الحسين بن محمد بن المفضل، أبو القاسم الأصفهاني (أو الأصبهاني) المعروف بالراغب: أديب، من الحكماء العلماء. من أهل (أصبهان) سكن بغداد، واشتهر، حتى كان يقرن بالإمام الغزالي. من كتبه (محاضرات الأدباء - ط) مجلدان، و (الذريعة إلى مكارم الشريعة - ط) و (الأخلاق) ويسمى (أخلاق الراغب) و (جامع التفاسير) كبير، طبعت مقدمته، أخذ عنه البيضاوي في تفسيره، و (المفردات في غريب القرآن - ط) و (حل متشابهات القرآن - خ) و (تفصيل النشأتين - ط) في الحكمة وعلم النفس، و (تحقيق البيان - خ) في اللغة والحكمة، وكتاب في (الاعتقاد - خ) و (أفانين البلاغة)
من الكتب الفلسفية الرائعة التي تتعرّض لماهية الانسان وتركيبته والمرادات من تلك الماهيات، مع كيفية التعامل مع التركيبة الانسانية للوصول إلى المرادات الأخلاقية. كتابٌ شديد التنظيم والتعقيد والعمق، ولا شكّ أنّ ذلك لعب دورًا في كونه كتاب الإمام أبي حامدٍ الغزالي المفضّل.
Menurut Carl Brockelmann dalam History of Arabic Literature, buku al-Zarī‘ah ilā Makārim al-Sharī‘ah karangan Imam al-Raghib a-Asfahani (w. 502H) ini merupakan buku berkisarkan akhlak dan buku ini memberikan kesan yang besar kepada Imam al-Ghazali sehingga ia sering dibawa oleh Imam al-Ghazali sewaktu rihlahnya.
Kerangka penulisan dan pembahagian akhlak menurut Imam al-Raghib al-Asfahani dalam buku ini pula sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Nicomachean Ethics oleh Aristotle dan Tahzīb al-Akhlāq oleh Ibn Miskawayh (w. 456H).
Dalam membahaskan perihal akhlak, penulis membahagikan manusia kepada tiga fakulti:
1. Fakulti Pemikiran (Quwwah al-Fikriyyah/Perceptive Power) - berhajat kepada ilmu demi mencapai “hikmah” 2. Fakulti Emosi (Quwwah Ghadhabiyyah/Passional Power) - berhajat kepada mujahadah demi mencapai “syaja‘ah” 3. Fakulti Syahwat (Quwwah Shahwiyyah/Desiring Power) - berhajat kepada usaha demi mencapai “‘iffah”
Apabila ketiga-tiga nilai ini tercapai, maka terhasillah nilai keempat dalam diri seseorang insan iaitu nilai keadilan (al-‘adalah).
Antara perkara menarik yang dibahaskan dalam buku ini juga adalah mengenai pembahagian ilmu. Menurut penulis, ilmu dibahagikan kepada tiga jenis:
1. Berkait dengan lafaz i. Ilmu bahasa (zat lafaz itu sendiri). ii. Ilmu isytiqaq, nahu, sarf, arudh dan qawafi. 2. Berkait dengan lafaz dan makna - ilmu jidal, pidato, balaghah dan syair. 3. Berkait dengan makna i. Teori - ilmu untuk mengetahui Pencipta, kenabian, malaikat, Hari Akhirat, akal, nafs, kesan-kesan keagungan falak dan kosmologi, tabiat-tabiat tumbuh-tumbuhan (ilmu pertanian), tabiat-tabiat haiwan, tabiat-tabiat insan (ilmu perubatan) ii. Amali - ilmu siyasah, syariah, hukum-hukum syara’ dan kemuliaannya, ibadah, muamalat, makan-minum dan munakahat.
Menurut penulis, kemuliaan ilmu agama berbanding ilmu perubatan ialah buah ilmu agama membawa kepada kehidupan yang abadi manakala buah ilmu perubatan membawa kepada kehidupan duniawi yang terputus. Ilmu agama terasnya diekstrak daripada wahyu manakala teras ilmu perubatan kebanyakannya diekstrak daripada eksperimen.
Kata penulis lagi, ilmu itu tidak akan memberikan kamu ranuman buahnya sekiranya kamu tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ilmu tersebut.