Jump to ratings and reviews
Rate this book

Berkelana

Rate this book
Berkelana mengisahkan Tok Mat Amin anak watan Kampung Pagar berketurunan Tok Baginda Demu yang membuka kampong halaman di Yong. Beliau berhijrah untuk mengembangkan ilmu yang dipelajarinya. Beliau mudik ke Sungai Lipis dari Kampung Pagar, Penjom Kuala Lipis hingga ke satu tanah lapang yang kemudian dinamakan Kampung Tanjung Aur di daerah Raub. Di situ beliau membuka Kampung Tanjung Aur dan Kampung Tersan.

Anak buahnya bersemenda dengan Tok Mansor orang Bugis dan Tok Koris. Tok Koris pula berasal dari Kelantan berkahwin dengan Tok Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim yang berhijrah ke Budu dan bernaung di bawah Mat Kilau.

Bagaimanakah Tok Mat Amin berjaya menyatukan mereka dan menjadikan kampong-kampung yang bercambah selepas itu sebagai sebuah mukim? Bagaimanakah pula beliau dilantik menjadi Penghulu, Imam dan Pawang Mukim Sega? Dan apakah pentingnya konsep ‘datuk empat, moyang lapan’ yang sering beliau ingatkan kepada anak buah dan cucu-cicitnya?

252 pages, Paperback

First published January 1, 2013

3 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Hashim Zabidi

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (60%)
4 stars
3 (30%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (10%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Iza B. Aziz.
237 reviews32 followers
July 10, 2025
Indah tak terperi penulisan Almarhum Hashim Zabidi. Buat saya rasa kembali rindu akan suasana kampung, cerita orang lama dan lenggok dialek Pahang yang homih mencuit hati.
______________________________
Kisah fiksyen sejarah pembukaan Mukim Sega, Raub bermula dari penghijrahan Tok Mat Amin dan anak buahnya. Gigih mereka melawan arus Sungai Lipis demi membawa hajat untuk kehidupan yang baru.

Kalau tak biasa membaca mungkin ada kata penulis suka ayat berjela-jela. Tapi kalau sudah asyik, akan sentiasa terbuailah dengan bermacam kisah ragam orang-orang Tok Mat Amin. Tambah pula penghayatan penulis memuji-muji kebesaran alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Sepertinya saya juga turut sama menggalah perahu ke hulu melihat ikan berliuk lentuk.

Cerita tak habis begitu, disajikan pula pelbagai budaya, adat makan, pantang-larang, keraian perkahwinan dan kisah-kisah khurafat setelah kampung menjadi mukim. Boleh kecur bila sebut sambal lada garam dan tempoyak! Tapi ada juga adat pelik benor bila membaca jadi istighfar kawan ni.

Jangan memandai kata buku ini untuk orang serius-serius sahaja. Bab mengilai tawa tak pernah jemu mengikut cerita budak muda Itam Keria dan Mat Dawi. Itu belum lagi masuk plot twist. Hah terpinga jadinya!
______________________________
"𝘽𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙪, 𝙢𝙖𝙠𝙣𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙪 𝙨𝙖𝙥𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖, 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙪 𝙖𝙨𝙖𝙡 𝙪𝙨𝙪𝙡 𝙠𝙞𝙩𝙖. 𝘿𝙖𝙧𝙞 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙣𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙣𝙖𝙠 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣𝙜," 𝙪𝙡𝙖𝙨 𝙏𝙤𝙠 𝙈𝙖𝙩 𝘼𝙢𝙞𝙣 𝙡𝙖𝙜𝙞.

Bagi saya pengertian yang dibawa oleh Berkelana jauh lebih besar dari kisah penghijrahan semata. Bersangkut paut dengan budaya setempat yang kian hilang dan sikap ambil mudah tentang salasilah keluarga.

Orang Pahang wajib sangat untuk awokmer baca buku ni. Bacalah weh! Bacaan yang buat kita seme berasa takjub pada awalnya, mengeletek jiwa ditengahnya dan kecundang jatuh sayu...merindu pada yang telah dilupakan.
Profile Image for Marni Arshad.
81 reviews1 follower
May 21, 2024
Sebuah fiksyen sejarah tentang Tok Mat Amin dan anak-anak buahnya yang berkelana membuka kampung halaman di Mukim Sega di daerah Raub, Pahang. Kagum saya dengan watak Tok Mat Amin sebagai orang Melayu lama yang penuh ilmu di dada yang sentiasa dihormati dan disayangi oleh pengikut-pengikutnya.

Bukan mudah bagi Tok Mat Amin dan pengikutnya mencari tempat untuk membuka kampung mereka yang baru. Mereka mengambil masa yang cukup lama, mudik ke Sungai Lipis dari Kampung Pagar, berbatu-batu jauhnya sehinggalah mereka tiba ke suatu kawasan tanah lapang, barulah berkenan di hati Tok Mat Amin. Di situ beliau membuka Kampung Tanjung Aur dan Kampung Tersan.

Menarik sekali apabila penulis memuatkan tentang pelbagai adat, budaya, perkahwinan, pantang larang dan kepercayaan yang berakar umbi dalam minda masyarakat Melayu dulu-dulu. Namun adat budaya orang lama itu semakin dilupakan mengikut peralihan zaman.

Konsep 'datuk empat moyang lapan' dalam novel ini juga menyedarkan pembaca tentang pentingnya mencari tahu tentang asal-usul dan keturunan kita. Penulis juga menekankan tentang sikap sambil lewa anak-anak muda yang lazimnya suka ambil mudah tentang sejarah dan salasilah keluarga.

Suka saya mengajak ramai pembaca turut membaca novel ini. Sedap sungguh saya membaca gambaran suasana perkampungan dengan cerita dan kehidupan kampung yang dibentangkan. Diselit pula dengan jenaka dan pengalaman yang turut menyuntik pelajaran.
85 reviews
April 2, 2024
📚Berkelana
✍️ Hashim Zabidi

Sebuah naskhah yang bagi saya boleh buat kita tersenyum dengan caranya sendiri.

Betapa saya begitu terpesona dengan cara penulis merangka cerita yang diilhamkan daripada sejarah pembukaan kampung di Mukim Sega. Penulis menceritakan kembali penghijrahan Tok Mat Amin dan anak-anak buahnya mencari tapak kampung baharu dengan begitu tersusun. Kita pun terasa ikut berkelana sekali dengan watak-wataknya.

Mencari kawasan kampung baharu itu bukan sesuatu yang mudah, bahkan mengambil masa yang lumayan lama, tetapi berkat kebijaksanaan Tok Mat Amin serta ketabahan anak-anak buahnya, bertemu juga mereka kawasan yang sesuai. Dan di situlah mulanya kewujudan Kampung Tanjung Aur dan Kampung Tersan.
Kehidupan dan suasana orang kampung digambarkan cukup jelas. Cara mereka sama-sama bekerja menjayakan sesuatu majlis, sangat rinci dan terasa sekali meriahnya. Ditambah pula dengan lauk-pauk yang disebut sahaja pun sudah terbayang lazatnya bagaimana.

Dalam Berkelana, kita juga disajikan dengan pengetahuan tentang pantang-larang, adat dan budaya masyarakat tempatan sama ada baik dan jelik. Penggunaan dialek Pahang juga menambah perisa untuk menghidupkan lagi novel ini. Bagi saya, catatan pengarang di bahagian akhir itulah yang menjadikan naskhah ini 'mahal' nilainya.

Ia bukan sahaja membawa kita melihat bagaimana berkembangnya sesebuah kampung dari awal hingga ke hujung, tetapi turut mengajar kita menghargai dan mengambil tahu jurai keturunan keluarga.

Sangat direkomendasikan untuk dibaca, terutama penduduk Mukim Sega, Raub, Pahang. Semoga hasil karya pengarangnya mendapat imbalan di sisi Tuhan.
Terima kasih, Berkelana, kerana menyedarkan saya peri pentingnya hakikat syariat yang bernama, Datuk Empat Moyang Lapan!
Profile Image for Najiha Jaffar.
29 reviews2 followers
July 16, 2019
Tentang penghijrahan penduduk kampung yang ingin membuka kampung baru. Mereka melalui jalan sungai yang berbatu-batu jauhnya dan tak mungkin bertemu lagi dengan ahli keluarga mereka (survival orang dulu). Awal cerita, penulis menunjukkan betapa setia dan taatnya anak buah terhadap ketua mereka (orang yang berilmu, tinggi ilmu agama). Sangat hormat dan tiada yang berani membantah. Baca buku ni rasa macam duduk zaman dulu-dulu, penuh dengan pantang larang, setiap tapak persinggahan ada adab, ada cara. Adat budaya melayu dari merisik, tunang, berkahwin, berinai semua disebutkan dalam novel ini. Penulis berjaya memberi gambaran suasana perkampungan dengan mewujudkan pelbagai watak dan banyak cerita-cerita tentang kehidupan orang kampung. Dan yang paling utama adalah konsep 'datuk empat moyang lapan' yang kita perlu tahu, yakni salasilah keluarga. Mencari tahu tentang asal usul dituntut dalam agama, terangkum dalam Usulluddin. atau sirah dan sejarah. Terdapat kritikan sosial penulis terhadap masyarakat kini (anak muda khususnya) yang dikira suka ambil mudah dan tidak mahu ambil tahu tentang sejarah - "Muda itu mudah, tua itu tuah. Orang muda suka ambil mudah,Tidak mahu bersusah payah. Tidak seperti orang tua-tua, hujung cakapnya banyak mengandungi keberkatan dan tuah". Watak dalam novel ini adalah watak sebenar (tokoh) dan kampung-kampung ini juga wujud di Pahang. Banyak perkataan dalam loghat Pahang yang koi belajar dari novel ni! Terima kasih Penulis.
Profile Image for Faiz • فائز.
381 reviews3 followers
May 10, 2025
Penulis berusaha mengajak pembaca berkelana sama dalam kelana watak utamanya mencari kawasan baharu untuk dibangunkan suatu penempatan. Adat, pantang larang, ketaatan kepada ketua, pantun, surau dan segala macam hal yang berhubung dengan tradisi-warisan diselitkan bersama.

Tiada apa yang menarik. DNF.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
100 reviews
January 21, 2025
Membaca buku ini seolah-olah membuka lembaran baru tentang sejarah dari masa lalu sehingga kini. Pembukaan desa/kampung dari zaman tiada orang jajahan sehingga ada benggali membawa kereta kuda/lembu mengangkut guni beras ke Tuan DO dan seterusnya ke peralihan merdeka.
Dari segi pemakanan dan persediaan semua itu melalui cara tradisional dan mempunyai hormat untuk segala makhluk yang ada di muka bumi ini.
Sebenarnya karya sebegini kalau dapat di animasikan berkonsepkan Ghibli Studio, sudah tentu akan menjadi satu filem yang indah kerana bertemakan klasik serta lenggok bahasa yang penuh dengan slanga Pahang, Sega, Lipis dan sebagainya.
Terma seperti Tok Empat Moyang Lapan amat penting kerana untuk mengetahui jati diri dan asal usul kita sebenarnya. Ini amat penting kepada generasi kita. Terima kasih kepada penulis. Karya yang baik. Terima kasih juga terhadap penerangan dari moyang dan segalanya.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
June 11, 2014
Banyaknya khurafat orang Melayu zaman dulu. Bab yang paling gua suka masa pesta kahwin anak Tok Mat Amin dengan Mat Dawi dengan Itam Keria datang KL...Ini Kole Lumpo? Macam Pekan Benta je...orang Mukim Sera wajib baca ini buku.
Profile Image for Madnwar.
10 reviews
June 21, 2016
Ini cerita tawarikh Tok Mat Amin membuka penempatan sendiri. Berkembang dan maju. Cerita yang santai, bahasa yang sederhana. Seronok baca cerita sejarah macam ni.
Bagi aku cerita buku ni power!
Displaying 1 - 8 of 8 reviews