Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pengembaraan Ibn Battutah Musafir Islam

Rate this book
Ibn Battuta telah disanjung sebagai musafir terbesar. Selama perjalanannya yang merentang hampir tiga puluh tahun, ia telah melintasi Dunia Timur, mengunjungi daerah-daerah yang luasnya sama dengan luas 44 buah negara zaman moden, dan merentasi kawasan seluas kira-kira 73,000 batu.

Rihla karangan Ibn Battuta adalh tinjauan lengkap tentang tokoh-tokoh, tempat, pemerintahan dan pelbagai keanehan dunia Muslim pada satu per empat kedua abad ke-14, yang ditulis dalam gaya sastera yang lazim pada zamannya. Buku itu juga merupakan sebuah catatan perjalanan yang dramatis.

Sejak itu, terjemahan karya tulis tersebut, yang kesemuanya dipersiapkan berdasarkan teks cetakan karya Defremery dan Sanguinetti, telah diterbitkan dalam perbagai bahasa, termasuk bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Rusia, Poland, Hungary, Parsi, dan Jepun. Pada 1929 Sir Hamilton Gibb memendekkan terjemahan bahasa Inggerisnya dan mulai membuat edisi yang yang lengkap di bawah naungan Hakluyt Soceity. Bahagian terakhir daripada empat jilid itu masih dalam persiapan. Tetapi, terjemahan bahasa Inggerisnya tentang pelbagai bahagian Rihla muncul pada abad lalu sebagai buku atau sebahagian karangan dalam bentuk antologi dan majalah-majalah ilmiah.


Terjemahan Rihla begitu banyak, lengkap dengan komentar kritis tentang Ibn Battuta an riwayat pekerjaannya yang sudah berkembang sejak abad ke-18. Semua ini merupakan sunbangan yang luar biasa nilainya, suatu sumber sejarah tentang Dunia Timur yang sudah berpenghuni sejak seperempat terakhir abad ke-14. Buku ini dikutip dan disebutkan dalam ratusan karya tulis sejarah, bukan sahaja tentang hal yang ada hubungannya dengan negeri-negeri Islam, tetapi dengan China, dan empayar Byzantium.

Kandungan

1 Tangier
2 Maghrib
3 Orang Mamluk
4 Makkah
5 Parsi Dan Iraq
6 Laut Arab
7 Turki
8 Padang Rumput
9 Delhi
10 Malabar Dan Maladewa
11 China
12 Kampung Halaman
13 Mali
14 Rihla

Daftar Kata Asing
Bibliografi
Indeks

380 pages

First published January 1, 2005

5 people are currently reading
9 people want to read

About the author

Ross E. Dunn

30 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
2 (50%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
1 (25%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Akmal A..
172 reviews9 followers
April 24, 2019
Walaupun buku ini bukanlah karya asal Ibn Battuta dalam menceritakan pengalaman perjalanannya tetapi aku secara jujur memuji usaha Ross E. Dunn dalam menghimpunkan dan menyelaraskan pengalaman Ibn Battuta sesuai dengan logik supaya karyanya masuk akal. Sepanjang membaca buku ini, aku ada persoalan yang sama yang pernah muncul dalam benak Ibn Khaldun juga, "Rihla ini ditulis atas arahan Sultan atau penguasa, sudah tentulah penulis akan menulis sesuai dengan kehendak penguasa". Pada awal buku ini ditegaskan yang Ibn Battuta bukanlah seorang ahli akademik tetapi cuma seorang pengembara dan mungkin seorang kadi atau hakim tetapi seperti nota kaki yang ditulis terdapat bantahan dari beberapa sarjana. Supaya kita tidak terperangkap dalam perbahasan itu, aku menganggapkan Ibn Battuta memang pergi mengembara yang mungkin sampai ke negeri Cina atau juga mungkin tidak. Buku ini cuba mengiyakan yang Ibn Battuta kalau mungkinlah dia pergi ke Cina sudah tentulah dia akan menyaksikan,menempuh dan melalui pengalaman yang seperti ini. Dunn menggunakan rujukan dari sarjana-sarjana lain demi tujuan itu, kerana itulah aku secara peribadi memuji usahanya. Melalui apa yang ditulis oleh Dunn, aku memposisikan Ibn Battuta hanyalah seorang pengembara dan bukanlah seorang hakim atau kadi yang cemerlang. Beliau tidak bersungguh-sungguh dalam kerjayanya sebagai kadi atau hakim tetapi lebih berminat untuk mengembara sesuai dengan tilikan nasibnya yang pernah dibuat di Mekah ketika pertama kali berada di sana. Lagi pula, beliau tidak mencatatkan perjalanan rinci semasa singgah di kota-kota yang belum pernah dikujungi, pada aku kalau dia seorang ahli akademik yang cemerlang, sudah tentu dia mencatat secara rinci tentang apa yang ditemukannya sepanjang perjalanannya. Rihla tersebut ditulis oleh Ibn Juzzay bukanlah dari Ibn Battuta sendiri, dan di penghujung buku ini Dunn membuat andaian oleh kerana Ibn Battuta tidak mencatatkan apa yang ditemukan sepanjang perjalanannya, Ibn Juzzay pula yang terpaksa menyesuaikan pengalaman-pengalaman si pengembara besar ini berpandukan rujukan kumpulan catatan pengembara-pengembara sebelum Ibn Battutah. Aku sedikit kecewa kalau Ibn Battuta dianggap sebagai ahli akademik tetapi selayaknya dia hanyalah seorang pengembara atau dalam bahasa moden, backpackers. Mungkin penilaian ini berat sebelah kalau aku tak baca karya asal Rihla. Aku harap satu hari nanti aku dapat membaca karya asal Rihla. Empat bintang untuk buku ini kerana disiplin Dunn untuk menekuni semula karya si pengembara ini menggunakan logik.
Profile Image for Tuah Pengembara.
24 reviews6 followers
September 29, 2013
Bagi saya...merupakan ringkasan dari buku asalanya...tapi sayang terjeamahan yang digunakan agak kurang memuaskan dan menyebabkan saya terpaksa membaca beberapa kali untuk memahami isi kandungan buku.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.