"Awak macam kopi karamel. Ada pahit, ada manis. Tapi saya suka!"
Kerana benci kepada saudara tiri yang sering menganggapnya penumpang, Irdina mahu menjauhkan diri daripada keluarga. Dia fikir, kahwin ialah jalan terbaik untuk dia mencapai bahagia. Di universiti, dia rapat dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak zaman sekolah. Dia nekad mahu mengahwini lelaki itu sebaik sahaja menamatkan pelajaran. Namun, cintanya ditolak.
Tatkala Irdina sedang bertatih merawat luka, timbul gosip bahawa Irdina mempunyai hubungan sulit dengan seseorang yang terkenal. Demi mempertahankan maruah...
“Aku nampak jalan keluar... tapi macam melampau sikit.”
“Apa dia?”
“Kau kahwin dengan aku.” Rayyan berkata selamba. Mendatar. Dia memang hati kering.
“Hah?” Dia ni melamar aku ke apa? Ajak kahwin? Serius? Tapi tak romantik langsung. Nada macam kayu... plain!
Perkahwinannya dengan Rayyan membuahkan bibit-bibit bahagia. Kehadiran Irdina dalam hidup Rayyan juga telah mengubah kehidupan sosial Rayyan. Sedang mereka melayari kehidupan bahagia suami isteri, mereka diuji dengan sesuatu yang lebih menyayat hati. Tegarkah mereka untuk terus bertahan?
Hidupku pahit seperti kopi,
Kau karamel yang melengkapi...
***
Suka dan duka Irdina dalam Secangkir Kopi Karamel yang diolah dengan gaya santai dan memikat hati cara IJAZATI HABIB membuatkan kita setia hingga ke muka surat terakhir.
Terima kasih kepada diri sendiri sebab tak silap pilih TBR di saat-saat mood membaca tu dah agak kiok. Haha!
Adoi best giler wei novel. Sumpah santai and kelakar. Tergelak-gelak aku baca dengan telatah Irdina n Rayyan. Rayyan yang kuat mengusik. Isteri dia tadah je dengan bangang laki dia.
Rayyan ni serious sweet giler sebab sanggup ketepikan segala benda yang dia untuk jaga hati Irdina.
yeyyy.. done this book.. Saya sangat suka... hahaha Lately nie novel2 keluaran JS sangat kena dgn Jiwa saya.. seronok membacanya.. cerita yg berbeza dan menarik untuk setiap bulan...
berbalik kpd SKK.. hurmm saya sangt suka cerita nie kerana Rayyan & Irdina.. Irdina cinta pertama Rayyan. Cinta pertama yg Rayyan tunggu selama 20 tahun.. "mencari dan menunggu budak comot yg ada parut di lutut".. so sweet Rayyan... rayyan menunggu kerana Irdina telah melamar Rayyan 20 tahun lalu.. " Abang bila dah besar nanti saya nak kahwin dengan Abang"... Ohh myyy.. kerana kata2 itu Rayyan menungguh Irdina... :) dan sesungguhnya penantian Rayyan selam 20 tahun sangat berbaloi2.. hahahah
mereka 1 universiti... berjumpa secara tidak sengaja... dan mencetuskan perang antara mereka.. asal jumpa je gaduh.. asal jumpa je mesti gaduh... tapi kisah mereka bermula pasa saat Yushah menolak cinta Irdina.. (siap Yushah sila baca sendiri ye).. Konon nya Yushah ni Konservertif orgnya.. tak suka perigi mencari timba, ohhh.. ada lagi ek org cam Yushah sekarang nie.. hahahah.. tapi yg pasti bukan jodoh Yushah & Irdina...
maka itu.. Irdina memilih Rayyan.. Irdina berkahwin dgn Rayyan bukan kerana Cinta.. berkahwin kerana Yushah memperkecilkan cintanya, dan dimasa yang sama Rayyan juga ingin menjaga reputasinya sebagai seorang artis, apabila timbul gosip mosip yg menyatakan Rayyan telah membuat Irdina mengandung... (heyyy.. Rayyan baik tau)... ini semua berpunca kemalangan ygtidak disengajakan oleh mereka.. apa yg pasti Rayyan sayangkan Irdina walaupun Irdina tak pandai masak.. x cekap memandu, dan banyak lagi kekurangan Irdina.. tapi kekurangan Irdina dilengkapi dengan kelebihan yg Rayyan ada.. Rayyan pandai seba serbi.. bak kata Rayyan... "Hanya dua benda je yg saya x boleh buat, iaitu mengandung dan melahirkan" sweet talker Rayyan nie...
rumah tangga mana yang tak dilambung ombak.. gossip pasal Rayyan sentiasa ada../ Ohhh.. bila sampai bab gopis mosip Rayyan nie mmg sakit hati.. mencik giler kat Blog kak Montel.. nasib baik blog nie tak wujud.. kalau betul2 ada mmg dah kena bomb dah agaknya... ahhahaha.. (huh terlebih emosi pulak) tapi Rayyan & Irdina rilex2 je.. cill je melayan semua giops mosip kak Montel yg tak berasas tu...
Tapi kerana satu Insiden Irdina di sahkan menghidap penyakit BARAH OTAK... ohh myy... Tapi baru stage ke 2.. masih boleh dirawat.. Dan dalam masa yang sama juga Irdina mengandung.. Akibat Pembedahan membuang ketumbuhan itu Irdina Hilang Inagtan.. (kesiannya).. Kasih sayang Rayyan diuji ketika Ini... dan kerana sayang juga Rayyan sanggup bersusah payah.. sentiasa disisi Irdina..
" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu berudkacita, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (kedudukannya disisi Allah) jika kamu orang yang (benar-benar) beriman ~ surah Ali'Imran ayat 139.
Demi Irdina, Rayyan tidak pernah jemu bercerita tentang diri dan kehidupa Irdina.. ternyata kasih dan sayang Rayyan hanya untuk Irdina walaupun Irdian tidak mengingati Rayyan... yang pasti bahagia milik mereka... bak kata Rayyan lagi... "Hipun ini umpama Kopi Karamel.. ada pahitnya.. dan ada juga manisnya"
so u guys.. sila baca buku nie.. tahniah buat penulis.. "Membaca dgn Hati.. Menilai dgn Akal.." Happy reading...
Semalaman (sanggup tak tidur) membaca Secangkir Kopi Karamel. Mulanya memang payah nak masuk sebab guna style bahasa penulisan zaman sekarang. Namun, disebabkan nak tahu cerita Irdina dan Rayyan, paksa diri juga. Makin dibaca, makin nampak 'input' cerita ini. Memang masih mengekalkan identiti Jemari Seni. Santai dan 'berisi'. Tahniah!
Dialog? Ramai komen macam keanak-anakan tapi fikir-fikir balik novel saya sendiri pun seangkatan dengannya. Jadi, ukurlah penulis itu sesuai mengikut umurnya. Bab gaya bahasa...mungkin itu stail terkini sebab majoriti penulis lain pun awal ceritanya begitu. Pada saya, paling penting ialah jalan ceritanya ada pengisian, nampak perubahan watak (ke arah lebih baik, lebih matang), konflik pun cukup asam garam semua, twist yang tak disangka (blog Kak Montel) dll. Bertekad nak baca novel ini pun kerana didorong rasa suka lepas baca cerpen penulis dalam 'Kerana Dia, Ratu Sehari' yang nampak ada 'isi'.
Baiklah, sebenarnya.... saya tak pandai nak komen/review novel, sebab ini bukannya bidang saya.
Jadi, kesimpulannya (Wah, terus kepada kesimpulan!) -Buku ini santai berisi -Dialog 'sweet-mweet' boleh buat orang diabetes -Budak sekolah boleh baca buku ini, jadi emak-makcik jangan risau okey! -Manusia itu boleh berubah, hidayah itu daripada Allah. Berdoalah untuk orang yang kita sayang! -Suami dan isteri itu saling melengkapi -Nobody is perfect -Everybody has their first love -Give love a second chance -Encik Rayyan macam Encik Khayalan + Encik Haiqal (ehem!) -Highly recommended by Rnysa Anys
Ok, saya nak pergi cari cerpen Pija Ijazati Habib dalam antologi cerpen Adiwarna Kisah Cinta Seribu Wajah dan 'menjejak' novel 'Ros Biru Untuk Dia' dalam kotak di bilik stor (kalau tak ada, maknanya kena pergi beli di Kedai JS!)
Kisahnya tentang Irdina dan Rayyan. Dipertemukan sejak zaman kolej. Pertemuan semula, gara-gara kemalangan kereta mengheret Irdina dan Rayyan ke kancah perkahwinan. Kedengaran agak klise di sini. Dalam diam Rayyan memang menyimpan rasa terhadap Irdina si juniornya itu. Irdina pula, bagi dirinya Si naga air itu adalah makhluk yang boleh menyebabkan perasaan Irdina jadi huru-hara.
Yushah. Serius! Manusia macam si Yushah ni memang sungguh menyusahkan *emo*. Spesis Yushah ni sepatutnya kita tempatkan depa di Planet Kapler. Tinggal dengan klon-klon Johari . (Johari tu watak di dalam novel Tuhan lol
Kata saya:
Jujurnya, saya lebih menyukai kelembutan bahasa di dalam Ros Biru Untuk Dialagi berbanding Secangkir Kopi Karamel. Namun, di dalam Secangkir Kopi Karamel ini, banyak juga info yang penulis selitkan. Tahniah buat penulis untuk naskah keduanya ini. Gaya penulisan kali ini lebih kepada gaya sempoi orang muda.
P/s: Buat Rayyan. Awak masih belum mampu untuk menewaskan Adam Zhafran saya tu. *gelak gatal*
Kisah bermula bila Irdina yang jatuh cinta kepada kawan baiknya Yushah. Dia pendam perasaan dia kat Yushah. Kalau kita lihat..kita akan nampak Yushah ni mcm sukakan Irdina. Sbb Yushah selalu ambil berat kat Irdina. Sape yang x salah faham kan..
Dalam masa tu Irdina bertemu dgn Rayyan, senior dia. Pertemuan mereka, menimbulkan bibit2 marah kat Irdina sbb Irdina yang x mintak maaf bila Irdina secara tidak sengaja menampar muka Rayyan menggunakan dayung kayak..Haha..kelakar time ni. Jadi dengan rasa geram si Rayyan ambil kesempatan buli Irdina dgn menyuruh Irdina buat assingment dia. So sampai kesudah mereka ni memang x ngam.
Masa konvo, Irdina meluahkan perasaan kat Yushah. Tapi Yushah yang menghina Irdina, mengatakan Irdina ni macam perigi cari timba. Sakitnyer hati. Rasa nak lempang je Yushah. Irdina kecewa. Lepas majlis konvo tu terus mereka putus kawan.
Selepas habis belajar, Irdina kerja sebagai ahli farmasi. Hidupnya tak seindah macam orang lain. Sbb ayah dia melebihkan ibu tiri dan adik tirinya daripada dia. Memang Irdina ni x diperlukan kat rumah tu.
Masa perkahwinan Anissa, Irdina jumpa balik musuhnya di universiti dulu. Sapa lg kalau bukan Rayyan. Rayyan skrg da jadi seorang superstar terkenal. Lepas tu mereka bertemu lg bila Irdina langgar kereta Ferrari Rayyan. Masa tu pulak Irdina pengsan then Rayyan tolong bawak Irdina ke hospital.
Tiba2 muncul satu blog yang fitnah Rayyan ada hubungan dengan Irdina. Macam2 cerita buruk yang keluar kat blog tu. Masa tu la jalan penyelesaiannya Rayyan ajak Irdina kahwin. Mula2 Irdina tak nak. Tapi bila dia terdengar Yushah meburukkan dia mengatakan x mungkin Irdina jatuh cinta kat orang lain selain dia, lepas tu problem dgn family dia yang x serupa family Irdina nekad terima lamaran Rayyan.
So mcm biasa bibit cinta mula muncul. Mereka bahagia. Sehingga Irdina disahkan menghidapi barah otak tahap dua. Sedih masa ni. Irdina yang pura2 gembira. Padahal dia tahu dia hanya hidup lebih kurang 5 tahun je. Dia nekad x nak ambil rawatan sehingga dia lahirkan baby dia. Lepas bersalin, dia terus terima rawatan..lepas pembedahan, Irdina koma. Sangat sedih. Rayyan x henti berdoa dan Allah makbulkan doa dia, Irdina sedar. Tapi, Irdina pula telah mengalami amnesia. Dia tak ingat langsung siapa diri dia. Yang paling teruk, Irdina tidak mampu membina ingatan baru. Jadi setiap hari Rayyan terpaksa mengingatkan Irdina yang mereka suami isteri.
Sedih jugak la di pengakhiran cerita. Rayyan sangat tabah. X sangka. Ingat Secangkir Kopi Karamel ni cerita sweet2..manis2 sampai terkena diabetes....tp boleh jugak buat kita menangis.
suka sangat ayat ni.. "Awak macam kopi karamel. Ada pahit, ada manis. Tapi saya suka!" Rayyan memang macam kopi karamel..teringin nak rasa..macam mana ea rasa kopi karamel ni?? (kopi karamel ni minuman favourite Rayyan lepas tu bila Irdina rasa terus dia pun suka jugak).:D
"Seumur hidup saya, saya selalu nampak ayah kawan-kawan saya usap kepala mereka. Tapi papa saya tak pernah usap kepala saya. Boleh awak usap kepala saya macam tadi?" - m/s 160
Hidup Irdina tetap penuh warna-warni walaupun tersisih daripada perhatian seorang ayah. Kehadiran Yushah bagaikan pengganti kepada kasih sayang keluarganya. Manakan tidaknya, Yushah, senior yang dikenali sejak di sekolah menengah memang banyak membantu dan mengambil berat tentang Irdina. Disebabkan perhatian yang diberikan oleh Yushah itulah yang menyebabkan Irdina mula menyimpan rasa. Namun bila disuarakannya pada Yushah, terus kena reject. Alasannya, Yushah tak boleh terima konsep perigi cari timba ni. Huh. Dasar lelaki ego!
Perkenalan Irdina dengan Rayyan pula bermula bila Irdina tak sengaja 'menampar' Rayyan dengan pendayung kayak. Rentetan peristiwa itu Rayyan mula menjejaki Irdina untuk menuntut hutang kemaafan. Haha. Siap buli Irdina siapkan assignment dia lagi tu. Pengakhirnya Irdina tak buat pun assignment Rayyan tu dan hubungan mereka terhenti setakat itu.
Selepas beberapa tahun Irdina bertemu kembali dengan Rayyan. Disebabkan Rayyan ni dah jadi artis popular, pertemuan demi pertemuan secara tak sengaja antara Rayyan dan Irdina mula menimbulkan gosip-gosip liar di blog hiburan terutamanya di blog Kak Montel. Adoi. Geram je bila baca gosip-gosip Kak Montel tu. Penyudahnya Rayyan melamar Irdina untuk dijadikan isteri.Pada awalnya cadangan tu ditolak Irdina, namun akhirnya Irdina bersetuju juga bila dia terdengar kata-kata Yushah yang memburukkannya. Heh, ingat Irdina ni tak laku sangat?
Perkahwinan mereka tetap berlangsung walaupun Yushah dan ahli keluarga Irdina tak bersetuju dengan pilihan Irdina. Perkahwinan yang nampak agak 'terpaksa' pada mulanya ni memang membahagiakan keduanya. Tanpa pet-names yang bombastic pun hubungan mereka berdua ni tampak manis. :) Lumrahlah turun naik dalam mana-mana hubungan pun kan? Dugaan melanda bila Irdina disahkan menghidap barah otak tahap dua. Sobs. Oh, jangan bimbang. Tiada kematian dalam kisah ini. Cuma pengakhiran yang agak menduga kesabaran Rayyan sebagai seorang suami.
Komen saya: Benarlah hidup mereka ibarat kopi dan karamel. Seimbang pahit dan manisnya. Saling melengkapi. Memang tak sangka. Permulaan kisah yang ceria rupanya berakhir sebegitu rupa. Lumrah kan? Dalam hidup kita tak semuanya bahagia dan gembira selalu. Haish. Tapi saya suka dengan cute couple ni. Tak perlu ayat-ayat manis bergula untuk buatkan mereka nampak manis. Tahniah buat penulis. Moga lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya :) Pengakhiran cerita ni buat saya rasa nak menonton filem 50 First Dates semula. Huhu.
p/s : Selamat dihadiahkan untuk kengunaan Perbadanan Perpustakaan Awam pada 6.10.2013 .....:)
Ada cerita yang ingin diceritakan..... tapi medium penceritaan masih 'mentah' untuk membawa cerita yang agak berat.....
Dialog agak kebudak-budakan. Seolah-olah membaca kisah cinta monyet remaja. Ayat romantis yang skema....kurang sesuai dengan alam rumah tangga. Mgkn kerana penulis yang masih muda atau kerana masih takut2 'meneroka' bahasa rumah tangga...... Pengarang seolah-olah 'terkurung' dalam peraturan penggunaan ayat. Well, ini karya anda....gunakan kebebasan berkarya sepenuhnya....
bila baca novel ni sy teringat cite korea dengan filem 50 first dates... sy tak berapa suka la kalau bace novel ingat cite lain sebab cite lebih kurang sama... tak berapa kena dengan sy la novel ni... mungkin penulis penulis muda lagi... macam kebudak-budakan sikit la cite ni... especially bahagian dialog... macam budak-budak bercinta bukan suami isteri... ntah la ini pendapat sy je...
Beautiful! Thank you. Irdina rapat dengan Yushah lalu melamarnya tetapi lamarannya ditolak dan dia dihina. Bila Rayyan pula melamarnya, terus dia terima kerana petunjuk dari istikharah. Barulah Yushah menyesal. Irdina dan Rayyan mula mengenali diri masing-masing selepas berkahwin. Rupa-rupanya Irdina adalah cinta pertama Rayyan. Banyak perkara yang mereka lalui bersama. Ada pahit, ada manis. Mereka saling melengkapi. Rayyan telah berubah kerana Irdina. Dia sentiasa sabar dan ada untuk Irdina walaupun di pengakhiran cerita Irdina menghidap amnesia kerana kanser otak.
kisah tentang Irdina yang berkahwin dengan seorang artis popular bernama Rayyan. Rayyan seorang yg suka menyakat mengingatkan saya kpd suami yang juka menyakat. Adakala memang menyakitkan hati dan selalunya dilayan sahaja apa yang disakatnya.
kehidupan mereka yang bahagia diselang seli dengan masalah kecil yang timbul akhirnya diduga apabila Irdina disahkan mendapat barah otak dan lupa ingatan.
Done reading. The feeling didn't reached me... can't put my finger on it. Hmmmm. But this is from my side of reading. Not the same. So don't judge this book based on my say. You have to read it to feel it.
Novel yang boleh dikatakan takda konflik besar langsung. Tenang2 je baca dari mula sampai akhir. Sampai tengah, aku tunggu jugak kot2 ada laa watak jahat yang akan bersungguh cuba porak perandakan kebahagiaan rumah tangga hero dan heroin tu, tapi memang takda. . Aku pernah tanya penulis, dia pun kata masa tulis ni dia pentingkan kuantiti berbanding kualiti, which is target dia setahun satu buku, tu yang macam asal ada je buku keluar. Tapi okay je novel ni, sweet2 je memanjang. Hehe.
From 100%. Tahap best tu, from the start tu aku kasi 80%. Tapi peratusan tu makin menurun. And as for me, ending dia aku boleh kata bukan ending kegemaran ramai la. Tapi dari segi moral and pengajaran, memang full of value la.
And idk why, what i love the most about buku dari penerbit JS ni bahasa penulisan. Taktau nak cakap camne but memang susah jumpa kat buku lain. Too bad JS dah tutup.
mmg menarik cerita ni...lain dari yang lain....konflik pun xde sngt. Rayyan mmg sweet...cocok sngt dengan Irdina. Okeylah...conclusion yg boleh saya buat adalah...dulu,Irdina yang mendidik Rayyan ke arah yang lebih baik...sekarang, Rayyan pulak yang bimbing Irdina bila irdina amnesia. Sebab mmg tugas suami untuk bimbing isteri.
Satu jalan cerita yang santai di awal, dan di tengah dan sedikit berat di pengakhiran. But what i like about this novel is penulis menceritakan atau share secara details cara buat kopi karamel, cara memasak. Pembaca boleh mendapat 'sesuatu' dari pembacaan disamping ilmu agama pun ada diceritakan... Terbaik penulis.. 👍
Favourite Malay Novel out of the 4 I’ve read so far. Simple yet humorous writing. Endearing characters. Lovely storyline. On the whole entertaining and lighthearted. A romantic comedy with a touch of drama. 5 stars.
SECANGKIR KOPI KARAMEL (REVIEW) Kisah kehidupan seorang ahli farmasi dan seorang artis. Irdina seorang gadis yg ingin jadi doktor tetapi kerana nasib tak menyebelahi dia, akhirnya dia jadi seorang ahli farmasi. Irdina kawan rapat dengan Yushah (senior semasa sekolah). Lama kelamaan Irdina mula suka dengan Yushah.Tetapi bila Irdina luahkan isi hatinya kpd Yushah, adakah patut lelaki tu kata yg dia hanya anggpa Irdina sbg kawan aje dan dia tak suka bila "timba pergi cari perigi". Selepas empat tahun Irdina bertemu kembali dengan musuh ketat Rayyan pada majlis perkahwinan kawan baik. Suatu hari kereta Rayyan dan Irdina mengalami kemalangan dan Irdina pulak pengsan masa tu. Rayyan terpaksa tolong dan bawa Irdina ke Hospital. Oleh kerana Rayyan ialah artis, timbul pula gosip yg Irdina mengandungkan anak Rayyan dan video di mana Rayyan papah Irdina bw ke hospital. Untuk elakkan masalah jadi serius, Rayyan cadang yang biar mereka berdua kahwin. Tempoh mereka nak kahwin tu memang kelakar. Tapi saya memang geram dgn Yushah yg tolak cinta Irdina tu telah terhegeh-hegeh kejar dia dgn nyatakan yg Rayyan Tak sesuai utk Irdina. Selepas mereka kahwin, they happy dgn alam perkahwinan mereka. Walaupun ada byk halangan utk mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan tapi mereka hadapi bersama. Tapi saya betul2 tak sangka yang akan ada ENDING mcm ni kat cerita ini.Apa berlaku ? Beli dan baca yaCerita yang santai dan best..Suka dengan watak Irdina Dan Rayyan.