Jump to ratings and reviews
Rate this book

Vila Puaka

Rate this book
Berbuat jahat,maka jahatlah balasannya. Sesiapa pernah melakukan kesalahan,akibatnya akan datang jua kepadanya,meskipun dia mungkin sudah lupa.
Menjadi anak yatim piatu dalam usia muda, Alice dan Aim diambil sebagai anak angkat oleh Puan Miria sebelum dibawa ke sebuah vila terpencil.
Siapa sebenarnya Puan Miria?Apakah yang tidak kena dengan vilanya?Adakah Vila itu berhantu?Benarkah roh yang menempati anak patung kayu sedang membalas dendam?
Kenyataan sebenar adalah lebih dahsyat daripada itu...

419 pages, Paperback

First published January 1, 2012

15 people are currently reading
161 people want to read

About the author

ภาคินัย

83 books73 followers
Associated Names:
* Phakinai (English profile)
* 帕奇那 (Chinese profile)
* แอมป์ (Pen name)

ภาคินัย (ชื่อจริง: ภาคินัย กสิรักษ์, ชื่อเล่น: แอมป์) เป็นนักเขียนแนวสยองขวัญ นักเขียนบทละคร และผู้ก่อตั้งสำนักพิมพ์ชาวไทย เกิดที่จังหวัดสุโขทัย แต่เติบโตที่จังหวัดเพชรบุรี ก่อนจะย้ายไปกรุงเทพฯ เพื่อศึกษาต่อในระดับอุดมศึกษา

ภาคินัยเริ่มต้นอาชีพนักเขียนด้วยการเขียนนิยายรักโรแมนติก ก่อนจะเบนสายไปเขียนงานลี้ลับสยองขวัญ ซึ่งประสบความสำเร็จอย่างมาก ผลงานที่สร้างชื่อคือนางชฎา ซึ่งได้ถูกนำไปดัดแปลงเป็นละครในภายหลัง ต่อมาภาคินัยได้ก่อตั้งสำนักพิมพ์ Amp A Book เพื่อเผยแพร่ผลงาน

ภาคินัยเสียชีวิตจากปัญหาด้านสุขภาพในวันที่ 18 มีนาคม 2566 รวมอายุได้ 40 ปี

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (36%)
4 stars
25 (28%)
3 stars
21 (23%)
2 stars
6 (6%)
1 star
4 (4%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Author 2 books29 followers
August 17, 2013
Done!this is really ohsem thriller novel! Baca novel ni seolah2 kita menonton filem seram thriller thailand. misteri,kejam,menakutkan pun ada. Dari muka surat pertama, sehingga ke akhir,misteri tidak pernah habis! awal pembacaan, aku menjangkakan Puan Miria ni sah gila sebab anak dia Pheet mati. Sara pula pembantu rumah yang setia. Awal2 bab mengatakan Tim atau Timothy diculik, sebab Puan Miria nak balas dendam atas kematian anaknya, Oh,rupanya anaknya Pheet dibuli...tapi benarkah?Oh my god,ada misteri lagi...
Then, masuk bab seterusnya, kemunculan Aim dan Alice anak yatim piatu yg kehilangan ke dua ibu bapanya. Puan Miria muncul nak jaga mereka sebagai anak angkat yg sah. Apabila jejak kaki ke vila tu, aku dah rasa sesuatu yang buruk bakal berlaku. Cara penulis menjelaskan keadaan vila pun dah buat aku kagum. Kemunculan anak patung kayu kononnya sbagai pengganti Pheet-anak Puan Miria benar2 menyeramkan. Anak patung itu seolah2 bernyawa. Suka menonton filem pinokio.auww!
Malam pertama di vila pun sudah menyeramkan. Siapa pula Charlie,tukang kebun tua yang sgt meragukan. Selain Pn Miria,Sara,Charlie, Alice dan Aim, hanya Dr. Dane yang keluar masuk vila untuk merawat Pn Miria.
Actually agak susah nak review novel ni. Apa yg i boleh katakan, bagi sesiapa yg suka novel genre thriller dan seram, WAJIB mendapatkan buku PHAKINAI. Cara garapan yang penuh dengan mengujakan, sedikit pun jangan skip dan korang mungkin takkan skip.Setiap kali penulis ada ulang babak, jangan tak baca kalau korang rasa macam nak terlupa,sebab dia akan bagi jawapan yang akan buat korang ternganga! tak pun korang akan cakap, oh no...aku ditipu!Dari awal sampai akhir...misteri takkan berakhir.
Ending buku ni pun korang akan rasa seram bila dia tanya..... JIKA CIKGU YANG CANTIK NI PUN MATI, AWAK SANGGUP MENJAGA SAYA?-jawapan aku, TIDAK.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
May 4, 2024
Alice dan Aim yang baru kehilangan ibu mereka dalam sebuah kemalangan, kini dijaga oleh Puan Miria. Dan mereka dibawa tinggal di sebuah villa megah yang terletak jauh dari orang ramai.

Jalan cerita sangat menarik dengan plot twist yang berpusing-pusing. Jenuh memikirkan siapa sebenarnya antagonis dalam cerita ini. Kejap rasa Puan Miria, kejap rasa Sara, kejap rasa Dr Dane. Semualah SH syak.

Pengakhirannya memang sungguh tidak disangka. Boleh pula dia pusing lagi cerita sampai ke hujungnya. Geram rasanya.

Cumanya semua babak imbas kembali dalam buku ni membuatkan SH geram. Sebab ayat yang sama yang dah ditulis dalam babak sebelumnya ditulis semula. Mula-mula membaca babak imbas balik ni SH ingatkan ada kesalahan percetakan tetapi rupanya memang begitu. Dah jadi pengulangan di situ. Penat ye baca ayat yang sama.

Kesalahan yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun ternyata memberi impak yang besar. Bukan sahaja pada dirinya namun juga pada ramai orang.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
December 29, 2020
Ceritanya agak complicated.. Ingatkan bila Vila terbakar, terbongkarlah cerita sebenar.. Rupanya masih ada dalang yang bersembunyi di sebalik topeng.. Semuanya kerana perbuatan buli dan juga tamakkan harta.. Kaitan antara Puan Miria, Pheet dan juga Alice memakan korban yang banyak..
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
May 7, 2016
tengah ramai orang kat rumah ni berani la nak layan . berjaya juga di habiskan hehehe
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
November 2, 2013
Vila Puaka karya Phakinai terbitan Pelangi, novel seram yg bermotifkan dendam, jalan cerita yg menarik cuma sy agak kurang adalah konsep penceritaan semula yg berulang-ulang, selain dari itu mmg menarik perhatian, ada part yg agak menyeramkan dan boleh terbawa-bawa, Vila Puaka mengisahkan misteri penculikan dan kehilangan kanak-kanak yg semakin berleluasa, kehilangan kanak-kanak ini berikutan dendam yg telah sekian lama membara, Puan Miria yg kematian anak yg tdk dpt menerima kenyataan yg sehingga menggangap anak patung kayu sbgi anaknya. Puan Miria yg dianggap kurang siuman yg sering menyangkak yg roh anaknya bersemadi didalam anak patung kayu, benarkah roh anaknya menumpang anak patung itu, apa pula kaitan dgn misteri kehilangan kanak-kanak dgn Puan Miria, anda harus baca naskah ini, pelbagai kisah menarik dan seram yg blh didapati dlm naskah ini, walaupun ada part yg tdk dpt menarik perhatian sy, penulis mampu membawa sy masuk kedlm novel ini, kekadang walaupun membacanya disiang hari, sy dpt merasakan keseramannya, tahniah buat penulis
Profile Image for Inn Auni.
1,086 reviews25 followers
May 28, 2017
Alice dan Aim kehilangan satu-satunya tempat bergantung. Demi tidak mahu berpisah dengan adiknya yang masih di bawah umur, Alice rela tinggal dengan Pn Miria.

Vila bak istana di atas bukit terpencil menjadi kediaman baru Alice dan Aim. Pelbagai peraturan baru perlu dipatuhi.

Tidak boleh merayau selepas jam 12 malam. Tidak boleh ke 'right wing' vila tersebut. Kalau ada terdengar bunyi, biarkan saja.

Dan Alice dan Aim perlu menerima Pheet, anak patung kayu Pn Miria yang dilayan seperti ianya benar-benar hidup.

Tapi mana mungkin Alice duduk diam apabila suatu hari terlihat tubuh Aim penuh luka. Angkara siapa itu? Alice sanggup lakukan apa saja demi Aim.

Benarkah Pn Miria yang gila atau Alice sendiri?

* * *

Kurang menyengat karya hasil Phakinai kali ini. Mungkin terlalu banyak unsur mistik. Tetapi seperti karya beliau yang lain, setiap orang yang berbuat jahat akan menerima padahnya.

Perasaan tamak haloba menjadi tema utama untuk karya ini. Dan juga rasa kasih yang mendalam.

Sedikit kecewa sebenarnya sebab kali ini saya mampu meneka dalang sedari awal cerita. Dan entah kenapa, tiada rasa simpati pada watak Alice.
1 review
November 27, 2018
Jalan cerita yang menarik. Sy suka dgn semua character dlm novel ni. Plot yang sngt menarik dan bnyk jugak plot twist. Sy hmpir tertipu sebenarnya bila Sara ckp kpd Alice yng Aim tu dh lama meninggal 😂
3 reviews
October 4, 2021
Alhamdulillah selesai baca buku Vila Puaka by Phakinai dalam masa 8 hari. Jalan ceritanya mantap, sehingga membuatkan tertanya-tanya babak seterusnya. Memang byk plot twistnya. Cuma Sedih sikit sebab ramai yang meninggal termasuk watak- watak yang baik. Overall, best and seram!
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
January 1, 2019
Best sngat.....smpi mlm pun tk blh tidur mlm..jalan cerita yang agak menarik yg tidak dpt dijangkakan
1 review
December 21, 2020
Saya dah baca novel ni... Jalan cerita dia agak menarik.. Namun sedikit kesal pada pengakhiran cerita ni 😩😩 Kenapa ianya berakhir dengan begitu? Kesian Alice dan Aim 😥😥
Profile Image for Farhanah Atiqah.
Author 1 book8 followers
September 26, 2013
Saya terpesona. Ya, itulah yang terlintas di dalam kepala saya sebaik habis membaca novel ini. Sungguh berlainan dengan novel seram yang pernah saya baca. Karakter Alice di dalam novel ini digambarkan dengan sempurna bagi saya. Wataknya sebagai kakak yang sangat melindungi adiknya, Aim, selepas kematian ibu mereka cukup memberi kesan di hati saya. Selain itu, Alice juga memiliki sifat ingin tahu yang kuat. Malahan, sifat ingin tahu itu cukup untuk menyingkirkan rasa takut di hatinya. Sebaik sahaja tiba di 'rumah baru' mereka, Alice dan Aim dikejutkan dengan keadaan aneh Puan Miria yang bercakap dengan anak patung kayu! Sangka Puan Miria, roh anaknya yang telah mati itu mendiami badan anak patung kayu tersebut. Malam pertama di vila tersebut, Alice dapat merasakan ada sesuatu tersembunyi di vila itu. Sesuatu yang menyeramkan!

Keadaan bertambah teruk apabila Alice melihat seseorang cuba meletakkan 'sesuatu' di dalam minuman Puan Miria. Adakah Puan Miria benar-benar kurang waras atau adakah ubat tersebut yang membuatkan keadaannya bertambah teruk? Alice ingin menyiasat perkara itu. Dia memerlukan pertolongan seseorang, namun siapa yang harus dipercayainya? Adakah Sara, si pembantu rumah yang kadangkala berkelakuan mencurigakan atau Doktor Dane, doktor yang merawat Puan Miria? Alice akhirnya membuat keputusannya. Namun keputusan untuk menolong Puan Miria membawa padah. Alice sudah gila. Satu-satu adik yang dimilikinya sebenarnya tidak wujud lagi. Benarkah apa yang dirasakan Alice selama ini? Atau itu hanyalah salah satu daripada ilusinya?

Keseluruhannya, novel ini mantap dari segi jalan cerita dan watak. Penamatnya juga jauh berbeza daripada apa yang saya sangkakan dan ia langsung tidak mendukacitakan peminat novel seram seperti saya. 'Buat jahat dibalas jahat', itulah tunjang novel ini. Banyak perkara yang disimpan sebagai rahsia terlerai satu-persatu di pengakhiran novel ini. Kadangkala mempercayai naluri itu lebih baik daripada mempercayai apa yang dilihat. Bagi saya, itu juga salah satu daripada pengajaran di dalam novel ini.
Profile Image for P .
695 reviews345 followers
September 1, 2016
เราคิดว่าเล่มนี้อาจจะไม่ใช่นิยายที่สนุกที่สุดของภาคินัย
แต่เป็นนิยายของภาคินัยที่ดีที่สุดสำหรับเรา
เนื้อเรื่องไม่ได้ทำให้เราหงุดหงิดงุ่นง่านเหมือนผลงานของภาคินัยเล่มอื่นๆ
ตรงกันข้าม การค่อยๆละเอียดเล่าเนื้อเรื่องและค่อยๆผูกปม ทำให้ทุกอื่นในเรื่องนี้ดูแน่นขึ้น
คุณเล่นกับแง่คิดของจิตใจคน ซึ่งเราถือว่าทำได้ดีทีเดียว
และเราก็เห็นด้วยว่า นิยายสยองขวัญ ไม่จำเป็นต้องมีผีมาแหกไส้แหกพุงหรอก
แค่คุณทำให้คนอื่น 'เชื่อ' ได้และสามารถ 'Connect' เป็นส่วนหนึ่งของตัวละครคนที่คุณใช้เป็นแกนหลักในการเล่าเรื่อง เราก็ถือว่าคุณประสบความสำเร็จแล้ว

4.5 ดาว
4 reviews
December 31, 2013
jalan cerita menarik dan buat saya tertarik untuk menghabiskan cepat sebab nak tau ending...ending pun memang tak disangka-sangka...tapi terdapat pengulangan cerita yang saya rasa tak perlu...semua tu saya skip...overall best..
1 review
April 18, 2018
Novel yang menarik. Ada unsur seram, suspen dan misteri. Baca novel ni macam tengah tengok cerita seram Thai. Plot twiss yang tak dijangka.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.