Jump to ratings and reviews
Rate this book

Semuanya Soal Hati

Rate this book
Kebahagiaan ini apabila memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah dalam al-Quran. Firman Allah, bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra'du: 28). Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh sebab itu, hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit-penyakitnya seperti takbur, hasad, takut mati, bakhil dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”. Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikir-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, “Inilah hakikat akhlak mulia.” Sesungguhnya, itulah inti pati mesej buku “Semuanya Soal Hati” ini!

Mass Market Paperback

First published January 1, 2013

29 people are currently reading
109 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (58%)
4 stars
22 (33%)
3 stars
4 (6%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
June 21, 2018
Di dalam tubuh seorang manusia itu terdapat seketul daging....jika buruk daging tersebut maka buruklah diri manusia itu...itulah yang dipanggil sebagai hati. Apa pun yang berlaku atau dilakukan ialah disebabkan oleh hati jadi tidaklah keterlaluan dikatakan ia menjadi faktor penentu buruk atau baiknya diri seseorang. Seseorang akan hidup tenang dan aman jika sentiasa mendekatkan diri kepada Allah di samping menjauhi perkara yang menjadi larangan. Namun semua itu bukanlah mudah untuk terus beristiqamah memerlukan kekuatan dari hati yang tulus....
Profile Image for Muhammad Nur Hafidz.
1 review
September 29, 2015
Alhamdulillah habis juga baca. Pada permulaan pembacaan agak boring. Mungkin disebabkan buku agak tebal dan isinya seperti pernah dengar sebelum ini. Namun, kesabaran utk menghabiskan bacaan menyebabkan rasa nikmat membacanya. Ulasan yang agak detail dan sering berulang menyebabkan saya dapat ingat point-point terdahulu. Apa-apapun ia tetap menarik.

Menuju kpd Tuhan yang memiliki Hati Emas!
230 reviews4 followers
unfinished-books
May 31, 2015
Saya memang peminat Ustaz Pahrol tetap entah kenapa kali ini buku ini tidak mampu memikat hati. Mungkin kerana idea-idea yang disampaikan bukan perkara yang baru. Setelah membaca beberapa mukasurat tanpa penumpuan yang sepenuhnya, akhirnya saya memilih untuk tidak teruskan.
Profile Image for Mahirah Jazlan.
21 reviews1 follower
March 13, 2014
Pelbagai pendekatan bermakna ke arah tazkiyatun-nafs. Mesti Baca~! Hati perlu sentiasa di'servis', ya, hati-hati menjaga hati <3
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.