Jump to ratings and reviews
Rate this book

Inche' Jamil Menantu Mithali

Rate this book
Sepuluh perkara yang Nasuha tidak suka tentang Inche' Jamil:

1. Saya tak nak pakai baju kahwin...

2. Kita tak payah pergi bulan madu, kita bukan kahwin suka sama suka.

3. Terima kasihlah Kak Esah bagi perabot lama dia, tak payahlah kita beli yang baharu.

4. Saya tak suka tukar tandas duduk, jadi tak usah tukar tandas mencangkung ni!

5. Baju ni kita boleh pakai dua kali, jimat sabun dan air.

6. Jangan baca novel, Nasuha, buang masa saja!

7. Jangan tonton Tv lama-lama, nanti karan mahal.

8. Belajar menjahit, nanti awak boleh jahitkan baju Melayu saya, jimat sikit.

9. Beri anak susu ibu, murah belanja, tak payah beli susu tepung.

10. Saya kena teman emak saya melancong ke Langkawi dan Kuala Lumpur, maaf... awak tinggal ya di sini.

Rasa-rasanya ada banyak lagi...
tapi ada SATU perkara yang buat Nasuha suka sangat-sangat pada Inche' Jamil ni. Nak tahu kena baca sampai habislah, ya!

508 pages, Paperback

First published July 1, 2013

24 people want to read

About the author

Norisah A. Bakar

10 books16 followers
Menulis sejak tahun 1987 dengan sajak dan cerpen tersiar di Berita Minggu ( Singapura ). Novel pertama TAKDIR telah memenangi Anugerah Penghargaan dalam Sayembara Novel Watan 2 ( Singapura ). Telah menghasilkan tujuh novel dewasa / umum sehingga kini serta sebuah cerpen MAIN KAHWIN-KAHWIN dalam Antologi Cerpen KERANA DIA, RATU SEHARI terbitan Js Adiwarna. Sebuah cerpen EMAK NAK BALIK dalam Antologi KEPADAMU KEKASIH terbitan JS Adiwarna. Dua buah puisi, KENANGAN TINGGAL DI RUMAH DERET dan RUSUHAN KAUM 1964 dalam Antologi Sajak dan Cerpen, HEMPEDU DI TASIK MADU terbitan Asas 50.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (23%)
4 stars
29 (51%)
3 stars
11 (19%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
October 1, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM16.00. Pm je....

Menghadam naskah ini seumpama makan tengahari hanya berlaukkan ikan masin, sambal belacan dan segelas air suam setelah berhari-hari menikmati hidangan lengkap dengan segala ayam-daging-ikan-seafood dan segelas ais batu.

Sesuatu yang melegakan setelah berhari-hari tepu dengan hidangan yang penuh dengan high + bad cholesterol.

p/s: (ayat ini ditambah kemudian setelah ada pihak yang tersalah anggap bahawa juadah ringkas dengan ikan masin dan sambal belacan adalah sesuatu yg tawar dan hambar)

Tiada yang enak, sekadar melapik perut agar tidak berbunyi. Anologi yang agak kejam tapi itulah realiti intipati INCHE' JAMIL MENANTU MITHALI.

Tiada sappy love story dalam naskah ini. Jujur, separuh masa pertama penceritaan agak hambar. Dengan selitan pelaku2 yang hanya sekadar 'sekali lalu'.

Tetapi, realiti kehidupan dilakarkan helaian demi helaian dengan jayanya oleh penulis pada separuh masa kedua. Kisah Nasuha yang berperang dengan kelemahan dirinya sendiri yang 'kosong' persediaan untuk menjadi seorang isteri. Kisah Muna yang mula 'berbau ikan' sebaik sahaja mengahwini Aziz sehingga sanggup mengorbankan keluarga sendiri untuk kesenangan hidup. Kisah Inche' Jamil (yang bukan sahaja Menantu Mithali tetapi juga Anak Soleh) yang seringkali mengenepikan isterinya si Nasuha. Juga selitan perangai pahit kelat mertua, biras dan ipar Jamil dan Nasuha.

Benar-benar terasa bila kisah ibu bapa yang menjual rumah mereka untuk menumpang si anak. Lebih hiba bila hasil jualan diserahkan dengan alasan untuk menyenangkan hidup mereka. Pedih bila plot ibu bapa tersebut di'babu'kan bila tinggal sebumbung. Realiti kehidupan yang memang wujud dalam realiti kehidupan kini. So, tanamkan dalam kepala.... "biar anak yang menumpang kita, jangan kita yang menumpang mereka."

CUMA.... rasanya naskah ini lebih mantap jika jiwa Jamil disingkap juga memandangkan ini penceritaan secara 3rd person POV. Ada kalanya agak terpinga-pinga dengan tingkah laku si Menantu Mithali ini. Daripada mula ketika watak Jamil dikenalkan terutamanya ketika dia bersikap endah-tak-endah untuk mengahwini Nasuha jdan punca dia menangis dalam tidur. Serba misterious watak si Jamil.... misterinya mengalahkan si Nessi - Loch Ness.

NAMUN.... dipandang daripada sudut bahasa, naskah ini tiada cacat celanya. Ini kelebihan mana-mana naskah yang diterbikan oleh Adiwarna.

DAN.... sosio budaya masyarakat seberang tambak sesungguhnya amat berbeza dengan kita biarpun bernaung dalam rumpun yang sama.

Bagi yang ingin lari daripada kisah lovey-dovey yang tiada isi; naskah ini sesuai sekali.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 28, 2013
Lama tak baca karya kakak nun jauh di seberang. Kiranya ini karya pengubat rindu la ;))

IJMM disampaikan dengan cukup mudah. Tak akan buat kita pening kepala dengan konflik yang hebat-hebat. Cuma ada satu saja. Tapi itu dah cukup untuk mewarnai perjalanan novel ini. Lengkap lah dengan pelbagai rasa – masam masam manis. Hidup tak semuanya indah saja kan? Hujan perlu turun kalau mahu bersua pelangi. Tak gitu?

Kisahnya tentang Nasuha. Nasuha gadis manis yang belum berkahwin. Membuatkan dia sering saja diasak dengan persoalan yang sama terutamanya bila adiknya, Muna mengikat pertunangan dengan Aziz. Ibu ayah sudah susah hati, tak mahu nanti adiknya pula langkah bendul. Jadi harus bagaimana mencari jodoh buat anak sulungnya?

Lalu pertemuan demi pertemuan diatur. Akhirnya dia melekat dengan Jamil. Lelaki yang tak banyak kata itu buat dia senang. Tapi Jamil ada banyak ragamnya dan saat lelaki itu mahu mengundur diri, Nasuha tekad dengan pendiriannya. Jamil harus menjadi suaminya. Titik.

Dan sejak itu rentak cerita mula berubah. Bagaimana Nasuha dengan sabar memahami gaya Jamil yang bermacam-macam. Tak perlu baju kahwin, tiada bulan madu dan pelbagai lagi. Ada masanya Nasuha penat juga tapi sengaja hati dicekalkan.

Bila mereka sudah berumah tangga lain pula cabarannya. Bagaimana dua insan yang berkahwin tanpa cinta memilih untuk bahagia. Bukan mudah tapi ianya tidak mustahil. Seronok membaca gelagat dua pasangan ini. Ada saja yang mencuit hati, tak kurang juga kasihan pada Nasuha di saat dia bagaikan dihalau keluar dari rumah keluarganya. Oh! Kasihan Nasuha. Tapi dia anak dan kakak yang cukup memahami. Sedar diri. Dan itu buat aku makin melekat dengan Nasuha.

Apa pun, sebenarnya cerita ini menjadi lebih menarik dengan kehadiran si selamba Jamil. Dia ada aura yang bukan calang-calang. Ada cara tersendiri dalam mengemudi bahtera rumah tangganya. Walau ada masanya aku rasa nak luku laju-laju bila saja dia berlagak tenang dan selamba, tapi itu lah yang selalu menyelamatkannya. Inche’ Jamil yang misterius.

Aku senang dengan isi ceritanya. Kisah kehidupan kita sehari-hari. Realiti yang mudah nak difahami. Yang penting, tiada ayat jiwang terlebih gula batu. Tiada masalah dalam gaya bahasa dan penceritaan juga kerana penulisnya di kalangan penulis-penulis otai. Cuma kali ini aku terasa ada sedikit pengaruh kaksu, mungkin. Oppss! Jangan terasa ya che’ puan, ini hanya pandangan peribadi.

Apa pun saya tetap menyukai kisah ni kerana ceritanya yang santai dan memikat. Tahniah kaknor. Moga makin terus rajin menulis di masa-masa akan datang. Sayang akak ketat-ketat. Mmmuahh~~
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
May 29, 2014
(4 bintang)
Apa yang membuat hamba menyukai buku ini?

i) BENAR
Beginilah seharusnya sebuah novel tentang pasangan berkahwin (yang bukan suka sama suka) ditulis. Tidak perlu pun diwujudkan watak orang ketiga untuk mencipta konflik. Tiada juga babak tarik tali yang berjela. Malah tiada babak atau kata-kata romantis yang mencetuskan anggan-anggan salah kepada pembaca. Semua konfliknya benar-benar realitistik dan menginsafkan.

Konflik dengan adik-beradik, ibu bapa, keluarga mentua, ipar-duai dan yang penting konflik antara suami isteri itu sendiri. Bacalah dan hamba percaya anda akan merasa terkesan sekali. Pada yang sudah berkahwin, mungkin anda akan mengiakan kerana pernah mengalami situasi yang sama. Pada yang bakal berkahwin, mungkin anda akan merasa gerun sedikit (hehe). Dan, pada yang belum berkahwin, kita boleh menarik nafas lega sekarang (haha).

ii) BELAJAR
Kisah Nasuha dan Jamil boleh dijadikan satu panduan dan pedoman kepada bakal suami, isteri atau sesiapa saja yang mungkin beranggapan perkahwinan itu cuma seputar kehidupan dua orang manusia. Percayalah, banyak yang perlu dihadapi dalam melayari kehidupan berumah tangga. (amboi, bercakap macam orang yang sudah kahwin pula – hehe)

Banyak sekali yang boleh dipelajari dan diambil iktibar dari buku ini. Watak Nasuha dalam pada memberi gambaran realiti tentang seorang wanita (dari segi sikapnya, perasaan dan tingkah-lakunya yang hamba kira senang untuk kita relate dengan diri sendiri) namun banyak yang kita boleh ambil pedoman dari tindakan dan cara dia menangani semua kerenah manusia di sekelilingnya. Pokoknya, sabar dan tolak ansur, kan Suha? *wink*

iii) BAHASA
Yang lembut dan manis. :)

iv) INCHE’ JAMIL
Benarlah, Jamil seorang menantu mithali. Meski ada beberapa perkara yang dia lakukan seperti buat kerenah semasa pernikahan sehingga Nasuha terasa hati serta tidak menghubungi Nasuha ketika berpergian (jadi sila salahkan sepenuhnya pada Jamil atas kekurangan satu bintang dalam review hamba ini ya – hehe) tetapi sikapnya yang langsung tidak berkira dengan keluarga Nasuha, benar-benar menjadikan dia seorang hero dengan caranya sendiri. Tiada aksi romantik dari mana-mana hero novel boleh menandingi pekerti Jamil yang satu ini. Titik.
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
March 30, 2014
Cerita bermula dengan rentak yang stereotype tetapi tak membosankan. Suha gadis biasa-biasa yang serba kekurangan kelihatan sangat realistik dan relevan dengan kehidupan seharian kita. Kehadiran Inche Jamil yang disua sebagai bakal suami disambut baik oleh Suha bila bagai ternampak cahaya di wajah jejaka misai tu.

Jamil mungkin kelihatan old fashion dan berjimat cermat a.k.a kedekut nak mampssss tapi dia punya sebab yang sangat menyentuh hati.

Suha lebih banyak mencuri limelight cerita tetapi sekali sekala spotlight Jamil muncul, memang dia mencuri pehatian pembaca.

Lihatlah bagaimana anak gadis spoil yang tak berminat menolong ibu di dapur diasuh Inche Jamil yang cool dan kede***. haha. Gadis spoil itu beransur-ansur menjadi isteri, ibu, kakak dan anak yang nyaman di mata dekat di hati.

Tq kak norisah kerana membuka selera saya utk membaca novel. brrrppp kenyang! :-P

Rasa kekok menulis review novel lepas berehat dekat setahun walaupun dah beratus review sebelum ni.

sure fine whatever
Rinn
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
October 2, 2015
Yeahhhhhh, berjaya juga mengekalkan semangat yang diseru itu. Walaupun ambil masa 3-4 hari nak khatamkan Inche' Jamil ni.

KakChik suka semuanya, jalan ceritanya yang tidak banyak selekoh, bahasa yang lembut dan santai, watak-wataknya yang mempunyai karektor tersendiri. Olahan plotnya juga KakChik sangat suka sebab terselit plot yang 'diingat balik'.

Kisah kekeluargaan yang padat dengan rasa hati dan perasaan yang terpendam dalam hubungan keluarga Nahusa dan juga Jamil. Nasuha yang sulung dalam keluarga Karim-Hashimah tapi dialah kakak pemalas yang digelar oleh Muna. Nasuha yang tidak pandai membuat kerja rumah dan memasak. Nasuha yang selali mengelat untuk menolong emak di rumah, sudahlah rupa tidak cantik, berat tulang pula dia ni! Hanya tahu nak berlingkar atas katil saja setiap kali balik kerja. Muna yang adik itu pula yang tahu serba serbi. Sebab itu Muna yang muda sudah siap dipinang oleh Aziz, anak jiran satu blok dengan keluarga Nasuha.

Adat orang timur agaknya, yang suka mengambil tahu, Nasuha jadi rimas apabila selalu dijadikan mangsa untuk dikenalkan dengan lelaki yang mencari calon suri. Tapi kadangkala ada juga yang buat Nasuha berangin sebab orang yang dikenalkan dengan dia tu sudah beranak pinak.

Sudahnya perkenalan dengan Jamil, yang endah tidak endah itu juga yang menambat hati Nasuha. Walaupun cabaran untuk membina rumahtangga itu banyak juga renyah yang dibuat Jamil. Jamil yang masih tidak bersedia untuk membina keluarga kerana masih terus berbakti kepada ibunya. Tapi sebab Nasuha yang berkeras juga untuk berkahwin dengannya, terpaksalah dia terima dengan rela. Haissshhhhh, terbalik betul kisah Jamil ni.

Perjalanan rumahtangga mereka yang seterusnya mengalami pelbagai kisah. Namun yang pasti ia sudah mampu mengubah Nasuha yang lurus bendul dan serba tidak tahu kepada yang lebih baik. Nasuha yang selalu bagaikan tidak bersyukur itu kepada yang lebih positif.

Yang paling KakChik suka, watak Jamil itu sendiri. Terlalu jarang wataknya dijelmakan tetapi dia bagaikan mempunyai aura tersendiri untuk kita terus membelek helaian untuk tahu kisahnya. Jamil yang serbanya ambil mudah itu, tapi dalam pada itu ada satu karektor dia yang menjadi penyejuk hati mertua. Namun kadangkala membara juga dengan sikap Jamil ni yang serbanya dia ambil mudah. Hikhikhik..

Tak rugi pun beli dan baca naskhah penulis dari seberang ni. Terima kasih kak untuk satu santapan minda yang banyak pedomannya. :)
Profile Image for Limau Nipis.
666 reviews25 followers
May 26, 2014
Novel tulisan Norisah A. Bakar ini merupakan naskhah pertama yang saya beli hasil nukilan penulis.

Tiga bintang saya berikan, kerana ternyata cerita ini banyak menukilkan kisah kehidupan. Saya sangkakan ini novel cinta antara Jamil dan Nasuha, rupanya ianya lebih daripada itu.

Kenapa saya kata lebih? Berlatarkan kota Singapura (ya, saya suka novel ini kerana banyak yang saya pelajari tentang budaya orang Singapura), dan pada tahun 1990, begitu menjentik memori.

Ketika Nasuha menerima panggilan di talian telefon tetap (ketika itu bukan zaman telefon bimbit) atau menunggu menaiki bas untuk ke mana-mana (zaman kegemilangan bas tahun 90an). Malahan rakan-rakan Nasuha terdiri daripada pelbagai budaya dan bangsa.

Duduk di rumah pangsa bersama ibu ayahnya dan adik-adiknya, Nasuha sebagai kakak sulung seperti diaturkan pula berkahwin dengan Jamil. Jamil, seorang lelaki Melayu tipikal. Tidak pandai romantik, segala kerja rumah diserahkan kepada Nasuha, suka pula Nasuha menjadi surirumah, Nasuha harus belajar memasak dan menjahit *_* (saya yang menulis kerja Nasuha pun rasa lelah.. fufufu...)

Saya rasa sehingga hujung cerita, sukar benar saya hendak menafsir hati Jamil. Tapi poin untuk watak Jamil naik sedikit apabila Jamil ada ketika membantu memasak serta menolong menjaga Najmi.

Cuma, ada juga kisah sedih antara Nasuha dan keluarganya T_T. Saya percaya, bagi mereka yang menjadi ibubapa atau yang masih mempunyai ibubapa, betapa dilemanya ibubapa untuk membahagikan kasih sayang di antara anak-anak. Muna, adik kepada Nasuha memang rajin membantu, tetapi kemudian, sebaliknya berlaku selepas beliau berkahwin.

Novel ini sarat dengan hubungan keluarga. Tipikal Melayu. Sama sahaja di Malaysia atau Singapura, saya kira. Apa yang tipikal? Ha, haruslah anda baca karya ini.
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
August 6, 2013
Saya sukakan jalan ceritanya serta ayat-ayatnya.
Kisah yang menarik tentang kehidupan suami isteri yang biasa kita lihat.
Isteri yang tidak pandai memasak, suami yang tidak romantik, masalah dengan ipar duai dan keluarga sendiri.
Cerita yang boleh menjadikan panduan kepada kita dalam melayari kehidupan berkeluarga.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
August 31, 2013
kalau bosan dgn novel yang watak2 semua perfect baca la novel ni...
cerita realiti di sekeliling kita..
walaupun tanpa ayat jiwang semanis madu, penulis berjaya membuatkan saya baca 3 jam terus habis...tak sabar nk tahu penamat punya pasal...
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
September 13, 2013
Best baca buku ni...akhirnya baru faham kenapa en jamil menantu mithali......dan dia berjaya ubah Nasuha .... TAHNIAH buat penulis..
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
March 14, 2014
Kesimpulannya, kita takkan dapat yang kita inginkan dalam hidup ini. Hanya DIA yang lebih mengetahui... Setiap jodoh yang ditentukan olehNya pasti ada kelebihan dan kekurangannya, begitu juga dengan diri kita juga. Tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini... Perlu ada tolak ansur dalam rumahtangga, sedangkan lidah lagikan tergigit kan? Ianya akan mengukuhkan ikatan. Itulah kemanisan dalam rumahtangga...
Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
August 19, 2013
*3.5/4

Beli sebab blurb belakang yang menarik.

Dan tahniah kepada penulis kerana berjaya menulis di luar kotak.

Tiada hero yang kacak berpakej penuh lalu jatuh cinta dengan gadis biasa biasa.

Cerita yang penuh dengan realiti dan tiada fasa fasa ayat jiwang
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 16, 2018
bertempat di singapura. nasuha, gadis yang agak riuh, kecoh, yang jodohnya pun datang tiba-tiba walaupun adiknya muna yang bertunang terlebih dulu. suka dengan cara puan penulis Norisah A Bakar mengolah cerita, buat pembaca rasa nasuha dan dunia kelilingnya ada di depan kita.

singapura, kota singa yang sangat padat. rumah biasanya semua tinggi melangit, bertingkat-tingkat. sebab adik nasuha, si muna tu pun nak mendirikan rumah tangga, jadinya nasuha dan jamil kena keluar. amboi mulut muna, sangat tajam berapi. dia pula yang tentukan perjalanan hidup adik beradik, mentang-mentang hal kat rumah biasa dia yang uruskan. nasuha bernasib baik. walaupun asyik merungut, nak marah je tapi jamil selalu buat nasuha mati kata, mati laku.

lama-lama nasuha lali dengan kehidupannya. sebab dia dah berhenti kerja dan tumpukan perhatian pada najmi, sekali harung dia belajar banyak benda. dari tak pandai masak, dah boleh masak macam-macam. dari tak pandai menjahit, berkat mesin jahit mahal yang jamil beli buat nasuha dah boleh ambik tempahan menjahit. dari suka cakap susah, tak boleh, ambil mudah... nasuha sangat berubah.

semangat positif yang puan penulis serapkan dalam cerita pun cantik je ritmanya. kita yang mula-mula sama rasa sakit hati nasuha sebab hadap banyak benda yang entah bukan-bukan pun sama berubah jadi positif dan terima semuanya seadanya. tu belum lagi usaha dan tekad nasuha dalam mencapai satu-satu objektif kehidupan. cara dia menangani sikap muna pun sangat beradab dan sangat sesuai sebagai seorang kakak. adik-adik bukan beban, bahkan mak ayahnya yang tinggal dengannya setelah maknya kena angin ahmar pun diterima seikhlas hati.

kenapa tajuk lebih tumpu pada jamil bukan nasuha? haa... di belakang nasuhalah jamil mainkan semua peranan hingga buat nasuha berpusing 180 darjah. watak itu yang sebenarnya memegang tampuk cerita. menantu yang baiklah yang mampu buat isterinya bertindak bijak dan positif dalam apa jua masalah. baguskan?
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 21, 2018
[BOOK 148]

Inche' Jamil Menantu Mithali by Norisah A. Bakar.
.

Ku terhibur baca cerita ni. Dalam pada duk gelak sorang-sorang, tetiba ku boleh rasa sebak. Kesian sebenarnya kat Nasuha ni.
.

Pada permulaan cerita, ku suka baca cerita tentang Nasuha ni. Cerita macam mana dia jatuh tergolek angkara kasut barunya, cerita dia tetiba dapat jerawat satu muka sebab terpengaruh dengan kawannya yang suruh dia try produk baru ni. Pada masa yang sama, geram ngan Nasuha ni, sebab dia punya pemalas tu memang tahap babun dah. Tak peliklah kenapa adiknya, Muna asyik duk bising.
.

Dan bila dia dah berkenalan ngan Inche' Jamil ni, ku rasa sedih dan kesian kat Nasuha. Sebab si Haji Jamil ni sangatlah tak bersungguh nak kahwin ngan Nasuha. Dia boleh buat perangai nak kenalkan Nasuha kat kawannya. Bila Nasuha berkeras nak teruskan perkahwinan mereka, boleh pulak si Jamil ni buat perangai masa hari kahwin mereka. Dahlah datang lambat, siap pakej tak nak pakai baju pengantin. Sabar je la ngan mamat ni.
.

Bila dah kahwin, biras Nasuha, Esah cakap yang sebenarnya Jamil tak nak kahwin pun ngan Nasuha. Lagilah sedih Nasuha jadinya.
.

Sebenarnya, Jamil ni banyak je perangai yang bagus. Tapi, banyak juga yang tak bagusnya. Haihhh... Nasib baik la Nasuha yang kahwin dengan Jamil ni.
.

Kadang-kadang, bengkak je hati ni bila Jamil suka lebihkan keluarganya. Tapi, sebenarnya, Jamil ni bagus je. Bila keluarga Nasuha ada masalah, Jamil yang banyak tolong.
.

Haihhh... Baca novel ni buat kurasa takut pulak nak kahwin. Hahaha... Tapi, ku sangat kagum ngan Nasuha. Daripada seorang yang sangat pemalas dan serba serbi tak reti, akhirnya, dia belajar masak. Bukan setakat masak, menjahit pun Nasuha dah reti.
.

Ku suka novel ni, sebab terasa Singapura tu dekat je. Hahaha... Sebab penulis bijak menggambarkan kehidupan di sana.
Profile Image for Yuzz Cs Ting.
38 reviews
September 4, 2013
Tamat!!! Asal ada kelapangan tak kira di mana dalam kereta, tunggu anak di kaki kelas tuisyen....saya tetap menheret Inche' Jamil. Dan apa yg saya rasa? Puas sangat2!!!
Jalan ceritanya berkisarkan kehidupan seharian. Heronya manusia biasa, heroinnya juga begitu. Tak adanya cantik atau kacak mengalahkan aryis korea. latar cerita juga seperti kehidupN harian. tak adanya mak datin yg grand-grand. Tahniah kak Norisah, karya akak masih berbisa.
Kalau sebelum ini saya katakan gaya bahasanya mirip kak Noor Suraya, saya tarik balik! Gaya penulisan kak Norisah tetap gaya akak sendiri!
Perasaan saya lepas menbaca novel ni?
Puas sangat2.
Author 2 books29 followers
April 25, 2014
kisah yang sangat seronok dibaca.
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
June 4, 2021
Alhamdulillah.

Setelah sekian lama 'layu dan tepu' dari rasa nak baca buku, IJMM bawak balik mood membaca saya yang dah karam ke laut dalam.. :)

Suka dengan watak Suha.. dan dengan perjalanan hidup Suha. Dari gadis yang biasa2 tak pandai buat kerja dan banyak kelemahan, berubah menjadi wanita hebat yang tahu serba-serbi asam garam rumah tangga, anak solehah dan kakak yang berbakti kepada adik-adik hasil daripada didikan suami, Inche' Jamil yang sederhana.

Inche' Jamil yang seakan tak ada perasaan.
Inche' Jamil yang kedekut.
Inche' Jamil yang hidup ala kadar.

Tetapi Inche' Jamil itulah yang mampu beli rumah cash, yang mampu jaga mak,ayah dan adik-adik Suha dan yang menabung untuk bawa Suha mengerjakan haji.

Saya sangat suka dengan garapan watak Inche' Jamil oleh puan penulis.

Dan watak Muna, huh!
Sangat terkesan.
Memang watak yang sangat menjengkelkan sehinggakan saya rasa kalau ada dekat depan mata, nak je bagi penampar dekat Muna yang biadap. huhu

Novel ini juga bawa kita pembaca untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan saudara Melayu Singapore.. Walau kita serumpun, kadang-kadang kehidupan itu jauh berbeza.

Tq puan penulis :)

Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 29, 2014
Cover dia otomatik buat tersenyum! Dan Suka tajuknya! Mmg itulah saya…mudah tergoda dgn tajuk novel.. dgn cover juga! huhu..tak kisah pun sbb mmg menarik buku ni… gaya tulisan mcm bahasa baku tp ttp tk hilang tarikan utk membacanya!
Jamil dan Nasuha…jenuh la Nasuha bersabar dgn Jamil yg agak cerewet dan kedekut ! makan hati juga Nasuha dgn karenah Jamil tp sebalik semua yg agak2 negatif pasal Jamil tu..ttp Nasuha sayang Jamil sbb Jamil lebih memandang kehadapan! Jamil merancang sebaiknya utk Nasuha, anak mereka termasuk keluarga2 mereka!
Keseluruhan? Mmg tk rugi beli dan baca!
Profile Image for Sufiyyah Zulkifli.
59 reviews6 followers
August 6, 2013
either i'm slow or i ain't using my sixth sense or i ain't using my literature skills... why?
because i can't find the answer for the statement of Nasuha in the blurbs behind the book... what is the one thing she likes about Jamil?
hee!
but, this story gets my feet back on the ground (seasons in the sun. haha) :P
Profile Image for Maisa.
2 reviews
February 12, 2025
Kali pertama buat review dekat sini..

Hari itu waktu pergi library mini di wangsa walk mall. Terlihat buku ni. Daripada puluhan buku dekat sana,buku ini satu satunya menarik perhatian kita. tapi sempat baca separuh je dan balik rumah terus beli novel ni yang preloved.

KESELURUHAN
ini adalah semua cerita yang menarik. Hanya kisah seharian suami isteri yang berkahwin tanpa cinta. Tentang kasih sayang ibu bapa. Dan tanggungjawab. Tidak semua yang kelihatan baik itu baik. Bahasa pun sangat mudah di fahami. Memang pada mulanya saya cari romantisnya tetapi novel ini telah sempurna tanpa kemanisan cinta yang terlihat jelas.

Nasuha:
Dia adalah perempuan biasa tetapi dia menjadi luar biasa atas didikan Jamil. Bukankah kerana Jamil, dia belajar memperbaiki dirinya. Jamil jugalah orang yang membuatnya mencintai agamanya.
Tetapi wataknya pun membuat kita simpati. Rasa ingin sekali duduk di sebelahnya, mendengar segala keluhannya. Baik ada Nonis.
Dia seorang isteri,ibu,kakak dan anak yang sangat baikk. Dia tahu tanggungjawabnya sebagai seorang suri rumah.

Jamil:
Pada mulanya sangat meluat dengan peribadinya. Tetapi perkembangan cerita kita tahu Jamil adalah lelaki yang baik. Dia mungkin kasar tetapi itulah caranya mendidik nasuha. Dia mungkin tegas tetapi dia sangat mendorong nasuha ketika nasuha mencuba perkara baru.
Dia juga seorang anak dan menantu yang baik. Dia memang berjimat cermat tapi bukan bermakna dia terlalu kedekut. Dia sanggup sara keluarga nasuha. Dia mampu jaga adik adik nasuha.
Tetapi setiap kali dia tinggalkan nasuha, sangat geram dengan dia.
Waktu tahu dia membuat tabung untuk nasuha pergi haji, dia sayang kan nasuha. Dia tahu haji lagi penting dari melancong.


KESIMPULANNYA,
Cerita ini tidak harus ada romantisnya untuk membuat kemanisan. Baca dan fahami perbualan nasuha dan Jamil sahaja sudah terasa manisnya. Kerana Jamil punya cara tersendiri untuk mencintai nasuha. Tanpa harus mengeluarkan kata kata manis.

Sudahlah sekian.
Cover tidak cantik langsung 🙏🏾 tetapi tidak dengan isi dalamnya. Novel ini sangat menarik. (Sedang terima muka Jamil macam tu🙂‍↕️)
2 reviews
December 29, 2023
1st time baca buku tulisan Norisah A.Bakar.
Mmg lari tema dari penulis2 wanita sblm ni.. perempuan bercinta dgn anak orka... x de kisah megah holding jam 7 malam.
Kisah berlatar belakang masyarakat di Singapura.
Kisah rumah tangga Nasuha dan suaminya si Jamil. Nasuha si perempuan pemalas buat kerja rumah bertemu kasih akhirnya dgn si Jamil tanpa perlu bercinta bagai.
Bila berkahwin Nasuha yang berperangai agak baran, nak menunjuk dgn org sekeliing terpaksa akur dgn perangai si Jamil si penjimat... Sampai dinasihat jgn bazir karan, basuh baju selepas 2 kali pakai. Punya kedekutnya si Jamil sampai honeymoon & bercuti pun Nasuha x pernah pergi dgn Jamil.
Cuma 1 bagusnya si Jamil ni dia mmg menjaga baik ibu bapanya... malah dia juga berbuat baik dgn mak pak Nasuha.
Sifat Nasuha yang agak baran bila dicucuk ipar duai, terasa hati dgn mak pak sehingga kadang diajak lakinya bergaduh kerana hal orang lain. Tapi nasib la si Jamil tu jenis x melayan sangat perangai si Nasuha... akhirnya Nasuha sendiri yang kendur marahnya.
Selain kisah Nasuha, kisah ibu bapa yang telah dibabukan oleh anak2... kisah ibu bapa yang suka atur hidup anak2.. kisah jiran yang macam kepochi pun ada..
Ending buku ni setelah berkahwin dgn Jamil dan berhenti kerja setelah dapat anak, akhirnya Nasuha mula belajar & cekap membuat kerja rumah, memasak, menjahit malah bakal mengajar komuniti setempat.
Profile Image for santira.
36 reviews3 followers
February 17, 2018
cerita yang dekat dengan jiwa masyarakat yang hidup sederhana, penuh dengan sifat kekeluargaan dan pengajaran...macam baca diari nasuha pula bila baca novel ni...
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.