Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).
Harga asal RM49..kasihan juga siapa beli dengan harga begini..saya pinjam dari perpustakaan sahaja. Hmmm..suku buku tentang putus cinta, suku lagi victim mentality, tambah suku lagi pusing-pusing maksud tujuan yg sama..suku lagi berjejer dengan kata "menumbuh, dewasa, belajarlah dan lain-lain kata trending untuk buku healing." Oh sipi sipi tentang dewasa yang penghabisannya memujuk hati dan perasaan pembaca.
Nilai estetika dalam puisi healing atau buku healing ni? Berlandaskan estetika media sosial..Ig story, Whatsapp..bagi saya nanti2 lapuk dek zaman..kalau nak argue berkonsepkan kontemporari bolehlah tapi sayang buku mahal-mahal hidup dalam masa tertentu jer..takde nilai pada masa hadapan.
Buku ni utk org yg hati dia sunyi, hmmm saya harap kamu bertemu dgn org yg faham, boleh dengar apa yg kamu rasa, alami tanpa ada rasa bosan / judgement.. berhenti cari kepuasan dlm buku healing mcm ni..start teroka kehidupan yg penuh dgn content healing yg sebenar & semulajadi..sbb life lebih lagi dr estetika media sosial yg digunakan dlm buku ni..
Baru memasuki halaman sepuluh terawal buku ini, sejujurnya baca ayat diatas terus buat aku sebak. Bertakung air mata, hanya tunggu masa saja untuk air mata mengalir di pipi. Aku termenung buat seketika…
Sebak kerana aku setuju dengan ayat ini. Sebak kerana inilah yang sedang aku lalui dan cuba fahami beginikah yang dikatakan alam dewasa. Sebak kerana memikirkan hari-hari lalu yang ditempuh dengan bertemankan air mata.
Benar, adulting is hard. Perjalanan dewasa setiap orang itu berbeza-beza. Dan ternyata perjalanan dewasa itu seringkali dihiasi dengan air mata. Air mata ketika sedih, air mata ketika patah hati, air mata ketika gembira, air mata ketika gagal, air mata ketika hati terluka, air mata ketika ingin berputus asa, air mata ketika diri rasa stuck dan tiada hala tuju, air mata ketika diri jatuh dan dalam kegelapan, air mata ketika melawan trauma, air mata ketika merasakan semua orang telah maju kedepan kecuali diri, air mata ketika waktu malam sunyi memikirkan pelbagai hal yang tak pasti, air mata ketika di pelbagai situasi dan perkara lain lagi. Dan akhirnya, air mata itu jugalah yang menjadi saksi diri kuat sehingga hari ini, air mata itu jugalah yang menjadikan diri kembali teguh berdiri hingga saat ini dan air mata itulah yang mendewasakan diri ini.
Terima kasih @mhafizulfaiz atas karya yang telah membuatkan diri ini merenung, memikir dan kembali merefleksi diri tentang bagaimana untuk terus gagah melangkah melalui lorong-lorong dewasa yang penuh dengan ketidakpastian dan entah bagaimana rupanya. Yang pastinya air mata itu tetap masih ada, tetapi ianya bukanlah air mata yang sia-sia malah mendewasakan.
Ternyata, makin dewasa aku belajar bahawa dewasa itu adalah bilamana aku mampu belajar menyerah kepada takdir.
Tulisannya masih memberi lenggok bahasa yang memukau bagi saya. Namun, seperti ada kurang dari segi penghayatan. Lenggok bahasanya cantik, namun saya sebagai pembaca tidak terlalu menghayati berbanding Tentang Pergi. Walau apa pun, untuk mereka yang mencari buku 'self-healing', buku ini boleh dijadikan sebagai koleksi.
Know about this book through TikTok and decided to buy it during Pesta Buku. I’m glad that I bought this book as it helps to bring the emotion out from me. it reminds that I’m absolutely normal to think that adulting is hard.
Naskah ini merupakan bacaan ringan dan santai yang mengajak pembaca berbual-bual tentang dewasa. Di halaman yang tepat, kita akan menemukan kata-kata yang meneduhkan. Ternyata, ada juga yang memahami dan sudi berkongsi rasa.
Membaca naskah ini membuatkan pembaca tidak rasa terlalu sunyi dalam meniti kedewasaan. Hal-hal yang tak pernah kita duga, terpaksa kita hadapinya sebagai salah satu proses mendewasa lalu membuatkan kita lelah dan terkadang berputus asa.
Penulis menukilkan catatan tentang beberapa babak kehidupan. Kita silap jika kita menyangka naskah ini untuk orang yang sedang broken. Naskah ini lebih dari itu. Ia membawa pembaca untuk mulai menghargai diri sendiri, mencintai takdir yang dilalui, meraikan setiap proses dan belajar dari jatuh untuk bangun semula dengan lebih baik.
Dewasa bukan tentang usia yang bertambah, tetapi ia tentang cara kita melewati kehidupan. Jangan terlalu menghukum kedewasaan, bukankah ia juga pernah menawarkan kebahagiaan ?
Terima kasih Hafizul Faiz untuk naskah ini. Semoga kita semua dapat mendewasa dengan cara yang paling dicintai Tuhan.
Buku yang sesuai untuk sesiapa yang baru melalui episod patah hati kerana sebahagian daripadanya adalah puisi yang terkait dengan episod patah hati. Saya agak sukar untuk benar-benar relate semasa membaca bahagian-bahagian ini, mungkin kerana saya tidak berada dalam keadaan ‘broken’ semasa membacanya. Namun, saya percaya bagi individu yang sedang melalui percintaan yang terhenti di tengah jalan, buku ini mungkin dapat menjadi teman untuk memujuk hati dan menenangkan fikiran.
Sebahagian puisi juga menyentuh tentang pendewasaan dan tema self-love. Tentang bagaimana kehidupan dewasa bukan sekadar soal bahagia, tetapi juga episod bertemu dan berpisah, ditinggalkan dan meninggalkan, hari baik dan hari buruk, juga kegagalan yang membentuk kita. Kita tidak pernah tahu bagaimana takdir bekerja kerana takdir selalu berjalan dalam rahsia.
Seperti kata penulis, “Cara Tuhan mendidik kita semuanya berbeza. Tapi hujungnya, Tuhan mahu kita dewasa.”
Sebuah bacaan yang lembut dan boleh menjadi teman kepada hati yang sedang belajar memahami erti menjadi dewasa.
Sejujurnya, ini buku pertama Hafizul Faiz yang saya baca walaupun telah mengikuti beliau agak lama. Beliau cukup terkenal dengan buku2 healingnya dan juga mutiara kata yang beliau tuturkan di konten2 tiktoknya.
Membaca buku ini ibarat kita sedang dipujuk oleh kawan rapat kita yang memahami sedalam-dalamnya tindakan, niat & fikiran kita.
Bagi saya, buku ini banyak menyentuh soal perasaan dalaman, kepergian orang2 sekeliling kita dan penyerahan kepada takdir. Semua elemen itu yang membentuk kita menuju ke alam dewasa dengan lebih matang dan tenang. Menjadi diri kita yang ‘apa adanya’ akan lebih sempurna jika kita lebih berlembut dengan diri sendiri. Tak perlu berkasar & berkeras untuk membentuk diri menjadi versi yang terbaik. Apatah lagi untuk menjadi sempurna di hati orang lain. Yang penting adalah hati diri kita sendiri.
Mendewasa itu keras, tapi kita ada cara untuk melembutkannya.
Sejujurnya saya suka puisi-puisi atau renungan di dalam buku ini. Banyak jugak yang saya boleh relate dengan kondisi kehidupan sebenar. Cuma saya tidak berapa selesa bila ayat yang sudah sedia indah di campur adukkan dengan perkataan english (sebahagiannya)
Expectations saya isinya lebih kepada mencari solusi masalah hidup , saya tahu cinta juga antara masalah yang dihadapi apabila sudah dewasa, namun saya merasakan adalah lebih baik buku ini disusun mengikut kategori masalah, seperti masalah umum, cinta, persahabatan / pertemanan dan sebagainya. Atau mungkin perlunya sebuah lagi buku ‘Tentang Cinta’.
"Tapi, apa selepas pergi?" Dan soalan di DM itu masih menghantui saya.
"Dewasa... Kita harus belajar mendewasa." Balas saya spontan.
*** Buku ini penuh dengan pesan-pesan ringkas menuju dewasa, memujuk (comfort) dan memberi kekuatan kepada pembaca dalam fasa ini. Penulis tegaskan bahawa dewasa bukanlah tentang usia, tetapi tentang sedalam mana pengalaman sudah berbekas dalam hati kita.
Kebanyakannya adalah tentang berdamai dengan kesakitan — sama ada disebabkan orang lain, keadaan, atau diri sendiri — dan gesaan untuk terus berjalan, mengingati Tuhan, dan menikmati proses.
Dewasa bukan tentang ketuaan usia, tapi keteguhan rasa. Ia bukan tentang seberapa banyak luka yang ditempuh, tapi sedalam apa makna yang terkoreksi dari setiap luka.
Buku kategori healing dan swacinta. Tentang berdamai dengan takdir. Usaha untuk move on dari patah hati. Merawat luka, terus menjalani kehidupan yang lengkap pasang surutnya.
Infinity ♾️ Tiada kata selain mampu berterima kasih kepada yang masih setia di sisi. Dari jatuh dan bangunnya diri ini kau tetap ada di sisi. Dan, kau sedar yang kau takut untuk dikhianati lagi. Tapi akhirnya kau baru sedar yang ada dihati cuma satu nama yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Selesai, terima kasih penulis untuk kata-kata yang baik 👍🏻
Buku ini patut dibaca oleh semua orang terutamanya mereka yang sedang menghadapi ujian hidup. Banyak kata-kata semangat yang berguna untuk mengubat hati sendiri.
"Dewasa bukan hanya sekadar teguh menempuh luka, tapi juga teguh untuk kekal waras sepanjang menempuhinya."—HF.
Tenang iqa, Tuhan selalu punya cara untuk menyeimbangkan segalanya. Ada ketikanya takdir seakan tak menunjukkan apa apa, rupanya ia telah bekerja dalam rahsia.