Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
MY REVIEW GOT DELETED. Damn it. Kena mula balek gahhh =_=
Scoring system: bagi full 5 bintang dulu
Minus points
-1: Kahwin paksaaaaa. Lagiiiiii. Serius, ada modal lain tak kalau tak cukup meh aku kasi sobs sobs.
-1: Kalau buat salah je mesti kena kahwin ek? Kalau kahwin je mesti kena buat salah. Eh eh. Kenapa tak cuba hantar Armel tu pergi tarbiyyah oleh ustazah ke, masok kelas agama ke, cuba berubah jadi orang lebih baik ke sebelum nak jadi isteri orang. Kalau laki dia pon 2x16 jahanam macam mana?
-1: I don't know about this - maybe I'm just a '90s kid - tapi kampung sangat ke nama-nama normal macam Fitri ke Azlina ke. LOL. Ni nama kalau boleh sampai nak terkuar dari IC. Jazlieyatulsdsfer32q.
-1: Tak munasabah langsung kenapa Zill tak nak gitau dia kerja apa kat Armel. I don't get his reason. (Hei, ni review aku, hence my own opinion)
-1: Heroin yang sangatlah annoying tahap petala kelapan. Sumpah. Mungkin ada bagusnya aku avoided baca buku Melayu untuk bertahun-tahun lamanya, kalau tak memang chronic hypertension dah. =_= Hoi hoi aku tahu lah karakter kau ni spoiled brat yang kekurangan kasih sayang ibu (booohoooo. sedar lah sikit suami kau tu takde pun ibu. Isk. Taktau bersyukur langsung. Pastu tak de la pulak valid reason kenapa dia benci sangat ibu dia. Ibu dia ada dera ke? Grrr.). Tapi tension baca bila heroine tak semenggah macam ni.
Plus points
+1: Zill. Zill Zill Zill. Aku tak tau lah whether to thank you for being such a perfect hero - penyabaarrrrr yang amat sangat - or to pity you for being stuck with Armel. Heh. Tahan lak tu melayan perangai isteri yang kurang semenggah.
+1: Scenes antara Zill & Armel. Takyah la nak sebut-sebut dialog kat sini, but I liked 'em.
+1: I like the surprise twist.
Overall: 3 stars. Nak bagi 2 stars sebenarnya tapi takpewlah sebab buku ni berjaya menghabiskan kemarau aku tak baca novel Melayu.
Oh, a note to the publishing house - sila repair sikit editing anda. Banyak ayat yang tergantung camtu je. Tak pun macam ni. W Huh??? Mamai ke apa?
Akan ditayangkan tak lama lagi rupanya. Alahai! Che Rina selalu sangat ketinggalan keretapi hikhikhik :P
Full review: 14/07/2014
Dahsyat benar penangan novel Melayu, menderu-deru permintaannya untuk diadaptasikan. Tahniah! Moga kalian semua diberi lebih banyak ilham untuk menulis karya-karya yang lebih hebat.
RA200% bawa isu yang mudah sebenarnya. Lurus, takde kona-kona dah. Cuma, sekali lagi, aku tak suka bila ada scene mengahwinkan anak dengan alasan untuk mengubah perilaku anaknya ke arah kebaikan. Alahai! Tapi takpelah, aku masih enjoy hadam cerita ni walaupun di awalnya, aku naik cemuih nak layan perangai si ibu dan anak hoho.
Armel Aisya. Tersengih sendiri sebab tetiba teringat nama baru buat heroin ni yang diberi oleh seorang sahabat hahaha. Ok, serius! Armel gadis mandiri. Keluarga yang agak berada, tapi dia lebih suka buat hal sendiri. Rebellious. Jiwa muda yang tak sebulu dengan keluarga, terutama ibu sendiri. Dalam hal ni, aku masih tercari-cari sebab utama kenapa ibu dan anak saling bercakaran. Mungkin aku terlepas pandang, tapi ceritanya memang dari mula asyik berperang mulut je antara kedua-duanya. Haihh...
Konflik tercetus bila keluarga melihat gambar-tak-semenggah Armel di dalam dinding mukabukunya. Terus Armel dipaksa balik. Armel perlu disental dengan klorox bagi memutihkannya! Yang lebih buruk, bukan hanya dipaksa balik, tapi dipaksa kahwin! Makin menjadi-jadilah pemberontakan si Armel.
Namun, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Armel yang mulanya menolak kemudian mengubah fikiran. Hanya kerana cinta yang dipermainkan oleh kekasih hati, dia bersetuju dengan aturan keluarganya.
Adegan seterusnya? Tak susah nak teka. Biasalah adegan suami-rela-isteri-kahwin-paksa. Cuma, aku suka prolog. Kredit buat penulis sebab dari situ tak sangka ada rentetan yang manis ;))
Dan ya, Zill. Zill Faezrul Iqbal. Watak ni memang bakal menjadi hero pujaan ramai. Zill yang punya ketenangan dan kesabaran yang cukup tinggi dalam menangani karenah-kurang-kasih-sayang si Armel. Plus point, tak silap Zul Arifin kan bakal memegang watak ni? Ha, makin ramai yang tergolek-golek ni, tak gitu Mai? *wink*
Apa pun, aku lebih senang dengan bahagian akhir cerita sebab di awalnya agak slow. Aku suka scenes turun-naik pasangan ni, macam Armel yang sibuk jadi stalker FB suami sendiri hahaha. Adegan romantis Zill-Armel juga terkawal. Kiranya buku ni sesuai untuk tatapan umum.
Cuma, rasanya untuk cetakan akan datang, pengeditan perlu dititik-beratkan. Terlalu banyak ayat yang tergantung dan spelling errors.
Ps: Hilang kosa kata sebab lama tak tulis. Biasalah, penyakit M datang menyerang, membawa pergi semua mood membaca. Haihh...
Assalamualaikum...semua;p.Kali nie novel Rindu Awak 200% sudah melekat di hati.Novelnya yang santai,biasa,gaduh n romantik sikit attract my mind n my eyes to read it.Novel nie taklah tebal sangat hanya593ms je,dalam satu hari confirm boleh habis.haha.I love the hero'Zill Faezrul Iqbal'n the heroin 'Armel Aisya'.Zill nie dulu dia minat kat Esyana seorang guru.Syana seorang yang lamah lembut,rajin,cantik n sebagainyalah.Dan yang paling penting syana nie tak suka duduk diam,tiap hari ada je kerja yang nk dibuatnya tak kiralah menanam ke apa ke,dalam diam jugak syana menyimpan perasaan kat Zill.So Zill nie tak bertepuk sebelah tangan n mereka pun mengikat tali pertunangan...hubungan mereka boleh dikatakan tak macam orang couple yang lain,i meam diorang nie tak pernah keluar date,makan sama-sama,tengok wayang n the others lah sebab Syana tak nak hubungan diorang lebih-lebih selagi tak ada hubungan yang sah,i mean'kahwin'Bagus betul Esyana tu....Tapi hubungan diorang tak lama.Mungkin sudah tetulis di loh mahfuz yang jodoh Zill bukan dengan Esyana.Syana telah terlibat dalam kemalangan dan kepergiannya telah merubah segtalanya...Zill kini menjadi seorang yang lebih perahsia,suka mengelamun sini sana dan setiap masa dia mengimbas kembali momen indah bersama Syana.Banyak pinangan yang masuk tapi satu pun Zill tak terima..Armel Aisya pulak,dia nie seorang yang suka buat keputusan tanpa fikirkan feeling orang lain even mama n papa dia sekalipun..Mel seorang yang degil,keras kepala,mulut celopar n seangkatan dgnnya lah.Sebenarnya keluarga Zill n Armel nie berangkat so,mama n papa Mel nie nk terus kekalkan hubungan angkat menjadikan Zill sebagai menantu..Pada mulanya Zill tak nak acceptt tapi birlah dia kenal kenal dulu......Habis dari study kat Chicago,Armel dengan berat hati pulang ke Malaysia,ikutkan hati,dia tak nak balik sebenarnya..Terkejut punya terkejut si mama n papa Mel.Mana tidaknya muka macam tak serupa dgn orang dengan pakai seluar pendek tercarik-carik,bertindik kat kening dan lidah,rambut pulak keringting kalah negro,,haha......mama Mel yang pada mulanya nak suruh Mel kenal kenal dulu dgn Zill tapi melihatkan keadaan anaknya,,,,dia paksa kahwin,,,Armel kalau tak diugut takkan menjadi punya....Mengamuk lah si Mel tu mana tidaknya baru je balik dah suruh kahwin takkan lah disebabkan gambar dia kat facebook kut.......Dengan berat hati Mel accept utk bertunang,masa first dia jumpa dia Zill,diorang berdua dah bertikam lidah sampaikan Zill cakap yang Mel tu 'monster'dgn siap eja lagi...lawak habis.Armel putuskan supaya Zill batalkan semuanya waima hari pernikahan diorang dah dekat,,,so,,Zill follow je larr.Tapi disebabkan dendam kat 'Raizil'dia nak back balik dgn Zill.so,Zill pun go on je lah cause dia ingatkan Mel dah boleh accept baik buruk dirinya...Tapi pada malam fisrt diorang kahwin,,,Mel suruh Zill divorce dia,,rupa rupanya tangkapan Zill nie salah...malas nk layan sikap Mel dia terus keluar bilik....kehilangan Zill selama 4 hari telah merunsingkan Mel,,,bagi Mel Zill nie cuma orang kampung biasa.Yang peliknya mama n papa Mel tak kisah pun tentang kehilangan Zill selama beberapa hari.Mel pun sebenarnya pelik jugak sebab orang kampung biasa macam Zill boleh guna kereta range rover,tapi dia buat tak tau malah tak nak amik tahu langsung pasal leleki.Armel pulak dapat tawaran kerja kat sebuah syarikat,masa hari interview tu dia nk pergi seorang diri n tak nak susahkam orang lain waima Zill dah tawarkan dirinya utk hntar Mel nie....masa on the way,,Mel kena ragut pulak,sedih punya sedih apabila kamera suzy palaroid dia hilang..Pulang lah si Armel dengan sedih mengundang rasa pelik bagi zill so dia ask lah si Mel kerana pelik lah sebab dia balik awal...'I kena ragut tadi'jawab Armel.terkejut lah si Zill tu,bukan apa dia cuma risaukan Mel tu.So,diorang pergi buat report...lepas tu Zill pun pergi larr hantar Mel interview.Pelik lah jugak bagi Mel sebab macm mana laki nie boleh tahu jalan utk pergi kat company diA.Rupa-rupanya si Raizil tu kerja satu company dgn Mel,pada mulanya Mel buat tak tahu je,,tapi lama-lama Mel layan pulak si mamat poyo tuu cause dia ingat si Raizil tu nk jujur dgn dia....one day,Mel kena halau oleh papa dia cause sikap dia yang rude,,at that time Zill tak tau siapa yang dia patut bela mama or Mel...so buat sementara waktu Mel tinggal dgn family 'Daria',,,and Mel often out dgn si Raizil tak guna tu...Tapi ada skali nie Mel inform kat Daria yg dia nk temankan si Raizil bayar umah sewa,,,Daria pulak inform kat Zill sbb dia kenal sangat orang macam Raizil tu,,,so diorang follow si Raizil.Zill pun pelik jugak nk bayar sewa kena pergi ke rumah padahal bank in pun boleh je..Kini tiba lah mereka di sebuah tempat yg terpencil,Mel pun sudah naik binggung tapi dia buat derk je...tersentak si Mel tu seketika sbb tuan rumah sewa takde n berlaku pergaduhan kecil antara dia dgn Raizil..so Raizil bawak si Mel tu ke tempat yg sedikit terpencil.Mel dah mula naik angin n dgn selamba je Raizil cakap yang dia sebenarnya tak ada perasaan pun kat Mel cuma nak meratah badannya sahaja.Terpempen seketika.Armel bagaikan tak percaya apa yang disampaikan n yang didengarnya,luluh hatinya.....saat Riazil ingin memulakannya.Tiba-tiba cermin keretanya diketuk ,Armel yang sedang meronta-ronta untuk dilepaskan terkejut melihat Zill yang sudah benggang di luar kereta.Daria dengan pantas mengambil jaket Zill lalu disarungkan ke bahagian baju Armel yang sudah koyak.Armel memohon ampun dengan apa yang telah terjadi,,dia berjanji untuk change everything,,,keesokannya,Mel dapati yang Zill sudah tida di rumah lantas dia turun dan bertanyakan mama,,semua yang berlaku antara dia dgn Zill diceritakan,lerlopong mamanya seketika apabila mengetahui pernikahan Armel hanya utk membalas dendam,,,Armel memutuskan untuk pulang menjenguk abah[ayah Zill]yang dikhabarkan tenat di hospital.Armel pulang dgn imej yang baru dimana dia teleh bertudung....ketika on the way ke kampung,Armel dikhabarkan bahawa abah suadah tiada,luluh hatinya kerana dia tahu dia telah banyak melakukan kesilapan....setengah jam menunggu Zill di perhentian bas akhirnya dia memutuskan untuk pergi dgn sendiri kerana dia tahu Zill bersikap dingin dgnnya selama beberapa hari mungkin atas khilafnya...tiba di rumah,seorang lelaki tua menyapanya dan Armel serts merta bertanyakan dimana gerangan semua orang,,,dan lelaki tua menjawab bahawa semuanya sudah berada di kubur..Tidak dapat manahan rasa hati yang sedih membuak-buak melihat Nazheen sudah basah dgn air mata manakala suaminya hanya diam,,,,selama majlis kesyukuran berlangsung,Armel banyak membantu dan kak neen lah yang banyak mengajarnya,,syukur tiada siapa yang memarahinya..tapi pada satu malam Zill dikhabarkan yang yang Armel tidak berapa sihat.......selepas semuanya berangkat pulang,,kini tinggallah Zill dan Armel berduaan-duaan di rumah...pada malam itu Armel tidak sedarkan diri dan Zill lantas membawa gadis itu ke klinik,,,setibanya di rumah Armel mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa yang sudah lama dan nasib baiklah Zill sudi mendengarnya,,,,,secara detail diorang pun berbaik,,,[panjang lagi ada masa saya smbung balik]
'Dia jodoh isthikarah saya' petikan dari kata kata zill faezal sungguh mendalam dan boleh melted hati membaca. Character zill yang sangat gentleman <3 with his level of patience with ragam isterinya armel sangat romantic. I feel in love with this zill character as i read this book further. Penulisan yang sangat bagus. Very nice story line with beautiful ending. Tak sangka character Irene akan muncul nearly at the end of the chapter.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Maaf, pada N cerita ni sangat overrated. Watak Ermel sangat menjengkilkan hati sampai N tertanya-tanya macam manalah Zill boleh jatuh cinta dengan dia...
Terpengaruh dengan drama yang ditayangkan memaksa saya membaca naskhah ini walaupun berkali-kali pandang novel ini rak kedai buku tidak berjaya menarik minat saya sebelum ini...
Dan sebagaimana pertimbangan saya sebelumnya, naskhah ini tetap tidak dapat membuatkan saya jatuh cinta...
Rindu Awak 200% merupakan novel pertama daripada novelis Liyana Zahim yang I baca... but apparently not her first novel. I baca this novel pun sebab I nak watch drama adaptasi novel ne... so kena baca dulu so I can compare drama and novel.
I really like this novel.
Bertemakan kahwin paksa... but the plot being developed in a very brilliant way. I'm so glad it's not kahwin terpaksa sebab kena tangkap. I love tema kahwin paksa, but I like it better if ia terjadi sebab kena arranged by the parents.
Armel Aisya dan Zill Faezrul dijodohkan oleh parents mereka yang merupakan kawan baik. I love that in the beginning, Zahirin, Raziqah dan Iqbal planned untuk mengenalkan anak-anak mereka and made them berkenalan dulu. The decision diserahkan sepenuhnya kepada tuan punya badan. Armel's stupid decision untuk membalas dendam pada ex-boyfriend dia yang telah membuatkan perkahwinan tu berjalan lancar... However, I love the reason for Faezrul's decision to get married.
I love the development of watak Armel -- dari seorang anak yang rebel sehingga bertukar menjadi isteri yang baik. I really enjoyed reading her transition. I love her growing feeling for her husband, then at the same time towards her mother.
Perwatakan Faezrul -- he really was a perfect husband type. I suka kesetiaan dia kepada arwah tunang dia... and how he eventually setuju dengan cadangan ayah dia. I found it amusing that he always had comeback for every words yang Armel lontarkan.
Tak banyak sangat drama in this novel. Mostly straight forward. Misunderstanding pun towards the end aje yang meleret-leret. I found myself salah menilai quite a lot semasa baca novel ne. I thought the bestfriend ended up with the brother, tapi rupanya bukan. Then I thought Armel would have a tantrum when she found out about Faezrul's job. Then there's the whole fiasco about Armel's job. Serious, I tak jangka... Loved them though.
Really sad about Faezrul's father. *cries*
Really... really love the novel.
Sinopsis:
Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Ahahaaa ~ cerita yg simple senang nak hadam. Wewww. My first experience baca buku penulis. This kind of story yg tak meleret ~ tak bagi can aku feel nak hantuk kepala dekat dinding haaa aku sukaaa. Rasa enjoy aja baca.
Zill Faezrul ~ setelah menimbang-nimbang perasaan hati berfikir panjang, solat istikharah ~ akhirnya dia melamar Armel Aisya. Touching giler bila Zill Faezrul mengatakan bahawa gadis itu merupakan jodoh istikharahnya. Uwahhhh. Takmau komen banyak la. Cerita memang sedap nak baca. Armel pun tak banyak gaya. Pemanis cerita ni ofcourse la sang lelaki, Zill Faezrul. Uheeeee.
*aku stop baca buku Eleanor&Park and jump into this book semua gegara Zul Ariffin tuh. Yang handsome sangat ni kenapa ek Zul Ariffin? Ahahaha. Good job writer.
disebabkan tak sanggup tunggu drama habis, maka pergilah cari kat popular.
SEcara keseluruhan, menarik tetapi memang membayangkan zul ariffin la dalam buku tu.
Zil dan Mel. Plotnya macam biasa-biasa. seorang tak suka, seorang suka, lepas tu bila yang tu dah suka yang tu pula jual mahal. heheheh jangan marah ye. Tapi cara penceritaan yang menarik dan membayangkan scene-scene dalam tv setakat yang dah ditonton.
Namun macam biasa, pasti ada sedikit lari dari drama.
Watak utama ditakrifkan dengan sangat lancar. Less is more. Like this book. Keep up produce great writing writer! Awesome! #AntaraDramaAdaptasiSayaSuka
Novel melayu memang xbole lari daripada tema arrange marriage. clichè. tapi tidak mengapa, kita tidak boleh menyekat seseorang berkarya. apa yang membezakan adalah cara novel diolah/gaya penulisan. kesimpulannya, RA200% sebuah novel yang fun dan tidak keterlaluan, bolelah dibaca untuk tenangkan fikiran.
Fenomena sekarang, terpengaruh dengan label adaptasi di kaca tv membuatkan novel ini potong 'q'. Buku yang telah dibeli lama tapi masih dalam barisan, jadi tatapan awal sebab akan diadaptasi... hi hi hi.. Dan secara jujurnya, masa saya menghayati jalan ceritanya memang wajah Zul dan Ayda Jebat yang terbayang dilayar minda saya. Bengong...
Jalan cerita nya pada saya teramat biasa. Kisah kahwin paksa menjadi pilihan penulis. Saya rasa semua orang sudah sedia maklum, betapa banyaknya kisah sebegini dipasaran sehingga saya tak dapat mengelak dari membandingkan dengan buku2 kahwin paksa lain yang sudah saya baca.
Namun, pada saya RINDU AWAK 200% menang dari segi penceritaan. Penulis bijak dalam membawa kita menyelami watak-watak dan babak demi babak. Bahasa yang santai dan sedikit lucu, memikat hati saya. Sepanjang, pembacaan saya asyik mengaitkan dengan prolog. Mencari hubung kaitnya. Tapi penulis bijak, hanya memuaskan tandatanya saya pada 3/4 pembacaan. Unsur kekeluargaan, persahabatan, nilai diri juga ditonjolkan.
Salah satu karya berpaksikan tema benci-sayang-cinta sangat. Saya agak lali dengan tema ini, agak biasa, apatah lagi watak-wataknya cantik, comel dan kacak belaka, berbadan sasa dengan kerjaya sebagai pilot pulak tu, siapa tak jatuh sayang kot. Kalau benar watak utama tu pemuda kampung yang senget sebelah atau tak de class, takde lah datang cinta giler kot? Namun, satu bintang tambahan sebab penceritaan yang baik, penggunaan bahasa yang tepat dan bahasa inggerisnya pun kira kelas. Siap ada perkataan tahap agak tinggi seperti "coersion, what goes around comes around dan snobbish, penulis pasti terpelajar dan berpengalaman luas orangnya. Ada dua episod yang saya pernah baca dalam novel lain cuma tak ingat novel apa; babak light thriller dalam kereta antara Armel dengan Raizil dan babak Armel dan baby boy-nya sambut Faezrul di airport. Ok lah untuk bacaan santai.
tertarik untuk membaca nvl ni setelah menonton drama adaptasi di kaca tv. bagi aku kedua-dua versi adalah sgt menarik. ceritanya bagus. karekter Armel dipermulaan cerita amat menjengkelkan.. tp dia mula berubah selepas kematian Iqbal.watak yang paling aku menyampah dalam novel ni adalah Raizil tp versi drama lagi menyampah kot.. hahaha.. bg watak Irene pulak,dia sebenarnya dah tahap obses kat Faezrul sampai sanggup menikam Faezrul. kesian kat Armel dah lah sedang berbadab dua. kesimpulannya cerita ni ada banyak pengajarannya. komunikasi adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga. semua masalah boleh selesai dengan berbincang. sikap hormat menghormati jugak penting.. ibu bapa mestilah diutamakan..
Firstly, aku mengaku yg aku beli novel ni sebab tayang kat TV... Aku memang jatuh cinta tahap dewa dengan abg Zill, so gagahkan diri utk cari novel ni walaupun kena pergi beberapa kedai buku (cuz habis stock, waktu tu tgh awal2 tayang cita ni).
Jalan cerita dia BEST! Cumanya aku rasa susunan plot cerita ni agak plain. Lepas satu kes habis, satu lagi kes arise... Konflik dia tak semua jalan sekali tapi lepas satu, satu yang datang...
sebenornya, i watched the drama dulu baru i baca novel dia. the drama has captivated my heart so much that at one point i was so eager to read the novel. mula-mula rasa macam tak nak beli novel dia tapi last last beli jugak. of course, tak de menyesal langsung beli novel ni even though dah tengok drama.
Lama dah baca novel ni sebelum keluar kat tv hari tu. Saya suka teknik penulis bercerita. Sempoi tapi tak over dan mencacatkan tatabahasa atau bahasa itu sendiri. Paling utama, penulis buat kajian tentang watak pilot tu.
Cuma tak faham kenapa hero rasa tak penting untuk beritahu apa kerja dia pada heroin. Kalau heroin mungkin boleh terima la kot. hihi.. anyway, saya suka.
awal2 baca mmg terbawa2 dgn emosi tp 'sejuk' dek karekter Faezrul dlm menghadapi karenah Armel yg pelbagai dan sgt menyampah tu! hidup mereka dlm dunia sendiri2 namun mula berubah bila ayah Faezrul sakit dan meninggal dunia!
The title was a turn off but as they say don't judge a book by its cover. Cerita ni sangat sweet & senang nak dihadam. I imagine watak Faezrul tu si Zul Ariffin sebab novel ni dah pun di adaptasi di slot Akasia.
started slow tapi in the end worth the read. sweet. realistik. direct. simple and not trying too hard for a malay novel. just in time for the drama on tv. zul is a perfect match for zill faezrul. all e best.
disebabkan tertengok crite nya maka nya terbelilah buku novel nie... crite nya biasa2 aje macam novel2 yg lain aku dah boleh agak apa kesudahannya. mungkin sbb drama syok menyebabkan aku tertarik nk baca novel nie... apa pun novel yg menarik dan tak membosankan.
novel ni memamg bes , lyk sgt jd drama.Kak Yana kena saba je lah dgn org2 yg x puas hati tu .Menulis novel bkn perkara yg mudah.Memam lah kene kahwin paksa , tp jln crite ni lain dr yg lain & lebih menarik .Part lwk pon ada. .Memang bes & sgt menyantaikan !! Congrats Kak Yana !! :')
alahai sweet sgt novel ni. mencari keikhlasan seorang gadis dengan mengatakan bekerja sbg technician. sering diragui apabila outstation. kasih sayang abah pula tidak ternilai apabila sanggup berkorban utk anak dan menantunya