Jump to ratings and reviews
Rate this book

Eksperimen Cinta

Rate this book
Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”


Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?

843 pages, Mass Market Paperback

First published July 1, 2013

87 people are currently reading
1570 people want to read

About the author

Anjell

15 books2,230 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
711 (51%)
4 stars
406 (29%)
3 stars
205 (14%)
2 stars
43 (3%)
1 star
17 (1%)
Displaying 1 - 30 of 83 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 9, 2013
Menarik. Cukup satu perkataan kalau nak aku simpulkan selepas membacanya. Sebagai orang baru dalam industri, karya penulis tidaklah menghampakan. Walaupun pada dasarnya, tema ceritanya tersangatlah klise tapi penulis mampu membawa ceritanya sampai ke hati.. dengan gaya bahasanya yang santai dan konflik kahwin paksa yang tidak terlalu berat. Cuma aku rasa sedikit meleret di awal dan pertengahan cerita.

Tengku Aaron Shah [Aaron] sudah tertarik pada Damia Farisha [Damia] sejak kali pertama bersua. Damia yang manis dan tegas, sememangnya berbeza benar dengan perempuan-perempuan di sekelilingnya. Tapi Damia sungguh menyampah dengan lelaki bajet hebat itu. Meluat dengan gaya Aaron yang gatal tak bertempat, mentang-mentanglah kaya. Semuanya macam boleh dibeli. Sungguh Damia anti!

Namun takdir mengikat Damia dan Aaron. Kukuh. Aaron cukup bijak mengambil peluang dalam kesempitan. Dan akhirnya, Damia tiada pilihan. Kerana syarikat, dia harus bersetuju menjadi isteri Aaron.

Sedangkan hakikat perkahwinan itu hanya Aaron yang tahu. Dia mahu mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya; Tengku Andrean yang merampas Seri. Dia mahu mereka berdua itu tahu yang hidupnya masih juga kekal bahagia. Damia lah yang menjadi mangsanya. Si bunga itu adalah bahan eksperimen untuk episod kebahagiaannya.

Tidak diduga, alam perkahwinan sebenarnya merapatkan lagi dua hati. Apatah lagi Aaron dan Damia bukannya seperti pasangan kahwin paksa lain. Mereka tidak pula bersengketa, memaki hamun sesuka hati. Ada give and take. Dan bila hari-hari bersama, perasaan mula dilanda getarnya. Haru bila tak bertemu. Rindu bila berjauhan. Hmm... habis siapa yang harus mengakuinya dulu?

Adat dalam perhubungan, ada turun naiknya. Si jejaka seperti Aaron tak habis-habis dikejar wanita. Dan salah seorang bekas teman wanita Aaron; Salmy tak pernah berputus asa. Kemuncaknya, dia mengaku yang Aaron bapa kepada anak dalam kandungannya. Jadi, apa kesudahannya?

Seperti biasa, jangan susah hati. Penamatnya akan sentiasa manis buat pasangan sejoli. Dan ya, Tengku Aaron Shah tu boleh masuk list suami idaman Malaya lah *wink*
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
August 12, 2013
Tamat sudah!!!

apa yang boleh saya katakan..Eksperimen Berjaya! Mereka bahagia..walaupun pada mulanya sorang kutub utara n sorang kutub selatan..

Rasa2 nya..novel sekarang ni suka buat watak utama yang ada kembar..dlm eksperimen cinta Aaron kembar kepada Andrean.. Aaron yang kecewa..bile kekasih hatinya main kayu tiga dengan adik kembarnya..siap boleh kahwin senyap2 lg.. Aaron bertahun2 menganggap mereka sbg pegkhianat... dpt sgt rasakan kekecewaan Aaron..Aaron kembali ke Malaysia..bila dia nampak si pengkhianat tersebut..dendamnya kepada mereka makin bertambah.. jd Aaron mula buat rancangan mahu berkahwin semata2 ingin menunjukkan dirinya bahagia tanpa mereka. Jadi sapa lg pengantin perempuannya..si Damia la. Damia pulak telah diugut kalau dia x terima lamaran dari buaya ni. So nak x nak terpaksa terima..

Dan dari situ la eksperimen bermula..bg sy novel ni agk 'klise' jugak..sbb setiap adegan terasa macam dejavu.. tp still boleh dibaca sbb penceritaannya sgt slumber..suka cara cik writer bercerita.. jadi ia x jadikan sy boring..

skrg nk tggu "Suamiku Paling Sweet".. yang ni sy baca kat blog Anjell..suka dgn cerita ni..cpt2 ye terbit.. x sabar..:)
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
May 10, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Permulaan yang menarik cuma towards the end tu, N dah mula rasa surut. Rasanya some parts boleh diedit keluar, jadi taklah rasa 'beban' sangat nak habiskan novel ni sebab terus terang, tiada part yang berjaya membuat N rasa 'Wow!'

Plot dan jalan cerinya cliche, tapi N puji penulis kerana mengambil masa untuk develop hubungan Aaron dan Damia. However, I wish the penulis would taken out the whole 'dituduh menjadi bapa kepada anak ex-gf' drama. Masuk prt tu jer, N rasa anak mata N dah juling ke atas. Ditambah lagi apabila Damia begitu senang mempercayai penipuan Salmy. Macamlah dia tak pernah jumpa Salmy dan kenal perangai Salmy sebelum tu.

Call me crazy, but N rasa cerita cinta Tengku Rean dengan Seri lebih cantik walaupun cinta mereka berakhir dengan tragis. Sedih sangat! Wah, part tu memang menitis air mata dan terkesan walaupun it was just a short scene.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
October 12, 2013
3.5*

Kerana kecewa bila Seri Husna (bekas teman wanitanya) berkahwin dengan Tengku Andrean Shah (adik kembarnya), Tengku Aaron Shah (Aaron) memang dah tak percaya pada cinta. Selama ini, perempuan di sekelilingnya hanyalah sebagai teman berhibur sahaja sehinggalah Farisha Damia (Damia) muncul dalam hidupnya. Tertarik dengan sikap tegas dan selamba Damia, Aaron tak mahu bertangguh untuk mengikat Damia dalam hidupnya. Si gadis mahu dijadikan bahan eksperimennya.

Bagi Damia pula, Aaron bukanlah lelaki idamannya. Berlagak, perasan bagus, kasanova dan segala perkara yang negatif  kelihatan di mata Damia. Namun, pilihan yang diberikan Aaron buat Damia buntu. Kata Aaron, kalau mahukan tajaan bernilai jutaan ringgit itu, Damia perlu menerima lamarannya. Haish. Atas rasa tanggungjawabnya pada syarikat, Damia terpaksa menerima lamaran Aaron. Dengan tambahan syarat ala-ala pisau cukur untuk buat Aaron berundur. Tapi, ada si Aaron tu hairan? Haha.

Bukan mudah mahu menyesuaikan diri dalam perkahwinan mereka ini. Walaupun Aaron bersikap kerek  dan sinis, Damia masih tetap selamba dan tabah melayani Aaron selayaknya seorang suami. Tanpa Aaron sedar layanan Damia membuat hatinya terusik. Hakikatnya Damia bukanlah seperti wanita-wanita yang mendampinginya untuk kemewahan. Akhirnya Aaron tewas dengan perasaannya sendiri bila Damia mula menjauhkan diri. Eksperimen gagal!

Setelah bahagia menjengah, datanglah pula bekas teman wanita Aaron menabur fitnah. Haish. Leburkah kepercayaan Damia terhadap Aaron?

Komen saya: Yeah, kisah ni kisah tipikal. Kahwin paksa atau lebih tepat lagi dipaksa berkahwin tanpa rela.  Tapi berjaya dilakarkan dengan baik oleh penulis. Maksud baik bagi saya adalah, tiada konflik meleret-meleret sampai saya rasa nak lempar buku dalam longkang. Hahaha. Gaya bahasanya pun agak santai dan straight forward. Cuma ada sesetengah bahagian terutama di awal penceritaan bagi saya agak meleret. Tahniah Anjell. Keep it up! Moga dikurniakan ilham yang lebat untuk melakar kisah-kisah seterusnya. :)
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
January 30, 2014
Rasanya kisah ini memang boleh dikatakan merangkumkan semua kisah kahwin paksa-rela yang pernah dibaca sebelum ini,tapi bila hati dah suka siapa kesah semua itu.
apa yang buatkan novel ini menarik tak tahu lah yang pasti senang dan selesa sepanjang proses pembacaan.Adakalanya terasa juga lah ayat-ayat over dramatik yang digunakan tapi bak katanya "Hati dah Suka"
Sebenarnya nak kasi 3.5* tapi sbb GR x ada function setengah bintang kasi je lah 4* untuk bacaan santai dan menghiburkan.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
August 25, 2023
Strangers to lovers, fake marriage tropes >>>>

Cliché, yes, but I still liked it. I enjoyed reading this very much!
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
May 17, 2015
3.5 bintang

Fuhhh...akhirnya berjaya juga menghabiskan bacaan buku setebal 843 muka surat ini.

Tengku Aaron yang berdendam bila Seri yang dicintainya curang dengan kembarnya sendiri, Tengku Andrean. Lantaran itu, Aaron mengambil keputusan untuk berkahwin dan menunjukkan kepada semua orang bahawa dia juga mampu untuk berbahagia. Masalahnya, tiada satu pun di kalangan teman wanitanya yang layak nak dijadikan isteri, setakat teman untuk berhibur bolehlah...

Pertemuannya dengan Damia Farisha yang mewakili syarikatnya berurusan dengan Triumph Air menarik perhatian Aaron. Terus dilamarnya si Damia tu! Alasannya, Damia sajalah wanita yang dikenalinya yang layak dibuat isteri. Damia pada mulanya tidak melayan perangai 'mengarah orang sesuka hati' tu akhirnya akur apabila Tengku Aaron mengugut untuk menarik balik tajaan syarikatnya sebanyak 300 juta.

Mula-mula tengok sinopsis dan review2 GR ni...hmmm...klisenya la cerita. Tak der ke yang lebih menarik? (hehe) Ada ke logik sanggup kawin dengan orang yang tak kenal semata-mata nak selamatkan syarikat tempat dia kerja. Bukannya syarikat ayah dia pun. Tapi lama-lama makin menarik pulak review. Tengok kat Popular ada diskaun 20%, terus kurembat...

Dan nyata, saya silap telahan. Cerita memang klise, tak perlu dipertikai. Gadis sederhana terpaksa kahwin dengan lelaki kaya yang kacak. Mula-mula saling tak suka, lama-lama jatuh cinta sampai tersungkur... ;) Namun, bahasa dan cara penceritaan yang tersusun walaupun selamba berjaya menarik perhatian saya. Dan penulis juga berjaya membuatkan saya bersetuju dengan alasannya yang membuatkan perkahwinan Aaron-Damia terjadi.

Saya sukakan watak Damia. Memang dia selamba dan kadang-kadang lawaknya sedikit 'off' tapi nampak 'real', tidak dibuat-buat atau trying too hard. Saya juga suka dengan Tengku Aaron yang suka buat sesuka hatinya, padan la dia dapat satu-satunya perempuan yang tak cair dengan wajahnya dan hartanya sebagai isteri. Dan yang berjaya membuatkan dia benar-benar jatuh cinta.

Saya mampu bertahan sampai muka 600. Tapi penat asyik melihat pertandingan tarik-tali Aaron dan Damia yang seolah-olah tidak berkeputusan, dah mengurangkan rasa keterujaan saya. Tapi bila berjaya juga menamatkan bacaan di muka 843, leganya... :-P.

Sebenarnya nak bagi 4* kerana sangat menghiburkan, walaupun meleret tapi masih boleh layan lagi. Tapi akhirnya terpaksa tarik balik 1/2* tu sebab saya dah hilang tumpuan di akhir cerita.
Profile Image for Jaz Meen.
9 reviews3 followers
May 3, 2015
story so cliche - forced marriage, a regular n liked by majority readers.
So don expect any exceptional plot in between.
Very predictable!
but overall EC is 'just-just' okay! - 1st half ok but into 2nd half excitement immediately off! too flat!
The title of this novel --- is similar to one novel tat had been published under different publisher n writer - wondering why the publisher did not try to change the title.= Eksperimen cinta by Geena Edora published in Sept 2010!!!
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
April 7, 2024
Damia yang memberontak tapi seorang yang penyabar. Aku suka Damia sebab dia hormat pada Aaron after diorang kahwin. Dami jugak yg seorang yg I believe soft spoken. Sopan weh dia ni.

Aaron yang womanizer dan red flag jugak la. Nasib baik Damia dapat melenturkan Aaron😌 Bagus jugak sebab Aaron yang dapat morning sickness. 🤪
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 2, 2014
Mudah dan menyegarkan. Baca bab awal kat blog tahu...menarik sangat. Lepas itu ingat nak tunggu beli nanti, alih-alih ada orang dah beli dulu. Terima kasih kat dia.

Saya menghabiskan buku ini semasa otak tengah serabut fikir masalah duit(Well, tak serabut sangat. Cuma sedikit stress) Terperangkap kejap dalam dunia dorang. Clean ending, semua dijelaskan pada pengakhiran cerita. Selalu akhir cerita buat heroin mengandung - terus tutup buku. Tapi ini ada cerita lain pula. baca-baca-baca ek.

Perasan tak Aaron ni ada berfesyen pelik awal-awal bab? Dalam hati ni berharap yang gaya Aaron tu tak berubah sepenuhnya. Mana jati diri watak ni?(walaupun bukan positif punya jati diri) Pasti ada 'gaya' gila-gila dia terserap dalam bab-bab seterusnya. Tapi, daripada pembacaan terlihat Aaron ni bertukar 360 darjah.Office guy kind o Lovey-dovey Aaron. --Ini komen mengkondem. Abaikan. Sebab saya selalu berangan terlebih. ke ke ke--

Apa pun saya enjoy baca light-novel sebegini. Hilang stress tadi. Anjell, come next novel please.
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
February 21, 2014
Pheuw berjaya juga aku habiskan dalam masa less 12 hours. oklah. even tema dia mmg dah biasa tp penulis berjaya buatkan aku masih gigih habiskan novel ni juga. so not bad untuk karya pertama beliau. tahniah
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
August 20, 2015
Can't say much... aku terlalu terpengaruh dengan dramanya di TV. Both version okeh. :-)
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
September 28, 2014
Cerita yg santai... Bahasa yg merapu meraban tp tetap ML suka. Kalo ML suka, korang dah x boleh ckp apa ya. Bertahun jugak ML Peram buku ni. Puas hati? Boleh lah.... Apapun....satu part yg ML x suka, time bersemuka si Salmiang dgn family Aaron. Huh, terus ML rasa nak tampar jer mulut si tua Tengku Ahmad Shah tu. Nama jer peneraju company yg gah.... Cepat benou buat keputusan gitu. Mcm x logik jer... Memang... Cara penulis nak jentik pembaca dgn mengatakan company lebih penting dari menantu tu, betul.... Tapi sedikit sebanyak penulis dah jatuhkan imej seorg tokoh korporat spt TAS.. Come on... TAS tu bukannya Pak cik Ahmad yg buat kebun sayur kat hujung kg okey.... Dia pemilik Shah Group kot... X kan sesingkat tu pikiran dia...

Okey... Faham... Faham.... Tapi, cara dia buat keputusan tu, mcm org x berfikir... Biasanya, org mcm tu, dia akan diam dulu.. Then baru shoot... Ni x... Terus jer buat keputusan... Hadoi....

Apapun, ML suka Damai... Budak tu memang cool betul... ML suka Raen... Sayangnya kisah dia ngan Suraya x dirungkaikan. Mati2 ML ingat Suraya dgn Adam.. Ingatkan Suraya tu, nama penuh dia Suraya Farhana ke... Hehehehe.....

Karya ni, banyak cuba part2 yg meleret. Dan connective antara Damia n Leo, ML x rasa sgt... X tahu kenapa...mcm part2 yg berbeza... Mcm mana Ada. Boleh jumpa Leo? Misteri... Misteri...hahahaha.... X pelah... Kurang2, x derlah novel ni jadi setebal 1500 muka surat... Kalo x, nanya....

Sebabkan ML suka ngan sikap sengal Damia tu, ML naikkan Rate dia 3/5.... Cukup lah tukan... Hehehehe
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
February 3, 2014
3.5*

Buku ni tentang cerita kahwin paksa juga tapi dia ada kelainan tersendiri.

paling suka bila Damia Farisha dapat mengubah Tengku Aaron memaafkan saudara kembar dia tu

sejak kenal Damia, banyak perubahan yang dibawa oleh Damia untuk Tengku Aaron ni

TAHNIAH buat penulis untuk buku pertama dia. Semoga maju jaya dalam bidang penulisan
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
July 31, 2022
hmm bolehla. masih boleh dilayan cuma imagination aku terhadap hero heroin agak tercemar sebab pernah tertengok drama ni kat tv3. pastu kisahnya agak clinche lah juga tapi aku tetap suka hehehe <3
Profile Image for Ilman Nafia.
47 reviews
May 1, 2015
Tak mampu nak cari kat mana yg bestnya macam kawan aku cakap. Boring. Sorii writer.
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
September 22, 2015
habis akhirnya.
kisah tengku aaron & damia farisha.. aaron saja2 ajak damia kahwin.
confident je aaron takkan jatuh cinta dekat damia,last-last fall in love.

mcm biasa happy ending..
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
April 18, 2025
Kisah ni cliche tau

F suka

Dah banyak buku baca kisah pain, sekali baca karya yang cliche and mulut selamba takde insurance ni buat hati F rasa relax
Profile Image for Ainaa Nadhirah.
3 reviews1 follower
June 20, 2023
I had zero expectation about this novel since it was my first time reading Anjell's work. It has all the cliche tropes: forced marriage, a snobby and rich male love interest, female love interest from modest lifestyle, crazy ex girlfriend, identical twins who hate each other. The storyline is pretty predictable. But I still enjoyed this novel, mainly because the writer's writing style that is appealing and humorous. I LOVE the development of Tengku Aaron and Damia's love story. Their interactions had me gigling, blushing, punching the air, kicking my feet. Though I agree with some readers here, some scenes are not necessary especially Salmy's 'comeback'. I know the writer's trying to include some Islamic perspective in Damia and Leo's interactions but I don't know why, it doesn't seem natural to me. This is an easy and light hearted novel that you can pick up easily.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
May 12, 2014
~EC..Kisah ni simple saja..tapi, menarik…tak stress bila baca…
Tengku Aaron Shah kecewa apabila kekasihnya, Seri curang dengan adik kembarnya sendiri, Andrean..kerana sakit hati dan mahu menunjukkan kepada Andrean dan Seri..dia juga boleh bahagia..Aaron memaksa Damia Farisha berkahwin dengannya, jika tidak kontrak syarikat tempat Damia bekerja ditamatkan serta merta..Damia, gadis manis yang disukai orang disekelilingnya, terpaksa menerima dan berkongsi hidup dengan Aaron… Hubungan rumah tangga mereka ada pasang surutnya.. Aaron tidak sudah2 dikejar wanita yang hidung belang… sedar2 mereka jatuh cinta..dan Salmy tidak lelah mengejar Aaron dan hampir meranapkan rumah tangga Aaron dan Damia…
Profile Image for nell.
39 reviews2 followers
January 22, 2015
This book was easy to understand.
But the more I read, the more I think I have read some of the part somewhere else.
And to be honest, while reading this book, I think of Hlovate at some part which is for me quite obvious he/she take from there.
My humble opinion, I know it's hard to write a novel, but please dont make it too obvious if you copy some part from another novel and paste it to your novel.
Keep on writing. I'm wishing you good luck. =)
Profile Image for Lylia Sofea.
2 reviews2 followers
October 27, 2013
Habis baca buku ni dalam masa satu hari. Marvelous! Novel ni sempoi jerr bila baca, mudah difahami. Lagi satu, suka ngan watak heroin dia <3 <3 lawak betul. (bila difikir2 balik. watak heroin ni kurang lebih ngan saya. kahkahkah *perasanlebih*)

Most of all story ni memang best! Rugi tak beli. Cepat2 pegi kedai beli buku EC!! Heheh.

p/s: tak sabar nak tunggu next novels dari author ni, especially Suami Aku Paling Sweet yang tngah baca kat blog Miss Writer. Love you, Miss Writer ;)

Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
sy tahu susah nak tulis novel/buku, tp anggap la ini sebagai cabaran... kalau bole buat cerita yang original... jangan buat cerita yang sama dan jln cerita pun sama cam novel yg dah ade... bila bace novel ni, macam pernah bace je jalan ceria sebelum ni... ntah la...
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
August 27, 2015
taking my time reading this book and I must say there are a lot of improvement on anjell writing style from eksperimen cinta to, suamiku paling sweet and tundukkan playboy itu. my fav? of course TPI.
3 reviews
January 3, 2023
Mula² Tengku Aaron ni memang red flag sungguh ! Tapi lama² eksperimen cinta dia ni makin makam hilang and tetiba jatuh cinta dengan Damia !

Dipendekkan memang suka this book walaupun ada red flag..tapi sekejap jelah dalam 2 ke 3 bab !!
Profile Image for Rosli Ab Rahman.
55 reviews1 follower
April 17, 2014
penulisan yg sgt bagus, mampu menarik pembaca menghayati kisah yang digarap. mampu membuat kan pembaca emosi dgn ceritanya - peace :-)
Displaying 1 - 30 of 83 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.