Jump to ratings and reviews
Rate this book

Adam & Hawa #2

Dekatnya Cinta

Rate this book
DOA Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Mashidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.

647 pages, Hardcover

First published August 25, 2013

36 people are currently reading
572 people want to read

About the author

Aisya Sofea

26 books315 followers
Popular Novelist Hanizura Jamaludin known as Aisya Sofea.

AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI.

Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
108 (36%)
4 stars
86 (29%)
3 stars
63 (21%)
2 stars
28 (9%)
1 star
11 (3%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,048 reviews378 followers
September 7, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

"Saya dengan ini menceraikan Ain Hawani binti Mazlan dengan talak satu."

N rasa bila hardcore fans Am dan Ain baca buku ni, mesti frust menonggeng saat Am melafazkan talak pada Ain. Am macam takder perasaan langsung! Dan pada peminat/penyokong/admirer Adam Mukhriz, I don't blame you if you hate him after what he said and did to Ain.

N yang pada mulanya kesian kat Am terus jadi menyampah. Cakap tak ingat dunia. Famili Am pun sama! N rasa nak cili mulut sorang-sorang. Tiada maaf bagimu!
Free Image Hosting
Adakah sekuel kepada novel terlaris ini worth it? Terus terang N kata, N tak tahu sebab N dah tak ingat sangat cerita Adam & Hawa ni macam mana. Yang N masih ingat, dorang kahwin sebab kena tangkap basah, and then Ain lari sementara Am masih setia menanti.

Jadi N approach buku ni as a stand-alone. And as such, N give this a two-thumbs up! You can't expect anything less from penulis pengalaman seperti Aisya Sofea. Dahlah cover buku cantik sangat! Hardcover y'all! Cuma yang buat N slightly annoyed is buku ni banyak typo and missing word. Editor tak buat kerja ke?
Image Hosting Site
Bukan senang nak baca tentang pergolakan rumah tangga. Terutama apabila pasangan ini sangat saling mencintai. Tapi begitu mudahkah rasa cinta itu bertukar menjadi benci? Lapan tahun sanggup setia menunggu. Tapi disebabkan satu kuntum bunga ros, tiang arasy bergegar kerana sebuah masjid telah runtuh.

Sebelum masalah rumah tangga dorang ni melanda, they were oh-so-happy. Kehadiran Arissa, anak sulung mereka, menambahkan keseriaan. Masalah mula timbul apabila Ain mulakan tugas baru sebagai siswazah DBA.

Ain sangka dia dapat mengimbangi semua - menjadi pensyarah, pelajar, isteri, dan anak. Am mula terasa diri dia dipinggirkan saban hari. Makan pakai dia sudah tak dijaga rapi oleh Ain. Nak ajak Ain keluar berdua pun, Ain sering memberi alasan yang sama. Sibuk, sibuk, sibuk.
Image Hosting
Rumah tangga mereka menjadi semakin goyah apabila Ain sering terlupa mengotakan janji. Pada masa yang sama, ada yang cuba menganggu rumah tangga mereka. Kesabaran Am tercabar pada malam dia menjemput Ain di universiti dan ternampak Prof. Yusof "menghadiahkan" sekuntum bunga ros pada Ain. Dahlah Am stress Arissa demam panas, pastu bila call Ain banyak kali, Ain tak jawab.

Di depan keluarga Am, Ain dilepaskan. Ain bukan saja dibuang Am, tetapi seluruh keluarganya. Tak ada siapa yang nak percaya dengan penjelasan Ain. Kata mereka, Am sendiri sudah nampak depan mata. Masakan Am menipu? Ain dihalau.

Tak cukup disingkirkan Am, Arissa pula dirampas. Wanita kotor macam Ain tak layak menjaga Arissa!

Ain seperti hilang tujuan. Pujuk rayunya tak diendahkan. Am nekad melafazkan talak. Andai itulah keputusan Am, Ain reda walaupun dalam hatinya tak kurang sekelumit pun rasa sayang dan cinta pada Am.
Image Hosting Site
Selepas diceraikan, Ain masih setia menanti kepulangan Am. Dia masih belum berputus asa. Keluarga Am yang sudah tahu perkara sebenar, turut sama memujuk Am untuk rujuk kembali dengan Ain. Tapi Am ego! Adakah ini kesudahan cinta antara Adam dan Hawa?
Profile Image for Nor Azzah.
Author 9 books108 followers
January 7, 2020
Asas kebahagiaan dalam rumah tangga, interaksi dan komunikasi yang telus, jujur serta memberi ruang untuk penjelasan dari pasangan.

Usaha mencari penyelesaian, bukannya beralasan.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
January 23, 2014
Mungkinkah DEKATNYA CINTA dihasilkan seiring dengan sequel Adam & Hawa yang akan difilemkan?

Ini tulisan Aisya Sofea dan ini sambungan kisah rumahtangga Ain Hawani & Adam Mukhriz, so kena khatam dulu naskah pertama sebelum menghayati naskah ini. Untuk membacanya sebagai naskah tunggal - pastinya kurang sesuai.

TAPI.... ntah mengapa, 'keghairahan' untuk DEKATNYA CINTA tidak seperti semasa Adam & Hawa. Mungkin sebab:

1. Its 1st person POV, penulis ini akan 'menenggelamkan' rasa pelaku-pelaku lain setenggelam2nya. Agak terkongkong sebenarnya dengan rasa Ain semata-mata. Kebolehan untuk 'mengapungkan' rasa pelaku-pelaku lain amat sukar dilihat dalam novel seperti ini.

2. Plotnya agak meleret. Ditambah lagi dengan plot percutian ke New Zealand yang menguasai hampir separuh novel ini. Jika diteliti, tidak mengganngu jalan cerita sebenarnya sekiranya plot percutian tersebut dipendekkan.

3. Watak Ain, Adam & Puan Maria seolah-olah watak yang berbeza dalam Dekatnya Cinta. Mungkin penulis sengaja meneroka sisi berbeza watak2 ini.... mungkin

4. Missing words, typing error? Hopefully untuk cetakan seterusnya, hal ini mendapat perhatian dan tindakan penerbit sewajarnya.

Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
March 25, 2014
baca novel ni buat rasa geram giler kat adam...menyampah giler...mula2 memang boring tetapi bila dah baca memang tak boleh berhenti..tak sampai 1 hari baca da abes n still tak puas hati..kenapa ain maafkan adam cam tu je..?? (jeles adam tu ain punye)
Profile Image for Suraya (thesuraya).
800 reviews229 followers
September 25, 2022
ingat lagi, the moment this book was released back in 2013, menggelupur beb pergi bookstore nak beli. hardcore fan of am-ain, i was.

i honestly find the first 65 chapters of the book to be super boring, so whenever i reread i akan skip straight to chapter 65, masa am-ain cerai. god, that was some heavy pain and angst right there. it hurts so good hahahahahah.

personally though, adam mukhriz here and adam mukhriz from book 1 feels like a completely different person. dekatnya cinta ni was released after it was adapted kan? so adam mukhriz yang ni feels like it was based on aaron aziz version of adam mukhriz, sebab the OG adam mukhriz is NOTHING like aaron aziz. am in book 1 will never do the things am did in this book 2. yet i can easily picture aaron aziz act the way am book 2 behaved.

pastu ain hawani weh adoi la hg. dok kena halau kena tengking pun sayang lagi ke 😭 k la am handsome gila romantic gila apa semua tapi cam kau kena herdik gila teruk kot? imagine the angst level if ain decide to move on from am ugh that’d feel so heartbreaking yet so good. maybe i need to see a therapist lol.
Profile Image for Ayana.
259 reviews14 followers
November 13, 2013
Kalau rajin saya tulis review. :)

UPDATED [14/11/2013]

Cerita ni best bagi saya sebab ia buat saya nangis, sedih, marah, dan tersenyum. Bagi saya merasai pelbagai emosi ketika membaca sesebuah buku itu ialah salah satu pengukur bahawa buku itu best atau tidak dan membaca buku ni membuat saya merasai emosi-emosi tersebut. TAPI, buku ni juga ada flawnya (more like flaws) tersendiri. Watak Adam Mukhriz dalam novel ni tak macam Adam Mukhriz yang saya kenal dalam Adam dan Hawa. Yang sanggup buat apa saje demi dapatkan Ain kembali, yang sanggup tunggu bertahun-tahun isterinya pulang ke pangkuan dia, yang penyabar, yang persistent and tenacious pujuk/goda Ain supaya hidup bersama dia. Suku buku ni je Adam berubah. Berubah drastik! Cemburu melampau, suspicious, paranoid and negatif. Tiba-tiba je. Kemuncaknya korang sendiri tahulah kan. Ehhh?!? Senang-senang je!

Ni baru Adam. Ain pulak lain ceritanya. Degilnya perempuan sorang ni sama je macam dulu. Malah mungkin lebih teruk lagi. Alahaii sayang... Buatlah pilihan yang tepat. Fikir masak-masak. Tu je yang saya dapat nasihat (tetiba?). Tak boleh tak dapat! Nakk jugakkkk bendalah DBA tu. Selfish! Dah jadi mak orang pun degil semacam lagi. *mengeluh*

Sejujurnya, watak-watak lain pun macam banyak berubah. Mak Adam, Erin... Saya faham manusia tidak selalunya akan bereaksi yang sama apabila berdepan dengan sesuatu kejadian. Apatah lagi ada faktor-faktor lain yang harus dipertimbangkan tetapi basic dan foundationnya kan sama? (Yang saya maksudkan di sini personality wise lah kan) Takkanlah mak Adam yang baik hati, wise, very level-headed person tu tiba-tiba percaya bulat-bulat apa yang Adam cakap Nampak tak ketidakseragaman (amboi perkataan!) atau contradiction di situ?

Sungguhpun dengan reaksi-reaksi yang pelik (bagi saya la) tu, secara keseluruhannya saya rasa puas hati la jugak (walaupun the grovelling part cam sikit sangat) dengan buku ni. Berbaloi la RM35 saya.. Kott. Tapi tengok gaya macam tak je. Buku penuh dengan typo. Agak-agaklah kan. 3.5 bintang.

P/S: Maaf review ni nampak cam nagging atau kritikan. This my honest opinion and thoughts pasal cerita ni.

PP/S: Maaf kalau ada tersilap tatabahasa dan sebagainya. Pertama kali menulis review dalam Bahasa Melayu. Hihi. :P
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
October 20, 2013
Mula-mula baca tu agak bosan juga sebab kak Sya banyak kali try to rewind back apa terjadi pada mereka berdua. Yes, I know diaorang berpisah 8 tahun. Tak cukup dengan baca novel pertama berpuluh2 kali, siap tak miss tengok dramanya. So bila baca novel ni, macam agak bosan bila diulang kembali.

Then part pergi New Zealand tu...maybe sebab saya ni jenis tak minat baca pengalaman orang pergi bercuti. Kalau macam novel Jauh or Sehangat Asmara (just sebagai contoh) tu saya boleh terima sebab mereka memang duduk kat Britain tu. Ni just bercuti. I don't understand kenapa nak panjang lebar terangkan part tu. Just beritahu diaorg bercuti, ok fine I get it. Ini sampai dekat suku bahagian buku tu cerita tentang dari nak pergi hingga sampai ke New Zealand. Cukuplah kita 'bercuti' ke Korea dalam 'Selagi ada dia'. Saya bukan bermaksud nak mengutuk tapi saya nak baca tentang Adam & Hawanya.

Ok. Part diaorg bergaduh plak. ADAM!!!! Tak cukup ke kamu berpisah selama 8 tahun tu? Tidak ke itu mengajar kamu? Aduh...masih terbawa2 sakit hati ini bila Adam ceraikan Hawa. Tahniah Kak Sya sebab buatkan saya rasa macam nak hentak2 je kepala Adam. Langsung tak nak dengar penerangan dari Hawa. Percaya sangat cakap secretary baru dia tu.

Tapi saya rasa part diaorg bergaduh tu macam agak kelam kabut sikit. Saya baca pun jadi kelam kabut...eh...eh...Adam jealous. eh...eh...Adam marah...eh...eh...diaorg BERCERAI?!?!?!?!?! ....owh...diaorg bersama kembali. Pada pendapat saya lah, maybe Kak Sya boleh detail-kan lagi part kerja jahat Zulaikha (betul ke ejaannya?) pecah. Ni just message dari Salina yang Adam dan marah dia. Itu je ke? Macam still tak berbaloi dengan rumah tangga diaorg berantakan.

p/s: ada few typo here and there dalam buku tu. part awal tu agak confuse. mula-mula kata masa birthday Hawa tu, petangnya pergi taman burung dengan Erin dan suaminya. Tapi kenapa next chapter cerita tentang mereka pergi rumah mamm adam. adakah aku yang tersalah baca or memang begitu ceritanya?

Walau apapun, thumbs up untuk kak sya. Terima kasih kerna memberi kamu karya terbaru anda. To be honest, saya rindu nak baca buku Kak Sya. Tapi faham sebab sibuk dengan drama Adam & Hawa dan Sehangat Asmara. XD(less)
Profile Image for Plainqoma.
704 reviews17 followers
May 16, 2015
Okay lah memang dah lama tinggalkan goodreads. Lama dah tak tulis review. Sebab otak dan minda memang dah lama tak dijamah dengan apa-apa bahan bacaan. Sedih dengan kekangan masa. Apakan daya buku bertimbun untuk dibaca tapi oncall berturut-turut.

Okay back to review. Memang obvious cerita ini sambungan kepada Adam dan Hawa. Kalau boleh secara jujurnya tak nak ada sambungan tapi okay gagahkan juga nak membaca dan habiskan. Memang tak mengecewakan sebab hati asyik terusik kejap geram, kejap gembira dan kejap sedih. Yang mana dengan keras kepala, ego tak bertempat dan kecelaruan maklumat yang tak habis-habis jadi isu. Tapi kalau ikut rencam hidup ini memang hidup ini ibarat roda, kejap kat bawah kejap kat atas. Like one of my friend said, "Test is a blessing, and a blessing is a test."

Kalau asyik happy je memang tak kemana, bukankah manis hidup ini kalau ada turun dan naiknya. Ahh just my two cents really. Tapi kalau kena uji gaya Puan Ain Hawani rasa-rasa boleh naik gila juga. Heeee.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 1, 2014
Sambungan pada perjalanan cinta Adan & Hawa. Ain nak ambil Doctorate. Nak cabar diri yang dia boleh fly high above her mediocrity. Well Adam pulak macam kena neglect. Bukan macam kena dah kena pun.. Ada topic cerai berai.. Wah merana aku baca dok. Adam dah tak setabah dulu. Mama pun sama. Tapi bagi aku Ain pun satu, cukuplah apa yang ada kan. Holiday kat New Zealand to thanks eh.. Rasa mcm aku pegi sekali. Hehehehe..Tapi Kak Aisya made it beautiful for this installment.

Ada quotes yg aku suka dalam novel ni. I just wanna share it.
"Ain tak bermaksud ba berjalan di hadapan abang. Tapi kalau abg rasa Ain dah tinggalkan abg ke belakang, capai Ain balik. Tarik Ain semula ke sisi abg. Ain pun tak mahu berjalan di depan keseorangan. Bukan tempat Ain di depan tu. Abg tetap ketua keluarga kita."
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
October 18, 2013
Awal bc mcm boring... tp lepas masuk cite nak konflik mcm best... nampak sgt real... n benci kat hawa yg selfish...kesian adam ... faham sgt nasib adam n sampai berpisah... walaupun rujuk.. bende yg berlaku ttp pahit.. time ni meleh gak airmata.. byk pengajaran.. sila bc!
69 reviews
February 12, 2019
Walaupun aku tak pernah baca yang first buku Adam & Hawa but still bole enjoy sekuel dia :)
Eventho aku rasa novel yang kedua ni more to lagi banyak konflik but still minat sangat sampai bole baca sampai habis! But ofcoz sejak jadi student susah beno nak ada masa ke kedai buku tapi nasib baik sempat baca yang eBook version of this novel!
Guys silalah klik link yang berikut untuk dapatkan eBook version seperti aku:- https://www.e-sentral.com/book/info/6...
Profile Image for Mohd Ashmunir.
180 reviews3 followers
April 15, 2020
Kesinambungan dri kisah Adam Mukhriz dan Ain Hawani yg kini tlh menemui bahagia mereka stlh pelbgai hlgn n dugaan... Apa yg bleh sya perkatakan spnjg pembcaan novel Aisya Sofea kali ini... Secara keseluruhannya ok... Cuma mgkin there was no x factor that can make me impressed dgn kisah mrka ini... Akhirnya terjadilah sesi lompat kijang... Lompat katak dlm pembcaan... But still kak Aisya Sofea is still one of my favourite novelist out there... Peace...
Profile Image for nsyzwnxx.
13 reviews
May 25, 2023
Permulaan cerita memang banyak scene bahagia and sweet tapi bila Ain dah start sambung study, disitu la bermulanya. Watak Ain dalam novel ni banyak bersabar dengan Am demi nak selamatkan rumah tangga and betapa sayangnya dia kat Am. Tapi kesian juga dekat Ain sebab at first tak ada yang percaya dekat dia. Saya as reader, saya tak tahu nak cakap semua ni salah siapa sebab for me both ada salah and silapnya (my opinion). First novel tu memang agak geram dengan watak Ain and suka dengan watak Am tapi bila baca second novel watak diaorang macam terbalik. So kalau nak baca novel ni, saya suggest baca dulu novel yang first, hehe. Sedih, huwaaaaaa.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 14, 2015
Kesinambungan Adam & Hawa, novel ini mengisahkan arus perkahwinan Adam Mukhriz dan Ain Hawani. Setelah 11 tahun, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Arissa yang berusia hampir tiga tahun.
Kini, Ain sambung belajar di peringkat doktor falsafah. Dia berjanji dengan Am yang dia akan cuba membahagikan masa dengan kerja dan kuliah di samping membahagiakan orang-orang yang dia sayang. Tanpa diduga dan disangka Ain, badai melanda rumah tangganya. Adam cemburukan Professor Dr Yusof Zamri, Dekan Fakulti Perniagaan di universiti Ain belajar. Hanya kerana jambangan bunga ros, Am sangka Prof Yusof ada hubungan dengan Ain. Adam hilang pertimbangan dan menuduh Ain main kayu tiga di belakangnya. Lantas Adam menceraikan Ain.

Nad, kawan sekelas Ain cuba membantunya. Nad dan Prof Yusof berjumpa dengan Am dan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Zulaikha pula, setiausaha Am mengambil kesempatan di atas perceraian Am dengan sedaya upaya cuba untuk gantikan tempat Ain dalam hidup Am.

Jalan cerita yang mendatar sebab banyak babak sentiasa diulang-ulang. Kisah berbulan madu Adam dan Ain di New Zealand yang meleret cukup membosankan seperti membaca travelog. Saya sudah baca kesemua novel Aisya Sofea yang terdahulu. Keseluruhan semua novelnya bagus-bagus belaka, tetapi saya kecewa pada novel kali ini.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
Read
December 11, 2013
ain hawani & adam mukhriz. dugaan perkahwinan bermula apabila ain melanjutkan pelajaran ke peringkat DBA. keadaan rumahtangga yang bahagia yang diserikan dengan arissa mula nampak pergolakan yang mana ain terlalu sibuk dengan kehidupan sebagai tenaga pengajar dan juga pelajar sehinggakan rumahtangga mula terabai. adam yang mulanya cukup bersabar terasa goyah bila ain sering menceritakan segala kebaikan pensyarahnya dr yusof. cemburu bertapak di hati.
kemelut rumahtangga juga di tambah dengan kehadiran siti zulaikha, setiausaha adam yang sebenarnya telah jatuh hati pada adam dan cuba merosakkan hubungan mereka. kemuncaknya apabila adam menceraikan ain tanpa mendengar penjelasan yang sebetulnya dari ain dan berkeras mengiakan apa yang disaksikan oleh matanya walaupun pada hakikat dr yusof cuma pensyarahnya.
hmm.. tauladan, sebenarnya kita kaum isteri walaupun bijak pandai tapi keluarga itulah yang paling utama. tak guna kita mencabar diri untuk membuktikan sesuatu tetapi banyak hati yang merana....
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
March 31, 2014
Parah jiwa baca buku ni. I never expected Aisya Sofea tulis cerita seberat ini. I think this book sangat mencabar kredibiliti beliau sebagai penulis cerita cinta yg sebelum ini ~ sangat indah kisahnya. Serious, lelah menggigit rasa ketika membaca. Takut untuk mengetahui apa yg akan berlaku. But still I keep coming for more. I am a fan of Aisya Sofea for quite some time already and this is something different from her. Kudos ksya! Satu pengajaran yg betul2 saya dalami melalui cerita DC ni ~ TRUST! Trust can kill people. I believe in this.



*spoil betul la bila baca buku ni teringat dekat Aaron Aziz ~ eishh tak berkenan sungguh!*
Profile Image for araws.
20 reviews1 follower
May 28, 2014
Saya seorang peminat setia Adam Mukhriz jadi memang 5 bintanglah untuk novel ni. cuma part Adam ceraikan Ain tu rasa macam nak anti Am pulak. terlalu ikut perasaan sampai hilang pertimbangan. nasib baik ending diorang baik balik. hehe

tak rugi lah bila baca sambungan Adam & Hawa ni walaupun lebih kepada konflik. tapi konflik yang diketengahkan memang berasas. Ain terlalu sibuk sampai abaikan urusan rumah tangga. Am pulak dapat secretary terhegeh-hegeh. memang meletuplah bila bergaduh.

jalan cerita Kak Aisya Sofea memang best. tak pernah rasa rugi bila beli novel Kak Aisya Sofea.
1 review
December 22, 2013
mula-mula baca agak bosan.. a bit draggy.. took a month to complete the book. tapi cerita ini banyak pengajaran.. bukan senang kalau kita dah sambung belajar sebagai pelajar part time dan pada masa yang sama kita ada tanggungjawab yang lebih berat yang menanti di rumah. dan jangan menghukum seseorang tanpa soal selidik. baca lah novel ini jika nak tahu kesudahannya. tapi kena sabar.. hehe
Profile Image for azila syarudin.
59 reviews1 follower
November 18, 2015
aku memang akan ada masalah bila baca sekuel.
tak boleh ke kalau novel first yang dah sedia elok tu,
tidak disambung-sambung tragisnya.

Well, memanglah masalah yang dihadapi ain dan adam tu resam rumahtangga yang logik dek akal. tapiiii.... ish, tak reti nak cakap macam mana.

lain kalilah try baca sekali lagi.
Profile Image for Mimosa.
10 reviews4 followers
September 13, 2013
Sambungan kisah Adam Mukhriz & Ain Hawani lps berbaik. Bg y baca 1st buku, wajib la baca y ni pulak. Mcm mna life Adam & Ain after being together & dgn Arissa. Konflik2 y mcm... hurm, baca la~ ;p

1 issue buku ni. Sangat byk typo and ayt2 y slh. Sangat.
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
Read
July 23, 2014
Lame dah bace Adam & Hawa yg first tu. lupe da cane jln cte. Skg bce yg ni emosi mmg bercampur. Hmmm..skg da bce smp page 345. Mmg x suke ngn sikap Ain yg da salu sgt 'tgglkan' ank n husband die soang2.
Profile Image for Ratna Rappice.
8 reviews
December 28, 2013
Seperti biasa, AS menulis dgn penuh bersahaja, tidak terlalu dramatik... cuma awal2 story tu boring sikit la... bila start Ain sambung belajar baru best....
Profile Image for Fatin Yazid.
7 reviews2 followers
February 14, 2014
banyak typo. confused sikit. banyak ulangan perkataan.

Tapi overall, story dia ok la.

enjoyed this book :)
Profile Image for Sya Syahidah.
1 review
December 28, 2014
i like this book
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
May 22, 2015
Berendam air mata baca buku ni... Novel yg sgt2 menyentuh hati... Adam mukhriz gellespie... Tiada yg sempurna di dunia ini biarpun sehebat adam mukhriz... Terbaik dari aisya sofea
7 reviews7 followers
May 31, 2016
kesinambungan yang tidak dijangka. watak utama sekali lagi diduga dengan macam-macam cabaran membuatkan pembaca merasakan ini tidak adil
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.