Maulana Iqbal. Dunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.
adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustaz Gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.
“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal
“Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana
“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal
Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…
“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana
“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal
“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin
Selesai... Alhamdulillah... 3 hari yg memenatkan.. naskah yg tak lepas dari tangan sampai sakit2 bahu... :).. 1021 halaman.. memang tebal + berat! Kisah untuk mempertahankan Darul Ulum dari dipindahkan ketapak baru. Pusaka tinggalan Haji Taufik itu mahu dibangunkan dengan hotel yang dikatakan akan memperkenalkan lagi Pulau Sayak dimata dunia. Dan disinilah konflik demi konflik terjadi. Empat watak utama - Iqbal, Adra, Sumayyah & Rafiqi. Iqbal adalah anak susuan pada Harun dan Munah sesudah ibunya, Fatehana meninggal dunia. Dia adalah anak pertama Datuk Salam dengan Fatehana. Dialah yang bertanggungjawab menguruskan Darul Ulum, rumah anak-anak yatim dan kurang berkemampuan untuk melahirkan para hafiz dan hafizah. Seorang ustaz dan tenaga pengajar bukan saja di darul ulum malah dimasjid Pulau Sayak. Menelusuri perwatakan Iqbal, memang sesuailah dia sebagai teraju utama untuk naskah ini kerana dia disifatkan sebagai seorang yang sabar, tenang, yakin, sopan dan sentiasa bercakap lembut. terserlah sifat kepimpinannya. Namun, dia diuji dengan ujian yang tak pernah dia duga hingga aib itu menjadikan hati yang tenang itu walang. Adra, gadis genit yang licik. Anak tunggal Tan Sri Haniff yang sangat dimanjakan, disayangi, dilimpahi dengan segala-galanya. Lalu, spt biasa, andai sudah begini maka larilah dia dari landasan hidup yang berpandukan syariat. Namun begitu, dia begitu menyayangi mummy & daddynya hingga sanggup melakukan apa saja untuk memastikan Darul Ulum dipindahkan ketapak baru. lalu, idea yg kurang cerdik itu dibuat hingga mengaibkan diri sendiri. Sumayyah, adik susuan Iqbal, seorang yg cantik, lemah lembut, sopan tuturnya, tertib dalam perbuatannya telah disalah sangka oleh Adra (Rara) sebagai isteri Iqbal. Tenaga pengajar di darul Ulum dan menguruskan akaun disitu. Seorang penyajak. Bahasanya yang indah itu kerap dilakarkan didalam diari untuk menggambarkan isi hati. Tanpa sedar, dirinya sudah menambat hati sang jejaka yang memujanya dalam diam. Rafiqi, adik tiri iqbal. Tampan, kassanova... Dia & Adra bekerjasama dalam projek pembangunan pulau sayak. malah mereka bergandingan untuk memastikan Darul Ulum dpt dipindahkan ketempat baru seperti yang Tan Haniff mahu. Namun, siapa sangka, jejak pertama kepulau sayak lalu terpandang satu keindahan Allah, hati terus terpaut... Datuk Salam hampir muflis kerana dibelenggu hutang syarikat. Tiada apa yang menyelamatkannya selain mencari seseorang yang boleh membantu menyelesaikannya. Tan Sri Haniff rakan seuniversiti dilihat boleh membantu. Lalu, ditawarkan tanah peninggalan arwah bapanya Haji Taufiq di Pulau Sayak untuk dibangunkan. Sementelahan, Tan Sri Haniff memang berminat dengan tanah tersebut untuk dibangunkan hotel lima bintang. Namun, ada sesuatu yang merunsingkannya, Madrasah Darul Ulum. Bimbang akan mencacatkan pemandangan para pengunjung hotel yang akan dibangunkan kerana sentiasa berserban dan berjubah. Persepsinya, orang yang berpakaian seperti itu terrorist, extremist, taliban! Sungguh cetek pemikiran seorang tan sri. Lalu, dia meminta anaknya untuk kesana dan berbincang dengan pengurus darul ulum, Ustaz iqbal atau Maulana Iqbal. Pertemuan pertama yang dipenuhi dengan perang mulut tidak membawa apa2 hasil. Iqbal tetap berkeras tidak mahu darul ulum dipindahkan ketapak baru kerana madrasah ini adalah peninggalan datuknya yang sudah berusia 30 tahun. walau apapun yang terjadi, darul ulum tetap dipertahankan. Selain itu, keindahan persekitarannya yang dijadikan tempat riadah anak-anak darul ulum membuatkan dia tidak sampai hati untuk mengecewakan mereka. Berbicara dengan alam, kadangakala membuat rawan yang singgah berlalu pergi. Bermula dari episod itu, pelbagai strategi diaturkan. Dengan meminta Adra dan Rafiqi bergandingan dalam projek ini, Tan Sri Haniff amat berharap ianya akan berjaya. Lalu, Adra diminta untuk tinggal disana dan memastikan perbincangan kali ini berhasil. Sementara itu, Iqbal sudah menjelaskan pada Datuk Salam pendiriannya dan akan membantu papanya dengan cara lain. Malangnya, sesuatu telah terjadi. Dia ditangkap khalwat dengan Adra. Kerana tidak mahu, perkara ini berpanjangan mereka dinikahkan dgn syarat oleh Tan Sri Haniff dan Iqbal (apa syaratnya, kn baca ya). Dari sini, bermulah episod kehidupan mereka berdua. Dua orang dari dunia yang berbeza bukan mudah untuk hidup bersama. Pelbagai ragam yang berlaku yang akhirnya Adra berubah menjadi seorang muslimah. Apa yang menyebabkan dia berubah? Sila dptkan naskahnya. Lalu, Rafiqi dipertanggungjawabkan untuk meneruskan projek yang hampir tergendala. Dengan kepercayaan Tan Sri Haniff dia melakar rancangan. Datang ke Pulau Sayak pertama kali dengan papanya. Selain dari urusan projek, dia ada urusan dengan Adra, kerana sblm ini Adra menyintai Rafiqi. Tapi, lain pula yang terjadi. Pandangan pertama dengan Sumayyah, membuatkan dia tidak keruan. Apatah lagi pertama kali dia melihat wajah Sumayyah tanpa niqob, membuatkan dia terindu2. Apa yg terjadi seterusnya? Kena baca sendiri. Apa yang saya suka tentang naskah ini adalah olahan ceritanya. Smooth dan tidak bersimpang siur. Plotnya mungkin kita nampak biasa dengan naskah2 lain. tapi, cara penulis menceritakan seakan penulis menghayati setiap satu watak itu dengan mendalam. Amat berkesan sekali. Saya seakan dapat merasakan penulis begitu tekun dalam menghasilkan naskah ini sehinggakan setiap bait kata yang tercatat mempunyai kelembutannya sendiri. Saya amat suka dengan sajak-sajak yang penulis titipkan. Seakan saya dapat merasakan penulis itu Sumayyah yang sedang berbicara dengan alam. Kelembutan, kepuitisan bahasanya, membuatkan saya terleka seketika. Apapun, saya amat menyukai naskah ini. Mungkin resensi saya tidak sama dengan anda. Tapi, disebalik cerita yang ‘biasa’ ini, ada ilmu yang ingin dikongsi. Saya amat berterima kasih pada penulis. Saya menantikan karya anda seterusnya setelah Perempuan Lindungan Kaabah & Ya Maulana.
Semua orang pakat kata cheghita ni baguih. Mmg baguih pun. Lagi baguih kalau masuk telebesen. Ahaks, disebabkan novel ni berlatar belakang Pulau Sayak dan byk dialog dlm loghat kedah jadinya Cik Pah akan review dalam loghat Kedah juga.
Tunggu sat noh, tak habis baca lagi. Biaq Cik Pah perabih dulu naaa
----------------@@@@@@@--------------------
Ok dah habis baca dah. Best sangat cerita ni. Banyak pengisian dan pengajaran. Cerita seorang maulana yang bernama Iqbal mempertahankan rumah anak yatim Darul Ulum daripada dipindahkan jauh dari laut untuk pembangunan hotel. Iqbal dalam dilema antara menolong papanya Datuk Salam yang hampir muflis atau anak yatim yang telah lama tinggal di tapak asal tanah pusaka datuknya. Walaupun papa tidak pernah membela dan mencurah kasih sayang, Iqbal masih kasih pada papa. Iqbal hanya menumpang kasih pakngahnya Pak Harun. Sebenaqnya ada kisah silam antara papa dan pakngah. Ibu Iqbal adalah kekasih Pak Harun tetapi dicaras abangnya,Datuk Salam. Apabila Fatehana meninggal dunia, Iqbal ditatang dan menjadi anak susuan isteri Pak Harun. Dan cerita ini akan berulang kembali kepada Iqbal dan adiknya Rafiqi.
Untuk memujuk Iqbal memindahkan Darul Ulum, Adra Liyana(Rara) anak Tan Sri Hanif ditugaskan untuk berbincang dengan Iqbal. Dah la masuk kampung, masuk pulak kawasan tahfiz, tapi mak ai, pakaian seksi meksi tak hengat. Bincang cara elok tak jalan, Rafiqi kekasih hati Rara merangkap anak Datuk Salam dengan Datin Zara buat rancangan nak perangkap abangnya Iqbal. Rancang yang lain, yang lain pulak yang jadi sebab ada pihak ketiga yang tambah rencah. Jatuh air muka seorang maulana apabila Iqbal ditangkap basah dengan Rara. Antara keluaq daripada Pulau Sayak iaitu harapan Pak Abu bendahari masjid yang tak sukakan Iqbal atau Iqbal perlu berkahwin dengan Rara. Pak Abu ni alkisahnya sakit hati dengan Iqbal sebab Iqbal teguq dia supaya berkahwin dengan janda Esah bila nampak depa bermukah. Akhirnya lepas bermujahadah dan beristiqarah, Iqbal pilih untuk berkahwin dengan Cik Adra.
Bagi pihak Adra pula dia terpaksa kahwin juga dengan Iqbal sbb nak bantu daddy. Konon bertaruh dengan kawan baiknya Juita nak terbangkan serban Iqbal. Mmg betoipun terbang serban Iqbal lepas ijab kabul hinggap ke kepala Adra. Amek hang. Pakai baju pengantin bertudungkan kain serban. Keh keh.
Cik Pah suka cara Iqbal mendidik bini dia. Perkara utama lepas berkahwin, dia jaga aurat bini dia. Lepas tu check solat bini. Perbetoikan cara solat dan bacaan. Walaupun Rara berkasaq, Iqbal masih boleh tersenyum dan kadang-kadang melawak dengan bini dia yang masih keanak-anakan dan manja.
Bukan senang oi nak didik anak dara Tan Sri Hanif ni. Ketegaq sungguh. Ada dua cara dakwah iaitu cara taghrib atau tarhib. Tetapi untuk Adra Iqbal gunakan cara taghrib untuk pujuk bini dia yang ketegaq tak mau pakai tudung. Iqbal tau, dengan dia sahaja Adra pakai tudung kalau keluaq rumah, time dia tak dak, selamba ja Adra pi jogging kat pantai tanpa tudung dan kadang2 pakai seluaq bermuda tshirt ketat. Kesian kat Iqbal nak tepis sidir2 orang kampung tak boleh didik isteri, dah la berita depa kahwin sbb tangkap basah Pak Abu canang satu kampung. Lama2 orang kampung tak mau dah Iqbal mengajaq dan memberi tazkirah kat masjid.
Dah la tertekan dengan orang kampung, ada juga budak2 tahfiz yang berhenti sbb tak mau bergurukan Iqbal. Masalah pemindahan Darul Ulum pun tak selesai lagi. Akhirnya Iqbal mengambil keputusan nak pi dakwah ke Zurich.
Rafiqi pula memang tak dak hati dengan Rara, lepas tangan dan berlapang dada dapat lepaskan diri daripada berkahwin dengan Rara. Namun Allah pautkan hati dia dengan Sumayyah, gadis berniqab merangkap sepupu dia anak Pak Harun , adik susuan Iqbal. Gadis bermata hazel ini pandai menulis sajak syair. Melalui diari yang tertinggal, Rafiqi berubah tingkah dan insaf.
Masih banyak konflik yang berlaku sebelum sampai titik bahagia. Apa yang berlaku kat Darul Ulum? Pak Abu yang banyak dosa dengan orang kampung dan Iqbal, apa pengakhirannya? Siapa dalang yang memerangkap Iqbal dan Rara. Ikutilah cerita mereka pasangan bluetooth USB(Iqbal Rara) dan pasangan bulan bintang (Rafiqi Sumayyah) dalam Ya Maulana. Best!
Re-read. Sebab tertengok cerita kat TV alhijrah Zahiril Adzim dengan Shira Aiyob berlakon. Terus rindu dengan buku ni :)
Best kisahnya. Tak la 100% sama dengan buku. Tapi jalan cerita tak mengecewakan. Dengan itu saya approve mereka berdua sebagai hero dan heroin untuk novel ini! :)
Promo Dalam iradatmu adaptasi Ya Maulana Karya Hana Ilhami setiap jumaat-ahad 5 petang di TV Alhijrah. Sekian
________________________________ Ya Mualana, Maulana bukan nama hero tau :) Maula tue nama panggilan sama macam ustaz atau cikgu. Tapi lebih tinggi sikit ilmunya.
Baca kisah nie, buat hati saya meronta nak jadi baik. Hana Ilhami nie benar-benar drag jiwa saya ke dalam novel nie. Sama seperti novel Perempuan Lindungan Kaabah, pengisian cerita sangatlah banyak. Kisah mencari cinta manusia melalui cinta Allah.
Semoga sesiapa yang baca turut sama mendapat manfaatnya :)
p.s Saya tak sempat nak tulis review panjang-panjang. Busy.. :(
Aku 'terserempak' dengan Perempuan Lindungan Kaabah di kedai buku, tapi Ya Maulana memang masuk dalam list 'dicari'....
Fuhhhh........ x sesimple PLK. PLK hanya ada Hanan, Farezz, Amir dan Alex. Mudah dihadam
Berbeza dengan YA MAULANA.... 2 generasi di'compile'kan dalam satu novel ditambah dengan skop masa-persekitaran-lingkungan sosial yang diperluaskan (so pembaca yang kekurangan kesabaran macam aku.... mmg 'berchenta' nak habiskan Ya Maulana, tapi yg anehnya aku ambik masa 2 mlm saja untuk menghadam novel ini....pelik sungguh!).
YA Maulana menemukan pembaca dengan Harun + Fatehana + Datuk Salam + Zaara (1st generation). Then ada Adra + Iqbal + Rafiqi + Sumayyah + Hakimi (2nd generation). Sesuai dengan ketebalannya.....
Karya Hana Ilhami makin matang, makin terisi dengan ilmu yang ingin disampaikan, makin tercoret dengan dakwah untuk renungan..... dengan lain perkataan 'melangkah setapak lagi di anak tangga ke arah penulis berkaliber..... She really puts her heart + effort in Ya Maulana!!!!
DAN.... jiwa puitis Hana Ilhami makin terserlah dalam Ya Maulana, dan aku takan terkejut sekiranya satu hari nanti karya2nya akan ke arah itu.....
CUMA.... masih ada lompong yang boleh diperbaiki...
i) penggunaan dialog boleh diperkemaskan terutamanya dialog untuk golongan 'veteran' - biarlah sesuai dengan usianya (ada dialog Datuk Salam dan Tan Sri Haniff yang terlebih muda nadanya - agak kurang sesuai)
ii) kadang-kadang agak keliru dengan dialog antara watak.... well, A is A, B is B, C is C - so biarlah setiap watak dengan trademark bahasa sendiri....
DAN LAGI..... surely Hana Ilhami is Kedahan, not Penangites or north Perakian.... (terasa dekat di hati, walaupun aku dah jarang2 menggunakan bahasa ibunda di perantauan). Loghat utara bukan setakat tukar q/g di hujung perkataan. Banyak perbezaan antara negeri sebenarnya
DAN LAGI..... kenapa aku lebih tertarik dengan Sumayyah + Rafiqi daripada Adra + Iqbal? Rafiqi lebih gula rasanya.... :)
My first attempt at reading a malay novel with more than 1000 pages. Took me days because of other commitments. But, it definitely worth every word. A story divided into two (or can even say, three, actually), very well-plotted and connected, and might be one of very few malay novels that kept me hooked even when i was not reading it. I kept remembering the characters in it even when i was at work, so that is saying something, heh... Love the cute teasing lines, mesmerized by the beautiful poems, amazed by the handful of islamic lesssons in it. I like how Adra matures up from spoiled missy into smart woman, very much. Good job Maulana! Heh... And i even talk in slang utara in my head sebab terikut-ikut dengan ayat Maulana Iqbal mengusik wife dia, comel betul la... Hehe... All in all, it is definitely not an empty read. And not boring either. All 1000+ pages of it. And at some point, it did make me think of niqab and sekolah pondok in new, refreshing perspectives, and that is not easy to do... Thank u dear writer for sharing such a wonderful story. May the ideas keep flowing, insha Allah... :)
Adra Liyana: Dulu dia perempuan bergaya yang seksi dan lincah.. Berkat 'penderaan' hidup dengan Iqbal, dia semakin bijak sekarang. Sudah pandai urus diri. Sudah pandai urus rumah tangga..
Iqbal: Digelar Ustaz poyo dan ustaz Gothic oleh Adra Liyana.
"Sebelum kita berkahwin, abang buat istikharah. Abang yakin dengan petunjuk yang Allah bagi. Sayang ialah isteri yang terbaik yang dijodohkan Allah buat abang. Tak kiralah bagaimana caranya kita berkahwin. Walaupun nampak jelik di mata orang, tapi Allah maha mengetahui."
"Jodoh, pertemuan, ajal dan maut, semuanya di tangan Tuhan. Namun sehingga ke hari ini, saat ini...hati abang hanya untuk anak Tan Sri ni sorang. Insya-Allah, hati abang akan kekal milik sayang. Namun perasaan cinta yang ada dalam hati kita ini, tak boleh melebihi perasaan cinta kepada Rab dan Rasul-Nya."
Masa tengah baca novel ni, sepanjang minggu TV ngan radio tengah sakan buat pengumuman tarikh tengok anak bulan Dzulhijjah.. "Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah Darul Aman.."
Saya tanya Pakcik Google cemana ghupe nye Kampung Pulau Sayak tu.. tengok image.. chalet kayu.. Mee Udang Pak Usop.. titi kayu atas laut.. hmmmm damai nye..
Pastu, dapat lak pesanan whatsapp ni:
"Pakar IT cakap, Hati perempuan macam WiFi.. Hanya orang ada PASSWORD boleh buka..
Hati lelaki macam BLUETOOTH, bila dekat dia sentiasa CONNECT. Tapi bila berjauhan, dia akan TRY TO SEARCH A NEW DEVICE."
ngeeeee.. memang kenaaa!
Teringat tang Iqbal dok ngusik Adra pasai Bluetooth ngan USB.. ngeeee sweet
How should I say this? I'm just such a sucker for religious men. The main man (well, at least, in the first half of the really thick book) is Iqbal, the Maulana (someone who is religious and qualified to teach islamic teachings. Everyone generally look up to him for matters concerning Islam, tauhid, fekah, so on and so forth). His life was thrown upside down after meeting Adra Liyana, daughter to a rich datuk back in the big city.
So, due to a misunderstanding, Iqbal was forced to marry the immature rich girl with a devil-may-care attitude, which is a complete opposite of his very being. Did they make it through? You just gotta read this!
Saya dah lama tak baca novel bahasa melayu dan kebanyakkan buku melayu, jalan ceritanya agak membosankan dan hambar. Tapi buku ni memang berbeza. Bukan sahaja penuh dengan lawak jenaka dengan lagat Iqbal dan Adra Liyana, ada juga pengisian islamik yang dikongsi oleh penulis.
Terus-terang saya nyatakan, memang bahagian dua lagi pasangan tu mmg saya skip 90%! Haha. Sebabnya saya tak sabar nak tahu apa pengakhiran dua merpati dua sejoli yang pertama tu. Hihi. Anyway, loghat kedah yang digunakan dalam cerita ni memang sesuatu perkara yang unik bagi saya. A really nice touch to an already great story line.
Hana Ilhami boleh pergi jauh dalam dunia penulisan novel Melayu. Saya akan membaca bukunya yang lain pada masa akan datang!
Walau jalan cerita agak biasa tapi garapan dan olahan cerita ditambah dengan loghat utara dan puisi-puisi indah menjadikan ceritanya sangat-sangat best.
Suasana madrasah tu memang berjaya dicapture oleh penulis. I love this book so much. All the characters have depth and not one dimensional. Jarang jumpa hero ada personaliti selain handsome, kaya dan bercakap. But iqbal? Oh boy. Kelakar, tegas dan kata- katanya berhikmah. Bukan setakat dalam helaian kertas saja, tapi sampai ke hati saya.
alhamdulillah selesai sudah buku YA MAULANA.. mula2 baca.. rasa cam bile la boleh habiskan.. sbb buku nya tebal sangat.. dan dari review kawan2 semua kata best... yup.. mmg best.. banyak pengajaran yg kita boleh dapat.. betul la bak kata Dato' Muzri buku islamik terbitan Karyaseni sempena bulan Ramadhan... semoga buku2 sebegini bukan hanya diterbitkan pada bulan ramadhan sahaja ye.. Dato'..
kisah Maulana Iqbal & Rariru a.k.a Rara a.k.a Adra... kisah bermula hanya kerana ingin membina hotel bertaraf antarabangsa di kampung Pulau Sayak...
pelbagai insiden yg berlaku.. hohhh.. terlalu banyak yg ingin diceritakan... tapi tak tahu bagaimana untuk menyusun ayat... yang pasti kalian harus membaca naskah ini.. terlalu banyak pengajaran yg harus kita ambil dari naskah ini... sangat rugi kalau tidak membaca nya..
ok u guys... selamat membaca naskah ini... "Membaca dgn hati.. Menilai dgn Akal.."
Novel setebal 1021 yang memberikan impak kepada pembaca.. Sangat mengagumkan bila kisah cinta diadunkan dengan peganggan agama Islam.. Menarik dan mampu memberikan kesedaran kepada pembaca.. Kupasan mengenai anak-anak tahfiz yang selalu dipandang serong.. Konflik seorang perempuan dalam mencari arah tuju hidup.. Kejahatan yang tidak terungkap.. Kebaikan seorang lelaki dalam menempuh hidup dan dugaan.. Memang menarik.. #yamaulana #hanailhami #karyaseni #novelcinta #lovenovel #novelmelayu #novelislamik #islamicnovel #bookstagram #booklover #bookworm #bookreview #hobisaya #bacaannovember2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
beli sebab tertarik dengan novel pertama (?) nukilan penulis ini. So trylah cari novel keduanya pula.
okay. not bad. even cerita berunsur agama (lain dari kebiasaan novel melayu sekarang) tapi yuni still boleh terima masuk. cara iqbal untuk 'memanggil' mereka2 itu ke jalan Allah, bukan dengan paksaan.
Tapi tak faham dengan watak2 dalam cerita ini. Macam tak belajar dari kesilapan. Datin Zara tu dah berapa kali buat hal tapi tak taubat2 juga. Iqbal, tahulah kita kena bersangka baik dengan orang lain tapi berhati2 itu perlu juga. Dah Ipin dok beri amaran Abu ada nak buat tak baik tapi still tak berapa kisah. Nasib baik geng upin ipin tu ada malam tu. Hmm...
So next mission adalah mencari novel lagi satu dari penulis ini. yosh
Buku Hana Ilhami pasti tidak mengecewakan. Buku tebal. Nak baca buku Hana Ilham ni nak kena feel cam makan brownie sambil minum nescafe. Boleh belajar bahasa loghat ni, sampai google. Chek, hang & hangpa. Watak Tan Sri Haniff dan Adra direct. Yg menjadikan cerita ni ialah Datuk Salam & Pak Harun. Cinta org tua dari kisah silam, anak saudara jadi anak sendiri & abang kandung kepada Sumayyah. Cinta dari abang2 sepupu, Hakimi & Rafiqi. Iqbal dan Rafiqi berlainan ibu. Abang terpaksa kahwin dgn gf adik sendiri. Mula2 tu mmg geram dgn Rafiqi. Khianat & fitnah. Dalangnya Datin Zara aka mak tiri, mak long & mak mertua. Waktu Adra gi meeting jumpa Tan Sri Haniff utk selamatkan Darul Ulum, sebak & sedih jugak lah. Tapi teruja sikit sebab ada nama Encik Fareez dari Teguh Lanscape tu...
<3 <3 Syabas buat penulis! Jalan certa yang sangat menarik dan cantik! Penulisan yang sungguh rapi.. Tidak ada character yang tetinggal penjelasan.. Semua character dalam buku tu ada kesudahan yang sangat bagus.
Buku ni memang banyak we can gain knowledge from.. Banyak nasihat di berikan. Character maulana Iqbal! Bari jatuh cinta.. <3 despite i had difficulties reading coz of bahasa yang ia pakai atu and took me lama to finish but I'm glad i read it slowly. Such a nice ending! Ada suka.. Ada duka.. Ada dugaan.. Ada jua funny bits when ibu tiri Iqbal when hysterical.. I love this book! Nasihat dari buku atu dpt jua d pakai tuk memperbaiki diri sendiri.. Alhamdulillah!
satu lagi buku tebal yang berjaya mantain momentum best tu sampai ke akhir cerita. sangat rekomen untuk sesiapa yang nak cari novel baru. ya maulana wont upset you. :)
👍Bagus sungguh penulis Hana Ilhami dalam berdakwah melalui penulisan bukunya.
Perjalanan cerita tidak mengecewakan dari Permulaan pembacaan sehingga perkataan "tamat" ternoktah.
Bila baca Ya Maulana terus teringat novel Di atas Sayap² malaikat. Kiranya Di Atas Sayap² Malaikat ada sambungan kisah perjalanan ustaz naim dalam berdakwah di bumi Zurich. OMG! 😄 Tapi aku pergi baca novel tu dulu baru baca novel ni. 😅sebab novel ni tebal sangat tu aku langkah baca. 🙂 tapi tak apa, tiada masalah sebenarnya... baca yang mana² dulu pun tak ada masalah sbb akan faham jalan ceritanya.😊
Perjalanan cerita seorang maulana dalam mendidik insan yang kurang pengetahuan agama. Memang kelakar tetapi diterapkan unsur² agama & ada masanya perjalanan cerita serious dalam berdakwah.
Paling tak tahan sanggup aku Google.. "Pulau Sayak ni wujud ke?"🤔 Sekali wujud laaaaa.... bukan dongeng weiii. 😄
Terbaik la novel ni.. 👏👏👏
🗓Tarikh Beli Buku/Novel: 9 Mac 2019 📚#KLWBC2020 🇲🇾#MalaysiaTanahAirKu💖
Suka bgaimana cara Iqbal cuma ubah gaya seorg isteri yg cenge dan diva ikut ajaran islam..
Novel nie tebal xleh tp boleh consider sbb ibarat baca 2 kisah.. Iqbal × Adra dan Rafiqi × Sumayyah..
Overall, jalan cerita menarik walaupun ada jugak scene bagi sy la tak perlu ada pun tak apa.. tp still tidak mencacatkan jalan cerita.. detail gituh..
Even ada delek utara yg kurang jelas.. tp google kan ada 🤣.. dan tak terasa tebal novel yer tuh bila baca sbb kisah Iqbal dan Cik Adra yg cenge ni memang menarik..
Novel ke2 penulis, saya kenal hana ilhami melalui cerita ni. Time tu tidak berapa kenal dunia penulisan.
ISU besar dalam novel ni ialah KELUARGA yang berpecah disebakan harta dan cinta. Walapun hero kawin dengan heroin disebabkan tangkap basah tapi itu tidak mencacatkan cerita. Siapa tidak kenal HANA ILHAMI yang suka buat cerita lain daripada yang lain... Dan dalam novel hana ilhami mesti ada bab agama yang dia nak terapkan. PEMINAT SETIA HANA ILHAMI -AIRA-
Admin memang suka gila baca novel ni. memang best giler!!!! cerita ini tak meleret lgsg dan yups banyak sgt konflik yang berlaku. so you guys mesti hbiskan baca once you all dah start membaca supaya korang semua faham setiap cerita yang disampaikan. so if you guys nak baca boleh dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com/ :))
baca di pustaka digital...tak sangka buku ni best....first time baca penulis ni... susah kot nak bentuk si rara ni, iqbal pun bukan jenis tipikal ustaz yang baik hati dan sabar,lagi2 mengadap si rara anak tan sri ni..nice..
Best! Ilmiah sangat! Iqbal is so perfect to me 😁... cumanya, panjang sangat cerita ni, elaboration in details, I can skip some part while reading it. Apa pun, cerita memang best sangat ! 👍🏼