13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
Librarian Note: There is more than one author in the GoodReads database with this name.
This is Evelyn^^Rose, where ^=space.
As written in her novel:- "I'm Iman. A PhD researcher in UK. Graduated Master Engineering in Microelectronic in UK. Worked as PTD and involved in entrepreneurship."
Done! Evelyn Rose ternyata penulis baru yang perlu diberi perhatian. Good job sister!
Full review: 18/09/2013
13 jam pertama di A380 – agak membosankan. Seriously. Masa tu aku dah rasa nak campak buku ni ke tepi dulu. Terlalu mendatar dan aku rasa Hana terlalu murah di sini. Senang-senang dipegang, dipeluk oleh sang lelaki. Bila plot berkembang, baru aku sedar kenapa perlu ada kisah 13 jam itu.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- Syed Haydar
Bila kita kecewa, baru tergerak mahu cari sejadah. Kenyataan, pahit kan? Begitu juga dengan Hana. Saat jiwa koyak-rabak, saat hati berderai seribu baru dia sedar akan kenyataan. Perlahan-lahan mencari makna diri. Perlahan-lahan membina kekuatannya semula. Hana bangkit daripada luka yang dalam.
Dan itu semua kerana keluarga Fawwaz. Ada Emmel, Fido dan nenek yang sedia berkongsi rahsia hidup. Ada Linda dan Helena yang mengubah pandangan Hana tentang makna cinta dan kehidupan. Keberadaan mereka di sisi Hana tak ubah seperti keluarga sendiri. Tiap kali langkah Hana rapuh menuju-Nya, cinta mereka semua membawa dia kembali ke asalnya. Indah kan kalau hidup bersyariat?
Watak Haydar tu memang buat aku rasa nak hempuk kepalanya, lagi-lagi tika dia membuka kembali kenangan kokainnya bersama Hana. Walau niatnya mungkin baik, tapi itu bukan persoalannya. Sebaiknya lelaki itu menjaga maruahnya, maruah gadis yang dicintainya. Entahlah.. aku rasa ruang untuk Haydar tak solid. Tetiba je dah kahwin, seterusnya adegan penolakan Hana sebelum dia memilih untuk redha dengan ketentuan-Nya.
Antara Fawwaz dan Haydar. Aku suka pengakhirannya. Mungkin dari awal aku merasakan Fawwaz itu terlalu baik untuk Hana. Bukan bermakna Hana tak baik, dia pun masih gadis suci. Cuma aku rasa he deserves someone better.
Hati turut sama sebak saat Samuel mengakui Tuhan dan Rasul-Nya. Kita sendiri belum tentu punya kefahaman sepertinya. Memang hidayah itu dari-Nya. Seorang aties menemui apa yang dicarinya. Kita yang mengakui muslim ini, sudah jumpa kah apa yang dicari? Tepuk dada, tanya iman anda.
Transisi Hana sebagai muslimah adalah titik tolaknya bagaimana cerita ini berkembang. Hana sedar, Islam bukan setakat tak minum arak atau makan khinzir. Kasar bunyinya. Maaf. Tapi itu hakikatnya. Kenapa kita begitu mudah terbabas? We always take for granted. Beragama Islam semenjak kecil menjadikan kita rasa kita sudah cukup islamik. Allahu Allah! Mudahnya kita menetap hukum.
Kemunculan kembali Adam-Arianna buat menambah seri. Aku suka begini. Tak perlu disambung kisah mereka, cukup kalau ada special appearance di mana-mana novel baru penulis. Itu lebih manis.
Apa pun kredit pada penulisnya. Tahniah atas kelahiran novel kedua yang tidak kosong. Semoga anda akan terus punya kekuatan dalam berkarya. Boleh request cerita Fido? Eh! hahaha Selamat maju jaya!
Okey..... sekarang saya faham kenapa ramai yang dah baca buku ini berikan empat ke lima bintang pengisian nya agak menjeruk hati (hati sendiri je kut) jalan cerita nampak biasa-biasa tapi bila dah diamati banyak yg lebih dari biasa,lepas secara tak sengaja selak muka surat akhir rasa sakit hati tapi gagahkan diri tuk baca dan baca dengan harapan ending boleh bertukar tapi pengakhirannya telah ditetapkan dengan manis sekali.Diakhirnya bukan tentang siapa yang Hana pilih tapi siapa yang telah ditetapkan sebagai pasangnya bila Redha itu ada pasti kita akan bahagia.Suka dan sangat suka
07 Feb 2017. Rasa macam nak edit balik review lama. Rasa macam dah beralih arah to Fawwaz. Rasa macam hmm nak kurangkan satu bintang. Macam-macam rasa ada bila baca kali ini :(
*****************************************
17 Aug 2013. Ya Allah. Novel ini memang terbaik, sangat. 5 bintang masih lagi belum cukup untuk novel sehebat ini. Allahu Allah. Tanpa sedar, aku turut sama menangis. Menangis bila Samuel melafazkan kalimah syahadah. Menangis dan menangis lagi dengan isi yang ada dalam novel ini.
Sempurna. Terbaik sangat. Bukan terbaik oleh sebab kisah cinta semata- mata tapi kerana, pengisian yang sangat mantap aku kira.
Ya, novel macam ini lah yang aku dambakan dari penulis. Memang tabik hormat kepada penulis. Jujurnya, macam tak percaya, penulis novel The Wedding Breaker boleh hasilkan nashkah kedua yang aku kira, sangat mantap dan hebat ini. Hebat dengan ilmu Allah Ta'ala. Hinggakan, hati ini rasa terjentik sama. Mesej yang disampaikan oleh penulis terasa hingga ke lubuk hati.
Alhamdulillah, siapa kata, membaca novel ini melalaikan masa sahaja? 13 Jam A380 membuktikan pandangan itu salah sama sekali. Dapat ilmu baru. Malu, bila difikirkan, aku juga bukanlah hamba yang benar- benar membawa nama 'Islam' itu sendiri.
Allahuakbar. Mengalir air mata tanpa sempat ditahan. Banyak benda yang aku dapat dalam novel ini. Sungguh. Bacalah. Memang tak akan rugi.
Bacalah. Bagaimana Hana, mencari balik dirinya yang kurang sempurna melalui pertemuan dengan Fawwaz, Fido, Nenek-- satu keluarga yang amat sempurna. Bagaimana Hana mendapat kepercayaan balik tentang Islam melalui Helena itu sendiri. Walhal, Helena bukanlah Islam sejak azali. Bagaimana kehadiran Linda yang mengubah pandangan Hana tentang agama, cinta dan kehidupan. Dengan kemunculan watak dalam TWB, Kak Ariana yang turut sama menyokong Hana. Dan, Emmel, anak kecil yang menjadi penghubung antara Hana, Helena, Fawwaz dan Kak Hazra.
Novel ini berkisarkan tentang Hana, si pemuja Haydar (jutawan muda) dalam diam, bertahun memendam rasa, lalu takdir menemukan mereka di awan biru. Namun, mereka tersilap langkah, tergelincir dengan godaan nafsu. 13 Jam di awan biru, Hana tidak melepaskan peluang untuk lakukan perkara bersama- sama dengan lelaki yang dipuja. Empat jam menjadi kekasih sementara. Hingga lah, tibanya mereka ke destinasi, kemesraan mereka bersama dalam penerbangan dibawa angin lalu begitu sahaja.
Tiga tahun Hana bahagia bersama Emmel, bahagia dengan kehidupan bersama keluarga Fawwaz di UK, dalam usaha untuk menghabiskan pengajian PHD nya, kebahagian mereka bersama didoakan orang sekeliling dan juga Fawwaz untuk dipanjangkan dengan satu ikatan mulia.
Pulangnya Hana ke Malaysia untuk mendapat restu ayah, rupanya hanya menjerat kaki sendiri. Kemunculan Haydar bagaikan satu malapetaka. Hancur musnah harapan Hana untuk bersama dengan Fawwaz. (Awalnya, aku sendiri terikut- ikut dengan emosi, menyalahkan si Haydar, membenci kehadiran dia.)
Rupa- rupanya, Qada' dan Qadar dari Allah Ta'ala buat mereka terlalu indah.
*******
Alhamdulillah. Segala pujian untuk Tuhan kita yang memberi ilham kepada penulis. Tahniah Evelyn Rose!
Pengisian yang mantap. Sudah tentu cerita dari ER masih lagi mendedahkan kisah konglomerat yang berharta dan menggunakan kelebihan yang mereka miliki ke arah keberkatan.
Pertemuan dengan Syed Haydar didalam kapal terbang bagai satu mimpi buat Hana Sofea. Lelaki yang selama ini dia stalk melalui twitter! Jutawan muda yang menjadi igauan wanita! Termasuk Hana. Akhirnya doa Hana termakbul dapat bertentang mata malah sempat mencipta cinta kayangan yang dilakar dalam tempoh 4 jam. Cinta di awan biru sungguh indah sebelum Hana sedar semuanya adalah dosa dan aib yang akan mengikat dirinya. Pabila kaki menjejak bumi, cinta kokain bagi Haydar tidak dapat diteruskan kerana kehidupannya masih ada lagi tanggungjawab yang perlu dilunas lantaran dia adalah pewaris yang meneraju perniagaan keluarga. Hana sedar semua itu. Tapi pabila mata melihat lelaki yang dipuja ditemani kekasih model jelita, Hana panasaran.
Masih jauh lagi perjalanan hidup Hana dibumi London. Kenalan baru,Fido dan nenek yang berada bersama Hana dalam pesawat menemukan cinta baru buat Hana. Emmel kanak2 comel yang ketandusan kasih seorang ibu menagih kasih Hana. Panggilan mommy telah mengikat Hana untuk terus tinggal dengan keluarga Fido. Sekiranya dengan Haydar, Hana adalah kokain. Bersama keluarga Fido, Hana merupakan sunshine. Cik Pah sangkakan Fido yang bakal menjadi lelaki watak ke dua semasa baca di blog ER. Rupa-rupanya Fawwaz (daddy Emmel) abang Fido yang menjadi pembimbing dan impian Hana untuk mengimamkan dia sehingga ke akhir hayat. Lelaki yang digambarkan sungguh kacak, bermata ambar, berharta, alim tetapi terperangkap dengan kisah sedih masa silam sehingga membentuk sikapnya yang dingin. Sungguh Hana terlupa mengukur dibadan sendiri tatkala dia terbuai dengan kehadiran Fawwaz walau Fawwaz tidak menunjukkan sikap romantik tetapi lebih kepada tanggungjawab. Waktu ini Cik Pah pun terlupa seketika watak Haydar dan Fido. Yang menguasai watak adalah Emmel dan Fawwaz. Sungguh ER berjaya membawa pembaca melupakan sesuatu dan fokus kepada apa yang terhidang.
Istikarah telah dibuat. Petunjuk Allah pun telah diperolehi. Sesungguhnya manusia kadang2 tidak sedar Allah telah menunjukkan jalan tetapi manusia masih menyangkal. 3 tahun Fawwaz menunggu jawapan daripada Hana, tetapi jawapan tetap negetif kerana belum mendapat restu daripada ayahanda di tanah air memandangkan dia masih bergelar pelajar. Suka dengan watak Hana yang digambarkan seorang anak yang mengutamakan keluarga dan bab jodoh dia masih tidak membelakangkan restu mak ayah.
Kisah Haydar tidak berakhir begitu sahaja. Sewaktu Hana pulang ke Malaysia, Haydar muncul kembali kali ketiga. Pertemuan kali kedua adalah semasa Haydar menyelamatkan Emmel. Disitu Cik Pah sudah agak, mungkin Haydar business partner Fawwaz. Tapi tidak semudah itu ER membiarkan pembaca menebak. Haydar, Hana tinggalkan dengan getaran yang masih terasa. Jauh lagi perjalanan cerita sehinggalah pertemuan ketiga Hana dengan Haydar dalam pesawat A380. Mereka mengulang kembali detik pertemuan pertama dalam versi Hana yang telah bertudung yang menjaga tatasusila sebagai muslimah.
Hana dengan misinya, pulang ke Malaysia dengan harapan mendapat restu mengahwini Fawwaz dalam tempoh 2 bulan. Itu hanya perancangan manusia, namun Allah yang menentukan kerana Hana perlu menempuh halangan dari Haydar yang turut melancarkan misinya untuk memperisterikan Hana. Bertindak seperti 'snake in the grass'. Ayah dan umi Hana dilayan seperti mertuanya. Pandai mengambil hati orang tua, cilik menguasai permainan, terkena dan mengena tetapi masih menguasai keadaan. Berdebar-debar tau nak tahu penamatnya. Nakal Haydar menyebabkan Cik Pah hampir terlupa Fawwaz tetapi tatkala Fawwaz muncul di Malaysia, serba salah nak sokong siapa hehe.
Aha, watak dalam The Wedding Breaker turut dimuatkan dan mewarnai novel kedua ER. Terubat rindu dengan semua watak TWB ;)
Fair warning: I tend to be personal about my review sebab I also post this to my blog HERE. I can’t write my own story but I’m a huge complainer. Also... spoiler alert!
Wow! Finally, habis juga this novel. I don’t know why so hard I nak habiskan this novel. Selalu novel macam ne boleh siap in 2 days... For one thing, kerja I macam bertambah time-time ne juga, which led me to abandon this novel on my work desk and then, being a forgetful person that I am, I selalu tertinggal novel ne at office and ended up memendam rasa nak baca. Though... I think, main reason kenapa lambat nak habis tu more due to the fact that I tried to absorb every words yang ada dalam naskah ini and sometimes, I read certain scenes berulang kali sebelum meneruskan bacaan.
13JamA380 merupakan novel kedua Evelyn Rose, penulis yang sekarang ne berada on top of my favourite author list... well, Malay novel author list, to be exact.
Seperti novel sebelumnya, The Wedding Breaker, Evelyn Rose masih mengekalkan konsep dakwah dalam penulisan novel keduanya ne. Unlike most writers, Evelyn Rose writes bukan semata-mata hendak bercerita tentang cinta... she also tries to sampaikan ilmu di samping menceritakan kisah cinta yang somewhat triangle ne (I really hate cinta tiga segi).
Kisahnya bermula apabila takdir telah menemukan Hana Sofea dengan insan-insan yang akan menjadi watak-watak utama dalam kehidupannya di dalam perjalanannya ke UK.
Kesilapan system pembelian tiket telah menyebabkan Hana dengan seorang nenek (yang menaiki penerbangan tersebut dengan cucu lelakinya) berkongsi tiket yang sama dan disebabkan kesilapan teknikal tersebut, Hana telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah menjadi igauannya selama ini, Syed Haydar. They created a beautiful memory di awan biru... berlagak seperti pasangan kekasih (or maybe wedded couple to be precise) – bersentuhan dan berpelukan tanpa batas...
“Hana, thank you for last night... but I can't have cocaine all the time.” – Kenyataan daripada Haydar ini seolah-olah satu tamparan buat Hana. I rasa this is the main reason kenapa Hana rasa benci pada Haydar... and yeah, the fact that she saw Haydar with his girlfriend shortly after they landed. Cocaine is not a good thing for our brain, heart and probably emotions... and being compared to this powerful drug isn’t something to be proud of.
Nenek yang ditemui dalam penerbangan tadi mengajak Hana untuk singgah ke rumahnya... dan setelah dipujuk oleh cucunya, Firdaus a.k.a Fido, akhirnya she consented. That is when she first met Fawwaz Hussaini. Perasaan sayang yang timbul terhadap anak angkat Fawwaz, Emmel, menyebabkan Hana mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama mereka.
Kalau I nak summarize all, my post memang akan menjadi panjang sangat. Lagipun, tak payah nak cerita... you kena beli this novel la. Lagi better baca novel daripada baca summary pembaca tak bertauliah seperti I.
I rasa Evelyn Rose really is a brilliant author. I suka how unique her story telling is. Penceritaannya bukan seperti yang pernah kita (or maybe just me) baca sebelum ini. Seperti yang I mentioned, I hate tema cinta tiga segi ne... However, dalam novel ini, triangle cinta ne tak beberapa tajam sehingga menyakitkan hati. I paling anti bila I saw two nama lelaki bila baca synopsis cerita... or two nama perempuan. Tapi sebab I berpuas hati sangat dengan Evelyn Rose’s first novel, I kuatkan hati la baca...
Fawwaz Hussaini mempunyai masa lampau yang menyakitkan dirinya tetapi being a true Muslim, he tried not to blame himself di atas takdir yang menimpa keluarganya and has moved on with his life, taking care of his brother yang pada mulanya menyalahkan abangnya di atas kematian parents mereka. Fawwaz ne seorang yang sangat baik tingkah lakunya dan berpegang teguh pada ajaran agama Islam... sampaikan nak drive pun tadah tangan meminta dilindungi sepanjang perjalanan. Dari segi pakaian pun I imagine him being very neat all the time. He seems like a perfect man; tapi towards the end of the novel, I baru perasan yang sebagai seorang manusia, memang akan ada kecacatan... Sejak mengenali Hana, he was being ignorant pada sign-sign yang ALLAH tunjukkan kepadanya sebab terlalu mengikut kata hatinya. I tak terperasan clues tu sampailah penulis mentioned of this fact melalui Fawwaz’s dialogues. I guess, Hana is like a cocain to him juga... LOL
Syed Haydar pula... I really don’t know about his character. Syed Haydar first appear pun when he decided to cipta memori dengan seorang wanita yang dia baru saja kenal, and the girl first acted macam dia tak kenal dengan dirinya yang merupakan seorang jutawan muda. Perwatakannya semasa dalam kapal terbang tu seolah-olah seperti seorang banduan yang baru dilepaskan dari penjara... macam kanak-kanak yang baru berpeluang bermain salji... totally carefree and somewhat mischevious. Selepas kahwin, Haydar seemed to be a totally different person. He seemed to be the kind yang tidak tinggal solat and somewhat practice the Muslim ethics , tapi a lot loose la, like typical Muslim yang ignorant of certain hukum. Confusing la perwatakan si Haydar ne... tapi I really like his character.
Novel ini ditulis dari sudut pandang Hana Sofea, so naturally, every thoughts from Hana memang we tau. Hana started of being a normal 25 years old mahasiswi yang baru nak take PhD, seorang anak yang taat dengan parents dia and she’s very close with her sister. Hana is the type of perempuan Islam yang ignorant of some hukum dan etika Islam. From the scene of her with Emmel di mana Emmel tried to dress like her, I tau dia ne tak terlalu menjaga cara pakaiannya. Pengenalannya dengan keluarga Fawwaz telah banyak mengajar dia untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik. Sepanjang tempoh Hana balik ke Malaysia sampai dia bertemu semula dengan Haydar di dalam flight ke India, I memang menyampah dengan watak Hana. Unlike Ariana Rose, Hana lupa pada takdir dan dia ignore semua petanda yang ALLAH bagi bahawa Haydar is the one for him. Tetapi, this reaction memang typical for those yang kena paksa kahwin. You can see this typical behavior in most novel yang bertemakan kahwin paksa. I like her lagi selepas dia dah minta maaf to her husband.
Sepanjang pembacaan, I don’t know why I hope for Hana to meet Haydar lagi sedangkan Fawwaz merupakan jejaka idaman setiap perempuan. Mungkin I rasa Fawwaz tu terlalu perfect untuk Hana, atau I rasa Haydar belum menampakkan dirinya yang sebenar ketika perjumpaan 13 jamnya dengan Hana. I think he’s better than that... I guess harapan I tu yang made me so stubborn untuk tidak melihat Fawwaz sebagai “the one” for Hana. Also, I rasa apa yang Hana rasa towards Fawwaz is simply infatuation; she was fascinated with his character. And... I also notice that nama Hana dan Haydar starts with “H”... mana tau penulis ne memang ada habit macam I, menyamakan huruf pertama nama kedua-dua watak utama. After all, in The Wedding Breaker, kedua-dua watak have the same initial... and apparently, kesemua anak-anak mereka pun juga.
I’m seriously happy dengan conclusion yang Evelyn Rose berikan. Fawwaz bertemu jodoh dengan seorang wanita yang memang sesuai untuknya. Semasa Ariana Rose memberitahu Hana about Fawwaz’s wedding to Almas Iman, kita diberi gambaran isteri baru Fawwaz. Totally setuju dengan takdir yang penulis karang for Fawwaz! I feel the goosebumps semasa Fawwaz pegang pinggang isterinya semasa melawat Hana yang baru melahirkan anak. I rasa nak beg Evelyn Rose for a story of Fawwaz Hussain and Almas Iman. (Lepas ne I jadi stalker Evelyn Rose la and see if ada their story. LOL)
Watak-watak daripada novel Evelyn Rose sebelum ini kembali sebagai watak sampingan –Tengku Adam Kamil, Datin Ariana Rose, Linda, Samuel dan ramai lagi are back!! I love this kind of series (I really don’t know what to call these connected books... this type of series sering ada pada novel-novel Inggeris)... Novel yang menceritakan watak-watak baru, dan di samping itu penulis melihatkan kehidupan watak-watak dari novel sebelumnya – Kehidupan peneraju utama setelah bahagia dihujung cerita sebelumnya. I really prefer penulis showed us what happen to Tengku Adam and Ariana Rose this way, rather that writing a new novel yang pastinya akan membawa conflict baru dalam keluarga mereka. Conflict baru ne akan mencacatkan happy ending yang we read before. Perhaps, I’m emotionally attached to all my favourite characters... I dunno. Tapi I really benci going through another novel with the same characters... unless, conflict yang dibawakan adalah sesuatu yang ringan and unless, novelnya is a comedy.
Terubat rindu pada Tengku Adam dan Ariana Rose. Jiwa rasa very happy when I see my favourite couple tu masih loving-loving macam tu and Ariana acted very much macam isteri yang solehah.
From the way I read, timeline novel ne started somewhere in between that 7 years yang missing dalam TWB. Dalam masa tu, Tengku Adam and Ariana Rose dah banyak kali fly ke UK, and dalam masa tu Samuel masuk Islam, and dalam masa tu juga Samuel and Linda dalam proses nak bersatu.
Sebelum terlupa, I love how penulis made the connection between Hana, Emmel, Helena and Kak Hazra. Very, very unexpected... and brilliant.
Serious I like these connected novels. I feel very connected to all the characters. Next, nak cerita Fido lagi, can?
I rasa scene yang paling I suka dalam novel ini ialah scene di mana Fawwaz, Fido, Hana, Emmel, Tengku Adam, Ariana Rose, Samuel and Linda datang menghadiri kuliah tentang Cinta. Samuel became the one yang active bertanya itu dan ini and he was very tekun sepanjang perbincangan tersebut. I menangis when Samuel mengucapkan dua kalimah syahadah... diikuti dengan his determine speech selepas tu. Fawwaz dan Fido yang pada mulanya benci pada Samuel ended up hugging him. The scene really made me cry... and I think I read this scene banyak kali. Very powerful scene indeed!
Style penulisan dan gaya bahasa yang superb! Although, sangat confusing sebab some dialogues yang ditulis dalam bahasa Melayu tu ada yang merupakan translation bagi apa yang diperkatakan oleh watak yang pada mulanya tak fasih berbahasa Melayu. “Key-nay-pear...” (LOL) Sometimes, I wonder if Fawwaz really speak Malay or still dengan loghat Englishnya yang posh tu (I imagine macam Victoria Beckham)... I heard ada complaints pasal grammar in TWB tapi I tak berapa perasan la kesilapan tu, cuma permulaan tulisannya kurang menarik. I selalunya alert bila ada kesalahan dalam bahasa Inggeris... tapi I tak notice sangat kesilapan pada TWB. In this novel, however, ada beberapa grammar mistakes yang I noticed. I remember a couple of sentence in present tense yang salah... something macam "I reads..." and "He think...". The novel takde with me so, can't remember the exact word. Tapi memang I notice kesilapan grammar this time. But... no biggie...
Untuk novel kedua ini, Evelyn Rose menulis dengan menggunakan ganti nama diri pertama, semuanya diceritakan dari satu sudut pandang. Though, I perasan yang bab terakhir tu, point of viewnya bertukar kepada third person. I hairan kenapa ada nama “Hana” diluar dialogue. Nevertheless, well done!
Banyak pengajaran yang ada dalam this novel. Penulis juga banyak mentioned tentang saudara kita yang ditimpa kesusahan di luar sana dan ini sekaligus mengingatkan kita untuk bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang.
I rasa I should stop now... walaupun masih banyak yang I nak luahkan. This is probably the longest I have typed so far. Hmmm... I guess, it’s transparent that I love this novel.
All in all, this novel is going to be in my favourite novel list.
A very highly recommended novel!
Sinopsis:
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
It’s supposed to be 3½* but I cant bring myself to rate it 4* even tho I saw that many rated 4* and 5*. Honestly… I like the book. Reading this book made me think that I might be too harsh in putting 2* on the wedding breaker book. Maybe at the time of reading WB, I was swarm with work n cant get the right feel. Will need to revise that book….
13 Jam A380… Such unique title. Love it. It has a class of its own. The title itself beckoning me or should I say harassing me to read it. 1st quarter was very fast pace, entertaining and romantic. Biasalah… yang salah tu memang lah indah.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Then… Meet Fawwaz Hussaini and Emmel…. The people who contributed to the changes in Hana’s way of life. I like how the author describe Fawwaz’s family life style. It warms the heart to get to know his family. How they subtlety guide Hana’s path towards Jannah…. I like how they did not judge her by her appearance. Reading how the author described Hana, I strongly believe that Hana is a wild kid with clothes to match her wild life style and yet no negative comments were delivered to her by them and I like how she realize and tried to change when Emmel said she wanted to dress like her.
The additional character helps to build the foundation of this story and made the story more real and less fairy tale. I like how the author brings back the characters from WB. They fit the story very well. N yes! I cried when Samuel recite his Kalimah Syahadah and made me think about my own Kalimah Syahadah. Then Helena… her transition from bad to good. When she talked to Hana what she missed when she wasn’t a Muslim made me realise how I took being born a Muslim for granted. I realize that I did not fully utilize the gift given to me by being born a Muslim. Taught to be a Muslim the second I was born. It made me think. This book made me think very hard. For that I thank the author.
I must say that I love the fact that the author did not dwell on the rejection of Hana towards Fawwaz proposal. It would have broken my heart. If the author had dwelled on that, I would have hated Haydar there and then….
The Mix feeling!!! I love how Haydar went all out to get back Hana’s love but I must say that I am disappointed with the way Haydar conquered Hana. I do not mean the shares in the company. It’s the way he post the pictures, their past sins. Hana has changed. She changed for the better. Past is past. Why bring that up? If he truly loves her, why is it that he has to open up cans of worms and embarrassed Hana that way. Pride and dignity justifies one’s standing in life and he managed to wipe that pride with few pictures. I was so angry at him at that time that my graph on him dropped to 0 out of 10. You do not step on your love ones’ pride. Simple as that. He said its just an advertisement to promote business… Plllleaseeeee…. Matlamat tidak menghalalkan cara. N frankly speaking I was cheering for Hana’s retaliation! U go gurl!!!!.... But Fawwaz’s letter and Linda’s advice changes everything. I love Fawwaz’s letter and Linda’s advice. It reminded oneself of what one did wrong in life. Note to self: print out the letter n Linda’s advice and read it everyday so that I can be a better a person.
Flight to India…. From there, my reading was filled with happiness and serenity. Everything falls into places and happy ending is in sight.
If!!! If!!! the author had elaborated more on Haydar’s and Hana’s blissful marriage life, I would have loved Haydar more because I seriously cannot forgive him for the pictures…. :D
Pengisian buku ini membolehkan saya memberi 4* tapi sebab silap langkah Haydar membuat saya menarik ½ bintang itu… I would recommend this book coz All in all, this is a good book. A very good book in fact. Definitely… a keeper.
Secara jujurnya aku boleh mengatakan bahawa aku suka buku ni dari The Wedding Breaker. Walaupun watak-wataknya tak sekuat dan seefektif watak-watak dalam TWB, A380 pada aku memberikan lebih penerangan dan emosi kepada watak2. With that, I would say that ER has emerged and improved :D
Gula-gula overdose juga tak potong kaki. Untuk orang seperti aku yg bermasalah dengan sugar rush, aku lebih suka jalan cerita A380 walaupun pada awalnya ada perasaan nak melempang diri sendiri dek penat dengan babak-babak awal cerita ini. Agak slow dan terlebih mengada-ngada.
Pada awalnya aku terasa seperti baca Titanic, Star Trek dan 10 Things I Hate About You. Aku terbayangkan suasana Star Trek dalam bentuk Sims City kemudian adegan2 Rose and Jack dalam Titanic dan akhirnya Haydar sebagai Heath Ledger. Aku tahu bunyinya mengarut, tapi aku tak boleh tidak mengaitkan cerita ini dengan apa yang dah ada dalam pasaran.
Watak Fawwaz. Mulanya agak Mills and Boons. Bayangannya seperti jutawan Arab dalam novel2 pendek yang aku baca di zaman remaja. Cuma bila diterapkan sedikit demi sedikit unsur Islamik, barulah urat-urat tegang aku mula kendur, ketap gigi juga makin kurang.
Fido. Sebagai pengguna Twitter, aku tak suka nama Fido. Rasa macam potong betul sebab teringat twitcon yang tak berapa menarik. Eh, mengada2 kan? Tapi minta maaflah. Kali ini aku rasa nama memang memainkan peranan dalam imaginasi. Biarlah panjang berjela macam Tengku Adam Kamil dari Fido. Uhhh..turn off!
Yang paling buat aku rasa macam Mills and Boons sangat ialah cara deskripsi Fido dan Fawwaz. Adik muda ni lagi cool dr abang yg tua. Kadang2 bila baca-baca, rasa macam tengok cerita Sabrina pun ada :)
Sayangnya itu antara watak paling best dalam A380. Paling best adalah nenek, Linda dan Samuel. Watak kecil tapi impaknya besar. Barulah sesuai buat drama!
Fawwaz vs. Haydar? Ooo. Aku suka antagonist. So, pilihan aku sangat terang dan jelas yang memihak ke siapa.
Kalau cerita ini buat drama, rasanya kos mungkin tinggi kot. Kalau boleh impaknya nampak macam Kabhi Kushi Kabhi Gham atau Air Force One, bolehlah dipertimbangkan. Maaf aku katakan aku tak nampak kemewahan yang ada dari drama Ariana Rose, adaptasi TWB. Tapi, aku rasa A380 ini sesuatu yang nampak betul2 ada kelas dan bukan imaginasi semata-mata.
Masa baca TWB aku selalu terbayang-bayang novel Donia yang pernah aku baca zaman sekolah. Kali ini agak lega sebab walaupun kaya, dan ada bayangan Mills and Boons, aku masih boleh relate. Ada logik, fakta dan cerita diketengahkan yang boleh membuatkan pembaca belajar sesuatu selain dari bercinta. Aku paling suka bila Fido dan Hana bercerita pasal bunga. Paling gemar bila Human Foundation diterapkan cerita dan pengalaman.
Tinggal lagi pada pendapat aku, yang meleret mestilah ditapis. Editor pun sama terbuai, walaupun kurang sikit hayunannya berbanding TWB. Ada yang beri feedback pada aku, takut nak baca buku ER dek ketebalan jumlah muka suratnya.
Harga jadi mahal juga sedangkan ramai penerbit yang dah boleh mengurangkan harga buku untuk dibuat jualan. Terus-terang aku katakan, buku ER ni aku nak beli, kena berdikit. Baca sekejap, tapi harganya dah lebih kurang sama dgn novel Inggeris/autobiografi yg aku selalu beli. Itupun kalau aku beli di kedai. Harga Big Bad Wolf dah jadi belakaang cerita.
Tapi paling aku suka dalam cerita ni...mestilah Emmel.
Sebab kalau tak ada Emmel, emosi aku takkan sampai. Setakat kecewa dengan pernyataan cinta, tu rasanya air mata tak meleleh. Tapi kalau pasal budak-budak dan orang tua macam Emmel dan nenek, well, anytime.
Novel ini diterbitkan pada tahun berapa? Tapi 2017, baru jodohku dengannya.
1. Tebal. Yuni suka novel yang tebal, baru puas baca. Kalau nipis, baru nak ambil mood, dah sampai last page. TETAPI tak tahu kenapa, untuk buku ini, yuni lagi prefer kalau dinipiskan. TBH, few pages *FEW???* yuni skip. Cepatlah habis...gitu lah perasaan yuni sepanjang 5 jam diterbangkan ke dunia "Hana Sofea - Syed Haydar".
2. Yuni ada few things yang macam tak berapa faham untuk cerita ini:
i) Senangnya yek manusia bernama Hana Sofea percaya kepada orang asing. Baru jumpa sekejap, dah berani ikut jalan2 satu Airbus. Baru bertemu, terus setuju untuk menjadi 'mummy' kepada Emmel. Baru beramah-mesra, dah berani ikut tinggal (even duduk rumah tetamu), atas tiket partly Fayyad dan Fido adalah orang Malaysia. Like seriously? Sorry, Yuni tak pernah belajar di oversea. Pernah setakat over the river je. So tak tahu lah macam mana cara orang study luar negara main ikut je strangers. Sebab bagi yuni, walau di mana kita berada, still kena rasa berhati2.
ii) Berkenaan Hana Sofea lagi. Macam mana keluarga di Malaysia langsung tak tahu dia tinggal dengan Fayyad dan Fido selama tiga tahun? Tiga tahun tau. Bukan tiga jam or tiga hari. Takkan langsung takde masa untuk beritahu. Logik ke? Tiada langsung urusan surat menyurat rasmi atau tidak rasmi ke? Kalau ada, pakai alamat mana? Takkan alamat asrama lama Hana tu?
iii) Sanggup yek seorang Hana Sofea sanggup taknak balik kampung kerana jatuh kasihan kepada seorang anak kecil yang tiada kaitan darah dengannya. Habis tu, macam mana perasaan parents yang membesarkan dia? Mungkin untuk orang lain, benda ini tidak perlu dijadikan isu. Tetapi untuk Yuni, sanggup ke?
iv) Sorry. For me, Fayyad seperti seorang yang hipokrit. Pertama kali kamu berjumpa dengan Hana Sofea, kamu dah nampak macam mana Hana. Bukan terus berpurdah dan alim sebaik2 wanita. Tiga tahun kamu nampak perubahan dalam diri seorang Hana Sofea. Tapi sebab satu gambar ketika Hana masih alpa, kamu terus tinggalkan Hana. Kamu tuduh Hana tanpa ada saksi yang cukup, tuduh dia tidur sebilik dengan Syed Haydar. Tanpa penjelasan, kamu terus tinggalkan Hana terkapai2. Yang bestnya, akhirnya, Hana masih boleh maafkan yek. It's not your fault, tetapi kenapa Hana maafkan? Apa yang nak dimaafkan?
Lelaki yang baik, wajar mendapat wanita yang baik. Hana sudah 'kotor' so tak layak untuk lelaki sebaik Fayyad. Sebab tu, Fayyad dengan pantas terima Almas. Sorrylah, I just cannot accept it. It's beyond my wild imagination.
v) Keluarga Hana Sofea. Dalam satu event rasmi, terpapar gambar tak senonoh anak perempuan dengan lelaki bukan mahram, tapi yuni macam tak perasan parents Hana marah2. Terima begitu sahaja?
vi) Ibu Syed Haydar. Kamu dah lempang anak perempuan orang lain sedangkan yang salahnya anak kamu sendiri, boleh pula bergembira ketika menerima menantu perempuan. Tak faham yuni perasaan orang2 kaya dalam novel ini.
vii) Last but not least, wahai Encik Syed Haydar...Ada banyak benda yuni tak faham tentang manusia bernama Syed Haydar ini tetapi tak tahu nak dimulakan dimana dan bagaimana.
Apa motifnya kamu tunjukkan gambar kamu dengan Hana Sofea dalam majlis rasmi tu? Dah lah Yuni masih tak boleh terima macam mana parents Hana boleh tutup mata je. Motif???
Bercinta dengan Natasha. Pada masa yang sama, TERtarik dengan Hana. Secara logiknya (sila tolak tepi 'cinta itu buta'), ada ke perempuan boleh terima? Tolak tepi juga Syed Haydar itu seorang jutawan dan kalau2 perempuan itu mata duitan.
Dah lah. Penat nak fikirkan semula apa yang yuni tak faham/tak boleh terima dalam cerita ini. Nanti makin kurang bintang diberi.
P/s: Dari awal, si Hana ni macam bangga sungguh umur 25 tahun tengah ambil PHD. Tapi takkan PHD tu buat pekasam je?
Akhirnya saya habiskan naskah ini setelah meletakkan Mr Sirap Bandung ketepi seketika. ingin menghayati bait-bait yang membuatkan ramai org memperkatakannya.
Secara keseluruhan saya menyukainya. Saya lbh tertarik dengan naskah ini dari naskah penulis ini sebelumnya TWB. pada saya, penulis telah lari sepenuhnya dari hikayat cinderella kepada realiti dan hukum alam.
Stalker. Saya mulakan dengan frasa itu. Kemudian, satu kebetulan. Mimpi jadi nyata. 13 jam ditemani si idaman hati, siapa yang tidak mahu. apatah lagi digambarkan lelaki itu tampan dan menawan sekali. Sudah tentu menjadi igauan setiap sidara. Perkenalan singkat yang membawa kesan kehati walaupun Hana sudah tahu apa yang menjadi realiti. Tapi, bisikan kata hati ini tidak dapat dia tolak ketepi walaupun dia menyedari, akhirnya dia juga yang terluka sendiri.
Haydar, entah kenapa ya, perkenalan singkat ini membuatkan dia berasa senang dan tenang. membuat kerja yang gila-gila walaupun dibebani dengan urusan yang menimbun. tapi, dengan Hana dia bebas melakukan apa saja. usik-mengusik kan membawa bahagia. dan tanpa sedar, rupanya dia sudah memasung wajah manis itu menghuni sekeping hatinya.
Kerana pertindihan tiket, Hana dan Fido berkenalan secara tidak sengaja. dan kerana itu jugalah, dia dapat mengenali Haydar. tatkala A380 mendarat, sekali lagi mereka bertemu. lalu, ajakan nenek Fido kerumah disambut senang sementelahan berdekatan dengan 'U' nya. Dan disinilah segala-galanya bermula tatkala dia diperkenalkan dengan fawwaz...
Bermula detik itu, Hana mengembara mencari dirinya yang telah lama hilang.......
Olahan cerita pada kali ini, amat baik. sususan plotnya cantik terletak. tidak terlalu banyak konflik dan debaran yang menggila. Cuma sesekali ada juga leretan jalan cerita yg agak membosankan. Tapi, tak mengapa, mana ada naskah yang sempurna kan??
apapun tahniah pada penulis. setelah saya berasa sedikit kecewa dgn TWB, naskah kali ini saya cukup teruja untuk membacanya hingga ke noktah terakhir.
Takut sebenarnya untuk memulakan naskah 13 Jam A380 ni.... takut 'terperangkap dengan fairytales' lagi...
Ternyata naskah ini begitu melonjak sekali kualitinya... Arah tujunya jelas, bahasanya makin indah, pengisian makin padu... TAHNIAH
Untuk TWB, aku mempersoalkan tentang hala tuju novel penulis ini. Tapi untuk 13JA3 ini, aku amat berpuashati....
Tiada watak tempelen yang 'hadir' hanya untuk 'menyemak'kan plot tanpa fungsi yang jelas. Walaupun agak kecewa dengan watak Helena yang agak kabur penceritaannya, tapi ada impaknya untuk Hana. Perincian kisah Linda + Samuel mengungkai persoalan dalam TWB. Kemunculan semula couple fairtytales Adam + Ariana tidak mengganggu plot cerita. Aku terdorong menyamakan kemunculan Ariana dengan watak Dr. Akmar (lewat karya Noor Suraya). Pakar rujuk dalam masalah kehidupan.....
Penulis juga begitu bijak 'mencantas' harapan pembaca untuk 'menjodohkan' Hana dan Fawwaz. Konsep qada qadar + redha dikupas sebaiknya dengan penyatuan Hana + Haydar. Angan-angan untuk 'melihat' masa depan Hana dan Fawwaz juga musnah, malah pembaca dapat membuat kesimpulan sendiri sekiranya Fawwaz + Hana. Cantasan cara halus dan berhemah..... whats a brilliant idea....
Setiap watak ditamatkan secantiknya. Tiada yang digantung tidak bertali. Satu kepuasan kepada pembaca untuk memulakan pengembaraan baru untuk naskah baru.... (dan memang aku anti dengan sinetron!)
CUMA.... lompatan masa naskah ini terlalu pantas. Turutan plot ke plot agak 'rushing'..... sesuatu yang boleh diperbaiki oleh penulis.
DAN..... tetap ada fairy tales dalam 13JA3. Melewati kemanisan flight tour si Hana + Haydar seolah-olah tergambar Jake + Rose merayau dalam Titanic.....kikikiki.....
DAN.... mungkin ada Musang Berjanggut's Journey for the next novel. Who knows? It's a fairy tales....
Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga saya habiskan buku ni. Beberapa kali bertangguh. Tapi sebab nak juga tahu apa yang membuatkan ramai yang suka sangat dengan novel ni, ditabahkan juga hati untuk menghabiskannya.
Sesungguhnya saya memang sangat teruja nak baca buku ni pada mulanya. Lebih-lebih lagi baca review para sahabat yang rata-ratanya mengatakan ia bukan hanya kisah cinta tetapi penuh dengan pengisian. Rating pula boleh dikatakan hampir kesemuanya 4 atau 5 bintang.
Baca beberapa bab awal....hmmm. Takkan la macam ni kan. Bila diselidik (amboi) rupanya memang bab-bab awal tu ramai yang 'off'. Dan disambung bacaan. Ohh...ini agaknya yang diorang katakan. But still feel like there's something off. Tangguh lagi. Kali ketiga memang nak baca sampai habis. Yeay!!! Berjaya.
Usai pembacaan, hmmm...okay. Dah jumpa apa yang digembar-gemburkan tu. Memang bagus juga pengisian yang diserapkan oleh penulis. Bercerita bukan hanya pasal hati dan perasaan, tetapi turut diselitkan nasihat-nasihat kesedaran tentang tamggungjawab seorang Muslim dan juga isu-isu yang membabitkan kemanusiaan, terutamanya yang melibatkan negara-negara Islam yang tertindas. Not bad. Banyak pengetahuan.
Tapi....saya masih tak dapat buang perasaan skeptikal tu. Hana digambarkan sebagai seorang gadis ceria yang mampu menggembirakan orang sekelilingnya. Walaupun Muslim sejak lahir, pegangan agama tak berapa diambil berat. Mula mengenal kemanisan Islam yang sebenar bila tinggal bersama keluarga nenek yang memang mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Juga rakan-rakan baru yang dikenalinya Linda dan Helena, banyak menyedarkan Hana tentang khilafnya selama ini. Cuma saya merasakan watak Hana agak kaku dan tenggelam dalam tempoh tiga tahun di Surrey itu. Hana cuma menerima dan menurut insan di sekelilingnya. Rasanya Helena dan Samuel yang ada kadang-kadang tu lebih memberi impak berbanding Hana. Tak tau la kenapa. Terasa plastik sikit bagi saya. Saya mula suka Hana semasa dia mencari jalan untuk melawan Haydar. Masa tu terasa hidup. Baru terasa inilah Hana yang sebenar. Bukan seperti Hana ketika dia bersama Fawwaz.
And the surrounding...surreal. Macam tengok telenovela. Perempuan cantik (Hana) yang biasa-biasa( mana ada biasa2, dia pun anak orang berada jugak) bertemu dan bercinta dengan Haydar ( walaupun cuma sepanjang tempoh 13 jam perjalanan) jutawan muda yang sangat kacak, kemudian ditemukan dengan seorang nenek yang baik hati dan cucunya Fido ( yang ni saya suka..hehe), rupanya nenek ni sebenarnya golongan jutawan yg merendah diri. Seorang lagi cucunya Fawwaz, sangat kacak dan mereka sekeluarga billionaire yang tidak pernah meninggalkan agama, bertemu dengan Linda yang merupakan adik angkat kepada Ariana dan Adam ( pasangan jutawan yang sangat cantik) dan juga Samuel (guess what?) another very handsome billionaire. Hmm...ini yang membuatkan saya yang memang sangat2 biasa ni tak berapa boleh nak menghayati kisah kehidupan mereka.
Fawwaz...lelaki yang digambarkan sangat kacak dan sangat baik seumpama malaikat. Tapi saya x boleh terima alasan Fawwaz meninggalkan Hana. Sebab tak boleh terima Hana lepas tengok gambar2 tu. Masa Fawwaz mula-mula jumpa Hana, macam tu la dia. Pakai seluar ketat, baju ketat, suka2 hati peluk lelaki bukan muhrim. Lepas tu baru Hana berubah. Kenapa macam pelik sangat? Kalau Fawwaz jumpa Hana yang dah berubah kemudian tengok gambar2 lama tu dan terkejut tak boleh terima, okay la. Tapi ni? ( Okay, ni pandangan saya sahaja. Emo la pulak. Hehe).
Dan Haydar. Digambarkan very ruthless. Sampai dah jadi seperti villain dalam cerita ni walaupun dia hero. Dia cuma tak menunjuk-nunjuk kebaikan dia jer. (Amboi...back-up nampak?Haha)
Dan...english usage. Ini saya memang keliru sikit. Dengan Haydar, Hana banyak cakap Inggeris. Tapi dengan Fido dan Fawwaz, Hana suka cakap Melayu. Pelik. The sentences? Macam ada yang tak kena.
All in all still a nice novel. Mungkin saya ni yang banyak fikir sangat sehingga tak boleh nak menghayati. Dan rasanya Hana memang lebih sesuai dengan Haydar. Hana boleh menjadi dirinya yang sebenar. Ganas ke, mulut suka-suka hati nak kata apa, perangai kebudak-budakkan ke...Berbanding ketika dia bersama Fawwaz, terlalu menjaga sehinggakan macam menjadi orang lain.
P/S - En. Firdaus, nak cari calon kat Negeri Serambi Mekah kan? Cari la saya ye...( haha...ayat tak ingat)
Siapa sangka lelaki yang menjadi igauan Hana Sofea (Hana) semenjak sekian tahun akhirnya muncul di depan matanya? Kesilapan penempatan tempat duduk menemukan Hana dengan Syed Haydar (Haydar). Bermulalah hubungan platonik mereka sepanjang 13 jam perjalanan ke London. Kita pun turut sama terbuai dan larut dalam hubungan kedua kekasih kayangan yang nampak agak melampaui batas pada mata kasar. Hana memang sedar dan tahu apa yang dia buat tu salah, tapi baginya peluang bukan datang selalu. Jadi apa salahnya dia menikmati 'peluang' yang terbentang di depan mata? Hmm...Turun penerbangan Hana masih berharap yang Haydar akan terus mengingatinya tapi terpaksa akur dan menerima hakikat bahawa tempoh 13 jam itu hanyalah salah satu nikmat dunia yang mengkhayalkan.
Perkenalan Hana dengan Fido, Fawwaz dan neneknya menemukan Hana dan Emmel, si comel anak angkat Fawwaz. Yang akhirnya mengikat Hana menjadi seorang ibu segera bagi Emmel. Melalui keluarga jutawan ini Hana banyak belajar mengenai hakikat sebenar kehidupan. Bila terkenang kembali kekhilafannya dalam tempoh 13 jam penerbangan ke London, Hana memang kesal. Tapi bila memikirkan pelbagai hikmah yang membuatkan dia memperbaiki jalan hidupnya, Hana lebih bersyukur atas ujian yang diberikan padanya. Seharusnya begitulah. Ujian diberi bukan untuk menyusahkan manusia tapi lebih kepada meningkatkan keimanan dan kekuatan diri.
"......apabila kita menolak hikmah daripada apa yang Allah tetapkan untuk berlaku, kita bukan hanya menzalimi diri kita. Kita menzalimi orang di sekeliling kita juga...." - m/s 199.
Kisah Haydar belum berakhir lagi sebenarnya. Setelah 3 tahun berlalu Hana pulang ke Malaysia selepas tamat pengajiannya berserta harapan dan memohon restu kedua ibu bapanya untuk berkahwin dengan Fawwaz. Namun, pertemuannya dengan Haydar dalam perjalanan pulang mula menggugat perancangannya. Geram juga dengan Haydar ni. Tapi dari sudut yang lain, saya kagum dengan semangat dan tekadnya untuk menikahi Hana. Mungkin silap Hana juga sebab tak perkenalkan Fawwaz pada keluarganya sedari awal. Bila perancangan licik Haydar berjaya menghuru-harakan keadaan, memang rasa nak hantar bom je kat Haydar ni. Haha. Tapi, hakikatnya dalam realiti pun kita kena sedar, kadangkala apa yang tersurat untuk kita itu adalah apa yang kita perlukan, bukannya apa yang kita mahukan. Jadi tepuk dada, tanya diri sendiri apa sebenarnya yang kita perlukan dalam hidup. Perancangan Allah untuk kita tu semestinya yang terbaik. :)
Bagi Hana pula, mampukah dia menerima dengan redha apa yang telah tersurat untuknya?
....Belajarlah menerima jawapan daripada Allah, seperti mana kita belajar cara untuk bertanyakan jawapan daripada Dia. - Fawwaz Hussaini
Komen saya: Phew, setelah hampir setengah tahun terperam, akhirnya selesai juga pembacaan kisah cinta di awan biru ni. Tak dinafikan, banyak input positif yang dapat kita kutip daripada kisah ini. Salah satunya bila penulis menekankan tentang betapa sukarnya kita nak mempraktikkan cara hidup Islam di kalangan masyarakat di tanah air sendiri berbanding di luar. Bila ada yang serius mempraktikkan, terus dicap sebagai pelampau. Aduhai.. Kagum dengan mereka yang mampu memperkukuhkan akidah dan mempraktikkan cara hidup Islam sepenuhnya tanpa mengira di mana pun mereka berada. Terima kasih atas ingatan dan tahniah buat penulis atas terbitnya kisah ini.Cuma pengakhir kisah ni buat saya teringatkan kisah Arluna bila ada scene water birth tu. Kebetulan, mungkin? :)
Seperti yang ditulis oleh sahabat2 GR mmg pada mulanya saya tak mahu baca buku ni kerana ia seperti sebuah cerita cinta biasa2 yg tdk bawa apa2 faedah. Kisah seorg gadis (Hana) yg berangan2 ingin berkahwin dgn 'the most eligible bachelor' (Haydar) dan mimpinya jadi kenyataan bila dia bertemu dgn jejaka tersebut di dalam kapalterbang MAS A380 ke London.
Kisah dalam kapalterbang itu yg menyebabkan saya tidak mahu baca kalau tiada review yg baik dr sahabat mengatakan kisah selepas dalam kapalterbang itu yang byk bagi pengajaran. Bagaimana sebagai seorang Islam kita bukan setakat hanya pandai mengaji sahaja tapi mesti juga menghayati isi Al Quran juga (semuga kita sama2 dapat menjadikan tauladan dalam hal ini selain dari baca novel, perlu juga baca terjemahan Al Quran setiap hari - sayalah tu)
Pertemuan dgn warga Islam British (Fido dan Fawwaz) dan tinggal bersama keluarga mereka menyebabkan Hana mengenal Islam. Selama 3 tahun di London banyak mengubah Hana dari seorang gadis yg ambil lewa hal2 agama, (dari segi menutup aurat, pergaulan, ibadat) menjadi seorang yg benar2 mengamalkan cara hidup Islam.
Pertemuan sekali lagi dgn Haydar ketika dia dilamar oleh Fawwaz benar2 menguji keimanannya samada mengikut kata hati atau mengikut 'tanda' solat istiharahnya. Ingin mencari seorang suami yg boleh menjadi imam dan membawa ke syurga, Fawwazlah pilihannya tapi gangguan2 Haydar benar2 menggugat jiwanya.
Utk mengetahui apa yg berlaku ikuti kisah ini dan sesungguhnya telah termaktub dalam Al Quran bahawa seorang lelaki yg baik adalah utk seorang wanita yg baik dan begitulah sebaliknya. Sekiranya kita ingin seorang suami seperti Ali sepatutnya kita mestilah menjadi seperti Fatimah.
Banyak pengajaran yg a dapat daripada buku ni, terutama sekali ialah takdir dan jodoh adalah ditangan tuhan, bukan manusia. Sekuat mana cinta kita, sebanyak mana usaha kita, jika si dia bukan jodoh kita, maka mustahil kita dapat bersamanya...
A suka novel ni sebab banyak terselit hadis2 dan ayat2 al-Quran. Especially bila karakter sedang menghadapai krisis, mesti ada org menasihati dia untuk berbalik pada agama dan bersabar menghadapi dugaan Allah.
Percintaan Sofea dan Haydar memang unik sebab salam perkenalan berlaku di atas plane (refer kepada tajuk buku), tapi still realistik sbb bila tiba di bumi Allah tetap juga mereka berpisah.
A ingat ke cerita ni hanyalah tentang benda dalam plane, tapi banyak juga konflik2 lain dalam buku ni. Hana Sofea pon still jumpa org lain after Haydar so xla stuck dengan just one guy yg pada pendapat a bukanlah bagus sangat, especially untuk dibuat sebagai teman hidup...
Komen a sikit je, a rasa ada part2 yg hanya filler dan xmenyumbang apa2 kepada jalan cerita, timbul rasa bosan beberapa kali jugak. Which isn't really that surprising sebab novel ni mencecah over 700 pages. Rasa susah jugak la a nak habiskan, especially tengah2 tu agk dragging, rasa nak drop je. Nasib baik xjadi.
Another thing yg a rasa xbest tu ialah cara Hana Sofea yg tiba2 tinggal di rumah org yg baru kenal, mentang2 la rumah dia besar siap dengan famili keturunan diraja lagi, yg annoying tu Hana Sofea langsung tak bantu kerja2 rumah dan biar sahaja diri dia dibelanja makan dan dibeli barang2 tanpa memberi apa2 in return, macam xberadab betul. Tak sesuai especially since dah la dia perempuan, lepas tu tinggal di rumah lelaki yang bukan mahram free2.
Walaubagaimanapon a faham yang ini cara penulis utk tunjuk perkembangan watak Hana Sofea daripada gadis modern yang tidak menjaga batasan, cepat prejudis, perasan bagus kepada muslimah yg mementingkan agama dan sopan-santun dan mengambil berat tentang org lain.
Akhir kata, a rasa 13 Jam A380 sebuah novel yang bagus (except for a few things that made me took off the 2 stars), novel ni penuh peringatan utk pembaca supaya sentiasa berserah kepada Tuhan dan berpegang teguh pada agama walaupon dilanda bermacam2 masalah.["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>["br"]>
Terpengaruh! Itu sebenarnya yang menyebabkan terus order online dari MPHOnline sebab bila buka GR yang dah hampir 2 minggu tak singgah. Rata-rata komen tentang buku ni dengan rating yang tinggi. Jadi harus la kita pun teruja juga, kan?
Kisah kehidupan yang penuh suka dan rasa teruja. Tidak lupa juga kisah pedih terluka dan terlalai dari landasan yang sebenarnya. Kisah mencari siapa Pencipta dan juga mencari siapa yang dicipta Pencinta untuk jodohnya.
Hana Sofea yang moden dan berwawasan tinggi. Anak kesayangan ayah yang mencuba untuk memenuhi impian si ayah untuk menggapai PhD selepas kakak dan adiknya sedari awal telah melukai hati si ayah. Namun begitu gaya hidup modennya dan kegilaan stalker terhadap Syed Haydar Syed Nazim tidak pernah padam sejak tiga tahun lalu. Lelaki yang cukup sempurna di mata Hana Sofea. Syed Haydar yang menjadi pujaan setiap wanita kerana karektor, rupa paras dan juga kekayaannya. Impian Hana Sofea hanya satu, kalau dia berpeluang bertentang mata dengan lelaki itu, dia menetapkan mereka memang ada jodoh.
Perjalanan selama 13 jam ke kota London dengan MAS A380 rupanya merupakan takdir yang mencorak warna dalam hidup Hana Sofea. Lelaki yang selama 3 tahun didambakannya berada di depan mata. Apatah lagi lelaki itu bagaikan memberi peluang untuk Hana Sofea terbuai dengan layanan dari lelaki pujaannya. Syed Haydar yang di depan matanya sungguh berlainan sekali. Tidak seperti yang diwar-warkan, serius dan sentiasa menjaga namanya. Tetapi Syed Haydar yang ini sungguh peramah dan juga mengujakan.
Sepanjang di awan biru, mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti yang melalaikan. Mereka bagaikan terlupa batas-batas yang sepatutnya mereka jaga. Hana Sofea terbuai dan terus terbuai. Walaupun hanya 4 jam bergelar kekasih kepada Sye Haydar, dia rasa cukup bahagia. Namun apabila kaki menjejak kaki ke bumi, semuanya berubah. Syed Haydar kembali kepada karektor lelaki yang serius dan sentiasa sibuk dengan kehidupannya. Lalu Hana Sofea ditinggalkan dengan memori 13 jam yang indah walaupun rasa hati Hana Sofea sangat terluka.
Dalam kelukaan Hana Sofea, jodohnya dengan keluarga Fido ada hikmat yang tidak pernah dia sangka. Kehidupan dia kembali tenang dan rasa bahagia yang tidak pernah dirasai dan alami diperolehi ketika bersama dengan keluarga Islam yang bermastautin di bumi London ini. Emmel yang comel dan bijak telah memenuhi segenap rasa bahagia itu. Ditambah lagi abang Fido, Fawwaz iaitu lelaki yang kacak, bermata ambar, berharta tetapi sungguh menjaga tatasusila sebagai seorang muslim. Fawwaz yang jarang menonjolkan rasa hati tetapi sikap ambil berat dan tanggungjawab Fawwas terhadapnya telah mengambil tempat di hatinya. Walaupun mereka sentiasa bersama dalam satu bumbung tetapi Fawwaz sungguh menjaga segala perbuatan dan cara hidup Islam.
Hana Sofea juga menemui sinar bahagia yang sebenarnya selepas dia bertemua Linda-Helena. Daripada mereka dia mula menilai erti hidup yang sebenarnya. Apakah yang dicari dalam hidupnya selamanya ini? Adakah dia sudah cukup islamik sebagai seorang Muslim? Dengan bimbingan Fawwaz dan orang yang terdekat dia berubah untuk menjaga muslim yang lebih baik.
Dalam rasa bahagia dan perancangan Hana untuk mempertemukan Fawwaz dengan ayah, rupanya ada dugaan yang akan merubah segala perancangannya. Perjalanan pulan ke tanah air selepas 3 tahun di bumi ratu telah menggugat rasa hati Hana Sofea. Kenangan 3 tahun lepas bagaikan menari-nari di depan mata ditambah lagi dengan kehadiran 'teman' mewarnai perjalanan tersebut. Semakin jauh Hana Sofea menjauhi tetapi semakin licik lelaki itu memainkan hati Hana Sofea. Sudahnya dia terperangkap dengan permainan licik lelaki itu.
Segala rasa bahagia Hana-Fawwaz musnah dalam sekelip mata selepas malam perasmian Sky Hotel. Teganya Syed Haydar menayangkan segala memori gelap mereka selepas Hana Sofea sudah berubah. Fawwaz yang terkejut dan rasa tertipu tidak dapat menerima kejutan itu. Sudahnya impian Emmel untuk mommy-daddy bersatu musnah begitu sahaja.
Hana nekad untuk membalas dendam selepas segala impiannya untuk bersatu dengan Fawwaz musnah. Dia akan memainkan peranannya sebaik mungkin. Apatah lagi segala usaha keluarga untuk H's Cafe juga sudah termasuk dalam pertaruhan tersebut. Samada dia terluka atau dia yang melukakan dia tetap tekad dengan perancangannya.
Kisah ini bukan kisah kosong untuk buat kita terbuai-buai di langit biru tetapi kisah yang perlu kita selami untuk mengutip rahsia di sebalik kejadian dan takdir yang sudah diatur Allah. Kadangkala kita terlalu meminta-minta dengan Allah, namun bukan mudah untuk kita laksanakan walaupun sudah jelas petunjuk di depan mata.
Walaupun KakChik sedih sebab bukan jodoh Hana-Fawwaz (sebab memang terbuai sungguh dengan watak Fawwaz), tapi memang betul la kan, lelaki yang terbaik memang untuk wanita yang terbaik.
Karya ini buat KakChik terfikir, apakah sudah cukup segala amal selama hidup di bumi ni. Tahniah buat penulis yang mengupas jalan cerita dengan kisah sebegini yang terselit pengajaran yang bukan sedikit.
Agak meluat dengan karakter lelaki-lelaki yang terlebih kaya. Dia macam... bukan level anak Datuk atau Tan Sri dah ni. Level lelaki-lelaki dalam novel ini ada yang sampai kaum kerabat diraja (melalui watak Samuel di England). Watak lelaki semua tipikal. Mega rich dan handsome. Bosan.
Saya dah baca dua karya penulis yang sama sebelum ini iaitu 'The Wedding Breaker' dan 'Suamiku Si Mata Biru'. Penulis macam ada fetish terhadap lelaki kaya. Boring la. Cuba variasikan watak hero. Penjual burger ke, petani ke, cikgu yang ada loan PTPTN ke.
Dalam novel A380 ni, kereta tak main dah Audi. Tu kira low class - buat bagi orang pinjam je. Dalam novel ni main limousin terus nyahhh. Tinggal pula bukan di banglo dah. Tapi tinggal di mansion yang macam istana dah aku rasa. Kelakar betul novel ini. Kuat sungguh penulis berangan.
Mesej Islamik pula tak best. Rasa macam tangkap muat. Mujur konflik akhir tu tentang belajar erti redha dengan jodoh yang ditentukan itu okay. Bagi la juga 2 bintang.
Buku ini adalah antara novel melayu pertama yg saya beli and it got me hooked to many others..itupun b4 cerita Arianna Rose keluar ditv..that novel took longer b4 I decided to purchase. Banyak juga pengisian yg saya tak pernah ambil tahu dan lupa but at the end of the day it drove me to find out kesahihannya..Alhamdulillah..its like learning new things and I gladly said that I remembered pengajaran yg ada dlm novel ni back then unlike our Sunday school.
I like how the author painted Fawwaz and Fido's weakness despite having good Islamic background and a practicing muslim. Too good to be true while at the same time too quick to judge a situation and made ruthless decision before clearing their doubts. Haydar on the hand, is the complete opposite..not really a practicing muslim but working towards it, he grabbed whatever opportunities that cross his way and kept his good deeds between him and the Almighty. He viewed things in different perspective and acknowledge the inadequacies of human being. Minus his underhanded way of getting Hanna.
Definitely a keeper. Novel ini adalah antara novel yg buat saya angau tahap tak ingat. Just like novel bersiri R.A.M Bagaikan Puteri and Series Tombiruo. Teringat pepatah R.A.M dlm novelnya, "Biar tersalah ampun, jgn tersalah hukum." Finally, i concluded that this is what Fawwaz and Fido and all of us as a practicing Muslim should apply in our daily life.
Awesome...really nice story... Tak sabar nak tunggu Haydar keluar watak. At last hampir separuh dia muncul... Fawwaz pula digambar too perfect, alim ilmu agama, kaya and good behavior, sangat menjaga pergaulan nye... Sangat suka karector Fawwaz... Tapi agree dengan author that Hana is perfect to Haydar. Bayangkan kalau Hana & Fawwaz, kisah silam Hana akan menghantui Fawwaz dan mungkin pengakhiran tak begitu gembira.. Thumbs up to Evelyn rose... Can't wait to see more and more writing from her....
Hahaha... Again and again. Ku terlepas pandang buku yang dah 5 tahun usianya ni. .
Weh, buku ni best! . (Ku sanggup tidur pukul 3.30 pagi habiskan baca buku ni walaupun, the next morning, ku ada kelas pukul 7.30 pagi) .
Ni cerita tentang Hana yang sangat sangat minat kat Haydar, a freaking hot businessman. Kira macam crush la. 3 tahun kot. Dan dia berangan nak jumpa ngan Haydar. And guess what? She met Haydar during her flight to UK. Bukan setakat terserempak biasa-biasa, tapi dah jadi 'kekasih kayangan' untuk 13 jam. .
Hana is like cocaine to Haydar. .
But.... . "I can't have cocaine all the time" - Haydar. .
And... "I'm their sunshine. Not an ugly useless cocaine which people use when they are down" - Hana. .
Permulaan cerita, rasa cam fairytale sangat. .
Tapi bila Hana jumpa ngan Fawwaz and family, dia jumpa hidayah Allah. Seriously, masa ni, penulis memang buat aku sebak terharu. Ku terharu bila akhirnya Samuel lafazkan syahadah. Ku terharu bila Fawwaz ajak Hana kahwin and many many more. .
Dan pertemuan ngan Haydar memang buat ku rasa nak sepak je Haydar. He is the typical bad boy. He is the snake in the grass. Tapi.. Yang jahat ni la yang kusuka. .
Ku suka bila akhirnya, penulis berjaya buatkan kuterima kekalahan Fawwaz. Ya, Fawwaz sangat slow. Sebab dia jenis yang baik. So, akhirnya, Haydar yang menang. Tapi ku puas hati sebab ada kisah di sebalik penolakan Fawwaz, yang penulis berjaya buatku kagum. .
Dan kusuka bila Haydar sangat sangat sayangkan Hana that he is willing to do everything for her. Dan, sesungguhnya, bila kedua-duanya berubah kearah kebaikan, hubungan mereka jadi lebih indah. .
Banyak kata-kata menarik yang kusuka dalam ni. Penuh dengan pengisian tazkirah. .
Best! Highly recommended! .
P/s: tak kisahlah sape pon yang pegang mana-mana watak dalam drama ni nanti, please play your roles well. Kalau tak nak peminat ni gi serang korang nanti. .
Novel yang mendapat rating yang tinggi di kalangan rakan GR. Menimbulkan rasa ingin tahu di lubuk hati akan kelebihan novel ini. Puas dirisik, ada dijual di Lazada.
Kalau saya melintasi rak buku, kemungkinan besar, novel ni tak akan masuk ke dalam radar pandangan pun. Saya bukan pembaca yang ambil peduli tentang penulis novel. Makanya saya tak ingat siapa penulis sesuatu buku. Ini membolehkan saya menulis review tanpa bias. Melainkan saya telah membaca lebih dari 3 buku dari novelis yang sama. Sebuah cover ringkas tidak akan mampu menarik minat saya.
Bab 1 hingga 8 dah buat saya tertawa. Bukan kerana terdapat unsur humor di dalamnya tetapi ayat yang dituturkan oleh Hana dan Haydar terasa amat juvenile. Malahan tindakan mereka juga tidak membayangkan dua orang dewasa. Lebih kepada dua kanak-kanak riang ria yang dibiar bebas di dalam kapal terbang. 8 bab yang tidak berjaya mencuit hati saya untuk terus setia.
Selepas beberapa kali pegang, baca dan letak, akhirnya saya sampai jua di penamat. Saya kasi 1 bintang kerana watak-watak di dalam novel ini ada perkembangan. Mereka tidak statik seperti awal penceritaan. 1 bintang lagi untuk unsur positif yang ditonjolkan. Semua manusia akan membuat kesilapan. Sama ada mereka berubah atau tidak, itu yang penting.
Dan bintang saya berakhir di situ. Novel ini terlalu banyak filler. Adakah kriteria novel Melayu untuk melepasi tahap 600 halaman? Bayangkan anda ke shopping complex untuk membeli sepasang kasut sahaja tetapi anda masuk ke semua kedai dan akhirnya tak beli apa pun termasuklah kasut tersebut. Itu yang saya rasa apabila membaca novel melepasi 400 halaman. Sebab saya tak nampak kepentingan filler tersebut. Ia tak menambahkan rencah kepada perkembangan watak atau plot.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Tak ada apa yang boleh dikatakan yang masih belum dikatakan. (Huh?)
N dapat rasa apa yang Hana rasa. Saat Hana cair dengan keromantikan Haydar, N pun lalai sama. Apabila hati Hana terbuka untuk menerima Fawwaz, N turut tertarik dengan keperibadian Fawwaz. Apabila Hana marah dan tak reda dengan jodohnya dengan Haydar, N juga turut rasa geram dan menyampah dengan Haydar. Dan saat Hana menerima ketentuan yang sudah ditetapkan selepas membaca surat Fawwaz, N juga dapat menerima takdir dan jodoh Hana yang sememangnya dengan Haydar.
Rasanya one of the many lesson that we can derive from the story is that we get what we deserve. We always want the best tapi sometimes the best itu bukan milik kita kerana ada yang lebih baik daripada kita yang lebih berhak memilikinya.
Xtau nk kata apa...rasa syg nak habis baca...lain dari yg lain...jalan cerita yang rasa2 blh predict apa yg akan berlaku tp sebenarnya x berlaku...byk ilmu dari segi islam itu sendiri, masalah dunia ( apa yg berlaku di negara2 islam) segala macam revolusi ( sumpah sy sendri x pernah tau psl tu) ttg perjlnan cinta hana dn segala mcm rintangan yg dihadapinya...baca novel ni rs cam bkn bc novel tp lebih kepada bahan ilmiah yg sememangnya sy mls nk baca tp x dgn 13 jam A380...n eve, u are now been listing as one of my fav writer....x sabar nk tgu next novel...
Walaupun di awal-awal bab, ada part yang membuatkan saya agak bosan (dan hampir-hampir nak tutup buku), tapi harus diakui penulis bijak membolak-balik hati saya daripada suka-tak suka-suka balik pada watak hero dan heroinnya.
Walaupun agak cliché di mana kebanyakan novel yang saya baca, penulis-penulis suka 'memadankan' hero harus dengan heroin walaupun ada hero kedua yang lebih bagus serba serbi. TAPI untuk cerita ini saya bersetuju dengan keputusan penulis.
Diri yang sedang mencari jawapan dan Allah sampaikan dengan mendetikkan hati untuk membaca. Buku yang amat baik dan membuat diri ini bermuhasabah entah berapa kali.. Penuh dengan nasihat yang memang tepat kena dekat batang hidung sendiri.
You know, this is why I love Evelyn Rose's writing. From The Wedding Breaker to 13 Jam A380, her books are filled with love, romance but she never neglected the religion part and of course, sharing of knowledge too. It's just way better than those other novels which sometimes I find 'empty' despite a good story line.
Whilst reading, I honestly see myself in Hana's shoes. The part where she decided to let Haydar go. Where she is lost, don't know who she is and then slowly finding her way to her Creator. I love how Hana is portrayed in the book and how her character grew. Eventually becoming a good person, which I hope I'll be too, insyaAllah biiznillah.
Between Haydar and Fawwaz, I honestly hope Hana ended up with Fawwaz. But hey, if I were Hana, I'd know too that Fawwaz is just wayyy to good for me and yep, memang tak layak. You get what you deserve and I think Hana deserved Haydar. Lagipun Haydar not so bad apa? Cuma memang annoying when he became so persistent, too controlling and for a second I thought that he was just infatuated. Not actually in love with Hana. Tapi akhirnya, I can see that I was wrong.
Oh! Emmel memang cutie sangat tahap tak terkata! Memang geram. "Mommy, you look like an awesome racer!" Hehe. Not to forget the part where my jaw literally dropped when Linda mentioned "Panglima Holding" because I didn't see the merging of characters. Of course happy gile! A little bit more on Adam and Ariana's happily ever after.
All in all, it was a good book. 4/5, and I hope it will be screened! Whooop!
Fantastic! Kudos to the writer Evelyn rose for such a well written novel. I'd got to say that its beyond superb! It gives me all sorts of feeling from thrilling and excitement when hana met hayder for the first time, romantically spending time on the A380.. Then leaving it up to fate to bring them together.. The feeling of touched when emmel called hana mummy and that she became the express mother... Main point is... ALL that feeling came rushing to me when i read every page! I laughed, I smile, I cried. It's all in there!
Novel yang sangat sangat bagus.. Authentic! Sangat kagum dengan how deep knowledge the writer! I love the way she puts in Hadith and petikan dari Al-quran to her writting. Indeed i must say that it's sort of an eye opener to me too.. I learnt a lot too from this book, even it's just a novel.. Very informative. Indirectly the author is sending us a message.. Providing us with more knowledge.. Talented!
Masa awal2 baca i fell in love with haydar... Very gentleman and respectable. Then when hana jumpa fawwaz.. I love him! Mcm dream guy bah.. Even more respectable! Then di dalam kemelut hana harus memilih antara dua.. Di dalam desa kan hana untuk berkahwin dgn haydar lagi menyakitkan hati.. Dgn hana melarikan diri.. Sedih rasa hati membaca.. Menangisssssssss meraungggg... But alhamdulillah, such a happy ending! <3<3
Hihihi little that i know that this author shares the same birthday with me! Well not exactly the same date.. She was born on 19.2.86 and I'm older with her by a day..
By the way! Keep up the excellent terrific writing Evelyn rose! I'm looking forward to reading all your books! Next up will be the wedding breaker! ;)
best... bace la.. banyak pengajaran dari novel ni yang sy dapat... novel ni lebih baik dari novel wedding breaker... jalan cerita lebih kemas dan message yang nak disampai lebih jelas... sy recommend peminat novel bace la novel ni... seriously memang best!
Selesai jugak untuk habiskan buku ni. Mengambil masa yang agak lama jugak sebabkan busy dengan semester akhir dan jugak melayan book-slump. Alhamdulillah semua dah selesai. Dapatlah continue semula dengan habiskan buku di rak ;)
Susah jugak nak kasi rating buku ni sebab pada awalnya kurang suka dengan certain things dalam buku ni. Banyak, tapi aku boleh kasi sikit je sebab tak ingat sangat. Aku kurang berkenan dengan watak Hana (Aku ada personal grudge dengan dia ni) Aku tak minat jugak dengan watak Haydar dan Hana yang terlalu open bermesra tanpa batas sewaktu dalam kapal terbang ke England.
But once i ended this book few hours ago, i can conclude that buku ni agak personal dan dekat dengan aku. I learned a lot from this book in some weird ways. Hahaha. Its a good book but i’m not gonna read it again. Cukuplah banyak beri insight serba sedikit tentang apa berlaku dengan hidup aku walaupun aku bukan Hana 😂
[Spoiler alert] Aku puas hati dengan ending dia. Aku tak kecewa sangat bila Hana end up dengan Haydar dan bukan Fawwaz. Yes, Fawwaz is a good guy. In fact, he’s too good for her. Aku tak rasa Hana layak untuk orang macam Fawwaz. Haydar lah yang selayaknya untuk Hana. Lebih loving, understanding, walaupun sedikit obsess dan red-flag sikit pada awalnya. Tapi hey, lets just focus jugak pada personaliti dan karakter Hana. Dia pun takdelah lain beza pun dengan Haydar. Maka, secocoklah mereka dekat sini. Hahaha. This is only my personal opinion, i think one of major reasons kenapa penulis introduced watak Fawwaz ni sebenarnya adalah untuk mendidik Hana ni ke arah cara Islam yang sebenarnya. And she fell in love even more with Islam which leads her to be more accepting with her life surroundings.