Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mr. Secret Admirer

Rate this book
Kisah bermula apabila Zureen ditawarkan bekerja sebagai jururawat peribadi kepada seorang lelaki kacukan Arab-Pakistan, Syed Redza yang baru tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya. Pekerjaan yang disangka mudah, rupa-rupanya serba mencabar apabila dia sering saja menjadi mangsa kemarahan dan sikap baran lelaki kepala batu itu.

Di pihak Syed Redza,hatinya memegang kukuh sebuah dendam. Kerana terlalu bencikan bekas tunangnya, dia turut melempiaskan rasa yang serupa kepada Zureen. Baginya perempuan semuanya sama, semua tidak boleh dipercayai. Sungguh hatinya benci!

“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi, tapi di belakang macam racun!” – Syed Redza.

Kebencian Syed Redza yang tidak masuk akal itu membuatkan Zureen semakin tersepit. Dia mahu melarikan diri sejauh mungkin, namun kakinya dirantai dengan janji bersama Datin Raja Fatimah. Dan kehadiran abang angkatnya, Dr.Haziq semakin menambahkan beban apabila pangkat ‘adik’ itu rupa-rupanya sekadar di bibir. Di hati lelaki itu tersirat makna yang lainnya, makna yang jelas berbeza.

Namun apabila cinta dan rindu yang terpendam utuh mulai terancam, ego seorang Mr. Secret Admirer dicampak jauh ke tepi. Dari rasa benci yang membuak tinggi, hati Syed Redza disapa rasa cemburu apabila perhatian Zureen teralih kepada Dr. Haziq. Jiwanya mula kacau bilau tidak keruan.

Perubahan dua ratus peratus Syed Redza membuatkan Zureen kematian kata. Daripada sikap yang suka mendengus dan membentak, lelaki itu seolah-olah cuba mencuri hatinya. Akur dengan rasa yang serupa, Zureen akhirnya memberi ruang dan peluang untuk membina bahagia bersama.Namun, sebegitu mudahkah cinta mereka bersatu? Dan mampukah Mr. Secret Admirer memegang cintanya sehingga ke akhir waktu?

“Hanya Allah yang tahu apa niat aku. Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri.” - Zureen

770 pages, Unknown Binding

First published July 1, 2013

10 people are currently reading
62 people want to read

About the author

Shila Alish

4 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (20%)
4 stars
13 (20%)
3 stars
24 (37%)
2 stars
9 (14%)
1 star
5 (7%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Eda Azizan.
2 reviews
December 19, 2013
Emm..baca habis la novel ni but so sorry i don't like this story.Guess why? sebab cerita ni macam sama dengan cerita lain jugak.Same as usual.Tak ada perubahan and i think tak kena kot dengan cita rasa saya.I hate the way Syed Redza yang terlalu King Control and i hate that Zureen yang terlalu lemah bagi saya la...Cerita dia just simple cuma konflik dalam pertunangan je.Tapi kalau saya lebih suka konflik dialam perkahwinan.And cita ni tak ada bahagian sweet2 or funny you know?.Lepas dia kahwin dengan Syed Redza storyline tamat.And there's no konflik langsung,bergaduh ke apa ke.And how can dia pegang tangan Syed Redza sedangkan dia bertudung??.I ask you this question! i really hate that time and made me skip the page and continue another bab.And syed redza pun sng2 je pgang tangan dia .So dia tak mengelak langsung or tepis.Kalau dia betul2 dididik oleh umi dia untuk jaga pergaulan,walaupun darurat sekali pun or tak sengaja dia sepatutnya tepis betul tak?. ni tak dia macam biar je...Tutup aurat tapi pegang lelaki macam tu boleh ke?.Hmmm...sorry sis.Saya tak suka novel ni so i give it 1.5 star only.Sorry to says worst novel ever i have buy and saya rasa rugi sangat beli novel ni.Sorry kalau sis terasa or kecil hati.But saya mmg jujur saya tak suka novel ni..
5 reviews
Want to read
June 19, 2021
Gaya penulisan sgt mengecewakan..cuba lg..agak letih nak abiskan..
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
April 9, 2016
3.5*

Jalan cerita ni agak lambat tapi pada saya ada part sangat menghiburkan juga.

Zureen bertugas sebagai jururawat peribadi Syed Redza (mamat beku), yg separuh lumpur akibat kemalangan kereta. (not permanent)

Syed Redza telah bertunang ngan Lisa tapi tali pertunangan tu tergantung kerana keadaan Syed Redza yg coma selepas kemalangan, apabila sedar masih bergantung kepada pengunaan kerusi roda. Tiada khabar (bertahun) dari tunangannya itu membuat seorang Redza baran, beku dan sombong. Sebabnya sebelum kemalangan pergaduhan besar happened btwn them.

Syed Redza pada awalnya amat membenci Zureen goes all out to make Zureen's life miserable kerana baginya perempuan semua sama..tak boleh dipercayai.

With advised from Doktor Haziq, yg dlm diam mencintainya, Zureen yg berputus asa terpaksa teruskan juga amanah yg diberikan oleh Datin Fatimah buat Redza. Bukan sahaja mengubati physicalnya tapi juga hatinya yg luka. Hari demi hari kesihatan Syed Redza semakin pulih dan bibit2 cinta began to spark between them hingga mengikat tali pertunangan antara mereka.

Lagi beberapa bulan sebelum perkahwinan berlangsung, si Lisa tu dtg menuntut janji..hubungan Zureen dan Redza hampir terlerai gara2 si langau tu. Apa yg di buat si langau tu? Saya rasa kita hidup di zaman modern tapi perbuatan tu kenapa kuno sangat..masih ada lagi org muda bersifat begini. Dapatkah mereka mengatasi masalah ni?

(Silapnya Redza adalah lambat memutuskan tali pertunangan ngan Lisa dan masih melayan Lisa walaupun pada awalnya acuh tak acuh..)

Seperti novel2 yg lain..happy ending juga. Ok buat bacaan santai tak heavy with plots or sakitkan otak.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
January 25, 2014
Banyak sangat masalah dengan buku ini sehingga mengganggu bacaan. Pada dasarnya, ceritanya baik.
Seorang gadis manja tetapi tegas, bernama Zureen, telah dapat pekerjaan sebagai jururawat peribadi kepada Syed Redza. Syed Redza baru terjaga dari koma dan perlu dirawat dari segi mental dan physical. Banyak cubaan yang di lalui oleh Zureen untuk memulihkan Redza. Di masa yang sama, Redza telah jatuh hati pada Zureen walaupun dia tetap bersikap kasar pada Zureen. Hati Zureen juga terpikat dengan Redza walaupun dia tahu sifat Redza sangat kasar. Bila mereka telah bertunang, hubungan mereka diganggu oleh bekas tunang Redza. Zureen ambil keputusan untuk mengundur diri untuk kebahagiaan Redza. Tetapi tindakan dia melukakan hatinya sendiri dan hati orang-orang yang disayangi. Akhirnya, mereka dapat bersatu kembali dengan pertolongan orang yang dia pernah lukakan hatinya, Dr Haziq.
Profile Image for Intan Jannati.
40 reviews59 followers
June 19, 2016
Novel santai yg tidak memeningkan kepala utk memahami jln ceritanya.. mengisah Zureen yg bekerja sebagai jururawat peribadi kepada Syed Redza si mamat beku. Syed Redza perlukan penjagaan seorang jururawat kerana dia tidak blh berjalan akibat kemalangan & jiwanya yg tidak tenteram kerana dendam terhadap bekas tunangnya. Syed Redza melayan Zureen dgn teruk kerana dia tidak mempercayai wanita lagi selepas kecewa dgn tunangnya yg tidak setia. Saya sangkakan Mr.Secret Admire dlm cerita ini adalah Dr.Haziq abg angkat Zureen, kerana dia mencintai Zureen dlm diam. tetapi pada akhir cerita Mr.Secret Admire bagi Zureen adalah Syed Redza.
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
August 28, 2013
done this book...
amik masa yg agak lama untuk menghabiskan,..
hehhehe...
banyak faktor yg menyebabkan buku nie lambat abis...

to u all.. selamat membaca....
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
September 20, 2013
Reminds me of siapa orang gajiku and suamiku tak romantik tapi autistik but this one, I'm so sorry, I just couldn't bring myself to finish it. Not my cup of tea.
Profile Image for Zack.
56 reviews5 followers
September 24, 2014
siapa yg berminat 2nd hand punya x termasuk kos pos:rm16
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.