(3.5 bintang)
Ini sebuah kompilasi puisi kembara – kembara seorang seniman. Dan, apabila bercakap tentang seniman, tidak mudah untuk hamba mengerti jiwa mereka apatah lagi cuma lewat puisi yang hamba tafsir sendiri.
Namun, bagaimana payah pun hamba untuk memahami setiap bait-bait puisi sang seniman ini, puisinya masih berjaya membawa hamba menyertai kembaranya. Senangnya dengan cuma membaca tetapi hamba seakan dapat merasakan indah, resah, rindu malah syukur di perantauan.
Begitulah seorang seniman. Mereka membuat pembaca, penonton atau pendengar dapat merasakan apa yang mereka rasakan, mengerti apa yang mereka luahkan. Tanpa mengalaminya sendiri. Tanpa menggerakkan kaki. Tanpa perlu menjejaki London, Agra atau Paris. :)
aku datang kepadamu kerana penipuanmu
aku tinggalkan kau dengan kemegahanku
(Jelang Pulang 6 Mesir Eropah; Perjalanan Pulang Sang Seniman; Ladin Nuawi; m/s 31)
saya rindui sebuah tempat untuk bersunyi
dengan sebidang sejadah di dalam kamar
‒ untuk melihat sepiku!
(Jelang Pulang 10 Halamanku; Perjalanan Pulang Sang Seniman; Ladin Nuawi; m/s 35)
gadis impian
sejauh ini kubawa kau
ingin terjaga di ribaanmu
(Temui Beberapa Nama; Perjalanan Pulang Sang Seniman; Ladin Nuawi; m/s 76)
tiap kali kubuka almari
hatiku yang kosong
(Perjalanan Pulang Sang Seniman; Ladin Nuawi; m/s 78)