Jump to ratings and reviews
Rate this book

Atas Lantai Takdir

Rate this book
Nik Anum dan Zulfikar berjanji sehidup semati. Namun perpisahan jua yang terjadi. Atas pilihan keluarga, Nik Anum berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dicintainya. Zulfikar pula membawa diri lalu mengakhiri kekecewaannya dengan mengahwini Shamira, wanita yang berkarisma dan berkaliber.

Untuk mengubat hati yang lara, Zulfikar mengenangkan saat indah bersama Nik Anum di Pantai Bisikan Bayu. Biarlah dia dikatakan gila dan disampuk hantu laut oleh Shamira, dia tetap akan ke situ. Permintaan isterinya supaya dia melupakan pantai itu tidak mungkin tertunai. Hanya itu kenangan yang tinggal untuknya selepas berpisah dengan Nik Anum. Hanya angin, ombak dan mentari senja yang mampu menenangkan jiwanya.

Ah, betapa peritnya perpisahan itu! Nik Anum juga merana rupanya. Perkahwinannya dengan Tengku Hisyam membawa kesengsaraan. Bukan gelaran janda yang dicari, namun jodohnya tetap berakhir dengan penceraian.

Bertahun menanggung derita, akhirnya takdir menemukan semula Nik Anum dan Zulfikar. Mungkinkah mereka dapat membina cinta yang pernah tersungkur?

Zulfikar layak mengahwini bekas kekasih yang dicintainya itu! Tapi, Nik Anum…

553 pages

First published January 1, 2013

1 person is currently reading
15 people want to read

About the author

Fida Rohani

10 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (26%)
4 stars
12 (46%)
3 stars
5 (19%)
2 stars
2 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
July 29, 2013
done this book..
selesai sudah buku nie... akak mengambil masa juga untuk menghabiskan buku nie.. bukan kerana x best.. tapi kerana.. baru sahaja kehilangan seorang kawan dan kakak... sahabat alam maya yg telah kembali ke rahmatullah pada 26/7/2013... Al Fatihah untuk arwah...
agak sukar untuk menghabiskan buku ini... kerana buku ini saya beli dari arwah.. setiap kali membaca.. pasti teringatkan arwah.. semoga arwah tennag disana...

berbalik kpd buku nie... sungguh tragis cinta antara Zulfikar dan Nik Anum Maryati.... cinta mereka terhalang... kerana nama, harta, dan keturunan, yang kaya pastinya tidak sekufu dgn yg miskin... maka itu jua lah kasih mereka dipisahkan... 20 tahun berlalu, tetapi cinta mereka masih tetap dihati... Nik Anum di uji dgn perkahwinan nya begitu juga dgn Zulfikar.. tapi perancangan Allah tiada siapa yg tahu.. setelah 20 tahun mereka bertemu kembali... cinta mereka masih lagi sama...
setelah mengharungi kehidupan yg penuh dgn pancaroba.. akhirnya mereka bersatu juga ATAS LANTAI TAKDIR... Takdir yg memisahkan.. dan takdir juga yg menemukan mereka... cinta yg tulus suci...

Sebuah cerita yg penuh dgn suka duka dan emosi... kasih sayang antara keluarga diterapkan dlm cerita ini...

ok u guys.. boleh baca buku nie...
happy reading...
"Membaca dgn Hati.. Menilai dgn AKal.."
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.