This is the long-awaited biography of Malaysia's powerful Home Affairs Minister and Deputy Prime Minister Tun Dr Ismail Abdul Rahman, who passed away of a heart attack on 2 August 1973. It is based on his private papers and on numerous interviews with his relatives and with people who knew him well, including Ghafar Baba, Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Robert Kuok, Lee Kuan Yew and Ghazalie Shafie. New perspectives are provided about the struggle for independence, Malaysia's relationship with Singapore, the origins of Southeast Asian regionalism, the internal conflicts of the ruling party UMNO, MCA-UMNO ties, the fatal illness of Tun Abdul Razak Hussein, the May 13 riots, and the New Economic Policy. This book contains not only new facts about Malaysian and Singaporean history, but also insights into the processes of decolonization and nation building.
Sebagai rakyat Malaysia (terutama bangsa Johor), anda wajar membaca buku ini atau paling minimum mengenali perjuangan beliau demi mencapai dan mengisi kemerdekaan.
Beliau tokoh Malaysia pertama mendapat gelaran Tun. 'Kalau' umur panjang, barangkali beliau tersenarai dalam senarai PM Malaysia.
Kalau ke Jalan Terus Johor Bahru, bayangkan wujud Klinik Tawakkal tempat Ismail bertugas. Manakala di seberang jalan, wujud kedai kawan baik beliau, Robert Kuok.
Buku ini cukup rinci sifatnya beserta sitasi dan rujukan lengkap. Ia penting, namun berikan cabaran sewaktu mahu mengunyah dan menghadam isinya.
Buku ini ditulis oleh rakyat Malaysia dan diterbitkan oleh institusi penyelidikan Singapura, ISEAS. Ia bukan tentang Ismail semata bahkan tentang detik kemerdekaan dan pembentukan Malaysia serta pelbagai polemik dan konflik pasca pembentukan Malaysia.
Secara peribadi, saya hargai catatan penting tentang kewibawaan beliau sewaktu menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan sumbangan beliau berkaitan isu hubungan diplomatik dengan Singapura, Indonesia dan Filipina sewaktu pasca merdeka sekitar 1960-an.
Kewibawaan mengurus krisis sewaktu Tragedi 13 Mei menerusi penglibatan beliau dalam National Operations Council (NOC) wajar dijadikan kajian kes dalam modul latihan kepimpinan.
Buku dengan bibliografi setebal 15 halaman ini berjaya menzahirkan almarhum Tun Dr Ismail sebagai ahli politik yang bijak, tegas dan vokal.
Banyak contoh yang boleh kalian temui dan tak wajar saya berkongsi di sini. Malah mengapa muncul kalimat 'reluctant' biarlah anda cari jawapannya sendiri.
Dalam versi Bahasa Melayu, saya kurang pasti apakah tepat 'The Reluctant Politician' diterjemahkan kepada 'Bukan Kerana Pangkat'.
Beliau dilihat sebagai pelengkap kepada Tun Abd Razak dalam gandingan mantap kepimpinan negara, Razak-Ismail. Sekurang-kurangnya ada dua konteks pelengkap di sini. Pertama, Razak tampak 'lebih Melayu' dan Ismail 'lebih diterima oleh bukan Melayu'.
Kedua, Ismail berfikir 'cepat' lagi tangkas, sebaliknya Razak berfikir 'lambat' namun penuh visi. Barangkali ini mendasari skema pemikiran dalam buku 'Thinking, Fast and Slow' oleh Daniel Kahneman.
Selain itu, menarik juga bila Ismail pernah berbicara tentang ahli politik yang ambil peluang untuk menjadi kaya raya dengan jalan politik - dengan jalan rasuah dan korupsi.
Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan, termasuklah alasan dangkal untuk tangan terima duit kopi dan tekak terima sisipan champagne.
Beliau meninggal dunia setahun sebelum saya masuk tadika. Sewaktu remaja, ayah pernah sebut yang beliau penuh disiplin dan menjaga masa - ada isyarat yang beliau bukan sebarangan pemimpin.
I had the honour of speaking to one of Tun Dr Ismail's sons about this book. He said that politicians those days were good in what they do because they were smart and professional guys who became politicians not because they wanted to, but because they were asked to do so by Tunku. And hence why his father decided to name the book 'The Reluctant Politician' as all his father wanted to do was to start a small private practice as a doctor. All in all, a great book about a prime minister which Malaysia never had. Very interesting way how the author, Dato Dr Ooi Kee Beng explains the nation's history while including the direct involvements of the subject including correspondences and minutes meetings from the unfinished memoir of Tun Dr Ismail. On the book itself, I got a borrowed copy from the national library. I'd like to get a copy for my bookshelf but I don't think they've any paperback nor selling it anymore (and it's pricey like RM150 ie around USD40).
Tun Dr. Ismail adalah antara tokoh awal dalam Umno yang mempunyai ciri negarawan, malah mungkin satu-satunya. Pulang dari pengajian di Queen’s College, Universiti Melbourne pada tahun 1946, beliau bersama kumpulan perbincangan politiknya, Malay Graduates’ Association yang mempunyai kesedaran mahu memerdekakan negara, telah memilih Umno yang disifatkannya sudah mempunyai sokongan rakyat sebagai wadah perjuangan. Namun sebelum itu, Ismail telah lebih dahulu menolak pelawaan Onn Ja’afar untuk menyertai parti itu yang pada mulanya tiada hasrat memperjuangkan kemerdekaan, melainkan menjaga kebajikan orang Melayu sahaja. Beliau hanya menyertai Umno setelah Onn keluar dan Tunku mengambil alih kepimpinan.
Dalam Umno dan kemudiannya dalam kerajaan Perikatan, Ismail adalah watak utama perencana segala agenda parti dan negara. Beliau mempunyai kecekapan yang tinggi membaca situasi negara, sikap yang jelas terhadap sesuatu perkara, konsisten dalam keputusan, mahir dalam hubungan luar sama ada serantau mahupun antarabangsa, selain mempunyai kewibawaan tinggi sebagai seorang pemimpin dengan sikap tegasnya yang digeruni, dihormati kawan dan lawan.
Sebaik Malaya merdeka, beliau dihantar Tunku ke Amerika Syarikat sebagai duta, seterusnya sebagai wakil tetap Malaya yang pertama ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Di sanalah Ismail telah menunjukkan bakat dan kehebatannya menjalankan tugas mewakili sebuah negara yang baru merdeka di pentas dunia, berpencak dan berdiplomasi dalam kancah politik antarabangsa, bekerja keras menjaga kebajikan Malaya di mata dunia dalam rangka hubungan luar dengan negara-negara lain selain urusan pentadbiran pejabat yang cukup memenatkan. Di sana, Ismail membeli tiga bangunan di Washington sebaik tiba. Pada satu ketika apabila beliau menziarahi Duta Besar Korea, beliau dimaklumkan duta itu bahawa jika boleh, Korea juga ingin membeli bangunan Kedutaan Malaya yang ada sekarang tetapi negaranya tidak mampu. Penyataan ini menunjukkan perbandingan keadaan ekonomi negara kita dengan Korea pada tahun 1958, dan keadaan sebaliknya dapat kita lihat pada hari ini.
Ismail telah pun terlalu penat bekerja di perantauan dan di dalam negara tambahan pula dengan keadaan kesihatan beliau yang sering terganggu. Beliau mempunyai masalah jantung, selain kanser leher yang memaksanya bersara dari jawatan menteri pada tahun 1967. Malah, beliau telah bersumpah tidak akan menerima jawatan menteri lagi setelah bergelut melawan penyakit kansernya. Tetapi, politik Malaysia tidak mahu melepaskannya pergi. Kemelut politik terburuk negara pada 13 Mei 1969 memaksa Ismail melanggar janji pada dirinya sendiri apabila menerima panggilan telefon dari Tun Razak pada malam 14 Mei sebelum keluar menenangkan para menteri dan pegawai yang telah jatuh panik, terutama Tunku yang nyata tidak mampu menangani krisis itu. Terdapat beberapa langkah Ismail yang penting pada waktu itu:
1) Menghalang Tun Razak daripada pergi menemui para perusuh dengan kereta rasmi. “Habis kamu nanti disiat-siat,” katanya.
2) Menghalang Tunku daripada mengisytiharkan undang-undang tentera. Secara langsung, langkah ini akan menyerahkan negara kepada pemerintan tentera. Kata Tun Dr. Ismail, “Kalau sekali diberikan, Tunku tidak akan dapat kuasa itu semula.”
3) Mengambil langkah berucap di televisyen menenteramkan orang ramai setelah Tunku gagal melakukannya. Ucapan ini sangat penting sebagai menunjukkan kerajaan berupaya menangani krisis dan mempunyai perancangan tertentu. Ucapan Ismail malam itu telah disemak oleh Robert Kuok yang terbang dari Singapura atas permintaan Ismail. Antara inti ucapannya ialah “demokrasi sudah mati di negara ini” dan beliau berazam untuk menghidupkan semula demokrasi. Katanya, “kerajaan yang berkuasa adalah kerajaan yang tidak takut mengamalkan demokrasi.”
4) Menjadi penyebab Razak tidak menggunakan kuasa Pengarah Mageran yang ada di tangannya untuk menjadi diktator dengan menyingkirkan Tunku dan memanjat tangga kekuasaan. Sebaliknya, Razak didesak Ismail untuk memulihkan parlimen secepat mungkin.
5) Menjadi “otak” Razak dalam Mageran sebagai Pemangku Pengarah Gerakan Negara.
Namun, kecaman terhadap parti-parti pembangkang secara keterlaluan dengan menuduh mereka sebagai dalang tragedi, menangkap pemimpin mereka beramai-ramai di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang yang ditahan sehingga dua tahun adalah tindakan autokratik dari Ismail, ironis dengan tekadnya untuk memulihkan demokrasi.
Kesibukan seterusnya Ismail menyusun semula sistem politik negara yang berantakan telah menangguhkan keperluan pemeriksaan kesihatannya sendiri. Kanser lehernya berulang dan keadaan jantungnya merosot. Beliau menangguhkan rawatan kanser yang sepatutnya dijalankan di London kerana pada waktu itu sedang berada di tengah-tengah pelancaran rancangan perundangan yang penting, termasuk langkah membanteras rasuah. Berkaitan hal ini, Tun Salleh Abbas ada menyebut dalam Kata Pengantar buku ini bahawa Tun Dr. Ismail pernah berkata kepadanya “Saya sanggup lakukan untuk negara apa yang saya tidak sanggup lakukan untuk diri dan keluarga saya sendiri.” Tetapi selain itu, ada satu lagi faktor yang mendorong Ismail terus bertahan, satu rahsia yang hanya diketahui olehnya, Razak dan beberapa kenalan rapat, bahawa Razak, Perdana Menteri de facto pada waktu itu sedang berada di ambang maut dan Ismail sebagai timbalannya tidak ada pilihan lain selain terus menjawat jawatannya.
Tetapi, takdir Allah telah menentukan Ismail pergi dulu sebelum Razak. Ismail pergi semasa memangku jawatan Perdana Menteri, sewaktu Razak menghadiri satu urusan di Kanada. Tanggal 2 Ogos 1973, Malaysia kehilangan seorang putera bangsa yang telah menghabiskan usianya mencurah bakti kepada negara walau terpaksa mengorbankan kepentingannya sendiri. Jasa Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman akan terus dikenang dalam lipatan sejarah untuk tatapan generasi kemudian. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diganjarkan jasa baktinya kepada negara dengan keredhoan-Nya.
Buku ini membawa kita menelusuri perjalanan politik Tun Dr Ismail. Seperti yang diberitahu penulis, kita hari ini kurang mengenali Tun Ismail kerana pencapaian beliau dibayangi Tunku dan Tun Abdul Razak.
Antara yang menarik ialah , pandangan Tun Ismail berkaitan dengan hak istimewa orang melayu yang boleh kita lihat kembali selepas 60 tahun merdeka.
Tun Dr Ismail, satu tokoh yang tiada penggantinya...
Aku agak perlahan dalam pembacaan kali ini. Perlu hadam dan faham apa yang berlaku dalam setiap peristiwa yang diceritakan.
Aku mewajibkan setiap anak muda di Malaysia membaca dan mengenali siapa Tun Dr Ismail dan perlu tahu apa sumbangannya. Beliau seorang yang tegas dalam setiap gerak kerjanya. Diceritakan sesiapa yang dapat surat dari Tun bukan petanda yang baik tapi satu malapetaka. Beliau adalah individu yang penting dalam meletakkan Malaysia di mata dunia.
Tun adalah wakil pertama yang membawa masuk senjata dalam General Assembly UN iatu Keris. Dia memakai sepersalinan baju melayu yang lengkap dan bertanjak.
By documenting the life of Tun Dr. Ismail, the author paints a picture of Malaysian history through the lens of one of its most prominent actors. A giant even among the nation’s founding fathers, Malaysians of all backgrounds have much to learn from his life story.
A beautifully written book, Ooi Kee Beng’s biography of Tun Dr. Ismail will loom large in the libraries of would be Malaysian patriots.
A true patriot. You dont get this kind of politician these days. It’s worth a read to appreciate what went on behind the scene in the army days of independence of Malaysia
the state of disarray Malaysia (and the rest of the world, really, if we’re being specific) is in now politically was what drove me to pick this up, originally my mother’s. initially only idle curiosity, i thought i’d read through a couple pages and leave it collecting dust yet again on my shelf. but then i finished it and i have a lot of thoughts... and feelings about this book.
i guess the quest of Malaya towards Merdeka and the nation building of Malaya, later on Malaysia relayed in the perspective of Tun really resonated with me somehow. there’s so much the country had gained and lost again since then.
i’m thinking about how nowadays, often times people, especially the youth, say things like ‘i bukan orang politik’ or ‘oh, i tak amik tahu, politics is not my thing’. upon finishing this book, i’ve come to realize that being able to say this is the most understated form of privilege. this was as much a point of reflection for myself before it was for any type of external awareness. how privileged we are to be able to afford not to care about politics, as we won’t be (significantly) affected either way (fine i know, i know, debatable claim, considering the current political climate, but i’m talking the bigger picture here); we remain free men and women after all.
this wasn’t a privilege owned by the Malays Chinese and Indians in Malaya pre- Merdeka. politics was woven in the very fabric of their lives whether they liked it or not. this of course applies to so many other countries still under colonialism to this very day. if they were not direct players or faces of multiple parties, they were instead citizens who were concurrently aware of the political atmosphere of the country and partook in the responsibility of making their stand. because how could they not be? when the rights to live on their own land were on the line. how could they choose to not be involved, when their rights were denied, their monarchy, culture and resources attempted to be stripped away by the British. the sole reason why we could say ‘i tak amik tahu pasal politics, it’s not my thing’ now, is because of all they had to do beforehand to uphold and drive home the then radical notion that Orang Malaya were, in fact, independent, self-governing, free men.
i empathise. it’s sad that the reason why so many are driven away from the political scene and choose to in-sensitize themselves to ‘political rubbish’ nowadays is due to it’s assured association with a sense of corruption, counter-productiveness and instead of seeing the very institution sworn to protect us brimming with principles of menjaga rakyat ..... what we see is not exactly what we ordered for lah, to put in much kinder terms.
the principled ways of TDI in leadership... were nothing short of admirable really. a true negarawan. i was floored by this man, who was so devoid of personal ambitions and benefits, with astute focus on merely the desire to build this country and its people. to the extent that during some passages i had to stop in shock and think... wow, politicians like this Actually existed? it’s very sad. are there still leaders like Tun still existing to this day? i can’t help but wonder what kind of Malaysia we’d be living in today if he wasn’t taken away from us too soon, if he had lived to become the third PM of Malaysia, which was inevitable at that point. i somehow feel like even if he didn’t continue on to be PM and decided to resign, the shrewd, honest and charismatic effect of his mere presence in the Malaysian political scene would have propelled the country to new heights of achievements still.
. anyway damn if you didn’t expect all that that makes two of us 🤝 i just had thoughts.
I was mostly interested in this book because Tun Ismail was my distant relative. His grandmother is my great grandmother. So yes, personally I had listened to the family story ( not much to tell as I say... distant) so it feels like I should know more what he did.
However even without all the family ties that draws me to the book, I have to say I enjoyed it immensely. We don't know much about Tun Ismail in the history books. It is particularly interesting because this is the collection of men, Tun Abd Rahman, Tun Ismail, Tun Abd Razak that shaped Malaysia. All those policy that we are still debating today.. the ISA act, the education segregation (lets face it, it is segregation), bumiputera .. this all happened because of this group of men who at the time believed this is the best for us.
When I am reading this book, I kept on thinking, whatever he would say of Mahathir and Najib if he were still around. He certainly do not have a high opinion of Mahathir. No mention of Najib because during his lifetime Najib is still some green kid.
As for the narrative, it is written somewhat dully where some statements felt like it is being lifted from somewhere and put in the book. Tun Ismail life is presented in a very matter of fact kinda way and that shaped my thinking that he is a very matter of fact kinda person. There is no frills in this book but that does not deter us from enjoying it. It was not boring, but it is a bit dull. I wonder if there is a memoir personally written by the man himself it would be make a nice contrast read.
You might not learn Tun Ismail insight on the making of Malaysia, you will learn his contribution and development into making our country.
The book is a recollection of memories from several sources, mostly from interviews with those that know of this man - family, friends, huge time politicians and businessman - and excerpts from Ismail's autobiography. It maps out the journey from his varsity days until the day he passed away from the point of view of those that knew him then.
This is not a book that will give a tremendous amount of insight on his thoughts and reasons for making certain decisions. From the looks of it however, I suppose it is fairly safe to say that one can reasonably guess what goes on in his head. He vividly reminds me very much of the famous Chinese judge, Bao Zheng, or his nickname Justice Bao, the one with a moon crescent scar on his forehead. Everything Justice Bao does is related to fairness and justice regardless of racial, familial or economical background, and this is just how Ismail was. Truly a rare breed to have on the soils of Malaysia.
One thing odd as to why this 2nd or 3rd most powerful man after Tunku Abdul Rahman was never mentioned in school textbooks remains a mystery to me but my guess would be because of the current politics that are at play. Nevertheless, the book will be a good overview on how Malaysia was brought up through the various post held by Ismail, and the various actions he took to ensure equality for all.
it was quite the interesting read, since so little is ever talked/written about this man everywhere. however, I wish the book offered more of his personal insight on various matters & the lesser-known glimpse into the man himself + his family (what we already don't know) and was less political. (I'm not particularly sure what it is, but the book somehow feels a bit detached at certain parts - note that I'm merely using this phrase for the lack of better words to describe that particular 'something'.)
a good book nevertheless on the man who could've been Malaysia's fourth Prime Minister.
Given the style of writing and the sources used, this is an amazing read on the life of TDI, a great leader befitting of the title. I only wished there is a lot more personal in-sight into his personality rather than his political stance.
Interesting read. I am quite surprised that this only received 49 ratings. Don't people get curious who is this Tun? His name was on one of the 'cool' residential areas in KL.