' Sejarahmu masih belum berakhir. Suatu masa akan kutebus kegagalan ini... '
Sinopsis : Bukan Puteri Lindungan Bulan Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahndanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. Apa yang diharap tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang...
" ... Dia bukan Puteri Lindungan Bulan, berdarah putih yang disorok di dalam lubang semata-mata untuk menyelamatkannya daripada menjadi isteri kepada Raja Siam. Dia bukan Puteri Zaleha Si Lindungan Bulan yang menjadi permata hati ayahandanya sehingga tidak sanggup hendak mengahwinkan anaknya itu. Teramat kasih sehingga tidak sanggup berpisah dari puteri tercinta. Tidak! Dia bukan puteri yang sering disebut-sebut di dalam hikayat itu. Dia hanya puteri zaman moden yang tidak pernah gentar menempuh rintangan. ... " ms 328
Stres *wink* Memang terganggu emosiku masa baca buku ni. Lihat progress aku di GR, lagi lah... dah rupa apa je hahaha ;P
BPLB memang sesuai untuk peminat novel cinta tegar. Kisah cinta air mata. Tragis. Bak kata teman-temanku, memang meleleh air mata sampai tak cukup tisu. Dan bila fikir-fikir kembali kalau aku baca kisah ini sepuluh tahun sudah, mungkin aku pun begitu.
Kekuatan Larasati ‘Aisya [Lara] meladeni hidupnya aku memang tabik. Terasa disisih daripada kasih ibu sendiri setelah kematian ayahanda tersayang, tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang. Saat abangnya hilang punca bila rumah tangganya berderai, Lara menggalas tanggungjawab yang cukup besar untuk mengepalai syarikat yang hampir musnah. Dan ketika rusuhnya jiwa menerima amanah itu, dia pula dirosakkan oleh sang jejaka durjana yang kononnya sangat mencintainya.
Namun itu semua tidak melemahkan semangat kental Lara untuk meneruskan kehidupan. Dia harus terus berdiri walaupun terluka berulang kali. Bila Tengku Ainul Zafir [Zafir] masih setia menghulurkan cintanya, Lara menganggap itulah mentari yang bakal menyinari kehidupannya.
Tetapi apakan daya, tidak mudah untuk seorang Larasati ‘Aisya. Dia diuji lagi. Bukan saja dengan penolakan Zafir terhadap kandungannya malah makin menyesakkan bila Tengku Farah Waheeda; bekas kekasih Zafir kembali muncul dalam kehidupan mereka. Jadi apa kesudahannya? Mampukah Lara tinggal diam menelan kesemua penderitaannya?
Liku-liku hidup Lara memang payah. Indahnya sekejap lukanya yang banyak. Tetapi dia bisa tersenyum dan ketawa. Memang kontra habis dengan watak-watak lelaki dalam novel ini. Baik Luke, Zafir mahupun Zakuan… kesemuanya hampeh! [maaf agak emo aku di sini ;P]. Mujur ada abang Johan yang buat aku tersenyum sikit bila saja melihat nama watak lelaki. Dan bila dia dipasangkan dengan pembantu Lara yang setia tu memang aku setuju sangat.
Walau bagaimanapun, aku bagi kredit untuk ending. Yay! Tidak seperti yang aku fikirkan. Sedikit lari daripada kebiasaan. Gila agaknya aku ni bila suka penamat yang sedih [tergantung?] sebegitu *wink*
Ucapan takziah kepada keluarga arwah Liana Afiera Malik yang sudah meninggalkan kita pada tahun 2011 [betulkan kalau aku silap]. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang solehah. Al-Fatihah...
Orang kata patah tumbuh hilang berganti, tetapi padaku yang hilang tak mungkin bisa diganti.
Zafir yang bengong! Beristeri dua tapi tidak mampu mengawal minda untuk berfikir secara matang. Farah yang tamak! Eii, geram sungguh dengan perempuan tak reti bahasa ni. Geram! Geram! Geram! Zakuan yang biadap! Rasa macam nak tampar je muka tak malu dia tu. Heh.
Kasihan Lara. Memang sesuai la nama dia tu dengan kisah hidup dia yang selalu dirundung duka lara. Tak boleh nak terima jika dia gantikan tempat Zafir dengan si Zakuan tu. Euuww..!
Buku ini mengisahkan ketabahan seorang wanita bermana Larasati Aisya menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidupnya dari zaman remaja hinggalah dia berumahtangga.
Secara peribadi, saya merasakan bahawa cerita ini amatlah tipikal. Tiada apa yang istimewa, buku setebal 1211 mukasurat ini menceritakan ketabahan seorang wanita yang dongeng semata-mata. Novel cinta semuanya sama, mengisahkan kisah percintaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh seorang wanita. Hanyalah sebuah kisah kosong yang tiada pengisian. Meski rasa terseksa membaca buku ini di pertengahan jalan, saya sedaya upaya cuba untuk menghabiskannya.
Walaubagaimanapun, saya tidak menyesal membaca buku ini. Sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran kepada saya untuk tidak membaca novel cinta tipikal sebegini lagi.
Buku ini amat sesuai kepada penggemar novel cinta yang tegar.
terganggu emosi baca buku ni, sebab watak2 utamanya semuanya macam tak berpendirian. boleh kata begini at one page and the next page "bam!" buat benda lain. emo ai
Sehari semalam saya gigih menghabiskan bacaan novel ini. Sarat dengan permainan emosi, and sad ending. Malangnya saya kehilangan novel ini dan tak dapat ulang baca. Harap penerbit akan cetak semula novel ini nanti.
I remember reading this book some ten years ago, in 2005 I think. I borrowed it from an office colleague. I was eager to read it because of the hype back then. But, once I begin the journey, I was like, hmm.., too long, don't read. LOL! But I managed to reach the ending though.
I think that was the very last time I read BM book. No more after that.
lama cari novel ni...last baca masa kat universiti dulu..itu pun pinjam yang member. baca pun sempat separuh je..alhamdulillah baru baru ni dapat juga beli novel ni dari collector novel..walaupun second hand tapi berbaloi beli sebab buku ni dah tak publish... mengikuti kisah lara hingga ke akhirnya.. tapi kenapa ending novel tu macam tu??tak puas hati...
buku ni novel pertama yg paling tebal pernah dibaca. gila ahhh! masa tu baru habis UPSR pinjam novel ni dekat makcik bawak gi skolah. tp syg skali buku ni hilang ms blk skolah. jenuh jawab kt makcik. smpi sudah xde ganti. terbaikkkk