Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Yang Aku Pilih

Rate this book
Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki.

Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana.

Tersepit di antara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan.

Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.

Sebenarnya, Ariana lebih tertarik pada jirannya, Izudin. Seorang duda memiliki seraut wajah yang tampan, suka mengusik, bergurau dan menyakat. Boleh dikatakan, Izudin mempunyai pakej lengkap seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita.

Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu mengiringi perhubungan Ariana dan Izudin. Hampir-hampir sahaja kisah mereka berakhir dengan kegembiraan, timbul satu salah faham besar sehingga membuatkan Ariana mengambil satu keputusan.

Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?

610 pages, Mass Market Paperback

First published July 1, 2013

2 people are currently reading
73 people want to read

About the author

Rafina Mimi Abdullah

4 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (25%)
4 stars
24 (35%)
3 stars
14 (20%)
2 stars
9 (13%)
1 star
4 (5%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
October 6, 2013
Kisah santai yang boleh buat kita gelak dengan telatah Ariana.

Ariana yang berkerja sebagai setiusaha Haji Fahmi. Dia sedar Haji Fahmi ni macam nak mengurat dia..tp dia buat2 x layan..

Dalam masa tu pulak si Ariana macam terpikat dengan jirannya si Izudin. Tapi malangnya Izudin ni da kawin..so dia memang mengelakkan diri la dgn Izudin walaupun dia rasa selesa dengan lelaki tu. Mana x terpikat si Izudin ni, lelaki ni selalu tegur Ariana..cara dia macam nak mengurat je gayanya. Sampai satu masa, Ariana ni x selesa..dia pun sound Izudin jgn nak terlalu baik dgn dia sbb Izudin ni suami orang. Wlaupun Ariana tahu yang Izudin ada krisis dgn isterinya sebab Ariana selalu terdengar mereka bergaduh.

Bila Ariana da sound, Izudin mula la jauhkan diri dan buat x layan kalau jumpa Ariana..hehe..tp dalam2 senyap da dpt agk siapa yang berchating kat fb dgn Ariana guna nama Niduzi_donut13 tu..lepas tu hantar ayat2 jiwang kat Ariana..

Selepas tu, Izudin mengalami kemalangan, Ariana yang berada di tempat kejadian cuba membantu. Pada masa tu la.. Ariana dapat tahu Izudin telah bercerai dengan isterinya..dan segala rahsia rumah tangga Izudin dan isterinya diketahui daripada adik Izudin..Izani.

Haji Fahmi pula mula luahkan perasaan. Ariana yang memang tiada perasaan kat bosnya tu, menolaklah Haji Fahmi dan bg alasan dia da berpunya. Automatik Haji Fahmi ckp kekasih Ariana Izudin sbb dia pernah nampak Ariana bersama Izudin. Ariana pula mengiyakan je padahal mereka tiada apa2.. Lepas tu boleh terkantoi dgn Izudin..

Lepas dari itu la..mereka mula rapat...Izudin pula pandai memikat..Ariana pula makin terpikat..lagi2 bila Izudin yang sentiasa melindunginya bila ibu bapa Ariana menunaikan Haji. Suka tengok telatah Ariana yang selalu kenakan Izudin.. Izudin pulak sentiasa mengalah.. Hidup Ariana pula makin berubah bila ibu dan ayahnya meninggal dunia disebabkan kemalangan di Mekah.. mmg sangat sedih time ni..yelaa..da la Ariana ni anak tunggal. Masa ni la Izudin berhajat nak jadikan Ariana isterinya dan menjaganya. Izudin pula da byk kali luahkan perasaan kat Ariana, tp Ariana selalu menolak sebab bekas isteri si Izudin ni selalu buat hal. Izudin pulak selalu bagi muka..

Paling kelakar boleh si Izudin suruh Ariana masuk persatuan silat..sebabnya Ariana ni selalu je kena ganggu yang jadi heronya Izudin la..haha.. jangan pandang sebelah mata ye..Ariana siap boleh masuk final pertandingan silat..

Dalam2 romantik si Izudin ni satu je keburukan dia..asyik2 cemburu dengan Haji Fahmi..sampai dia da kawin dan memiliki Ariana pun still lg ada perasaan cemburu tu..Tapi sifat ni juga adalah disebabkan dari kisah rumahtangganya yg dulu.

Lupa nak bgtau, Izudin ni seorang yang jiwang ye..kalau nak tau jiwang yang mcm mana kena baca sendiri.. :DD
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
November 21, 2013
Huk, kecewa T___T
Sebelum beli novel ni, bukak dulu GR, tengok pembaca bagi * penuh je.
Ingatkan betul-betul kena dengan jiwa.
Tapi, hmhmm.
Kecewanya.
Tak kena dgn jiwa.
Maaf penulis.
Profile Image for Anne.
55 reviews2 followers
November 16, 2014
For me karya yg biasa2x doesn't have the X factor or maybe hatiku yg keras n x mood (work overload) during my reading.

This is a story yg Bukan Kahwin paksa or terpaksa.

Hero&heroine - Ariana & Izudin (Jiran sebelah rumah aka suami org aka cyber friend aka ...... Macam2x)

So, the story about a next door neighbour turn suami kpd Ariana. Mula2x menyampah dgn si Iz ni suami org but still cara meneggur tu Macam nak menggatal dgn anak dara sebelah rumah. (Satu lagi sifat iz yang I tak berkenan) Macam mana Ariana tak naik angin & sampai kena sound si Izudin ni........

Lepas bercerai dgn isterinya Izudin berkahwin dgn Ariana yg kehilangan kedua ibu bapa nya Dlm satu kemalangan semasa menunaikan haji.

Hubungan keduanya on/off di sebabkan Izudin yg kuat cemburu disebabkan his past wife yg ex GRO.

Cemburu pula dgn Haji Fahmi si bos Ariana (yg menaruh perasan terhadap Ariana sebelum Kahwin dgn Izudin).


Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
January 21, 2014
Ariana adalah seorang gadis manja dengan ibu-bapanya tetapi agak garang dengan orang lain. Majikannya, Haji Fahmi, ada menaruh hati dengannya tetapi hatinya telah lama jatuh hati dengan jiran sebelah, Izudin. Izudin adalah seorang duda yang masih lagi menanggung bekas isterinya. Dalam masa yang sama, dia sangat prihatin akan diri Ariana. Bila mereka semakin dekat, Izudin juga semakin tunjukkan sikapnya yang cepat cemburu.
Ariana mula belajar untuk jadi lebih dewasa setelah ibu-bapanya meninggal dunia dan dia belajar untuk jadi seorang isteri yang bertanggung jawab.
Izudin pula harus belajar untuk mempercayai dan melepaskan kenangan lama agar dia dapat hidup bahagia dengan orang yang dicintai.
Profile Image for Siti Farhana.
5 reviews
Read
July 31, 2013
novel yg lain dari yg lain ...x de kisah kawin paksa atau kawin kontrak...suka garapan watak Ariana yang gila-gila....sesuker hati main sembur2 air pada En Izudin..pancitkan tayar kereta En izudin.Kesedihan Ariana akibat kehilangan ibu bapa dalam kemalangan di Tanah Suci.

watak izudin yg penyabar bertukar menjadi cemburu akibat kisah silam ....

watak Haji Fahmi yang agak berusia terikat pada sifat sopan ariana...

Jalan cerita yang menarik ...penulis berjaya buat rasa geram , gembira dan sedih ketika menghayati novel ini....
Profile Image for Wee.
66 reviews1 follower
February 20, 2014
Ok. ini juga done. waha. bahagia weh dpt pindahkan sebijik yang pending ke rak selesai baca. Eheh

to akak fina. to me, first time bce heroin kawen dgn duda. sebelah ruma plak tu. eheh. ringan je baca. takda stress. thumbs up!
Profile Image for Rinsya.
36 reviews12 followers
July 28, 2013
Best , even psl org yg duda, tpi sbb jln ceritanya santai, memang boleh dihadam dngan baik., lagipula bekas isteri hero tu agak senget jdi x der la rasa pergolakan yg saya x suka, kekekke..
Profile Image for Zack.
56 reviews5 followers
September 24, 2014
siapa yg berminat 2nd hand punya x termasuk kos pos:rm14
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.