Jump to ratings and reviews
Rate this book

Detik-Detik Diri Di Daerah Daif

Rate this book
Novel ini menyingkap pengalaman dan liku-liku hidup seorang sasterawan Negara secara jujur dan berterus terang. Sikap hidup masyarakat Banggol Dedap yang daif tetapi kaya dengan semangat bergotong royong membawa suatu nostalgia yang manis dan mengharukan penulis. Autobiografi ini adalah tunjang daya kreativiti Shahnon di mana setiap hasil karyanya dapat di singkap dalam autobiografi ini.

191 pages, Paperback

First published January 1, 1991

3 people are currently reading
109 people want to read

About the author

Shahnon Ahmad

71 books149 followers
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.

Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.

Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).

Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.

Source: Wikipedia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (56%)
4 stars
23 (30%)
3 stars
7 (9%)
2 stars
3 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
December 26, 2018
Tidak ada sasterawan negara seberani Shahnon. Tidak ada sasterawan negara seberaninya baik dalam tindakan politik maupun penulisannya. Shahnon menulis autobiografinya dengan menelitikan pada benda yang kita sangka kecil: terpegang taik dalam sungai, sukakan bau nanah dan darah memancut, bisul dalam lubang jubur, dubur dimasuki lintah, cacing dalam perut, kematian-kemartian, kengerian-kengerian di kampung menjadikan buku ini hidup, menjadikan Banggul Derdap itu real betul.
Profile Image for Nuruddin Azri.
387 reviews174 followers
June 14, 2019
Aku hampir-hampir ingin membatalkan hasrat untuk menamatkan pembacaan memoir ini kerana kejujuran penulis yang melampau dan kekerapan yang teramat dengan salutan elemen-elemen kotor.

Padanlah ada seorang penulis yang dihormati pernah memberitahu saya, uniknya Hamka berbanding penulis agung lain seperti A. Samad Said dan Shahnon Ahmad (dalam kes ini), ialah penulisan Hamka jika dipunggah satu persatu, bersifat "suci" dan tiada elemen-elemen tercemar.

Namun, cakerawala bahasa dan diksi yang ada pada Shahnon Ahmad tidak tersangkalkan lagi. Daripada peristiwa menghendap perempuan, membakar hutan kampung, bersabung ayam sehinggalah peristiwa dikhatankan kulup, Shahnon telah mengangkat aras budak-budak dan kehidupan kampung ke tahap yang lain.

Unsur bahasa kampung yang dikekalkan tetapi dibancuh dengan kelumatan kosa kata dan mesej-mesej satira telah memperkayakan lagi pengalaman pembaca dalam meniti suasana kampung yang kian dijarah dan dilanyak modenisasi.

Masyarakat bandar kini tidak lagi mengetahui bagaimana baja dan cacing dapat menggemburkan tanah – iaitu dengan membina lubang-lubang pada tanah untuk "bernafas", rumah-rumah yang ditakluk oleh satelit sehingga luntur nilai-nilai keagamaan serta mata air sungai yang tidak lagi mengalir dek kerana kerakusan projek-projek penarahan itu dan ini sehingga kampung beliau di Sik dan Sungai Ceper – yang menjadi tempat mereka bermandi-manda, buang air besar dan banyak lagi adegan-adegan nakal beliau – menjadi "gemulah".

Satu lagi kredit yang perlu dimahkotakan kepada penulis ialah apabila penulis menyalut memoirnya dengan latar tentera Jepun yang memerintah pada waktu itu. Seorang tentera Jepun yang pernah merogol seorang isteri, Timah – menurut kisah rakannya yang kuat bergebang, Jusuh – sehinggakan dibelasah habis oleh sang suami, Usin apabila silat petani telah dibuka dan tidak lagi tunduk kepada muncung senapang dan bayonet.

Dalam kisah yang lain, ayah Shahnon pula rupa-rupanya merupakan seorang "spy" Jepun tetapi mengimpikan anak-anaknya untuk melanjutkan pelajaran dengan lebih jauh lagi. Bagi mengelakkan rahsia ini diketahui khalayak kampung, ayahnya telah menggantikan ganjaran lumayan Jepun kepadanya dengan ganjaran kedua-dua anaknya mampu sambung pembelajaran di sekolah Inggeris dengan "scholarship".
Profile Image for Ahmad Nizamuddin.
55 reviews2 followers
January 30, 2014
buku yang indah. sangat indah. sangat menyentuh jiwa. buku menangis dan buku tertawa. rasa seperti nak syorkan pada semua, seperti masa dapat anak yang pertama. mesti dibaca.

patutlah kawan aku sungguh-sungguh syorkan aku baca buku ni.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
November 28, 2020
Tidak pernah dalam sepanjang hidup saya, membaca buku Melayu namun memerlukan juga kamus bahasa Melayu sebagai rujukan. Buku ini yang pertama menjadi pelopornya 😆. Syukur laman sesawang DPB banyak membantu.

Sungguh indah nukilannya. Tidak dapat disangkal lagi betapa layaknya gelaran Sasterawan Negara itu pada diri empunya Shahnon Ahmad. Ternyata mereka-mereka yang telah dianugerahkan dengan gelaran terhormat ini, hasil tangan mereka selalunya berada di satu takuk yang lebih tinggi dari penulis kebanyakan yang lain. Keindahan bahasanya, kedalaman ilmunya, realitinya mahupun yang menukilkan Malaysia seperti sedia adanya. Memang mereka berada pada kelas yang tersendiri.

Nama beliau mula saya kenali dari novel kontroversi 'Shit' beliau ketika mula dipasarkan dahulu. Namun oleh kerana saya bukanlah peminat besar buku berhaluan fiksyen, maka belum satu pun lagi buku dari beliau yang saya berahi ingin baca. Lebih suka bermula dengan buku sebegini. Kisah nyata yang datang dari sang penglipur lara.

Dan ternyata, kerana buku ini, saya mungkin berminat untuk menjarahi buku-buku popular beliau yang lain selepas ini. Ranjau Sepanjang Jalan dan Srengenge mungkin sebagai pemula.

Buku ini dengan kisah yang ringkas sahaja. Kisah penulis ketika di zaman kecilnya di kampung yang majoritinya penduduk susah di Sik, Kedah. Di era 1940an hingga 1950an rasanya. Di era pendudukan Jepun dan British di tanah air kita. Bagaimana keadaan & suasana disana membesarkan serta mematangkan beliau kini.

Perincian mengenai kisah di dalamnya ada banyak dipetik oleh pengulas-pengulas lain di dalam laman sesawang goodreads ini. Jadi tidak perlulah kiranya untuk saya perincikan lagi. Rujuk saja ulasan mereka.

Namun saya tertarik dengan beberapa perincian menarik nukilan penulis di dalam buku ini. Antaranya;

1. Ilmu berkaitan kerja-kerja tradisional kampung & kehidupan di kampung di era pasca-merdeka. Bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian, bagaimana anak-anak berhibur dan menghabiskan masa, bagaimana penulis memperkenalkan pelbagai tumbuhan & haiwan yang mudah didapati di persekitaran beliau. Banyak saya belajar mengenai ini.

2. Bagaimana menentukan waktu sesuai untuk menanam padi dalam setahun. Dan apa bezanya bendang baruh dan bendang darat.

3. Bagaimana cara untuk mengeluarkan lintah gajah atau apa-apa pun lintah jika ianya masuk ke dalam dubur. Dengan menggunakan abu kayu, kapur dan gambir. Jika tidak jalan juga, tembakau jawa darat & lesung indik boleh digunakan.

4. Bagaimana ingin menjejak sarang ikan keli di sawah padi, dan bagaimana cara untuk menangkapnya. Dan bagaimana pula ingin diubati jika disengat oleh ikan tersebut. Cara lama yang kotor namun tetap berkesan dari gaya penceritaan penulisnya.

5. Cara tradisional berkhatan di atas batang pisang. Biasa mendengar perihal ini di zaman moden. Namun untuk menelusuri proses-prosesnya secara terperinci amat menarik sekali.

Dan banyak lagi.

Teknik penceritaan penulis yang menarik sentiasa membuatkan kita bagaikan berada bersama beliau ketika mereka 4 sekawan melakukan hal itu dan ini. Terperinci, dan dikebanyakan waktunya tanpa berlindung segan-silu. Sememangnya pengalaman pembacaan yang indah.

Apa yang pasti, buku ini lebih sesuai untuk bacaan orang dewasa. Ataupun sekurang-kurangnya buat mereka yang telah mengerti apa itu erti menjadi 'dewasa'. Begitu banyak kiasan yang digunakan penulis dalam bercerita, yang membuatkan orang yang lebih berusia sahaja yang dapat menangkap maksudnya.

Sebagai penutup saya sertakan beberapa perkataan & istilah yang berbaloi untuk diketahui maksudnya. Tidak pasti perkataan ini digunakan di alam Melayu secara meluas, ataupun khusus digunakan oleh masyarakat Melayu di bahagian utara sahaja.

-Gemulah = arwah.
-Caruk = 1 - bahagian kaki bukit atau gunung yg sentiasa berair atau bencah. 2 - teluk kecil.
-Bendang baruh = bendang yang tanahnya berlumpur, air tidak pernah kering, mudah diusahakan untuk menanam padi.
-Bendang darat = bendang dengan tanah yang keras, terutamanya di musim kemarau. Tanah perlu ditenggala bila musim menanam padi tiba.
Bangsat = 1- (orang yang) jahat perangainya, seperti pencuri. 2 - (orang) miskin. Penulis menggelarkan bapanya orang bangsat dalam buku ini. Ini yang lebih memaknakan apa yang penulis cuba sampaikan. Bukannya kata cacian buat bapa beliau.
-Menyerangguh = duduk ber­topang dagu dgn siku tertekan ke lutut.

Antara buku yang berjaya mendokumenkan & menonjolkan kekayaan tatabahasa Bahasa Melayu kita. Anda boleh cuba baca untuk merasai khayalannya.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
August 2, 2020
Terpesona membaca kisah hidup Shahnon Ahmad sewaktu kecil dan remaja. Arwah mempunyai pengalaman hidup yang sangat luas. Beliau menyatakan kampungnya sangat terpencil dan dihuni hanya lebih kurang 30 buah keluarga saja. Namun, bak kata arwah itulah sekolah dan universitinya.

Jelas sebagai pembaca kita dapat merasakan kerinduan dan kesayuan mendalam terhadap kampung dan pengalaman masa mudanya.

Membaca naskhah ini ibarat menonton filem. Satu-satu terbayang di mata. Pembaca ikut sekali rasa gembira, geram, takut, jijik, sedih. Semuanya bersatu menjadi satu perasaan membaca yang lumayan!

Dan memang terserlah keberanian penulis. Selamba saja gelar ayahnya bangsat. Bukan itu saja, banyak lagi kisah berani yang dicoretkan dalam naskhah ini.
Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
116 reviews42 followers
October 14, 2018
Malam ini aku tahu aku akan tidur dengan jiwa yang lebih kaya; kerna baru tadi aku bersama Jusuh Gutgut, Usop Debeng dan Saad Togok bergelut dalam selut bendang baruh mencapai keli dan haruan sambil2 mencari ikan karing buat berlaga nanti. Gemuk jari aku dengan tanah merah mengais tanah mencari cacing buat umpan. Tapi apa aku kisah, petang nanti kami sekawan memang akan terjun ke dalam Sungai Ceper juga barang dekat Maghrib buat menghilangkan daki2 kotoran dalam badan. Tapi sementara itu minta jauhlah dari disengat keli atau haruan. Sengat haruan tahan lagi; kalau keli alamatnya bisalah naik sampai ketiak. Ubatnya yang paling mujarab adalah tahi pelir tapi manalah kami mahu dapat dengan awang yang sudah tak berkulup ini. Hendak ligan budak-budak kampung yang belum jawi lagi? Mereka pun sudah pandai. Bertawar menawar pula minta tangkapan kami buat ganti tahi pelir mereka. Kalau dipaksa nanti jadi macam kisah anak Pak Awang Hamad yang pergi mengadu pada bapanya. Alahai, mungkin lebih elok kami bermain binatang darat; berlaga denak atau tekukur, kalau lebih lasak main laga kerbau. Tapi kerbau perlu kena perancangannya: kerbau perlu dijaga berbulan-bulan, ditahan dari melihat kerbau betina lebih dari seminggu dalam pada yang sama perli dijaga betul-betul pemakanannya. Barulah laga menjadi. Kerbau itu akan menanduk dan memulas-mulas tanduknya sebaik sahaja berjaya menusuk lawan sampai ketulan daging boleh pecah bersama darah yang menumpah. Lain ceritanya kalau ada kerbau betina dalam jarak penglihatan. Acara bertarung jadi acara berkerabat pula. Kalau yang terkemudian itu terjadi memang hodoh benarlah jadinya temasya tersebut. Yang lelaki bersorak-sorak kegirangan; yang tua lanjut ketawa dengan gusi-gusinya menyeringai sambil menambah "perisa" dalam pekikan mereka. Yang muda belia terikut ketawa mendengar celoteh yang tua, kadang ketawa mereka yang melebih acah-acah sudah terlebih masin. Kanak-kanak kecil pula terkebil-kebil. Orang ketawa pun dia ikut ketawalah. Tapi ketawa mereka ketawa yang terpinga-pinga. Mengapa orang lelaki sahaja yang terpekik terlolong tidak orang betina? Makin lama makin merah pula muka mereka melihat acara berkerabat tidak semena itu?

Eh terlimpas sudah lamunan aku terbang menjauh. Sedar-sedar aku sekarang dikelilingi tembok batu setinggi dua orang aku, dibelai dengan bilas kipas yang dipacu tenaga elektrik di sebuah kediaman bertingkat yang dilengkapi sistem pengairan baharu dan kawalan keselamatan rapi.

Tetapi buat seketika tadi aku yakin aku memang ada pernah menjejak kaki di daerah Banggul Derdap itu, daerah yang begitu daif itu tapi kaya dengan kemanusiaan dan pengalaman hidup yang memaknakan.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,558 reviews41 followers
June 17, 2020
Gila. Shahnon Ahmad memang gila. Gila open. Kalau saya tak pernah baca karya Shahnon Ahmad sebelum ini, memang saya akan fikir begitu. Orang tua tu mesti tak betul. Otak mereng. Ada ke manusia yang bau darah dan nanah semacam Indah untuknya, disapu saja lelehan darah dan nanah dari badan Pak Lang Lahuma yang tengah derita membusung tu dengan tangan. Ada ke budak yang dengan mata terbeliak takjub menengok darah membuak dari tenggolok lembu korban? Ada ke penulis dalam autobiography nya tanpa silu bercerita seronoknya menengok ayam jantan dengan ayam betina berlaga, kerbau jantan buat projek dengan kerbau betina, bersama dengan geng kejar budak-budak yang belum bersunat untuk minta.... (apa tu namanya), kotoran yang melekat kat buah pelir budak untuk lap tangan yang dah disengat keli supaya bisa tak terus mengganas sampai ke ketiak. Penulis ni dengan bangganya explain tentang cacing kerawit cacing rambu bisul peliharaannya yang paling prolific di kawasan sekitar dubur, adohyaiii!! Ada ke penulis yang selamba describe kekejaman meloyakan bapak sendiri membunuh burung peliharaannya? Ada ke? Ada laaa. Sahnong lah tu. Dia seorang saja Kat Malaysia ni kot.

Sungguh la. Selepas baca buku Detik-detik Diri di Daerah Daif, saya rasa lebih faham kenapa dia tulis cerita tersohor Ranjau Sepanjang Jalan. Saya ingat lagi, dalam review saya tentang tragedi kematian Lahuma yang diceritakan, saya hairan, mana perginya masyarakat kampung tu? Gila ke apa di biarkan saja orang sakit gitu tanpa ada usaha bawa ke hospital atau sekurang-kurangnya panggil wakil Pejabat kesihatan datang buat kerja. Sekarang dah baca buku Detik-detik diri di daerah daif, saya faham. Faham lebih sikit tentang masyarakat kampung daif Shahnon Ahmad. Rasa macam nak pergi cari lah Kampung dia tapi no point juga kan, sebab dah jadi gemulah, kalau jumpa pun dah jadi zombie kampung tu. Sayang sungguh.

Saya sendiri pun otak tunggang langgang bila menulis selepas membaca kadang-kadang lebih ngok dari budak separuh masak. Shahnon Ahmad yang lalui zaman kanak-kanak nya di daerah seperti Banggul Derdap, dengan watak-watak orang tua sana, patut lah.

Apapun, buku ini saya fikir sangat best. Anda sangat rugi jika tak baca kalau dah terjumpa. Manusia bernama Shahnon Ahmad ada seorang saja. Dan dia ceritakan cerita dia dalam sebuah buku nipis tapi tebal, korang better cari lah buku ni.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
April 14, 2020
1.
Ini buku Sasterawan Negara Shahnon Ahmad (SA) yang entah ke berapa saya baca. Saya masih baru berjinak-jinak membaca hasil kerja beliau.

2.
Buku Detik-detik Diri Di Daerah Daif (5D) ini tidak seperti buku beliau yang lain, yang lebih terkenal seperti Serengenge dan Ranjau Sepanjang Jalan.

3.
Ini catatan benar kisah kehidupan SA di tanah tumpahnya di Sik, Kedah. Kisah yang berlaku sekitar tahun 1930-an sehingga 1940-an.

4.
SA mengimbas kembali kenang-kenangan hidup sewaktu zaman kanak-kanak yang penuh dengan keterbatasan kemodenan, dan adat budaya tempatan.

5.
Setiap sudut daerah kampung Banggul Derdap, ada ceritanya. Tentang sawah bendang, hutan, Sungai Ceper, balaisah (surau), pergaduhan, kenduri-kendara dan macam-macam lagi. Lengkap perisiannya, sampai boleh terbayang-bayang suasana kampung SA di kepala walaupun ada juga perkara-perkara yang saya tak tahu apa bendanya.

6.
SA memang kaya dengan kata dan arif dengan ilmu alam. Ada masanya, naik malas pula saya mahu merujuk kamus. Tapi ini menguatkan tentang apa yang disampaikan itu benar-benar pengalaman peribadi.

7.
Tapi, itulah. Banyak juga cerita-cerita dalam kain yang disampaikan tanpa segan silu, walaupun berlapis dengan menggunakan metafora. Berulang-ulang, sampai naik meluat pun ada juga.

8.
Saya membayangkan buku ini dikisahkan dalam bentuk filem. Pengembaraan SA bersama tiga orang rakan baiknya semasa kecil di Banggul Derdap, dan Sik; Jusuh, Usop dan Saad. Pasti seronok melihat kembali adat budaya dan kehidupan orang dulu-dulu. 5D ini lengkap terperinci untuk dibuat rujukan. Bab yang mengarut tu, tak perlulah!

9.
Saya terkesan dengan ayat di muka surat 176, "Dari Jeniang naik bas ke Sik, sebuah daerah di Kedah yang kaya amat dengan kemiskinan itu." Hakikat yang masih berlanjutan sampai ke hari ini.

10.
Buku 5D ini mengingatkan saya sebuah buku yang menceritakan kehidupan di Lenggong, Perak oleh seorang penulis, Hamizul Abdul Hamid. Bukunya bertajuk Aku Budak Lenggong.

Buku ini menari untuk dibaca. Boleh memperkayakan lagi penguasaan kata dan pengetahuan tentang alam, dan pandai-pandailah menapis apa yang perlu ditapis.
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
May 8, 2021
alhamdulillah dapat habiskan membaca autobiografi karya shahnon Ahmad ini.Kebanyakkan apa yang diceritakan beliau mengingatkan kembali aku semasa kanak-kanak.Walaupun zaman kanak-kanak aku adalah pada tahun akhir 60an sedangkan beliau sekitar zaman 40an tapi masih banyak yang sama.Lokasinya berbeza beliau di utara tanah air sedangkan aku di selatan

keistimewaan shahnon yang aku kagumi ialah dia berjaya membawa dan menyingkap sesuatu perkara itu dengan sedetail-detailnya hatta kalau dia bercerita pasal bisul yg bernanah boleh membuatkan aku nak termuntah dan tak lalu makan

Satu lagi keistimewaan shahnon ialah dia berani menyingkap hal-hal yang agak personel dan sulit sehingga hal-hal di dalam kain lelaki dan perempuan secara berkias.Bagi orang yang dah lama hidup dalam alam berumahtangga tidaklah sukar untuk memahami apa yg dikiaskan oleh beliau hahaha..terasa lucu dan kadang-kadang menaikkan semula semangat jantan aku hehe
Profile Image for Bidasari.
321 reviews
January 3, 2023
Kenangan zaman kanak-kanak penulis di Banggul Derdap di mana semangat ukhwah di kalangan penduduk sangat tinggi.

Beberapa figura di dalam hidupnya baik daripada ayah, ibu, 3 orang sahabat baik, Tok Imam, jiran tetangga dan sebagainya mencorak kehidupan penulis sehingga dewasa.

Memang meriah ye hidup kanak-kanak zaman penulis.

Banyak kisahnya mengundang senyum dan ketawa.

Mandi sungai, menggagau ikan, menangkap burung, membakar sarang tebuan, menyabung ayam, bersunat, menyibuk di kenduri kawin, bergotong royong membina surau akibat dibadai ribut, bersawah dan sebagainya.

Sebuah catatan kenangan manis kehidupan yang tidak dapat diulang kembali tetapi tetap terpahat di dalam hati sehingga akhir hayat penulis.

Faham rasa hati penulis yang mengenang zaman indah-indah yang tidak bisa diputar kembali.

Penulisan yang sememangnya dari hati.
Indah molek perkataan-perkataan di dalam buku ini.

Antara buku yang mungkin akan diulang baca sebab menyentuh hati.

Buku ini sememangnya membawa den mengimbau kenangan zaman kanak-kanak sendiri walaupun tidak semeriah zaman penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ' Syamil.
244 reviews6 followers
October 11, 2023
Satu buku yang menceritakan zaman kanak-kanak shahnon yang penuh dengan kenangan.

Dari buku ini juga kita dapat tahu bahawa watak dalam buku ranjau sepanjang zaman dan srengenge rupanya ada kaitan dengan shahnon dan kampungnya banggol derdap

Banyak juga cerita sulit dan nakal mengenai hubungan lelaki dan perempuan dikisahkan dalam buku ini.

Shahnon juga mampu menceritakan tentang keindahan sungai,ikannya, pasir yang ada dalamnya membuatkan kita iri hati dengan keindahan yang dinikmati olleh shahnon.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ummu Kholis.
3 reviews1 follower
November 22, 2019
Buku yang menarik dan jujur tentang cerita zaman kanak-kanak yang bebas riang berlari melakukan semua aktiviti yang memang tidak pernah mungkin dibuat oleh Generasi Y dan Z. Karya Shahnon Ahmad yang paling saya gemari
Profile Image for Mimie Azaman.
5 reviews
January 8, 2021
Sebuah karya berbentuk penceritaan bukan fiksyen oleh Saterawan Shahnon Ahmad. Sangat jujur dan telus. Sehingga kita pasti terbawa-bawa ke kampung Derdap, melusuri Sungai Ceper tempat bermain di waktu kecil beliau.
Profile Image for Masyhoor Akram.
41 reviews3 followers
October 9, 2023
Sebuah penulisan yang cukup baik dalam mempersembahkan kehidupan manusiawi, tawa dalam tangisan dan tangisan dalam ketawa. Secara tak langsung, saya menjadi peminat Shahnon dari Detik-detik Diri di Daerah Daif. Terima kasih Pak Sanong atas penulisan ini.
Profile Image for Ema.
1,127 reviews
September 12, 2017
Seminggu jugaklah nak habiskan baca. Untuk bacaan dewasa. Dah dua kali aku baca buku Shahnon Ahmad. Harap2 dapat baca buku yang melayakkan dia jadi sasterawan.
Profile Image for Azhar Ahmad.
1 review1 follower
November 8, 2015
kisah hidup sanong semasa kecil di kg. dah baca buku ni baru tau kebanyakkan watak dlm novel sanong spt Ranjau Sepanjang Jalan dan Srengenge adalah watak yg sebenar. penulisan melalui pengalaman.penulisan secara perincian sgt mengagumkan
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.