Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah...
Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati.
Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya!
Marwati Wahab atau Aleya Aneesa merupakan anak kelahiran Johor. Dilahirkan pada 16 Mei 1980. Anak keempat daripada enam orang adik-beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu. Kemudian dia meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) dan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Selepas menamatkan Pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bahasa dan Linguistik, Aleya bertugas di Jabatan Kesihatan dan Perlesenan, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tenggara.
Kini beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sebenarnya Aleya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penulis novel. Namun minatnya timbul bila cerpen pertamanya berjaya dimuatkan dalam majalah Media Hiburan pada tahun 1996 dan cerpen kedua dalam Majalah Remaja pada tahun 2002. Sejak itu minatnya semakin bernyala-nyala.
Bersama ALAF 21, Aleya telah menghasilkan tiga buah novel iaitu Semusim Rindu, Kasih Antara Kita dan juga Janjiku Bersamamu. Harapannya semoga novel ini dapat melahirkan generasi yang berjiwa murni. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah. Demikian pandangannya.
Cintaku Bukan Murah. Seperti tajuknya, cinta Raqib dan Nadra ternyata tidak murah. Dan yang tidak murah itu, sungguh, tidak mudah. Bermula dari awal cerita, sehingga ke akhir cerita, Raqib dan Nadra terpaksa melalui pelbagai perkara demi untuk sebuah nilai cinta.
Raqib Anaqi. Dalam sabar, ada barannya. Dalam lembut, ada kerasnya. Sangat manis bila punya peluang. Berhemah bila berkata. Dan sangat sepadan untuk seorang isteri seperti Nadra. Dan ya, tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Raqib juga ada kelemahannya - Idlan. Mungkin kerana terlalu merasakan dia adalah pengganti ayah kepada Idlan, terkadang dia terlupa, terkadang luar sedar dia melapah sekeping hati milik si isteri. Bukan dia tidak sayangkan Nadra, cuma kadang kasih sayang itu bukan benda yang boleh betul-betul dibahagikan mengikut sukatan, mengikut timbangan. Sama rata. Sama adil. Tak. Dan terkadang, bila masa dia terlupa untuk berpegang pada tahap rasional yang sepatutnya, kala itu sungguh rasa seperti mahu menolak dia jatuh dari tingkat 57 Menara KLCC. Tapi sungguh, Raqib ini adalah antara hero dalam novel yang sangat sangat sangat manis orangnya. Sumpah rasa jatuh gaung setiap kali baca part Raqib dan Nadra. Manis.
Nadra pula memang padanannya Raqib. Bila Raqib mula panas, dia tahu untuk tidak turut panas. Cuma terkadang, dia terlalu selalu mengalah. Sukanya pada watak Nadra sebab walaupun dia selau mengalah, sampai masa dan ketikanya, dia tahu bila untuk tidak perlu terus mengalah dan berdiri untuk haknya sendiri. Betul. Lembut itu perlu bertempat dan kena pada gaya.
Dan paling penting - apa yang dirasa, perlu diucapkan bila kena ruang dan masa. Bila andaian dah mula mengisi tempat kosong, itulah masa paling senang untuk semua yang terlibat jatuh terduduk. Tapi, cerita tanpa konflik serupa seperti latte tanpa syrup. Tak lengkap dalam definisi saya. Suka dengan cerita ini sebab bila ada konflik, penyelesaian itu diambil dalam masa terdekat. Walaupun selesainya bukan dengan serta-merta, tapi kurang-kurang ruang untuk frustration itu tak adalah menggunung.
Konklusinya, 5 bintang untuk kisah cinta Raqib dan Nadra, 5 bintang untuk olahan watak dan 5 bintang untuk jalan cerita. Tidak terlalu ringan, dan dalam masa yang sama tidak terlalu berserabut. Memenuhi tuntutan selera cerita yang ingin dibaca untuk saat dan ketika ini. Purata, 5 bintang.
Favorite line - "Padahal, kalau untuk Ara, cinta abang tak mahal. Murah aje abang jual. Tapi untuk Ara ajelah. Kalau orang lain nak beli, sorry.. dah sold out." Sumpah cute.
P/s: Aleya Aneesa is back! Rasa macam dah lama tak rasa seseronok ni bila baca buku Aleya Aneesa (:
Antara novel terbaik..best..suka akan elemen kekeluargaan yg diterapkan..mula2 tengok cover ingt cerita dia seorg perempuan nk balas dendam kat seorang lelaki bila dia dipermainkan cintanya..rupanya ku tersilap jangkauan..hehe..
Walaupun ada unsur kahwin tanpa cinta..tapi kisah Raqib dan Nadra yg diadun buat kita rasa suka akan perhubungan mereka..mcm bukan kahwin terpaksa..tapi agak geram bila Raqib payah sgt nk mengucapkan sayang..tapi melalui perbuatan memang dah nmpk Raqib sayang sangat2 kat isterinya..tapi hati perempuan..mana nk puas..selagi x ucap selagi tu kita x percaya..
Disebabkan salah faham, bila Nadra tanya adakah dia penting dan disayangi Raqib, Raqib dengan lancar mengata TAK..tapi dalam hati rasa menyesal..tapi kerana mulut badan binasa.. dengan pengakuan Raqib Nadra rasa kehilangan..lagi2 selepas itu berlaku tragedi yg menyebabkan Nadra keguguran..lepas tu kematian abgnya serentak..Sedih sangat bila Nadra yang tidak sempat menatap wajah abgnya buat kali terakhir. Mula lah Nadra rasa dia tiada siapa2..dan merasa kehilangan 3 kali serentak..Raqib, Abangnya dan ank dalam kandungannya..Raqib pula merasa menyesal yang amat..
Watak Idlan adik Raqib pulang sangat menyakitkan hati..pelik dia sebagai lelaki boleh cemburu terhadap Nadra sampai sanggup buat macam2 untuk menghalau Nadra dari hidup Raqib...tp pengakhiran antara Idlan dan Nadra buat kita gembira..
Perkahwinan Nadra dan Raqib bukanlah atas sebab cinta. Mereka bermula sebagai teman rapat dan kemudian hubungan mereka dinaiktaraf kepada hubungan suami isteri. Itu pun gara-gara Nadra tak mahu dijodohkan dengan Ghazlan, calon pilihan abangnya. Jadi, Nadra memberanikan diri melamar Raqib. :)
Perkahwinan mereka memang tampak bahagia. Lebih rapat berbanding waktu mereka berteman. Memang tak nampak cacat cela lebih-lebih lagi Raqib memang pandai mengambil hati Nadra. Cuma mungkin Raqib lupa, layanan baiknya pada Nadra bukan bermakna Nadra telah maklumi isi hatinya, Jadi hubungan baik mereka masih terbatas bila masing-masing masih memendam rasa.
Kebanyakan menantu perempuan yang kita tahu mesti bermasalah dengan ibu mertua. Berbeza dengan Nadra, cabaran hebatnya adalah bila terpaksa berdepan dengan Idlan, adik ipar yang terang-terang menganggap Nadra 'perampas' abang kesayangannya dan juga datuk Raqib, Leftenan Kolonel (B) Tuan Haji Yunus. Datuk Raqib ni tak habis-habis mengungkit dan mengutuk Nadra. Tak pandai buat kopilah, pucatlah. Pendek kata ada saja yang tak kena dengan Nadra setiap kali dia datang bertandang. Tapi dalam tegasnya tu, Nadralah cucu menantu yang diiktirafnya. Dia takkan approve isteri lain untuk Raqib. Tuan Haji Yunus ni memang cool!
Bagi Idlan pula, Nadra harus diperangi habis-habisan. Dia tak rela berkongsi kasih dengan Nadra. Err, bunyinya macam bermadu kan? Hehe. Tapi hakikatnya lebih kurang begitulah. Depan Raqib dan ahli keluarga yang lain, Idlan pandai berlakon dan pandai memutar fakta sehingga tercetusnya pergaduhan antara Raqib dan Nadra. Memang bertepuk tanganlah Idlan jawabnya. Huh.
Ketabahan Nadra mengharungi semua dugaan di rumah mertuanya ranap sekelip mata bila diketahui yang Raqib tak pernah ada sedikit pun perasaan untuknya. Tambah memilukan lagi Nadra turut kehilangan abang dan anak yang dikandungnya pada hari yang sama. Bila Nadra mula menjauhkan diri, mampukah Raqib untuk memujuk hati Nadra yang terluka parah itu?
Komen saya: Seperti biasa, penulis tak pernah lupa menyelitkan unsur-unsur kekeluargaan dalam setiap karyanya. Konflik antara Nadra-Idlan-Tuan Haji Yunus memang nampak cantik aturannya sampai buat saya rasa geram teramat dengan Idlan tu. Kalau ada depan mata memang dah kena luku agaknya. Huh. Nadra pun bukan jenis melawan. Pasrah je menelan ayat-ayat pedas Tuan Haji Yunus tu. Kalau orang lain yang duduk tempat Nadra tu mungkin dah berperang agaknya. :) Apa pun tahniah buat penulis atas garapan terbarunya ini. Moga makin banyak kisah-kisah menarik yang bakal dilakarkan selepas ini. :)
Nadra melamar Raqib untuk jadi suami sebab nak elak daripada berkahwin dengan kawan abang dia yang playboy. Sepanjang pembacaan rasa tenang jiwa. Walaupun dengan adanya kemunculan Haji Yunus & Idlan di awal cerita, tak adalah buatkan sakit jiwa sangat-sangat. Tapi bila tiba dekat part klimaks terus rasa teruk betullah si budak Idlan ni. Umur dah 16 tahun tapi perangai macam budak-budak?? Serious tak boleh brain. Tapi mungkin dimanjakan sangat itu yang jadi macam tu.
Raqib di permulaan cerita memang tersangatlah green flag. Setia, family man memang cukup pakej lah. Walaupun dia ni macam blur tak faham yang si Shana tu syok dekat dia, tapi perbualan dia sentiasa masukkan sekali tentang Nadra. So tak sempatlah si Shana nak feeling lebih-lebih. Nampaklah memang dah jatuh sayang sungguh dekat isteri sendiri. Tapi bila dah masuk tengah-tengah, terus rasa macam eh kau senangnya tak percayakan Nadra. Terus jatuhkan hukuman dulu. Marah-marah lepastu minta maaf. Senang betul. Bukan sekali jadi macam ni. Apa yang penting mulut cakap lepas dulu baru menyesal 🤦🏻
Nadra pulak fuh hati memang kental. Hadap Haji Yunus dengan Idlan yang memang sah tak sukakan dia tu tapi dia still bersabar. Dia bukanlah lemah sangat, melawan jugak tapi kena pada tempatnya. Tak adalah berkurang ajar dengan orang tua. Haji Yunus tu tak adalah sekejam Idlan, rasa macam acah-acah garang je dia tu. Bila part Nadra sudah jatuh ditimpa tangga tu memang ikut banjir sekali. Kesian betul dekat Nadra yang rasa lost bila kehilangan orang-orang yang tersayang. Worst day ever untuk dia. Tapi ada hikmah selepas semua kejadian pada hari yang teruk tu.
Honorable mention to Afnan, one of the best supporting character!
Walaupun ada few typos tapi taklah menganggu pembacaan. Boleh dikatakan antara novel terbaik aku baca bulan ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mulanya tertarik dengan novel ini kerana kulit bukunya. Merahnya makngah! ;P
Raqib dan Nadra [Ara]. Dari teman menjadi pasangan. Itu pun gara-gara Ara yang tersepit bila si abang memintanya mengahwini Ghazlan. Akhirnya Ara merisik teman baik sendiri. Ha, baca sekali lagi – risik. Waaa... beraninya Ara!
Hubungan Ara dan Raqib masih sama seperti dulu. Baik, akrab dan kini bila saja menjadi suami isteri, mereka lebih mesra. Memang sweet couple la mereka ni. Bila isteri merajuk, suami pujuk. Bila yang seorang tu marah, yang lagi satu tolong sejukkan. Serius Raqib ada gen lelaki yang manis. Pandai membeli hati isteri tapi sayang dia lupa. Rasa hati perlu diluah. Raqib tak boleh mengandaikan yang Ara akan tahu apa yang tersembunyi dalam hatinya.
Ara pula memang cukup istimewa. Menerima seadanya, baik buruk Raqib. Pandai memujuk dan melayan suami. Malah hati mak mentua juga bisa disentuh. Cuma masalahnya adalah Idlan; satu-satunya adik Raqib. Anak muda berusia 15 tahun itu cukup liat untuk ditawan. Bertentang mata dengan Tuan Haji Yunus juga menggerunkan. Aku suka karakter datuk pencen ni. Dalam sekeras hati lelakinya, masih ada lembutnya. Walau hati kata tak suka pada cucu menantu yang pucat tak cukup darah, tapi itu sajalah cucu menantu yang diiktiraf. Tak mahu dah yang lain.
Idlan pula memang anti dengan Ara. Cukup memusuhinya. Berbuat baik di hadapan semua tetapi bila berdua dengan Ara, lidahnya tajam berbisa. Ada saja perkara yang buat Ara kecil hati. Namun sebaik mungkin, Ara cuba bertahan. Apalah yang nak direbutkan dengan si remaja yang baru nak kenal dunia itu.
Bukan mudah menjadi Ara. Hati terguris tapi masih setia. Cuma bila saja sang suami mengatakan tiada hati padanya, barulah Ara berubah sikap. Apatah lagi dia kehilangan dua insan yang tersayang. Satu-satunya abang dan anak yang dikandung, pada hari yang sama pula tu. Manakan tidak hatinya berderai seribu. Berjauh hati dengan suami sendiri. Apa mampukah Raqib memujuk isterinya kembali?
Walaupun sejak kebelakangan ini aku sering saja baca kisah perempuan meminang lelaki tetapi CBM ada plot yang berbeza. Kiranya penulis berjaya menyusun atur jalan ceritanya supaya ianya lain daripada yang sedia ada. Sekaligus menjadikan CBM lebih memorable. Good job sis!
Aku suka dengan gaya AA yang senantiasa menitikberatkan hal kekeluargaan dan persaudaraan. Dalam novel ini misalnya, kekuatannya terletak pada hubungan erat antara si adik-abang, anak-menantu dan datuk-cucu. Bagaimana penulis mengolah hubungan itu supaya kelihatan cantik dengan naik-turunnya konflik antara mereka. Air dicincang tak akan pernah putus, apa lagi hubungan darah yang menghubungkan kita dengan keluarga.
Rindu pada tulisan AA bagaikan terubat bila baca novel ini. Sentuhannya masih berbisa. Mungkin lepas ni aku patut capai novel Dia Tak Tanya yang diabaikan itu hahaha
Jalan cerita yang smooth. Nadra Raihana telah melamar Raqib Anaqi untuk menjadi suaminya supaya dia dapat melarikan diri dari berkahwin dengan Ghazlan, teman baik alongnya. Rumahtangga mereka bahagia. Cuma Idlan, adik iparnya itu sentiasa membuat onar untuk menyingkirkan dia dari keluarga mereka. Tuan Haji Yunus pula menggelarkan dia 'papan lapis' dan 'pucat tak berdarah'. Tuan Haji selalu membandingkan dirinya dengan calon pilihan hatinya, Salmi. Mereka berdua buat hidup Nadra kucar-kacir namun hatinya masih dapat bertahan. Dia rebah bila Raqib mengungkap kata 'tidak sayang' padanya. Selepas itu malang bagai jatuh bertimpa dirinya. Suami tersayang dilihat berpelukan dengan Shana, anak ketua mereka. Idlan mereka fitnah dan semua mempercayai fitnah itu. Dia kehilangan anak sulong yang telah lama dinanti kerana ditolak oleh Idlan. Along yang amat disayangi pula meninggal dunia kerana terkejut akan kecelakaan yang menimpa dirinya. Dan dia tidak dapat berada bersama alongnya semasa along dikebumikan kerana tidak sedar diri. Dirinya rasa keseorangan dan amat kecewa. Raqib dan Idlan berusaha untuk memohon maaf tapi hatinya sudah luluh. Lama dia merajuk. Tapi akhirnya, dengan usaha bersama Raqib, Idlan dan Tuan Haji Yunus, Nadra dapat menerima Raqib kembali. Raqib dan Nadra cuba untuk mulakan hidup baru dan akhirnya mereka di kurniakan seorang puteri yang comel. Bahagia kembali bertamu dalam hidup mereka.
Setelah sekian lama terperap di rak buku akhirnya terlerai juga "bedung"🤭🤭🤭 Menjadi cucu menantu kepada mantan Leftenan Kolonel, Tuan Hj Yunus bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dilayan seolah-olah dia adalah musuh negara no. 1 dan juga adik ipar dari neraka yang menyukarkan lagi kehidupan Nadra sebagai isteri kepada Raqib.
Nadra dan Raqib pasangan yang harmoni, sweet dan romantik walaupun perkahwinan mereka tidak dirancang. Nadra berusaha menjadi isteri, menantu, cucu menantu dan adik ipar yang terbaik. Penolakan demi penolakan berserta kata hinaan yang diberikan oleh adik ipar dan Tuan Hj Yunus ditelan sendiri oleh Nadra manakala Raqib tidak berdaya untuk membela nasib Nadra.
Geram dengan Raqib yang panas baran dan suka terburu-buru membuat kesimpulan. Dia bahagia beristerikan Nadra tapi sikap cemburunya mencalarkan hati Nadra. Hailah Nadra tabahnya awak.
Part yang paling saya suka apabila Nadra "bangkit" menentang Idlan si adik ipar dari neraka dan Raqib yang kuat cemburu. Dalam hati berkata " you go girl!" padan muka mereka.
CBM cerita yang sangat sangat sangat menarik pada saya.
Tulisan yang menarik. Bukan hanya cinta semata-mata tapi banyak diselitkan berkaitan keluarga.Sekarang ini banyak sangat cerita pasal cinta,sampai naik jemu.So sesekali kita baca tentang kekeluargaan pule.hihi
Nadra- bagi aku mempunyai sifat yang berani,baik dan penyabar. Berani,sebab dia boleh melamar Raqib.wa tabik wa tabik.haha.Aku yang orang cakap sporting ni pon akan fikir limaenam kali untuk melamar lelaki:p
Baik sebab mampu bertahan dengan perangai Idlan yang kalau aku jd kakak ipar dia memang aku balun cukup2lah. haha.Durhaka tak hengat.tak deknya aku nak bebaik dengan Idlan.
Penyabar dengan karenah Raqib yang cemburu dengan Ghazlan.Kadang-kadang meroyan sendiri.Sabar dengan Tuan Haji Yunus,kopi pon nak jd hal.haha.Sabar dengan Idlan tapi sesabar manapun seseorang itu pasti ada had-had tertentu,tak kena gaya bom! Memang perang duniaaaa daaa.
Raqib- dia macam tak tetap pendirian.Haha.Dia macam percaya dengan Nadra tapi at certain time dia macam gelabah sendiri.Aku pun tak tau nak describe mcm mn.Tapi satu sikap lelaki yg aku noticed pd kebanyakan lelaki adalah dia tak kan mudah percaya kalau ahli keluarga dia buat jahat pd isteri.Haha.
Macam Raqib yang 50-50 nak percaya Idlan buat jahat pd Nadra.Tapi aku tetap yakin,kalau nak hubungan harmoni , percaya antara satu sama lain memang penting.Kalau rasa macam tak percaya, baik jangan ada komitmen la. buat serabut kepala je.herher
Part paling meyedihkan, masa Nadra mula cerita semua perangai Idlan atas tangga,uhuu sedih kot.Kalau kita tahu ada orang benci kan kita walaupun dah jadi keluarga.Stress kot. Nadra kehilangan along,baby ..pada masa yang sama.Hmm sedih sedih sedih.
Dalam sesebuah novel tak mungkin hanya ada dua watak sahaja kan? Harus banyak watak untuk meraikan jalan cerita so, kalau nak baca sesuatu tentang kekeluargaan,persahabatan.Harus grab ini novel haaa.
Nadra Raihana~ mempunyai sifat yang berani,baik dan penyabar.....Berani,sebab dia boleh melamar Raqib....!! Nadra melamar Raqib untuk berkahwin dengan dia kerana along Nadra mahu jodohkan Nadra dengan Ghazlan tetapi Nadra tak mahu. Raqib terkejut dengan lamaran Nadra tetapi Raqib tetap terima kerana tidak mahu kehilangan kawan baiknya dan tidak mahu Nadra berkahwin dengan lelaki gatal tu.
Raqib- Dia macam tak tetap pendirian...Dia macam percaya dengan Nadra tapi at certain time dia macam gelabah sendiri bila da silap...Sepajang perkahwinan hubungan mereka sangat baik, Nadra dan Raqib mula mencintai antara satu sama lain tapi Raqib tak mampu luahkan rasa cintanya itu...Masing2 pendam rasa. Nadra,Terlalu Baik sebab mampu bertahan dengan perangai Idlan (sape2 jadi kakak ipar dia mmg stress)....Idlan,Derhaka giler..Nadra sabar dengan karenah Raqib yang cemburu dengan Ghazlan.Kadang2 meroyan sendiri.
Nadra sering terasa terasing didalam keluarga Raqib kerana adik ipar dan tok Raqib tidak menyukainya. Adik ipar nya sering rasa cemburu dengan Nadra kerana merampas abangnya dan dia terpaksa berkongsi kasih sayang abangnya. Tok Raqib pula selalu menguji kesabaran Nadra, setiap apa yang Nadra lakukan semuanya tidak betul bagi tok Raqib dan tok Raqib sering membandingkan Nadra dengan anak Lebai Senin iaitu calon cucu menantu pilihannya. Setiap dugaan yang dihadapi oleh Nadra dapat dielakkan dengan disokong suaminya dan Nadra sering cuba membeli jiwa adik ipar dan tok Raqib. Dia mahu mereka menerima dan sayangkan dia seperti ahli keluarga. Anak bos mereka Shana pula sering ambik peluang untuk mengorat dan perhatian Raqib. Shana mula terpikat dengan Raqib setelah suaminya itu berpindah ke HQ di Kuala Lumpur disebabkan polisi syarikat tidak membenarkan suami isteri kerja bawah satu bumbung....
Mcm2 Idlan buat supaya Nadra berambus dari rumah itu..Sampai ler,Idlan Fitnah Nadra pada Umi n Abgnya...teruk bergaduh...Too Sad... Nadra,balik rumah nk kemas2 baju n keluar rumah..until,Idlan provoke her again.Tats's whr Nadra pekik pat Idlan n Idlan terus Terdiam!! Nadra nk keluar,Idlan halang tapi tk sengaja tertolak Nadra jatuh Tangga...she keguguran n at e same tym Along dia meninggal dunia bila Nadra tk sedarkan diri...she nvr get to see Along for 1 Last time...she lak da Hilang Raqib sejak Raqib ckp yg Raqib tk pernah sayangkan Nadra.....
Raqib Anaqi. Dalam sabar, ada barannya. Dalam lembut, ada kerasnya. Sangat manis bila punya peluang. Berhemah bila berkata. Dan sangat sepadan untuk seorang isteri seperti Nadra. Dan ya, tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Raqib juga ada kelemahannya - Idlan. Mungkin kerana terlalu merasakan dia adalah pengganti ayah kepada Idlan, terkadang dia terlupa, terkadang luar sedar dia kecewakan sekeping hati Nadra. Bukan dia tidak sayangkan Nadra, cuma.. Raqib ini adalah antara hero dalam novel yang sangat sangat sangat sweet orangnya. Confirm U will fall in love setiap kali baca part Raqib dan Nadra...
Nadra pula memang padan sgt ngan Raqib. Bila Raqib mula panas, dia tahu untuk tidak turut panas. Cuma terkadang, dia terlalu selalu mengalah. Sukanya pada watak Nadra sebab walaupun dia selau mengalah, sampai masa dan ketikanya, dia tahu bila untuk tidak perlu terus mengalah dan berdiri untuk haknya sendiri. Betul. Lembut itu perlu bertempat dan kena pada gaya....
"Padahal, kalau untuk Ara, cinta abang tak mahal. Murah aje abang jual. Tapi untuk Ara ajelah. Kalau orang lain nak beli, sorry.. dah sold out."
cintaku bukan murah mmg kena dgn tajuk...cinta raqib murah utk Ara namun disebabkn istri tidak pernah bertanya maka kata cinta dan sayang sangat mahal untuk diungkap...pd awal cbm kurang menarik pdku.terasa sst yg sgt kurang...namun konflik idlan yg terlalu cemburu dgn si kakak membuatkn rumahtangga naqib kian berantakan...bertambh sakit apabila si suami meyatakn tidak pernh syg dgn si isteri. di suku akhir cerita penulis benar2 berjaya membuatkan ku x leh lps..makin best bila naqib tidak menyerah kalah dlm menambat hati sang isteri..tahniah..3.5*
"abg ni kawan kakak dan abg sy ya?" "abg jgn kacau kakak ipar saya ya kerana kakak ipar sy abang sy punye" hahahah terbaik ayat idlan....
Baca novel ni buat aku teringat novel "Gila Tak Rindu". Bukan nak kata jalan cerita serupa tapi aku suka watak Nadra dengan Raqib. Sama macam aku suka watak Nomi dengan Adib dalam GTR. Watak yang comel.