Jump to ratings and reviews
Rate this book

HEROIN

Not yet published
Expected 1 Feb 31
Rate this book
Kadang-kadang, kau perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri; apa yang selama ini kau panjat, apa yang selama ini kau cuba nak gapai. Banyak duri yang akan kau pijak, banyak batu yang akan kau tampung di bahu, setiap kali kaki kau melangkah. Semua ini, hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, untuk kau perjuangkan atau tidak.

Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita baru. Sebuah cerita pedih, dan hitam.

Aku terluka, hampir mati, namun aku masih cuba berdiri.

257 pages, Paperback

First published December 10, 2011

8 people are currently reading
163 people want to read

About the author

Amal Hamsan

10 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
61 (26%)
4 stars
103 (44%)
3 stars
50 (21%)
2 stars
17 (7%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
July 15, 2013
Mungkin mood aku tengah baik sebab aku beri Heroin 5 bintang. Selain dari Seekor Pipit dan Sekuntum Mawar, tak ada lagi antologi yang dapat sampai macam tu jumlah bintangnya dari aku.

Bukan senang. Fixi yang aku suka bangat buku-bukunya pun aku tak dapat nak bagi 5 bintang lagi sebab belum cukup ngam, tapi antologi sepenuhnya tulisan Amal Hamsan ni aku beri 5 bintang. No doubt.

Aku beli Heroin pada Pesta Buku Antarabangsa KL baru ini. Kira lambat jugalah aku ni. Maklumlah, buku ni dah dikeluarkan pada tahun 2011 dan buku yang aku beli pun dah cetakan ketiga.

Nak kata diri sendiri ketinggalan zaman pun tak jugak. Terus terang aku katakan Heroin ni mungkin tak akan famous kalau tidak kerana Amal Hamsan keluarkan bukunya yang baru iaitu Seyogia. Promosi Seyogia pun beriya-iya sampaikan aku hendak tak hendak terasa seperti nak "test" baca cerita Amal Hamsan dengan Heroin.

Bukan tak pernah baca tulisan Amal Hamsan. Bahkan sebenarnya, aku sendiri tersengih-sengih bila dapat tengok nama aku tertulis di bawah namanya dalam antologi cerpen Kali Pertama. Aku pernah baca tulisannya dalam Kopi. Tapi mungkin ada tulisan-tulisan lain yang lebih outstanding, aku tak nampak sangat tulisannya waktu itu.

Kulit Heroin - cantik. Cuma kurang kemas. Kena kemaskan sikit lagi supaya petak2 macam gambar pixel pecah tu tak ketara sangat bila direnung dalam-dalam. (atau sengaja?) Tapi aku suka tema kulitnya. Macam tengok cover album Evanescence dengan Meena Harker sebagai model.

Feminin. Tapi dark. Aku suka.

Perasaan membaca Heroin adalah hampir sama dengan perasaan membaca Seyogia. Yang terlintas dalam kepala aku hanya dua perkataan, "Domestic Violence."

Tapi mungkin aku lebih suka Heroin dari Seyogia sebab aku rasa dalam Heroin ni masih ada keras yang boleh dilembutkan, salah diperbetulkan, dan dosa diampunkan.

Sebab bagi aku cuma satu, bukan semua benda dalam dunia ni mesti berakhir tragis. Walaupun kita suka kalau sesuatu yang jahat ada pengajarannya, tapi bukan semua pengajaran itu mesti berakhir dengan kematian - kena bunuh, kena rogol, sakit tenat. Atau semua orang jahat mesti dihukum dengan panah petir.

Wooiiii...banyak sangat tengok Hindustan ke?!

Tapi bila aku baca Heroin, aku jadi suka. It's like the younger version of me, talking to myself. Yang sekarang dah berumur 30 tahun. Aku mungkin masih kebudak-budakan dari pelbagai segi, yang berfikir macam-macam sebelum buat keputusan. Tapi satu masa dulu aku pun pakai redah je macam watak-watak yang Amal Hamsan ceritakan.

Jadi aku faham.

Ya, umur yang mentah kadang-kadang buat kita rasa dewasa tapi sebenarnya tidak. Memandang cerpen-cerpen dalam Heroin buat kau rasa, "Haishh....dulu aku pun pernah fikir macam ni. Tapi...salah sebenarnya."

Tulisan Amal Hamsan ni detailed dan kemas. Itu buat aku tertarik nak baca kedua-dua buku yang aku beli di PBAKL itu hari. Dia tak sewenang-wenang meletakkan diri atau watak sebagai hakim.

Ada separuh tulisan tu kau boleh jadi meluat. Lagi-lagilah kalau penulis ada akaun Twitter yang bash orang sana-sini, unmention dengan konon-konon diri tu sarkastik tapi sebenarnya plastik. Rasa nak hempuk saja buku tu kat kepala dia. Tapi semua tu kau akan susah nak jumpa dalam buku Amal Hamsan.

Tulisan yang jujur ni buat kau rasa nak mendekati buku tu lepas membacanya. Macam seorang awek yang jujur, kau rasa mahu kenal lagi rapat selepas salam dijawab kali pertama. Itu perasaan aku bila baca Heroin.

Emosi aku bila membaca cerpen-cerpen dalam Heroin akan berubah-ubah mengikut watak Heroin tu. Aku suka bila Amal Hamsan ni jenis guna nama yang senang disebut. Memang kepantangan aku kalau membaca lepas tu terkial-kial nak menyebut nama watak. Ya, terima kasih Amal Hamsan. Lidah aku masih berfungsi seperti biasa :)

Satu saja yang aku kurang setuju. Filem Fiksi dengan Gadis Sigaret tu agak kurang umph untuk diletak sebagai 2 cerpen di depan. Kalau boleh aku harap Lejen Press asingkan kedua-dua cerpen ni sebab pada aku kedua-dua ni kalau nak dibanding dengan cerpen-cerpen yang lain, memang agak ketinggalan.

Untuk aku sebagai pembaca yang travel sini sana, aku prefer kalau cerpen awal dan akhir tu boleh memikat aku sampai aku taknak lepaskan buku. Ini satu benda yang belum boleh dibuat oleh Heroin.

Tapi satu antologi cerpen tu mestilah kena dengan tema dan sinopsis. Aku dah boleh agak bila ending setiap cerita Heroin tak berapa berbunga-bunga. Realiti hidup kan? Lagipun bukan dia tak cerita dalam sinopsis. Bukan dia tak tunjuk dengan kulit yang malap?

Baca buku pun kena tabah :)

Itu yang aku puji sangat-sangat. Ada separuh antologi tu berkonsep. Nampak seronok tapi tak seronok pun sebenarnya. Kadang-kadang kau confuse kenapa cerita itu macam itu dan macam ini sebab kau dah letakkan expectation awal-awal.

Tapi, rasanya yang buat aku puas hati dengan Heroin ialah bila semua expectation aku tu seolah kena tepat. Terasa pelaburan dan perangai "pakai redah je nak beli buku apa" seakan berbaloi-baloi.

Aku tak mahu komen satu persatu cerpen dalam Heroin. Nanti rosak mood yang nak membaca. Sila beli dan sila hayati. Dalam semua-semua cerpen tu aku paling suka sekali dengan Khilaf, Penulis dan Once.

Yep! Aku ada terjatuh hati sikit dengan watak dalam ni iaitu seseorang di dalam Once. Teringat makcik ni dek kisah-kisah lama :P

Apapun tahniah Amal Hamsan dan terima kasih. Tak sia-sia Lejen letakkan anda sebagai penulis perempuan sebab...GIRL POWER! Yeah...I tend to like you with this piece. Keep it up!

Belilah. Bacalah :)





Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
December 18, 2016
3.5* untuk keseluruhan naskah ini. Yeay!

Naskah ini diterbitkan dari tahun 2011 lagi. Wah nampak sangat yang aku ketinggalan untuk karya pertama cik penulis ini walaupun sudah berapa kali di-recommended kan oleh pembaca lain. Dan aku baca Seyogia dulu baru buku ni. Kuat betul pengaruh Seyogia!

Apa-apa pun tahniah buat cik penulis untuk naskah ini.

pelbagai rasa yang boleh selami dalam naskah ni. Cerita yang pelbagai. Mengangkat tema yang menjurus kepada kehidupan dan cinta. Yang paling penting semua watak utama di setiap cerpen yang disajikan adalah gadis/wanita. Jesteru buku ini diberi tajuk seperti itu yang lebih membawa maksud kepada wanita. Tapi ini bukan cerita Cat women okey!

Endingnya hampir semua kepada kedukaan. Tiada pun manis yang ditemui. Seolah-olah di dunia ini memang hanya akan ada kedukaan.

Ada beberapa cerpen yang mana pengakhirannya, sudah boleh ditebak apa yang akan terjadi. Mungkin juga sudah pernah ditemui pada cerpen yang pernah dibaca dulu. Atau hanya perasaan semata-mata... Maaf~

Apa-apa pun naskah ini bagus. Cuma cerpen permulaannya agak biasa-biasa sedapnya. Aku lebih suka dengan cerpan Julia yang mana endingnya mantap. Aku menganggap kisah akhir itu akan menyajikan ending yang gembira, namun aku silap. Kisah Julia itu buat aku tersenyum pada awalnya, sakit hati pada pertengahannya dan hampir sedih pada penghujungnya. Syukur pengakhirannya tidak digarap dengan lebih rasa, andai tidak sudah pasti air mata ini menitis jatuh! Hahaha...

Apa-apa pun kalian cubalah baca dulu...
Mana tahu kalian suka?

Peace!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
January 10, 2021
Permulaan 2021 yang sangat sibuk dan meletihkan.

07012021, sempat jugak capai buku paling nipis yang ada di sebelah aku — Heroin by Amal Hamsan.

🎥🎥🎥

🔖Filem Fiksi — 4/5
Boleh tahan menarik. Walaupun Pak Kasim, Makcik Sidah, Kak Lia dan Amri tu cuma watak-watak rekaan yg sengaja Gia samakan penamat mereka dengan watak-watak dalam filem yg ditontonnya.

🔖Gadis Sigaret — 3.5/5
Biasa-biasa. Sekadar kisah seorang gadis Indonesia bernama Gadis yang tidak berjodoh dengan lelaki kuat merokok bernama Luth. Dia meneruskan hidupnya dengan tabiat merokok untuk merasai kehadiran Luth di sisinya. Pengakhiran hidup Gadis tidak membahagiakan.

🔖Simetri — 4/5
Menarik jugak. Walaupun jalan ceritanya masih berpaksikan kisah cinta separuh jalan antara Lana dan Azad, yg saling kenal melalui Facebook. Tapi aku suka betul ending-nya yg sadis tu. Kahkahkah.

🔖Khilaf — 3/5
Ala-ala macam tengok cerekarama tv3 musim raya puasa. Kisah mak berdosa pada anak, layan anak pilih kasih. Tiga orang anak lelaki (Jamil, Jamal dan Jalil) dilebihkan, satu-satunya anak bongsu perempuan (Jasmin) dilayan macam orang gaji. Pengakhiran si ibu menyesal. Cliché.

🔖Hanyut — 3.5/5
Nothing special sangat. Jalan cerita yg tak fresh. Dah biasa jumpa watak kembar sorang baik sorang jahat dalam mana-mana cerita macam Naina dan Nurin ni. Ending pun tak ada originality sangat. Dah ramai pakai idea ending macam ni.

🔖Indikasi — 5/5
Aku suka cerita-cerita yg macam gini. Tentang Atos, Patam, Sapey, Chot, Joni dan Rhoni — sekawan. Tentang perasaan Atos dan Patam. Tentang Atos yg buat pengorbanan demi Patam tanpa dipinta.

"Gitar ni, kau simpanlah. Aku dah tak boleh nak main lagu Nice Dream dalam kubur."

🔖Saatnya — 4/5
Aku suka, walaupun storyline cerpen ni simple. Kisah Maya dan ahli keluarganya. Si Along iaitu anak sulung dalam keluarga Maya seorang penagih dadah yg selalu buat hal dan menyusahkan keluarga. Bagi Maya, Along itu tak layak jadi anak sulung dan tak layak dihormati selaku anak sulung kerana selalu buat mak dan ayah mereka kecewa. Dan segalanya berakhir dengan tragedi.

🔖Penulis — 4/5
Lebih kurang Khilaf jugak, cuma yang ni lebih menarik sikit. Juga pasal mak yg berat sebelah. Anak yg lain dilayan lembut, si angah (Amna) pula selalu dimarah sebab masih tak dapat tawaran kerja dan hanya mampu tercongok kat rumah. Masa lapang Angah diluangkan di depan laptop untuk menulis cerita-cerita yg berinspirasikan dari kisah hidupnya sendiri. Cerita yg ditulisnya dinoktahkan dengan happy ending. Malangnya, di dunia nyata penamat hidupnya berakhir dengan tragis.

🔖Once — 5/5
Aku rasa aku paling suka yg ni. Suka sangat-sangat. Kisah Saila si pelajar loner yg jatuh suka pada Alias, si pemetik gitar di Pasar Seni. Sanggup Saila ulang-alik dari UiTM Shah Alam ke Pasar Seni semata-mata untuk cari dan jumpa Alias. Malangnya sempat jumpa dua tiga kali saja sebab lepas tu Alias dah tak muncul-muncul depan Saila walaupun dah setahun berlalu. Ending agak bitter. Aku rasa Alias buat macam tu mungkin sebab keadaan dirinya yg begitu.

"Nama saya Saila. Kalau diterbalikkan, Alias. Kan?"

🔖Julia — 5/5
Cerpen terakhir, ada aura Seyogia. Dan ini cerpen paling panjang dalam Heroin — dipecahkan kepada 8 bab. Kisah Julia, Asyraf dan Amir di tahun akhir persekolahan. Kisah Asyraf yg selalu ada untuk Julia, jaga Julia, lindungi Julia, sayang Julia melebihi batas kawan dalam diam. Tapi Julia buta dek kerana tergilakan Amir, sampai sanggup pinggirkan hubungan rapatnya dengan Asyraf. Dari keseluruhan cerpen dalam buku ni, cerpen Julia paling meremukkan hati sekali ia punya ending. Paling syahdu.

> okey aku pergi dulu.
+ okay babai. *waving*
> Aku pergi betul ni?
+ Ye. Pergi cepat!
> okey then.
+ Hati-hati tau. ^__^
> You'll miss me, someday.
+ Am I?


🎥🎞️🎥

Jadi... begitulah. Memang takde satu pun cerpen-cerpen dalam ni happy ending. Adakah sad@bitter ending memang trademark Amal Hamsan? Haish, aku suka style penulisan Amal Hamsan ni, since Seyogia lagi, tapi bila mai tang ending... hancusss segala kemanisan dalam cerita sebab ending pahit sangat, hahaha.

So, nampaknya kalau dah karya Amal Hamsan, aku tak patut letak expectation happy ending sebab hal itu takkan terjadi.

Hmm jadinya dalam 10 cerpen yang terisi, cuma tiga yg aku berkenan di hati — Indikasi, Once dan Julia.

Yg lain tu ada yg boleh tahan best, ada yg mengecewakan.

Tapi yg Once tu menarik betul storyline-nya. Memang aku suka sangat watak Alias tu. Ruginyalah cuma cerpen, bukan novel. Tak puas tau baca cerpen sekerat macam tu jer. 😌
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
June 8, 2022
“Rokok yang terselit di celah jari Gadis yang terbiar lama, apinya sudah lama padam. Ada kesan terbakar sedikit di celahan jari anaknya itu. Rokok terakhir sebelum dia terus hidup di dalam dunia mimpi angannya sendiri. Dunia membiarkan dia bermimpi, tanpa perlu bangun-bangun lagi”.
- Gadis Sigaret (Heroin by Amal Hamsan)
.
.
The title ‘Heroin’ featured all the short stories having woman as the MC. Not gonna lie, i found at least 3 stories that i consider pretty good, the rest were okay and maybe 2 of them just meh. I am not a big fan of man writing women stories. I think i made it pretty clear in several of my posts. Thus, i am glad that the author is woman. At least the characters in the book has depth and stay true to the theme which is ‘heroin’. However, i have to say that the ending for majority of these stories is pretty much predictable and some of the plot is not strong enough for me to like certain stories. Putting Julia as the final stories for the book is good strategy as i would DNF it right away if editor decided to put it in the beginning. Overall, i still feel the book deserved attention especially when we didnt have many local female author that write short stories.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 29, 2016
tak tau nak bagi berapa sebenarnya, antara 3 ke 4*
rasanya2, 4 untuk jalan cerita yang menarik, watak2 yang hidup, garapn yang kemas & kisah masyarakat yang sering kita abaikan, teatpi ada disekeliling kita.
tapi, part ending yang semuanya mati-sedih tu..rasa nk turun jd 3*.. hehehe

tak sangka, da lama beli rupanya & da pernah baca pun.

ni kire refresh balik la... banyak gak yang da lupa..hehhe

for me, penulis cuba lontarkan yang tak semuanya indah dalam hidup ini. kita takkan tau apa yang menanti di masa depan, seeloknya hargai lah apa yang kita ada hari ini. ini dapat dilihat lewat cerpen2 khilaf, saatnya, penulis, & julia.

cinta tak harus memiliki - gadis sigaret & once

rasanya, satu2 nya yang tidak melibatkan kematian adalahfilem fiksi, di mana kematian berlaku pun hanya dalam imaginasi gia selepas menonton fiksi.

sweet revenge untuk simetri (i like it!! janji makin diri - giler kejam)

cuma, asyik berakhir kesediahan/kematian dalam 1 naskhah agak lelah gak bacanya.. nasib baik olahan & diksi penulis yang santai menyelamatkan buku ini, kalau tidak stress jugak baca... hhehehe. tahniah buat penulis
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
January 24, 2012
kenapa ketika dan selepas aku membaca heroin,aku melihat buku ini umpama amal hamsan meletakkan kedua tangannya di belakang sambil tunduk dan menguis-guis tanah dengan hujung sneakersnya?

lalu dia wujud sebagai seorang gadis punya senyuman pahit..
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
December 13, 2019
Mungkin kalau baca 5 atau 3 tahun lepas saya akan suka sangat dengan cerita ni. Tapi, sebab waktu umur begini cerita-cerita sayu bukan lagi kegemaran buat saya. kekeke
Profile Image for Alfa  Syamimi.
14 reviews9 followers
November 15, 2013
the first from lejen press yg aku miliki.

novel ni himpunan cerpens Amal Hamsan yang terdahulu. motif dijudulkan HEROIN? Sebab all of the story dalam ni, watak utamanya perempuan. rasanyalah.

Aku suka dengan gaya bahasa santai dalam ni. bahasa melayu yang terkadang skema, terkadang tak ikut dewan bahasa, bahasa pasar, bahasa rojak, dan terkadang kasar bercampur. Sampai certain parts aku rasa aku kena liquid kan. sebab bila aku suka sesuatu buku, aku nak orang lain baca. tapi agak seganlah, dengan satu-dua perkataan yang diguna dalam ni. -,-" bajet suci.

Cerpen yang ada dalam ni :

Filem Faksi, Gadis Sigaret, Simetri, Khilaf, Hanyut, Indikasi, Saatnya, Penulis, Once, and cereta panjang JULIA.

Sepanjang baca cerpen tu, I was like... Amal Hamsan, perlu ke nak buat ending tragis semua nih? Teremosi. Jujur kata, sepanjang baca cerpen yang ada, aku enjoy. Sebab macam aku kata, bahasanya sangatlah senang nak hadam. Tapi setiap kali tiba part ending, serius aku rasa nak hempuk buku kat meja kuat2 kasi lunyai. TAPI SAYANG kan. Huahaha.

Perasaan sama dok berulang sampailah tiba pada cerpen Penulis. Kisah anak kandung yang terseksa [ overr ] mental dengan mak dia. Sampai satu part, mak dia dah maafkan dia dan diorang berbaik. Bukan ending, tapi aku sangkakan ending. Dan aku pun, eh, macam tak puas hatilah pulak ending macam ni. Dan doa secara tak langsung aku tu termakbul, bila aku go on membaca, rupa-rupanya cerpen tu pun punya ending yang sama jenisnya. Si PENULIS mati weh!! Serius kata memang Amal Hamsan terror bab twist plot macam tu. Amaran aku, masa baca tu, tak payahlah nak expect apa-apa. sebab kut-kut man apun Amal Hamsan akan twist ke arah yang berlainan dari yang kau jangka. it was what happened to me.

Masa tu baru aku sedar, novel2 tertentu bolehlah nak harapkan happy ending selalu. Tapi bagi minda aku, mungkin dah set, kalau dah Amal Hamsan yang tulis, aku lebih suka ending pelik-pelik. Muahaha. lebih menyedarkan aku kepada hakikat hidup yang sebenar.

Cerita yang paling terkesan di hati aku is the INDIKASI, even though cerita tu pun ending dia macam apa je. mendera emosi. cerita cinta budak street. cintalah sangat. lebih kepada friendship sebenarnya. of Atos dengan Patam. pengorbanan seorang kawan. Serius sangat aku sukakan cerita tu. mungkin sebab aku terkesan dengan watak Atos yang misteri tu.

cuma satu yang aku tak faham, tentang cerpen ONCE. hubungan antara Alias dengan Saila. kalau cerpen2 lain, Amal Hamsan buat ending pelik, aku tak pelik. memang style dia. Tapi bila cerpen ni, aku tak nampak apa rasionalnya Alias tinggalkan Saila sudahnya. Atas alasan dia budak dadah? Benda boleh ubah kot.

Tentang JULIA, yang ni seriuslah rasa ##$$(*@*. Huhu. Cerita berbab-bab, aku tangkap lentok. Tentang Julia yang berkawan baik dengan Acap. Dalam tak dia sedari, Acap sukakan dia. Tapi Julia pulak sukakan Amir, senior sekolah. Huhh. Perempuan ni seriuslah mintak lempang masa part dia ignore Acap tuh. Tapi, rupanya, Amal Hamsan masih tak lari daripada kegemaran dia mencederakan emosi gua. Sad ending.

satu minus point bagi aku, uhm. Most of the story berkisarkan percintaan budak hingusan. I mean, form 5. Baru lagi dalam proses nak kenal dunia ni. tak sesuai kalau nak saratkan umur tu dengan tema percintaan yang tersangat serius. huhu.

Sekian, itu sahaja.

P/s: Buku ni best, serius. Sangat tak rugi beli.
Terkadang kepala kita kena sumbat dengan cerita budak street jugak, bukan pasal anak datuk yang menyandar dalam offoce ada air-cond.
Amal Hamsan perempuan, tapi gaya penceritaannya, fleksibel. Tak adalah bila baca tu rasa macam, ni sah-sah perempuan nih. jiwang semacam. Gaya dia tulis, bagi aku, menjadikan setiap watak tu SAIKO. Huahaha. itu yang speselnya.
Profile Image for Ariff Masrom.
15 reviews3 followers
July 5, 2012
Amal memang pandai bermain dengan emosi pembaca-pembacanya. Susunan jalan cerita yang teratur berjaya buat aku terbawa-bawa dalam setiap cerita yang dia tulis. Ada beberapa cerpen yang memberi kesan kepada aku. Antaranya Once, dan juga Julia. Sebuah buku yang bagus bagi aku.
Profile Image for anakdenesor.
212 reviews3 followers
March 17, 2022
Sejujurnya kalau tengok komen, semua cakap mereka semua mencari novel ini setelah novel Seyogia dikeluarkan. Aku pulak tak pernah tahu kewujudan novel Seyogia tu. Beli buku ni dah lama, siyes lama sangat smpai kertas buku ni dah bertukar warna kuning, LOL dan ini merupakan re-read aku yg ke 3. (baru sekarang ko nak review lol)

Buku ini merupakan himpunan cerpen Amal Hamsan yang terdahulu. Tajuk novel ini heroin mungkin disebabkan kebanyakan watak utama dalam koleksi cerpen ini adalah perempuan. kot? Aku rasa buku ini dekat dengan aku. Satu perasaan yang suatu ketika dulu aku pon pernah rasa. Perasaan yang sama ketika masih hingusan lagi.cewahhh

Aku yang tak pernah knl penulis ini, boleh terus beli buku just based on summary die je. Nampak tak die punya power tu, mampu buat aku beli buku melayu, sedangkan aku ni sejenis yang payah nak baca buku melayu.

Buku ni sangat la santai kerana gaya bahasa yang digunakan, bukan la bahasa skema, kebanyakan nya bahasa pasar. Mungkin sebab tu penulisan ini terasa lebih dekat dengan jiwa pembaca. mungkin?

Koleksi ini merangkumi cerita:
Filem Faksi, Gadis Sigaret, Simetri, Khilaf, Hanyut, Indikasi, Saatnya, penulis, Once dan Julia.

Penulis menekan kan dalam cerpen ini akan pengakhiran yang sedih. Wehhh setiap satu cerpen die tragis kot. Sedih sia. Betul la orang cakap, cerita kita berbeza, tak semua akan bahagia tapiii...semua cerita terok sangat tragedi tu..aku punya emosi kejap hepi, kejap sedih dah mcm naik roller coster nih. Jarang la aku nak enjoy buku melayu sampai cam gini weh. good job!
Profile Image for Erin95.
147 reviews5 followers
March 23, 2019
Ashraf: You'll miss me someday

Julia: Am I?

Dear author, Amal Hamsan you are just irresistible.

This is the real definition of don't judge a book by its cover

Setiap tajuk digarap baik oleh penulis sampaikan aku rasa aku sendiri masuk dalam setiap scene yang diceritakan. Buku ni buat aku jadi serba salah bila aku tutup buku untuk longgar-longgarkan badan bila penat membaca. Pastu aku akan rasa macam shit aku kena bukak balik dan sambung baca.

Dan untuk cerita terakhir, membuatkan buku ini kemas mendapat 5 bintang dari aku.

Terima kasih Amal Hamsan. Karya ini membuka mata. Karya ini menyedarkan. Karya ini tentang sebuah realiti kehidupan yang "tak semua yang kita nak kita akan dapat"

Pahit manis sebuah kehidupan yang harus kita telan untuk meneruskan hidup di masa depan.
Profile Image for Ira Nadhirah.
600 reviews
May 2, 2018
Tak faham kenapa cerita Amal semua ending nak sedih je tak ada pun happy. Down lah macam ni! Aku suka latar tempat cerita Julia tu kat Bangi. I mean thats my second home. And soon to be my home again hihik.
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
May 30, 2013
Aku beli sebab tertarik dengan blurb di belakang buku. Ni la buku pertama Lejen Press yg aku beli dan jadi penyebab aku tersangkut dengan lejen sampai sekarang.

Buku ni macam antologi cerpen yg mana semua watak utamanya adalah perempuan. Pengakhirnya tak macam yg kita mahu. Tak macam fairy tales sebab itulah realiti kehidupan.

Aku jatuh suka dengan tulisan Amal. Buat aku pun terbuai sama dalam amukan emosi setiap watak.

Dalam ni tak ada cerpen favourite aku sebab semua aku suka. Paling terkesan dengan cerpen Julia yg merupakan cerpen paling panjang. Siapa tak jatuh hati dengan lelaki sebaik Ashraf? Kisah persahabatan Julia dan Ashraf memang menyentuh hati.

Senang cerita berbaloi untuk dibaca dan dimiliki.

Profile Image for Ashraf Rahman.
14 reviews7 followers
January 31, 2012
Heroin daripada Amal Hamsan berkenaan beberapa kisah yang watak utamanya semua terdiri daripada makhluk bergelar perempuan. Ada yang gembira, ada yang saiko, ada yang depressed, ada yang kuat hisap rokok, ada yang comel, bak kata semua jenis perempuan/gadis di zaman milenia ini ada dalam Heroin. Dan kesemua kisah di dalamnya tidak berakhir dengan tipikal, yakni happy ending. Semuanya sad ending, membuatkan aku puas kerana keunikan buku ini.

Watak yang paling power, sudah tentu watak Ashraf dalam kisah Julia. Kakaka!!
Profile Image for Päk  Läng.
44 reviews
March 8, 2012
Himpunan kispen yang berkisar dan dipengaruhi oleh kisah kehidupan harian namun tampak santai diselit unsur-unsur romantik dan kadangkala ada bahagian buat anda tersenyum seorang diri. Walaubagaimanapun kebanyakan penamat cerita mengundang pembaca untuk melakukan aksi 'smackdown' ke atas tivi jika ketika itu anda memang berada berhampiran dengan tivi (bayangkan benda lain jika anda berada berhampiran dengan benda lain ketika membaca). Syabas kepada penulis.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
September 29, 2013
aku lupa buku ni lahir sebelum seyogia.
atau mungkin expectation yang aku letak tinggi sangat kot.
mungkin
Profile Image for Nieshar.
11 reviews
January 23, 2021
"Aku terluka, hampir mati, namun aku cuba berdiri"

Bagi aku bernafas.

Heroin. Perempuan. Watak utama.

What an unexpected book! Full of darkness. Setiap cerpen end up dengan kematian, kesedihan, kepedihan. Tragis. Ironi. Happy ending? Jauh sekali.

Fav cerpen—Once. Alias. Diam yg menyimpan 1000 rahsia begituuu 😂
The only cerpen that didn't end up with death. Still, dengan kesedihan, kepedihan, keperitan, kesakitan. Saila ditinggal dengan hanya sebuah gitar tanpa nota tanpa berita si Alias. Tergantung, saat hati mula berputik. Emosi sis 😂
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 17, 2018
heroin tu sebab watak cerita yg lebih kpd perempuan. kenapa aku terfikir heroin tu dadah?

aku rasa buku ni biasa, dengan permainan emosi yang lebih sedikit daripada biasa. jujurnya segala cerita yang ada dalam naskhah ni, semata mata berkaitan dengan emosi. kalau tgk balik, takde pon cerita yang tak kan boleh terjadi. semuanya masuk logik akal dan mungkin juga sebenarnya itulah realiti.

santai, ringan and girlish.
Profile Image for Wierna.
37 reviews
June 2, 2021
Watak utama setiap cerita adalah heroin. Bacaan ringan selepas membaca bacaan berat. Jalan cerita yang kau boleh duga pengakhirannya.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
November 26, 2015
Sad ending untuk semua watak heroin yang ada. Ironi.

Sepatutnya saya perlu baca Heroin ini dulu berbanding Seyogia tapi saya tak. Jadi, saya kerap membandingkan buku ini dengan kehebatan Seyogia yg saya suka. Tak adil.

Saya suka Indikasi sebab cerita Muar itu kuat. Ya, saya berdarah Muar, jelas. Kemudian saya bergegas untuk mencari di mana cerpen Julia sebab saya lihat review yang agak bagus untuk cerpen itu.

Cerpen Julia cerpen paling panjang berbanding cerpen lain. 8 bab dgn kisah cinta tiga segi yang tipikal tapi ya, 8 bab itu cukup untuk mengumpul semua emosi bersama. Dan alasan emosi itu buat saya terikat hingga ke helaian terakhir. Kekuatan Julia di situ. No wonder ramai suka.

Lain-lain cerpen boleh kira sebagai boleh tahan. Ya, boleh tahan. Clap!!!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
June 24, 2015
suka buku ni.. bertepatan dengan tajuk, heroin, cerpen di dalamnya semua berkisah tentang perempuan/wanita.. ada 10 cerpen di dalamnya dan momentum yang disusun cantik. bermula dengan cerpen ringkas, graf rasa makin menaik dan di akhirkan dengan cerpen yang menusuk jiwa.. sodeh den baco... huhu... gaya bahasa yang bersahaja dan mesra dengan pembaca. kiranya takkan ada perasaan bosan ketika baca buku ni....
Profile Image for Steff.
108 reviews17 followers
February 3, 2017
Aku angkat buku ni sebab aku terbaca satu review yang mengatakan buku ni terdiri daripada cerita-cerita ber-center-kan perempuan, dan berunsur melankolik. Semuanya sad ending, aku suka. Ada yang memang nasibnya sedih, ada yang memang saiko.

My favourite story, Gadis Sigaret (which I can wholeheartedly relate to) and of course, Julia!
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
February 8, 2014
koleksi cerpen penulis wanita, Amal Hamsan yg aku rasa lahir di Johor...sbb berlatarkan suasana Johor yg mmg sgt dekat dgn aku...
mmg stiap cerpen ditonjolkan watak2 heroin sbg watak utama..jika hero tiada atau mati, pasti heroin yg akan selamatkn keadaan...hehe..
semuanya menarik tuk dibaca...Julia kisah cinta monyet yg sdikit klise tp twisted ending..yg len2 sume ok..
Profile Image for Juno Hann.
14 reviews2 followers
September 20, 2014
Hampir beri 5 bintang penuh, tapi ada banyak kekurangan dari segi penggunaan bahasa inggeris. Seolah takde proofreader yang pantau grammar.

Nevertheless, dont let that stop you from buying this book. Because, Amal Hamsan tahu menulis dan berbakat besar dalam mewujudkan rasa ingin tahu dan debar dalam setiap halaman.

Syabas Amal. I'm crushing on you.
Profile Image for Rosmainie Rofiee.
1 review
January 31, 2015
agak tragis jugak la cite2 dlm buku ni.. habis hampir semua watak heroin mati. hahaha.. cume heroin dlm cerpen once dgn julia je tak mati.. cerpen paling best n paling berdebor time baca opkos laa julia. sebbnye.. aku paling drbor baca cerita cinta tak berbalas ni.. hahaha.. okay done.. ambil masa dekat sebulan nk habih! gilo lamo!
Profile Image for Badariah Baharuddin.
2 reviews14 followers
May 16, 2013
Penulis bijak susun cerita. Cerpen terakhir "Julia" berjaya buat aku bermain dengan perasaan dan membayangkan betapa Ashraf itu sangat baik walaupun sekadar watak dalam cerita.

Aku tak rasa rugi baca buku ni.
1 review
March 3, 2014
jalan cerita yang berbeza walaupon mesej hampir sama. cerpen yang menyayat hati serta memberi sentuhan dan kesan yang mendalam kepada pembaca. setiap perkataan digunakan dengan baik sesuai dengan keadaan semasa juga tidak membosankan.
Displaying 1 - 30 of 45 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.