. Berjumpa dengan keluarga Rihana dan menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Rihana (hmm..walaupun menggunakan muslihat utk mendapatkan persetujuan Rihana). Bagi Rihana pula....hmm mengaku jer la jealous..haha. Mana tak jealousnya bila Rihana dikatakan mempunyai kecantikan yang hampir sempurna dan digilai pula oleh lelaki seperti Hakim..
PS - Tapi banyak la part yang nakal2 tu. Kadang- kadang hal ni boleh menjejaskan penghayatan terhadap watak dan penceritaan. Tapi ini cuma pandangan saya. Mungkin saya jer yang rasa macam tu.
Ceritanya mengajar kita supaya berfikir sebelum bertindak. Sungguh , apa sahaja yang kita pilih sekarang akan melakarkan sejarah yang tak mungkin terpadam. Tetapi bagi yang telah menempa kisah silam yang kelam, belum terlambat untuk pulang ke pangkal jalan dan bertaubat. Bukan salah ibu dan ayah dalam mendidik anak-anak. Ada kalanya anak anak terbuai dengan nikmat dunia walaupun ilmu agama penuh didada.
Rihana, gadis cantik yang terbuai dengan nikmat dunia tetapi kembali tersedar apabila dirinya hampir diperkosa. Dunianya dikelilingi lelaki kaya dan disitulah dia menemui Hakim, lelaki yang mengejar dirinya walaupun tahu dirinya dipalit dosa. 6 bulan melarikan diri dari terus bergelumang dosa, Rihana akhirnya berjaya dijejaki Hakim. Hakim terpaksa menggunakan tipu muslihat mengahwini Hana apabila lamarannya ditolak mentah2. (Cukup tak berkenan cara Hakim ni). Rihana takut dia kembali bergelumang dosa dan Hakim bukan lelaki yang mampu membimbingnya.
Apa yang Hakim fikir, hanya ingin memiliki dan menghalalkan hubungannya dengan Hana walaupun dia telah bertunang dengan Nelly, pilihan keluarga. Tanpa memikir risiko, Hakim nekad mengahwini Hana. (Memang patutpun berkahwin, selagi tak kahwin, selagi itu malaikat raqib mencatit dosa. Tangan macam sotong, tak boleh dok diam pabila Hana didepan mata. )
Alam rumahtangga mereka bahagia kerana ternyata kasih Hakim bukan hanya kerana nafsu. Walau bagaimanapun kebahagiaan mereka tergugat apabila hubungan mereka dihidu mama dan papa Hakim. Ibu bapa mana yang dapat menerima menantu bekas pelacur kelas atasan kan! Mereka menjadi pelarian di Pulau Perhentian. Tetapi pabila mama Hakim terlantar sakit, mereka terpaksa pulang. Bermula dari saat itu, hati Hana terluka. Hakim terpaksa memilih antara Hana atau mama. Adakah Hana atau Hakim yang pergi tanpa alasan? Tet! Baca sendiri !
dlm satu hari saja saya habiskan naskah ini... kisah yang mudah utk dihadam walaupun mainan perasaannya meruntum hati.
Saya memang mengikuti tulisan kak Hani dari Alaf21 hingga sekarang. Jelas, naskah ini jauh lari dari hasil2 sebelumnya.. tahniah kak Hani!
Kisah Hakim & Rihana.
Rihana, gadis yang sudah jauh terpesong dari norma kehidupan hingga sanggup menggadai maruah demi kesenangan hidup. Lalu, terombang dia dalam dunia yang penuh dengan kepalsuan bertemankan lelaki2 yang sanggup menabur wang berjuta hanya utk keseronokan tanpa memikirkan dosa! Namun, Allah itu maha Penyayang pada hambaNya. Hanya kerana kejadian itu, Rinn melihat kembali kedalam diri, apakah ini yg dicari walaupun hati sudah terpaut pada sidia.
Hakim, hidup dlm kesenangan itu melalaikannya hingga tenggelam dalam keduniaannya. padanya ada wang semua boleh dibeli termasuk wanita. Namun perasaan dan hati tidak dapat dibohongi tatkala terpandang wajah yang satu itu. Nanar seketika bila sang pujaan hati hilang tanpa khabar malah alasan!
Pertemuan yang tak terduga itu nyata ada dua persepsi dari dua insan yang berbeza. Bagaimana penerimaan itu terpulang pada individu itu sendiri. Hakim jelas gembira dengan pertemuan semula dgn Rinn. Rindu yang sudah berkepuk ini seakan luruh sedikit. Namun, penerimaan Rinn dengan identiti barunya seakan meletakkan jarak antara mereka yg bukan sedikit. malah seakan ternampak dibayangan Hakim, inilah penamatnya.
Apakah Hakim dapat menakhluki hati rinn? apakah jiwa mereka utuh bersatu? Saya ramai yang dah tahu kan? :) jadi tak perlu rasanya saya titipkan terlalu detail. Pada sesiapa yang belum dapatkannya, silalah yer...
Saya amat menyukai kelembutan bahasa kak Hani dalam menggarap cerita. Seakan saya terbuai tatkala menelusuri perasaan kedua-dua watak. Cuma apa yang saya nampak, kini kak Hani lebih terbuka dalam berkarya. Mungkin akan ada yg kurang menyenanginya... entahlah... Apapun, teruskan berkarya!
Jarang sekali dapat tersenyum usai menutup helaian terakhir naskah yg dibaca. Aku tersenyum untuk PERGI TANPA ALASAN.
(for me) penulis menoktahkan semua kisah pelakunya dengan akhiran yg manis. Walaupun ada babak yg diplotkan agak di luar jangkaan, tapi masih manis dipandang.
Dan, sejujurnya penulis 'menggenggam' kemas naskah ini. Plot, bahasa, pengisian dan perjalanan watak2nya disusun serapi mungkin. Pembacaan lancar tanpa 'halangan' yg menyesakkan.
Mungkin kerana itu, aku tersenyum dengan rasa Rinn dan Hakim :)
susahnya ckp ttg novel ni. sbb mmg best sgt. omg! suami yg sgt penyayang dan romantik. suami yg sntiasa menyayangi, melindungi dan memberi yg tbaik buat isteri. watak Hakim yg sgt romantik,kacak,bersikap pelindung dan mencintai sorg gadis bernama Rihana. Rihana yg hanyut dlm keasyikan dunia tlh kembali ke pangkal jln. Hakim ttp mengejar Rihana wlupun Rihana bkn lg Rihana yg suka berpakaian seksi dan terdedah, manja dan senang dipeluk ssuka hati. Rihana yg kini adalah Rihana yg baru dan menutup aurat dgn memakai tudung.
Cerita ok la cuma lelah dengan plot yg sama, kejap merajuk kejap ok kejap gaduh balik. Dan bila melibatkan hubungan dengan mertua ni buat lemah betul, jadi tersepit ditengah-tengah. Tak suka ending dia yg begitu.
Sebetulnya letih saya membaca buku ini. Hakim kept on making the same mistakes over and over again. To me, what he did to Rihanna "atas nama cinta" is SELFISH! Rihanna punya hati dan perasaan n to be hurt over n over again, I respect her for hanging tough.
Tak suka Hakim yg lemah. Hakim yg tidak pandai memainkan peranan sebagai seorg suami! It's true yang anak lelaki must always, always lebihkan ibu above everything HOWEVER should your mother request u to do something that u know is wrong, then stand up to her laaa... Bukan suruh kurang hajar pun... Just to stand up for what's right je! hish... emo ai.
Now... Rihanna is another story. Ai like Rihanna. Bila datangnya hidayah dari Allah, cukup mudah untuk berubah tetapi untuk kekal berubah, that's where the challenge is! N to me, Rihanna berjaya dalam penghijrahannya. I think that all those flashbacks masa zaman jahiliah dia is a very very nice touch. Some may not like it because to them it might be messy. But to me, klu takde all those flashbacks, the story won't be whole. Rihanna tau her rights and she fought for it!!! unlike Mr U-KNOW-WHO. Sampai dah kena cuci, berus n gertak dgn Ridzwan berkali2 baru nk sedar!!! I especially like masa Rihanna went to see her MIL at the hospital to fight for her right. Nampak kejujuran dia dan kesungguhan dia situ. N I ABSOLUTELY LOVE IT bila Rihanna sepak Nelly. I was cheering for Rihanna like crazy n wishing that dia sepak je si NELLY tu berkali2. ahaks.
I would have given 4 * for this book because the olahan cantik tersusun. bahasa yang membuai rasa. Jalan cerita kemas, ending yang memuaskan hati. Tapi I withdraw satu * strictly because of Hakim's selfishness. He knows about Rihanna's kelemahan n he used that to his advantage.
All in all it is a recomendable book and I like it very much.
P/S: parents! Keep the book away from underage children ye.
entah mengapa, kali ini memang mengambil masa yang lama untuk menghabiskan naskhah ini. mungkin, mood membaca saya yang memang kelaut sejak akhir2 ini dek kesebukkan kerja. atau, mungkin sebab tiada element of suprise dalam karya ini, serasa sama seperti karya hani fazuha sebelum ini.
seawal membaca sinopsis, saya menjangkakan keinsafan Rihana menjadi tunjang utama novel ini, bagaimana dia melarikan diri dari kancah noda, jauh dari segalanya dan memulakan hidup baru.
tapi,hanya dibeberapa bab awal2 sahaja diutarakan, selebihnya hubungan hakim-rihanna & konflik2 tipikal yang melanda (orangkaya-gadisgediks- kawih paksa-watsoeva).
mungkin, ini naskhah lama so cerita ini boleh dimaafkan (kot)
done this book... so sweet... Hakim yg sweet... hoh... sungguh cair bila baca buku nie... kisah seorang yg bernama hakim... sanggup melakukan apa saya untuk mendapatkan kekasih hati... rihana...nekad untuk memperisterikan rihana tanpa pengetahuan keluarga.. kerana hakim harus berkahwin denga nelly atas kemahuan mama & papanya... yang pastinya tiada siapa yang pergi tanpa alasan...
u guys... sila baca buku nie... membaca dgn hati... menilai dgn akal.... happy reading...
Finally habis jua.. Mood tak berape oke time bave novel ni.. Soo lambat la dapat habiskan... Mood kelaut. 😅
Sejujurnya ini naskhah pertama yang aku bace hasil garapan hani fazuha... Terokkan.. Padahal HF dah keluarkan banyak novel dr zaman alaf 21 lagi. Tapi aku tak follow time tu.
Dengan idea kreatif pon beliau banyak keluarkan stok limited/special edition untuk hasil2 nukilan beliau.. Aku tak terfollow lah.. Hahah..
Back to pergi tanpa Alasan.. Aku pon xtau kenape aku boleh ambik novel ni.. Mungkin aku ingin cube naskah drpd HF ni..
Well sangat tidak mengecewakan...pada aku kisah ni agak beratla.. Kisah pertemuan antara hakim & rihana di tempat yang boleh diklasifikasikan sebagai dunia kotor.
Rihana sebagai escort girl.. Terjerumus hanya pada awalnya untuk menggantikan kawannya, rozi. Dan berjumpe dengan hakim.. Tapi aku suke dengan rihana.. Walaupon bekerja macamtu.. Dea masih menjaga 'mahkotanya'. Hakim pulak lelaki kelas atasan..
Berkahwin tanpa restu keluarga... Aku rase itu klise.. Standard banyak novel macam tu.. Yang membezakan.. Cara garapan penulis itu sendiri. Bagi aku novel ni cukup rencahnya.
Cuma aku serabot betol dengan perempuan yang tak reti bahase ni. Dah kalau orang dah taknak.. Cukupla. Tak payah nak terhegeh-hegeh. Buat malu kaum perempuan aje.. Tapi aku sendiri tertanya.. Dalam kehidupan realiti ini, wujudkah perempuan seperti itu.?
Haaa panjangnye membebel... Mungkin aku akan beli lagi naskhah drpd HF sekiranya beliau ingin menjual novel2nya di bookstore...sebab aku suke menjelajah bookstore untuk memilih buku berbanding online. 😅
Buku pertama karya Hani Fazuha yang saya baca, BEST. Kisah Raihana dan Hakim yang bertemu pertama kali dalam kacah penuh dosa. Bagi Hakim, Raihana ni tak ubah seperti p......r kelas atasan. Bagi Raihana pula, Hakim ni sama saja denga lelaki kaya yang boleh bagi dia duit. Segalanya berubah bila Raihana bertemu hidayah NYA dan meninggalkan dunia kelam dan berubah kearah kebaikan. Bila mereka bertemu kembali masa tu baru Hakim tahu dia bukanya suka pada Raihana kerana kecantikkan dan layanan yang Raihana berikan masa 6 bulan lepas tapi dia sebenarnya dah jatuh hati pada Raihana. Macam-macam cara yang Hakim ni buat untuk dapatkan Raihana yang berwajah baru ni balik. Termasuk la sanggup membeli saham syarikat dimana Raihana bekerja semata-mata nak Raihana ni bekerja satu office dengan Hakim dan seterusnya jadi setiausaha Hakim ni. Semua cara yang Hakim ni lakukan, tak dapat juga nak cairkan hati Raihana ni sebab Raihana sedar yang dia dan Hakim macam langit dan bumi, lagi pun Hakim dah jadi tunang orang jadi Raihana pun tak nak la ganggu tunangan orang. Bila dah semua cara Hakim buat tak dapat nak miliki Raihana ni, akhir sekali dengan taktik kotor Hakim terpaksa lakukan. Dengan memasukkan ubat khayal dalam minuman Raihana sewaktu mereka ke Genting Highland. Pagi apabila sedar ja, Raihana perasan Hakim ada bersama dia dalam satu bilik dengan keadaan yang mengaibkan. Marah dan bengang betul Raihana pada Hakim masa ni sebab sanggup buat dia begitu. Tapi Hakim ni selamba ja, tak ada rasa bersalah pun cuma sedih sikit ja bila tengok muka Raihana macam ni. Tapi Hakim terpaksa , kerana cara ni saja dapat dia kawin dengan Raihana. Ikatan perkahwinan yang mengikat Raihana sebagai Isteri dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. " Kalau mati pun dia sanggup untuk Raihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seleruh hartanya demi Raihana " HAKIM. * Nak tahu kesudahan kisah Raihana dan Hakim ni dapatkanla buku Karya Hani Fazuha ni terbitan Idea Kreatif.
im done :# ~~ to be honest, sya x tau nk bgi brapa star
hakim,, why r you so sweet ?! cair ouh cair sya ska watak hakim, berani buat, brani tanggung. yg plg best dia x pernah marah isteri dia
cerita ni simple je. rihana ni bkn pelacur. tpi dia dibayar utk "temani" org2 yg bayar dia bkn utk ditiduri, mahkota dia mmg hanya utk suami. permulaan cite dia dah insaf n dpt kerja baru. terjumpa dgn hakim n hakim rinduuuu sgt dkt dia. rin berbeza dgn mna2 pompuan yg dia unsung sna sini. [hakim masih teruna hokey] hakim nk rin balik tpi rin x nk. rin pun actually ska kat dia tpi dia tkut dia x kuat. iman x tebal .. hakim beli lebih separuh saham tempat dia kerja, so hakim ni kira bos.
rin jdi setiausaha hakim. bff hakim ska rin so hakim pun cemburulah .. dia perangkap rin supaya dia dpt kahwin dgn rin. lps kahwin mmg hakim tunjukkan kasih syg dia dkt rin. mmg "mencairkan" . actually drg ni kahwin sembunyi. hanya kluarga rin je yg tau. haaa~ ni yg buat rin marah. dia ingatkn kluarga hakim restu perkahwinan drg.
masalah dtg bila kluarga hakim tau perkahwinan hakim. hakim dah tunang dgn nelly. pilihan kluarga sbb business. mmg perangai nelly ni annoying sgt. wahai kaum hawa, jgnlah rendahkn martabat anda hanya kerana seorg lelaki.
yg sya ska sgt psal hakim, dia pi ma je mesti dia bwa rin.. sbb tu dia x bgi rin kerja.
Done buku ke 4/2019 Pernah baca version sebelum ni. Haih version ke berapa pun baca confirm korang tangkap lentoq punya. Edisi kali ni lebih tebal yang nyatanya.
flow cerita yg agak smooth and cara penulisan yg lembut. somehow cerita novel ni x letak element dramatik yg sgt2 just to have like the highlight of the story and this is a good thing. cara penulisan membuatkan it feels close to the reality. Hakim's love... susah nak jumpa org mcm hakim ni. whether this kind of guy exist or not, wallahualam... kinda like the intimacy parts between Hakim and Rihana ^_^ overall, this novel is interesting and fun to read. *review dgn bhs rojak. sorry :P *
finally, dapat jugak baca novel ni setelah sekian lamanya. thanks to sis Juliana Jue sebab jual novel ni dengan harga kasih sayang. inilah satu satunya novel yang saya sangatlah berusaha dan bersusah payah untuk mendapatkannya...
obviously, PTA is one of Hani Fazuha's best novels. cerita yang sangat menarik. even, if to compare PTA and her latest novels, rasanya yang ni lagi best. kalau perasan, citer HF yang sekarang lebih simple dan tak memberatkan kepala, compared to novel2 dulu yang lebih berisi dan tebal, contohnya YDP.
untuk novel ni, banyak pengisisan menarik yang turut dikongsikan...dengan few hadis, bersesuaian dengan setiap scenes. kalau novel lama2 ni, curious nak tahu how the story ended. kalau novel2 baru, lebih curious nak tahu sape hero. hahhaha....
and of course, HF is a very talented writer. kalau nak cerita yang suwit muit diabetes, baca la novel HF. keistimewaan kak Hani ni ialah dia punya ayat2 manis dan scene yang manis. lebih menarik, ayat dan scene tersebut quite fresh...bukannya recycle ataupun sama je dengan novelnya yang lain.
conclusion: sangat berpuas hati...semoga HF kekal menulis...walaupon semua novel nya LE, dan susah je nak dapat
Susah nak habiskan baca buku ni. Mood membaca tu tak smooth untuk baca novel ni. Sorry to say tapi gaya penulisan HF tak kena dengan jiwa. Rasa macam too cheesy and unrealistic.
Jalan cerita okay cuma olahan ayat tu rasa macam annoying je bila baca. Tapi cerita agak ‘lemau’ jugak lah. Point dari pertengahan cerita sampai habis cuma berkisar tentang cemburu-tak direstui mak mertua-pujuk. That’s all.
Rasa nak habiskan cepat-cepat lepastu simpan, tak larat nak layan rasa annoying tu lagi
Alahai lelahnya nak habiskan naskah HF yang ini. Konfliknya balik-balik itu... balik-balik itu. Rasanya macam boleh diperkemaskan lagi memandangkan dah ada dua edisi kan?
Maaf tapi naskah ini... bukan antara must-read-list daripada penulis.