"Not everyone has a past beautifully carved, but everyone has a beautiful future to carve, insyaAllah."
Santai. Sentap.
Biarpun buku ini disampaikan dengan gaya yang ringkas, namun cukup mendalam untuk dijadikan renungan.
Saya suka perkongsian penulis tentang buku "Rich Dad, Poor Dad" karya Robert T. Kiyosaki, yang secara umumnya penulis menyentuh bab financial freedom. Walaupun saya sudah lama tahu akan kewujudan buku "Rich Dad, Poor Dad" ini sebagai antara international bestseller, tetapi saya belum perolehi inspirasi untuk membacanya, dan terima kasih kepada penulis kerana saya diberikan oleh Allah inspirasi untuk membaca buku tersebut melalui review ringkas yang ditulis oleh penulis, inshaAllah.
Cuma sebenarnya sebelum membaca buku ini, saya beranggapan ianya diolah ala-ala cerita novel. Tetapi di akhir pembacaan, saya merumuskan ini adalah perkongsian peribadi penulis sendiri untuk ummah. Moga Allah redha.
Buku ni aku beli atas dasar gerak hati sebenarnya.
Masa aku belek-belek dan lihat sekali imbas, aku semacam tertarik dengan susun atur dan penggunaan ayat yang mudah oleh penulis.
Itu apa yang aku nampak dengan sekali imbaslah.
Secara ringkasnya banyak input input yang menarik dalam buku ni. Idea idea kehidupan dari segi diri kita sebagai hamba, sebagai manusia, sebagai remaja, tentang cita-cita penulis dan perkongsian idea serta pendapat adalah relevan walaupun artikel adalah ditulis beberapa tahun lalu.
pada awalnya aku telah baca 1 buku aku yg berjilid yg dipinjamkan kawan aku. first impression, lain dari yang lain. mungkin menarik utk dieksplorasi. setelah aku baca, aku makin tertarik dan dahagakan lagi. dan aku tunggu waktu akan datang, semoga dapat bertemu buku sebegini lagi.
atas takdir Tuhan, aku melintasi booth jualan terbitan iman publication di universiti tempat aku belajar. aku melihat buku yg ada dan sedikit gembira melihat buku 'Aku' ternyata ada di situ, dalam versi yang lebih tebal.
lalu aku bertanya, "buku yang ini berapa?" "rm30" terdetik di dalam hati sanubari aku, mahal gila! ((walau bila difikir balik, tiadalah terlalu mahal pun, mungkin aku masih terkesan dengan jualan murah big bag wolf yang murah ya Rabbi sampai tak sedar this is affordable actually)) ((mungkin juga aku sudah tiada wang ketika itu, maka otak aku didominasi perkataan mahal haha))
Aku bertanya, "boleh kurang lagi?" abang penjual itu tersengih-sengih. katanya itu kena tanya orangnya. aku pun tidak memaksa lebih. cuma aku bertanya lagi,
"berbaloi tak kalau beli buku ini?" orang itu menjawab,
"bergantung pada niat dan kesan. klau anda betul2 boleh ambil pengajaran daripada buku ini, ya ia berbaloi. lagipun buku ini sudah terjual 10,000 seluruh negara.."
oh. melihat duit Rm50 yang ada, aku seolah teragak-agak untuk membeli. nak keluarkan duit, rasanya malas juga utk ke bank; banyak duit aku habis bulan itu dengan kos sara diri yang tinggi di cyberjaya ini.
aku terfikir, sejak bila aku jadi berkira-kira soal buku ini? aku tercegat di situ dan hanya melihat abang tersebut melayan pelanggan lain yang ingin membeli buku-buku mereka. aneh, nampaknya aku sahaja yang banyak karenah gamaknya haha.
dan kemudian, datang satu lagi pemuda. baru habis solat zuhur rasanya. wajahnya seolah familiar.
aku masih tercegat dekat situ buat halang laluan orang sambil memegang buku 'Aku' itu.
abang menjual kemudian berkata kepada aku, "haa, yang itulah penulis buku aku itu." aku melihat dirinya. Wahai, patutlah aku rasa pernah lihat. wajahnya di cover muka buku ini! nampaknya di luar dia seorang yang tinggi, kurus lampai dan putih. beliau memakai baju t-shirt, berseluar jeans dan pakai kaca mata.nampaknya pemalu, senyap sahaja di situ, apatah lagi melihat aku yang masih lagi memegang buku tak beli-beli. wajahnya nampak tenang dan bila ada orang menyapa beliau, dengan lembut beliau menyambut, dengan kata2 yang lembut dan sopan didengar. aku tertarik.
lalu minda aku berkata-kata mengulangi ayat aku tadi, 'sejak bila aku berkira soal buku ini?' 'selama ini, mak ayah aku tidak pernah mengajar aku utk berkira soal buku, apatah lagi jika buku itu buku yang baik.'
aku bertanya lagi walau dah tahu, "rm30 kan?" lalu menghukur not rm50. orang itu senang, lalu menerima not rm50 itu dengan senyuman. aku juga senyum.
oleh kerana aku serba salah terlalu banyak songeh si hadapan si penulis ini, aku kira lain kali sahaja aku minta sain autografnya. hakikatnya, memang tiada peluang kedua sobs sobs. apapun, aku bersyukur kerana dipertemukan diri penulis di luar dan diri penulis didalam; buah pemikirannya. penulisan yang puitis, membakar semangat dan penuh dengan cetusan idea pemuda. masakan tidak buku ini dinamakan 'Aku hamasah as-syabab' ?
ku kira kita perlukan lagi ramai pemuda untuk menerajui gerakan dakwah ini.
dan akhirnya aku juga tahu mereka ini ialah 'dropout' yang sanggup tinggalkan bidang yang mereka ceburi semata-mata untuk gerakan dakwah islamiyah dengan cara yang mereka sukai, fotografi, penulisan mahupun filmography. sungguh berani. sungguh passionate.
apa yang aku doakan,
moga berjaya suatu hari nanti...dan moga Allah redha.
sedikit kata-kata Afiq Sazlan yang dipetik dri buku ini;
'Tiada yang lebih aku takuti, daripada syabab yang mati.
Mati bukan pada akalnya, tetapi pada cita-citanya.
Hamasah! Ya itulah kata-kata yang bisa terjemahkan bila saya membaca nukilan saudara Afiq Sazlan. Intipati yang mantap beserta pengalaman penulis.
Koleksi Hamasah yang menampar hati:
Al Fahmu ... Jika kita faham ... "Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham" (AkuHamsahSyabab, m/s 9)
Pada asasnya KITA adalah SAMA .. Kita adalah Logam "A solid material which is tipically hard, shiny, malleable, fusible, and ductile, with good electrical and thermal conductivity" *** "...which is tipically hard..." Kita kuat, kita tabah, kita teguh, dan kita utuh "... malleable ..." Kita boleh dibentuk, boleh ditarbiyah "... fusible ..." Kita boleh bergabung, kita boleh jadi satu entiti " and ductile.." Kita boleh mengalami perubahan, kita boleh ditimpa musibah dan kekal utuh "...with good electrical and thermal conductivity" Dan kita mampu mengalirkan, berbagai jenis aliran, pada kadar yang pelbagai kepada penerima yang perlbagai ... Itulah KITA ... Logam ... (AkuHamasahShabab, m/s 8-9)
Buku yang mengingatkan diri untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Buku ini menghantar banyak fikrah dan pemikiran kepada pembaca. Menghantar pemikiran kepada pembaca tentang menjadikan syurga sebagai impian, Ukhuwah kerana ALLAH, mempersiapkan diri untuk perkahwinan dan mendidik future generation, dan banyak lagi. Membaca karya orang yang 'baik' dan dekat pada ALLAH boleh menghidupkan diri dan hati yang tidur dan lalai dan membangkitkan hamasah dalam diri. Terima kasih penulis kerana menghantar pemikiran anda kepada pembaca dan 'menyeru' pembaca. Moga Alah redha dan menjadi saham akhirat kelak.
aku dah lama tinggalkan (atau lebih tepat tak lalui) zaman 'ikhwahku sayang' ni. mungkin zaman sekolah dulu ye la kot. kebetulan pulak sekolah rendah kat al-amin, pastu masuk hira', memang hidup la biah tu.
dengan pattern macam ni, pastu sekali dua jugak penulis sebut pasal aqsa syarif, kompem ah dia ni budak IKRAM. tapi bagusnya dia tak sentuh langsung. dakwah itu universal. bukan eksklusif untuk jemaah kita sahaja.
aku tengok ramai orang review suka baca buku ni. aku ni rasanya tidak termasuk golongan sasaran penulislah kot. aku tak boleh sayang sayang sangat ni. geli. haha. dan bila aku baca benda ni out loud kat kawan-kawan aku, diorang pun naik geli. kami lebih akrab dengan panggilan 'bro' dari 'akhiku sayang'.
mungkin sebenarnya aku dan penulis melalui perjalanan hidup yang berbeza. tidak sama pengalaman. maka, approach kepada mad'u juga berbeza. bagi aku cara begini tidak sesuai dengan jiwa aku, malah tidak sesuai untuk digunakan dengan orang di sekitar aku.
apapun, tetap ada poin yang aku setuju dengan penulis. bila beliau mengatakan bahawa kita tidak patut leka seronok dalam lingkungan tarbiyah semata sedangkan banyak lagi umat nabi yang perlu diajak ke arah kebaikan. aku sangat bersetuju.
akhir sekali, tahniah kepada penulis yang berjaya menjual buku ini dengan sangat laris, malah ramai pembaca yang tersentuh membacanya 9aku je hati gelap kot). moga usaha beliau dipandang tinggi di sisi Allah dan menjadi asbab hidayah untuk pembacanya.
*aku rasa macam nak ulas panjang pasal buku ni kat blog nanti. tengoklah kerajinan.
"Orang yg mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang dia mati dalam keadaan jahiliyah." Sudah tiba masanya kita bangun, menghidupkan jiwa yang tajarrud dengan himmah yg jitu. Bersusun, teratur lagi kemas!