Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seekor Pipit Sekuntum Mawar

Rate this book
Kumpulan Cerpen Seekor Pipit Sekuntum Mawar mengandungi 13 cerpen yang telah tersiar di kebanyakan media massa di Sabah. Persoalan yang dibawakan oleh penulis adalah pelbagai seperti percintaan, kekeluargaan dan pengajaran hinggalah persoalan nilai hidup dan kemanusiaan. Cerpen Seekor Pipit, Sekuntum Mawar mengisahkan pengembaraan seekor pipit kecil demi mencapai cinta sejatinya. Bagi pipit, cinta bukan hanya ungkapan, tetapi pembuktian! Walau sehingga menumpahkan keringat dan darah. Jendela sepi si gadis jelita menjadi saksi cintanya. Cinta yang tanpa berakal membawa dungu dan hidup tidak kekal. Kesetiaan dan pengorbanan menjadi rahsia sepanjang zaman!

122 pages, Paperback

First published January 1, 2013

7 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (33%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
2 (66%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
July 13, 2013
Buku ini aku beri 5 bintang kerana ia sangat bertepatan dengan apa yang aku cari. Buku alternatif memanglah bagus-bagus dan satu minat baru yang agak addictive bagi aku. Tapi buku macam ni pun tak kurang hebatnya. Siapa kata buku ITBM tak cool tu aku tak tau nak kata apa sebab ada beberapa buah yang aku dah baca dah hebat-hebat semuanya! :)

Aku beli buku ni di Buku Jalan Seremban sempena #Ruang365BJS tempoh hari dengan harga hanya RM10. Bila aku dah mengamati buku ni aku jadi segan dengan harganya. Kulit buku dahlah cantik, siap dengan penanda, kertas bagus dan tak cepat pula rosak walau diletak di dalam handbag, dikeluarkan berulang kali dan dimasukkan bila sampai ke destinasi.

Tak lama masa aku ambil baca buku ni kerana isinya yang ringkas dan padat. Aku suka dengan ayatnya yang deskriptif dan tak terlalu berbelit-belit. Pendek-pendek tapi tak kurang dengan kosa kata baru. Aku juga suka bila sesuatu yang diceritakan itu digambarkan dengan mudah.

Sedar atau tidak, buku ini adalah tergolong dari jenis buku yang membawa engkau ke dalam cerita. Walaupun ceritanya adalah cerpen, dan aku adalah seorang traveler, aku masih boleh menghayati cerita, belajar dan beremosi dengannya.

Aku juga tak rasa muak membaca nasihat-nasihat dalam buku ini walaupun ketika itu aku sepatutnya serabut dengan kesesakan lalu lintas di kuala lumpur. 2 jam perjalanan balik ke Seremban selepas seharian penat bekerja pun tak terasa apa ditemani buku ini.

Banyak cerpen yang aku suka, contohnya Mertua, Menantu dan Ketam Batu yang bagi aku satu permulaaan yang sangat sempurna untuk buku ini. Cerpen ini membuatkan aku terus melekat dan terus tak terfikir nak baca buku lain (sebab selalunya aku baca 2-3 buku serentak). Pada aku, buku ni bukan buku drama imaginasi pelik-pelik atau cita-cita tak kesampaian penulis. Semuanya tersusun dan tidak syok sendiri.

Patut beli? Belilah.

Buku ini mungkin nampak skema pada sesetengah orang tapi...rasanya...kalau...aku...yang...tak...skema...boleh...baca...korang pun boleh juga :)
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.