Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Power of Al-Quran - Memahami ilmu ulum Al-Quran dan Kaedah Tafsir Saintifik

Rate this book
Buku ini membicarakan tentang sejarah penulisan dan pembukuan al-Quran. Ia juga menyatakan mukjizat dan keaslian Al-Quran, metodologi pentafsiran Al-Quran, dan diikuti dengan penjelasan tentang ajaran-ajaran pokok yang terdaoat dalam al-Quran.

197 pages, Paperback

First published January 1, 2013

4 people are currently reading
36 people want to read

About the author

Danial Zainal Abidin

13 books64 followers
Dr. Danial bin Zainal Abidin berasal daripada Kampung Manggis, Sungai Ara, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua kepada Hj. Zainal Abidin bin Hasan dan Hjh. Che Su bte Hj. Jamaluddin dan dilahirkan pada bulan 21 Julai, 1955.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Selepas mendapat gred satu dalam peperiksaan MCE beliau memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free sebelum ke Universiti Iskandariah, Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah pada tahun 1975. Kesempatan belajar di Mesir telah digunakannya untuk mendalami bahasa Arab dan menimba ilmu agama dari ulama yang berkaliber, antaranya, seorang ulama hadis yang terkenal, as-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthi’i. Pada tahun 1981 beliau memperoleh ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.

Jawatan beliau sekarang ialah sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang. Di samping itu, beliau menjadi pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM.

Pengalaman beliau amat luas kerana sering kali dijemput menjadi penceramah serta pemudah cara bagi program-program di Telekom Malaysia, IKIM, Kuantan Port, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Persatuan Pekerja-Pekerja Islam TNB, KLIA dan lain-lain lagi. Pada tahun 2003 beliau menjadi penceramah khas bagi Petronas Carigali membincangkan tajuk Quality Principles di Terengganu, Sabah, Sarawak, KL dan Vietnam. Pada tahun 2004 pula beliau dijemput memberi ceramah khas kepada Kerabat di Raja Negeri Perak, EXCO Kerajaan Negeri Perak dan dif-dif jemputan bertajuk ‘Quran dan Sains’.

Di samping itu beliau juga di undang menyampaikan ceramah di luar negara, antaranya, di St. Louis, Amerika, Perth, Australia, dan Singapura.

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bergiat cergas dalam pertubuhan dakwah dan kebajikan. Beliau menjadi penasihat bagi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) bermula tahun 2005. Beliau pernah menjadi Yang Di Pertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang, dari tahun 1992-2001. Dari tahun 1996-2000 pula beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Kariah di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Dalam bidang penulisan, beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Islam dan Sains bagi Majalah-i, Karangkraf, dan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku yang telah beliau hasilkan setakat ini berjumlah sepuluh buah iaitu, Konsep Perubatan Islam, Islam The Misunderstood Religion, Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, Kit Kombat Islam, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W., Empayar Minda Muslim, 7 Formula Individu Cemerlang, Tip-tip Cemerlang Daripada Quran dan Quran Saintifik. Lima daripada buku-buku ini telah mencapai status terlaris atau bestseller di Malaysia. Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden pula menjadi Finalis dalam Anugerah Media Islam (AMIN) bagi tahun 2006. Setakat ini empat buah buku beliau telah dilesenkan untuk pasaran di Indonesia, iaitu, Empayar Minda Muslim, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.

Di sudut kekeluargaan, beliau mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama beliau ialah seorang doktor perubatan dan isteri kedua beliau ialah seorang pengurus syarikat. Beliau dikurniakan dengan lapan orang cahaya mata. Anak pertama beliau memperoleh ijazah dalam bidang Bio-Teknologi, anak kedua dalam bidang Kimia Analisis, anak ketiga dalam bidang Teknologi Persekitaran dan anak keempat sedang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia. Anak-anak yang lain masih bersekolah.

(http://www.danialzainalabidin.com/siapa/)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (68%)
4 stars
9 (31%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for ctmysarah.
5 reviews1 follower
October 3, 2020
Alhamdulillah done read this book. Buku ni tak tebal pun, ada dalam 197 m/s tapi padat dengan isi dan maklumat2 penting. Jadi perlu sedikit masa untuk menghadam dan menghayati setiap bab yang dibaca. (Ini kalau cara sayalah).

Buku ni boleh jadi bahan bacaan umum kepada sesiapapun yang nak mendalami keindahan Al-Quran sebab bahasa yang digunakan mudah untuk difahami, tidak terlalu tinggi. Boleh dikatakan agak ringkas dan padat, rasa seperti mendengar sendiri kuliah disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Isi bab di dalam buku ini ada mengenai Ulum quran(ilmu tentang Al-Quran) dan ada juga bab di belakang2 tentang sains di dalam Al-Quran. Banyak ayat Al-Quran yang dipetik dan boleh juga dirujuk semula untuk dikaji lebih mendalam. Overall it’s a very good book to read.👍🏻
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
March 10, 2019
Sebenarnya salah add buku. Aku baca buku Dr Danial yg tajuk Bukti bukti Sains dan Sejarah Kerasulan. Pastu buku tu plak hilang, aku letak mana ntah. So gantilah baca buku ni alang2 dah adalah dlm senarai sedang dibaca.

Jangan pandai2 menafsir al Quran tanpa ilmu ya. Tafsir tafsir terkenal yang wujud sejak dahulu telah diperhalusi secara ilmiah dan bukan sekadar berdasarkan tafsiran peribadi. Elakkan menjadi pentafsir liberal ya.

Antara notes menarik yg aku catatkan
-Islam membentuk hati hati manusia
-Al Quran adalah sebuah peta kehidupan yang mengagumkan
-Ingatlah kepada Allah, nescaya Allah akan ingat kepadamu
-Acuan hidup umat Islam adalah berasaskan al Quran
-Tidak ada sebarang percanggahan dan penyelewengan dalam Al Quran.
-Al Quran penuh dengan kebijaksanaan.
-Dalam masyarakat majmuk, umat Islam disuruh bergaul dengan golongan bukan Islam secara baik
-Sekiranya rosak sesebuah unit keluarga, akan rosaklah masyarakat itu
-Al Quran dan sains saling melengkapkan
-Sains diperlukan bagi mengkaji serta menyingkap rahsia alam dan dalam diri manusia
-Penemuan yang sahih tentang alam tidak akan bercanggah dengan Al Quran kerana kedua duanya datang daripada Allah
Profile Image for Nrlhakimin.
111 reviews4 followers
July 3, 2020
It was a good read to begin my Ramadan with. The book talks about how it all started, the mukjizat and originality of AlQuran, the methods use to tafsir the words and also all the core messages presented in AlQuran.
The Quran deals with all subjects which concern us as human beings: wisdom, doctrine, worship, and law, but its basic theme is the relationship between God and His creatures.

Let’s ponder on this ayah, “Do people think that they will be left (at ease) simply because they say, “We believe”, and will not be put to test?” (Quran, 29:2)

It is unfortunate that for many, religion has devolved into a list of things they must ‘believe’ in, in order to be eligible for paradise. We often fail to translate that belief into some meaningful actions.

The main concern of AlQuran is actually how you translate that belief into action. And this teaches me that “believing” in values like honesty, justice, loyalty etc. is not the point – living these values is.
Profile Image for Izzatie.
2 reviews
June 7, 2020
Alhamdulillah, diberikan peluang untuk menghabiskan buku ini. Dr Danial menceritakan kehebatan Al Quran, bagaimana saintis yang mengkaji Al Quran diberi hidayah untuk memeluk Islam, Al Quran yang mampu mengubah umat manusia, bagaimana penemuan sains dibuktikan dengan ayat Al Quran. MashaAllah, sangat hebat. Sebagai umat Islam, Al Quran seharusnya difahami dan diamalkan bukan hanya dibaca dengan tafsir tanpa mentaddabur ayat suci Al Quran
Profile Image for Abdul Aziz.
31 reviews2 followers
June 15, 2018
Beruntunglah mereka yang mengenali Islam daripada sumber yang asli, iaitu al-Quran dan hadis sahih.

Beruntunglah mereka yang telah mendapat manfaat dari membaca dan mengamalkan al-Quran dengan fahaman yang haq.

Buku ini, menerangkan secara ringkas bagaimana kita boleh mendapat manfaat dari al-Quran.
Profile Image for Ctscofield.
9 reviews
September 6, 2020
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hebat sungguh kalam Allah ini! Terima kasih dr danial ats penulisan yg ringkas tp padat dan penuh penghayatan. Sgt suka dgn penulisan beliau.
2 reviews
July 27, 2015
This book makes me feel more eager to learn more on Quran. It also help me to understand the basic knowledge of science of Quran. Thanks for the writer. Good job from him.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.