Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suami Ekspres

Rate this book
"Eh, wait Adriana... Awak bakal isteri saya!!!"- FARIS

"Hah, apa?!"- ADRIANA

FARIS AR RAYYAN - Pensyarah muda yang dididik dengan ilmu agama dan tarbiah yang hebat. Dididik sepaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita di sekelilingnya. Dia dilamar oleh sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.

ADRIANA QISTINA - Seorang gadis yang ceria dan positif dengan hidupnya sendiri. Daripada gadis yang biasa, dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan bertemu dengan suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkah lakunya matang melebihi usianya.

Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Baru bahagia dirasa, ujian sudah datang menimpa. Kejadian yang menimpa orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka.

"Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Illahi." - FARIS

"Cukuplah Riana punya suami soleh yang berusaha membaca cinta kita menuju cinta Ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuj menjadikan cinta kita cinta 'high class' dimata pencipta." - ADRIANA

Mampukah cinta merekamenuju cinta Ilahi dan seterusnya menggapai syurga Ilahi? Bagaimanakah Adriana dan Faris mengemudi bahtera rumah tangga mereka berpaksikan cinta kerana Allah? Mekarkah cinta mereka menuju cinta Ilahi?

540 pages, Paperback

First published June 1, 2013

11 people are currently reading
119 people want to read

About the author

Fieyta An Nisa

2 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (34%)
4 stars
28 (31%)
3 stars
20 (22%)
2 stars
9 (10%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 9, 2018
Baca novel di tahun pertama saya berjinak2 dgn novel melayu. Pada tahun tu banyak keluaran novel yang bermain dgn emosi dan cerita ni bagai a breath of fresh air for me untuk lari dari tekanan emosi novel lain. Boleh di kategorikan as novel cinta berpandukan Islamic values. This is the year where setiap novel menekankan issue sholat dan istikharah. Maybe dah ada lama dahulu tapi bak kata orang trend novel ketika itu bak cendawan tumbuh. Bagus juga sebab bolehlah refresh balik.

Saya suka dengan kedua2 watak utama yg tak pernah bercinta dan lebih memilih untuk beristikharah sebelum bersetuju untuk menerima aturan keluarga. Its not like takde crush just that tak melayan perasaan tu. And it seems like watak sampingan yg nampak seperti playboy juga sebenarnya berpegang teguh dgn ajaran Islam especially bab memilih isteri.

Cerita ni agak flat sikit. Takde up, takde down. Mendatar pun tidak. Jika naik pun sikit je.

Ketika part
• Ibu bapa Adriana meninggal.
• Aqil (I think, sorry dah lupa, anak somebody juga) yg berusaha mengurat kerana ingat Adriana masih single tapi tarik diri setelah mengetahui Adriana ni isteri lecturer sendiri. And this part mmg tak fahamlah kenapa nak kena rahsia status diri. Boleh update the school/faculty apa and something can be arranged jika takut ada conflict of interests.
• Org menyindir tentang belum mengandung as if dia ni mandul.
• Ketika nenek yang di sayangi meninggal.
• Ada a few part adik dia yg bercinta dlm diam dan langau yg terkilan dengan Faris kerana tidak menjadi pilihan. Seorang guru (quite muslimah) yg sering lalu lalang di hadapan rumah Faris hanya untuk mendapatkan perhatian Faris.

Saya beri 3.5* untuk novel ni kerana rasanya ada part tu it was overly done.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
January 16, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Banyak pengajaran yang boleh dipelajari dalam novel ini. I would say this is mostly dakwah dalam format novel cinta.

Walaupun ia cuma ada 540 mukasurat, N rasa ia agak panjang. Mainly because cerita ni takda klimaksnya and agak repetitive, membuatkan some parts N tak baca, hanya scan through sahaja. Juga N rasa jika kisah Furqan dan Iman kalau takda pun takper (plus it's so cliche, the whole best friend jatuh cinta dengan your brother in law).
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
July 9, 2013
Done this book...
Alhamdulillah... Banyak pengajaran... menyelusuri kisah Riana & Faris.. mereka banyak memperingati kisah2 dan sirah2 rasulullah...
Cerita yang santai dan tiada konflik..
Sesuai untuk bacaan semua...

Selamat membaca & selamat berpuasa..
"Membaca dgn Hati... Menilai dgn Akal"....
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
December 8, 2020
Novel ini aku mula baca 2016. Kini Dis 2020, aku ulang baca. Jalan cerita yang menarik, islamik. Ada banyak ilmu keluarga dan rumah tangga yang diperoleh. Kisah Adriana Qistina yang menikah dengan pensyarah subjek Organic Chemistry a.k.a anak kawan papanya, Faris Ar Rayyan. Kisah persahabatan Riana dan Iman. Penuh dengan petikan ayat² Al Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Ada satu cerita menarik dalam novel ini. Indahnya jika penulis sudi kembangkan watak Furqan Al Hakeem dan Iman di dalam novel yang berlainan 🙂
Pada bab terakhir, mereka bernikah setelah Furqan tamat ijazah, 2 tahun pertunangan mereka. Setelah itu lahir seorang mujahid, kalau tak silap. Teringin nak tahu apa yang terjadi antara mereka berdua.
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
February 1, 2021
Cerita yang bagus dan mempunyai banyak ilmu agama yang boleh dijadikan bimbingan dan panduan
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
June 23, 2016
Ternampak buku ini atas rak buku kakak ipar. Dah lama kakak dia beli buku ni tapi tak terbaca dek kesibukan kerja. Aku pinjam sepanjang empat hari bermalam di rumah dia. Dah buku free kan... rugi la tak baca.

Dua bintang hilang sebab originality dan karakter yang "too good to be true". Masa baca tu, aku rasa macam buku ni gabungan novel Suami Aku Ustaz dan Cinta High Class. Kalau Suami Aku Ustaz, heroinnya kena kahwin dengan ustaz sebab ibubapanya nak buat umrah. Kalau novel Suami Ekspres ni, heroinnya kena kahwin dengan pensyarah sebab ibubapanya nak ke Jepun. Untuk Cinta High Class, ada beberapa 'scene' yang macam "ehh.. sama macam novel Cinta High Class lah."

Karakter utama dalam buku ini bagi aku tersangat 'angelic' atau sempurna. Baik, soleh/solehah, lemah-lembut, hormat ibu bapa, sopan santun, berbudi bahasa dan bijak. Agak bosan sikit untuk aku yang lebih suka watak "rebellious" dan "from zero to hero".

Plot cerita mendatar. Tiada krisis serius dalam perkahwinan membuatkan aku kebosanan sikit.
Profile Image for Mansuurah.
17 reviews
February 23, 2014
Alhamdulillah, saya suka sangat buku ni. Syukran Jazillan Khairan kepada penulis yang berkongsi ilmu agama. Banyak ilmu-ilmu yang sangat berguna saya dapat. Dalam buku ini juga menceritakan tokoh-tokoh Islam dan sudah setentunya sirah Nabi juga.
Saya harap penulis dapat menghasilkan lagi karya yang terbaru yang penuh dengan ilmu-ilmu agama juga.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.