Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah.Daripada kajian yang dijalankan penulis,ternyata Luqmanul Hakim adalah falsafah Athens ,iaitu Socrates (469-366 SM).
Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya.Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat,dipercaya berketurunan kulit putih Eropah.Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik,analisis kandungan,analisis bingkai,dan analisis komponen semantik,Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim,iaitu berkulit hitam
Kedua - Ajaran falsafah Socrates memiliki temmatik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran,menerusi Surah Luqman.
Buku ini agak berat kerana banyak fakta yang dikemukakan dan ia berbentuk kompilasi report kajian dari pelbagai sumber. InsyaAllah saya akan review selepas hadam semua ...
" Manusia yang paling bijaksana dan berjaya di bandar mahupun desa adalah mereka yang paling takut kepada tuhan "
"Jiwa yang paling berani dan yang paling bijaksana, paling sedikit berasa bingung ataupun terganggu oleh pengarih luar" (Hikmah Socrates, m/s263)
Saya mengambil masa sebulan untuk khadam buku ini. Walaubagaimanapun, saya perlu ulang baca semula untuk hadam dengan lebih kemas intipati yang tersurat dan tersirat.
Secara keseluruhan hampir separuh bahagian penulisan Muhammad Alexender ini pada awalnya menceritakan susasana masyarakat Yunani Kuno di kota Athens, struktur politik, sosio masyarakat dan hampir separuh bahagian buku ini menceritakan tentang gambaran fizikal dan latar belakang scocrates dari pelbagai sudut pandangan penyelidikannyang dikumpulkan. Beliau disifatkan sebagai anak seorang bidan yang berkulit hitam dan bebangsa Nabia.
Pertengahan penyelidikan menjurus kepada kata-kata hikmah yang kebanyakannya diperoleh dari buku yang ditulis oleh anak didiknya Plato serta sumber-sumber yang jelas dan kemudiannya di petakan bersama surah Al-Luqman.
Secara kesuluruhannya, Scocrates terdorong oleh bisikan yang menghalangnya membuat perkara yang tidak baik dan dia menyifatkan ia bisikan baik yang datang dari Tuhan. Sikapnya yang sering merenung kejadian langit dan alam persis sikap seorang ulul Albab yang diceritakan didalam Al-Quran.
Pemahaman dan pemikiran yang membawa kepada menyembah tuhan yang satu serta menolak pemahaman dewa-dewi membawa socrates ke Mahkamah Athens yang ketika itu menggulingkan Diktator 8 dan mengamalkan Demokrasi yang berat sebelah.
Akhirnya Socrates yang membawa kebenaran dihukum meminum racun. Luqamaan merupakan maksud meminum racun dalam bahasa yunani. Kata-kata akhir dari Socrates yang memberi amaran bahawa akan ada bencana yang bakal menimpa Athens selepas kematiannya menjadi realiti, dimana kota Athens diserang dan ditumpaskan.Athens kemudian ditawan semula oleh pengikut Socrates yang membersihkan kembali Athens dari tangan penguasa yang menganiaya Socrates.
Merenung dalam-dalam suasana dan watak Socrates membawa kepada satu tafakur kepada situasi yang berada dalam masyarakat hari ini. Kisah yang sama pada zaman yang berbeda. Moga menjadi pengajaran bermakna!
Pada tahun 2001, saya bertemu graduan dari Jordan di UK (bukan di Jordan ya) yang tesis tahun akhirnya berkenaan Luqman al-Hakim. Banyak yang kami bicarakan termasuk Luqman yang berkulit hitam lagi bijaksana.
Pernyataan Luqman sebagai lelaki berkulit hitam tak dapat dipertikaikan lagi sebagaimana disebut dalam hadis dan turut dibicarakan dalam buku tebal ini. Bagaimanapun ada dua isu disini: a) Apakah Luqman itu Socrates yang merupakan ilmuwan dan ahli falsafah terkenal dari Kerajaan Rom? b) Adakah Socrates itu berkulit hitam sedangkan rata-rata monumen Socrates dimejkan berkulit putih?
Menurut buku ini, Socrates dirumuskan berkulit hitam. Keadaan ini sama halnya dengan Luqman yang berkulit hitam. Selain itu, ajarah falsafah didapati menyerupai dengan ajaran Luqman. Paling ketara adalah ajaran tauhid, mempercayai akan keesaan Tuhan.
Socrates telah dibuktikan percaya bahawa Tuhan tidak dapat dilihat, pernah beri nasihat kepada anaknya agar mentaati kedua ibu bapa dan percaya bahawa Tuhan membalas semua perbuatan manusia.
Bagaimanapun banyak pihak yang sukar untuk menerima rumusan Socrates itu Luqman dan Luqman itu Socrates. Apabila ia hanya berdasarkan ciri-ciri yang serupa termasuk berkulit hitam dan mempopularkan ajaran Tauhid, sedangkan tiada rekod khusus yang menyatakan bawa mereka berdua adalah orang yang sama.
Malah turut dibuktikan yang kematian Socrates dan Luqman adalah dengan jalan yang hampir serupa iaitu mati akibat diracun. Entahlah, saya fikir, pembuktian ini telah dilakukan dengan begitu terperinci – bukunya pula begitu tebal. Maksud saya bukanlah suatu keutamaan. Bagaimana dengan pendapat anda?
Akhirnya wajar dikongsikan nasihat buat anaknya sebagaimana dirakamkan dalam al-Quran (Luqman: 13-19) iaitu seperti berikut: 1. Jangan syirik kepada Allah. 2. Buat baik kepada ibu bapa. 3. Setiap perbuatan ada balasannya. 4. Dirikan solat dan buat baik. 5. Jangan sombong. 6. Akhlak mulia.
naskhah bersifat penyelidikan merupakan suatu cara menambah ilmu yang effektif. mengenali Luqmanul Hakim yang juga dikenali sebagai Soctares menurut pendapat lain merupakan suatu perjalanan biography yang tidak boleh diremehkan. adat seorang pejuang, selalu menerima tribulasi dan tohmahan. dan kerap kali berakhir dengan hukuman. dunia bagaimanapun tetap dapat mengambil iktibar dari kehalusan budi dan ketinggian ilmu yang disampaikan oleh Luqman kepada anaknya sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran
Fakta yang sungguh berat utk difahami dgn baik, dan juga penulisannya agak akademik. Syabas kepada penulis krn ia cuba m'rungkai jejak 'socrates Islam Luqman Hakim' yg dipercayai sebagai falsafah Barat 'an apostle'.
I need this pdf version so that I can read it through translator I am an Indian Muslim As a pharmacist I always love to research on historical personality۔ when I started reading book written by Plato Apology and xenophone memoroiblle, many similitude I have found between hakim luqman and Socrates, and furthermore I did not find more authentic source about hakim luqman, meanwhile three or more things are matched the Quranic verses with Socrates
Luqmanul Hakim atau Socrates ? Buku ini mengupas persoalan yang sering membandingkan antara 2 tokoh ini...memang agak berat tema dan persoalan serta isi kandungan buku ini...namun sedikit sebanyak ia mampu memberikan jawapan yang jujur tetapi masih boleh dipertikaikan...