Ia tidak memakai bahasa uraian, atau gambaran yang klinis, tetapi dengan metafora-metafora puitis yang jauh lebih bisa mendalam gambarannya." Inilah keistimewaan Lintang dalam kemampuannya melukiskan peristiwa jiwa. Barangkali dalam hal ini bisa ditandingi oleh Leila Chudori, yang secara kebetulan juga seorang perempuan ( W.S. Rendra )
Beliau lahir di Jakarta, Indonesia, anak ketiga daripada pasangan Almarhum Warsono dhinoto dan Eritje Louisa Suak. Semasa kecilnya, beliau hidup berpindah-randah dari kota ke kota bersama keluarganya. Pada usia 18 tahun, beliau kembali menetap di Jakarta, melanjutkan sekolah di arsitektur landscape Trisakti, dan Asmi. Pada tahun 1997, selama enam bulan beliau berada dalam masyarakat nelayan di pulau Gilli. Tahun 1999, beliau bergabung dengan seniman Daerah, mengadakan observasi budaya seJawa-Bali. Beliau bekerjasama dengan UNFPA (United Nation Population Fund) dalam program 'Psychological Terapi Art' di Acheh. Se;aom sebagai nara sumber dalam buku sastera di beberapa radio dan universiti, beliau pun aktif sebagai ahli di komuniti eSastera.com sampai sekarang.
Saat ini, Lintang memilih menulis sebagai kariernya. Buku-buku kumpulan puisi telah terbit: Ilahi (1998), Pelepah (2000), Antologi Puisi Namaku Perempuan (2006), Ku Sampaikan (2006), dan Narasi Lukisan Anan-anak Acheh, Menyapa Pagi yang Baru (2006).
Sumber: Matahari di Atas Gilli, PTS Litera Utama (2008)
Pulau Gilli memiliki alam yang indah, matahari meyinarinya sepanjang tahun, penduduknya memiliki kearifan hidup yang harmonis dengan Alam.
Suhada datang ke Gilli sebagai mempelai Suamar. Suhada menjadi matahari bagi penduduk Gilli, membawa sinar pendidikan untuk anak-anak Gilli. Sedangkan bagi Suhada yang sebatang kara, Suamar adalah matahari dalam hidupnya. Sewaktu Suamar pergi dan lama tak mengirim berita, seolah ada awan mendung menutup mataharinya, membuatnya gelisah dan merana. Setelah beberapa bulan berlalu, akhirnya Suamar mengabari Suhada kalau dia akan pulang sebelum Suhada melahirkan. Suamar tak kunjung datang hingga Suhada berpulang ketika melahirkan.
Suamar yang tidak bisa menerima kepergian Suuhada, menciptakan dunianya sendiri, dimana matahari masih bersinar cerah seperti biasanya, dunia dimana Suhada masih hidup.
Kisah Suamar dan Suhada adalah kisah tragedi anak manusia. Ketika manusia menjadikan manusia lain sebagai matahari cintanya, maka matahari itu tak akan abadi, ada waktunya dia terbit, ada waktunya dia terbenam. Ketika cinta yang tak abadi itu pergi, maka gelaplah dunia. Maka cintailah sang pemilik Matahari, Yang Abadi, maka cintamu tak akan mati, matahariNya akan selalu bersinar untukmu.
Saya kutip perkatan Umi kepada pak Haji (keduanya orangtua Suamar) : Jika hati kita berserah, akan segera datang hari pencerahan untuk kita dariNya, tanpa melihat siapakah kita (hal. 533).
Pencerahan yg saya dapat: Ternyata ada lagi pulau bernama Gilli (Gili Ketapang) yang elok di Nusantara ini selain Trio Pulau Gili dekat pulau Lombok :)
Buku ini aku baca mungkin hampir setahun lalu sampai tak ingat lagi kapan. Iseng menelusuri rak perpustakaan sekolah yang biasanya berisi buku-buku yang itu-itu saja, aku melihat buku yang masih baru ini, sumbangan dari dinas pendidikan. Bersih dan belum tersentuh, aku pun asyik menyelami keindahan bahasa, keunikan karakter, dan plot sang penulis dalam novel bentuk puisi narasi ini. Pelajaran sastra yang belum mengupas novel-novel karya dalam negeri baik klasik maupun terbaru membuatku merasa buku ini memiliki kekuatan jiwa untuk pecinta buku negeri yang cukup relevan dengan esensi pendidikan.
Suhada, seorang anak kecil yang ditinggalkan kemudian diambil menjadi anak angkat kepada Mamak. Wanita ini tidak mampu menyekolahkan Hada sehinggalah dia dipinta oleh dipelihara oleh seorang kaya. Ketika berpindah, dia menjadi anak angkat di samping dijadikan sebagai pembantu rumah. Tidak lama daripada itu, dia berpindah pula ke sebuah keluarga lain yang lebih baik. Dia didaftarkan ke sekolah agama dan menjadi pelajar terbaik. Pada usianya 19 tahun, dia disunting seorang pemuda dari Gilli, Suamar. Suamar pemuda Gilli yang bekerja sebagai pembuat kapal. Dia amat berbeza daripada anak-anak Gilli lain yang mewarisi kerja nelayan daripada orang tua mereka.
Ketika sampai di Gilli, Hada mula nampak beberapa perkara melanda masyarakatnya terutama sikap mereka terhadap pendidikan. Hada tidak mahu mereka ketinggalan dan terasing dari dunia, sehingga pada awal-awal kedatangannya ada di kalangan anak-anak kecil Gilli bertanya apakah benar Gilli sebahagian daripada Indonesia? Hada mula mendampingi anak-anak Gilli, bermain bersama, mandi manda dan mengajarkan mereka bahasa Indonesia. Di Gilli, penduduknya berbahasa Madura. Tentu sahaja Hada menghadapi masalah komunikasi tetapi dia memanfaatkan persahabatan dengan anak-anak untuk memahami bahasa Madura juga. Sikap Hada tidak disukai oleh ibu bapa kerana menurut adat Gilli anak-anak seawal sepuluh tahun wajib turun ke laut membantu dan mendalami kemahiran nelayan. Ibu bapa juga mempunyai prasangka buruk terhadap guru terutama sekali setelah satu-satunya sekolah di Gilli dilanda ribut dan roboh. Sejak itu, hanya Pak Karta bekas guru besar sekolah yang masih bertahan. Apabila Hada mendapat tentangan daripada penduduk Gilli hanya Pak Karta dan Ketua Kampung yang menyokongnya. Lantas mereka berusaha mendekati ibu bapa anak-anak tersebut menerangkan kepentingan pendidikan. Akhirnya mereka berjaya memperoleh sokongan sehingga sekolah dibina semula.
Apabila Hada mula mengajar di sekolah secara rasmi, pada hari pertama dia berucap di hadapan pelajar-pelajar dia pitam kerana hamil. Setelah itu suaminya, Suamar mula meninggalkan Gilli untuk mengusahakan perniagaan pembuatan perahu. Suamar mendapat tawaran hebat di luar. Tetapi dia mahu Hada ikut bersama. Itulah persediaan Suamar untuk menyambut kedatangan anak mereka. Suamar akan menghubungi Hada setiap bulan melalui telefon. Hampir kepada tempoh akhir, tiba-tiba Suamar tidak menghubunginya. Suamar ditimpa malang ketika mahu pulang kerana perahu yang ditumpanginya dilambung ombak besar. Dia cedera dan ditahan di wad. Kecelakaan ini diarhsiakan daripada Hada dengan alasan tidak mahu mengganggu kesihatan Hada dan bayi dalam kandungannya. Hanya Umi dan Pak Haji serta ketua kampung menyeberang ke seberang menziarahi Suamar. Mereka hanya pulang setelah Hada benar-benar sarat dan hampir melahirkan. Keadaan itu amat genting, sehinggalah dia bernasib baik mendapat khidmat bidan tunggal di puskesmas. Hada telah pergi dan berjaya melahirkan anak yang diberi nama Sabam. Saat Suamar singgah di Dermaga dia bertemu Hada. Hada memintanya segera ke puskesmas malah memberitahunya mereka sudah mendapat bayi lelaki. Inilah Qarin Hada. Namun begitu, Suamar tidak dapat menerima hakikat kematian Hada. Dia sekeras-kerasnya menyatakan yang dia bertemu Hada dalam perjalanan ke puskesmas itu. Hanya Buk No yang percaya.
Kesal, tidak dapat menerima hakikat, rasa bersalah menyelubungi Suamar. Dia sudah menjadi sasau dan bukan lagi Suamar yang dahulu. Sikapnya sangat berbeza dan dia hidup dalam dunia ilusi. Kepada anaknya Sabam, dia memaklumkan bahawa Hada sakit dan tidak boleh diganggu. Anak kecil itu disetkan pemikirannya seperti itu, Sabam amat mempercayainya. Suatu hari Buk No membawa Sabam berjalan-jalan ke pantai. Sabam yang termat rindu kepada Hada memberontak dan menangis. Buk No serba salah dan amat kasihan melihat keadaan Sabam. Dia menjelas konsep kematian dan syurga. Dia akhirnya membawa Sabam menziarahi puasara Hada. Peristiwa ini menyebabkan Sabam mulai meragui Suamar. “Bapa bohong!” Sehinggalah Suamar tidak dapat mengawal emosinya dan memukul Sabam. Sabam dibawa ke rumah datuk dan nenek mereka, dan timbullah konflik di antara Suamar dan Pak Haji. Suamar membawa diri sehingga setahun lamanya. Setelah itu dia menelefon dan meminta maaf. Sangka Pak Haji, Suamar sudah benar-benar pulih. Tetapi malangnya, dia masih sama. Di akhir perbualan dengan ayahnya, Suamar memberitahu yang dia akan pulang bersama Hada. Ah! Betapa hampanya Pak Haji mengetahui hakikat diri Suamar itu. Fikirnya, tentulah setelah setahun menjeruk rasa, Suamar bisa mencari ketenangan dan erti hidup, lalu membina kehidupan yang baharu.
Keesokannya, tersiar di akhbar berita tentang kematian Suamar di landasan keretapi. Dia pergi dalam keadaan yang sungguh menyeyat hati.
----------------- Nota: Ditulis pada 24 Julai 2009.
Novel ini sampai ke tangan saya tahun lepas. Malang sekali ia menempuh fasa-fasa antara gila dan mulia seorang siswa kejuruteraan tahun akhir. Natijahnya, perjalanan pembacaan novel ini panjang sekali. Serasa saya inilah novel yang begitu mengambil masa untuk dihabis baca.
Seperkara yang boleh saya katakan tentang Matahari Di Atas Gilli adalah Lintang Sugianto tidak menulis tetapi melukis. Dan pembaca tidak akan membaca tetapi melihat. Melalui bahasanya yang halus dan kata-kata gemaan alam, Lintang melukis novel ini dengan kata-katanya.
Di samping signifikan kepuitisannya, novel ini juga menawarkan kisah yang tidak kurang hebat. Barulah saya faham setelah membaca novel ini mengapa ada seorang teman saya begitu beria benar memohon KPLI untuk menjadi guru. Saya percaya itu adalah akibat bius karakter Hada, guru anak-anak pesisir dalam Matahari di Atas Gilli (MDAG).
Novel cita-cita ini ditamatkan dramatik dan separuh misteri. Pembaca bagai diajak membina cerita sendiri dan saya terasa ingin menyahut pelawaan penulis. Extended version MDAG dalam kepala saya, saya membayangkan Suamar benar-benar sudah pulih sebelum menemui ajal. Dan penerangan bagi kata-kata Suamar yang dia akan membawa Hada pulang adalah simbolik kepada semangat dan cita-cita Hada yang akan dia terus hidupkan di Gilli.
Apapun novel ini fantastik dan dengan takzim disyor baca.
saya ingat, waktu itu saya berada di malang, tidak ada niat sama sekali beli buku ini. tapi karena ada lunching buku ini di malang, akhirnya saya pun ikutan datang, karena saya kira penulis kata pengantar W.S.Rendra ikutan datang. ternyata tidak.
akhirnya saya pun membeli buku ini.
sesampai di rumah, jadi mabuk puisi. ini adalah novel pertama yang pernah saya baca dituliskan dalam bentuk narasi puisi. banyak sekali metafor bermunculan di sana sini, hampir mirip dengan Cala Ibi hanya saja buku ini lebih mudah dipahami, karena sampai sekarang pun saya belum tamat membaca Cala Ibi
buku ini memuat tentang harapan-harapan, kekuatan dan cinta seorang perempuan.
karakter Suhada begitu kuat dalam buku ini. didukung dengan setting pulau Gilli, yang sampai sekarang ingin saya kunjungi tapi belum kesampaian juga. buku yang didahului dengan riset yang begitu mendalam tentang masyarakat, dan lingkungan di Gilli.
Sekilas membaca seperti Romeo and Juliet gaya baru. Saya salut dengan gaya penulisan, metafora namun ilmiah dan dirangkai cerdas. Cerita yang simpel, terasa berisi dengan dibungkus bentuk "nasionalis" pendidikan. Perlukah pendidikan yang nasional dalam kancah tradisi atau nilai-nilai lokal. Dan mengapa harus Suhada yang mengambil peran mendobrak Gilli? Kenapa bukan anak-anak muda Gilli yang telah merantau? Suhada yang sejatinya pendatang membawa isu baru yang meletakkan posisi anak-anak dan wanita dalam tatanan yang "modern". Suhada membawa budaya yang umum dalam dunia sebelumnya dalam sepetak tanah Gilli. Dan disinilah inti konflik berputar...
Cerita diawali dengan keindahan sebuah pulau bernama Gilli, terletak disebelah barat Probolinggo.
Seorang wanita bernama Suhada yang bertemu dan menikah dengan Suamar, lelaki asal pulau Gilli yang bekerja sebagai pembuat perahu nelayan dan menetap di Gilli. Suhada mengabdikan ilmu pengetahuannya untuk anak-anak pulau Gilli, membangun sebuah sekolah dan mengajarkan bahasa Indonesia dan menyanyikan lagu kebangsaan kepada anak-anak Gilli yang sama sekali tidak paham bahasa Indonesia dan tidak pernah tahu Lagu Indonesia Raya.
Selama Suamar pergi keluar pulau Gilli. Selama waktu Suhada mengandung hingga melahirkan Suamar tidak pernah pulang dan sepanjang penantian Suhada mengalami kesedihan berharap Suamar pulang sebelum waktu Ia melahirkan sang buah hati.
Sabam nama buah hatinya dan ketika Suamar kembali dan menemukan Suhada menantinya diujung jalan dengan wajah yang dirundung duka, Suamar tidak menyangka bahwa Suhada telah pergi saat melahirkan puteranya.
Tak sanggup Suamar menghadapi hidup, Suamarpun berimajinasi seakan-akan Suhada masih hidup dan selalu mengajarkan pada Sabam bahwa Ibunya masih ada dan tengah terbaring sakit dikamar Ayahnya.
Sabam tumbuh dari kebohongan Suamar hingga suatu hari Sabam sakit akibat ulah Sumar tidak terima anaknya menerima informasi dan melihat langsung makam Ibunya dari Buk No yang menjadi orang tua angkat Suhada di Gilli.
Suamar terlihat makin jauh dan hidup dengan dunianya sendiri, hal ini membuat Pak Haji dan Umi yaitu Ayah dan Ibu Suamar sedih melihat kondisi anaknya tersebut. Hingga suatu ketika Suamar mengabarkan kepada orang tuanya kalau dia sudah dekat dan melihat surga dimana Suhada menurutnya berada.
Saya selalu "iri" dengan orang-orang yang punya pengetahuan dan latar budaya yang tidak "pasaran", karena kalau diceritakan, pasti jadi menarik untuk para penghuni pasar ini :). Demikian juga dengan pengetahuan dan pengalaman Lintang Sugianto ini. Cerita dengan latar belakang antropologis yang menarik, mengenai pola pikir dan perilaku masyarakat yang separo Jawa separo Madura, dan karenanya menjadi campuran budaya yang unik.
Sayang, buat saya pribadi, gaya bahasanya agak aneh. Mungkin maksudnya bermelankoli secara puitis, tapi jadi tidak rasional. Kesannya, keseluruhan kisah ini jadinya bukan khayalan yang dikarang penulis, tapi mimpi yang dituliskan. Padahal mimpi kan kebanyakan tidak perlu dicerna nalar, kan?
Sukaaaaaaaaaaa banget buku ini. Benar-benar Buku Keren, sampai speechless dan terbengong-bengong begitu menyelesaikan baca buku ini, benar-benar sesuai tebalnya, cerita yang diambil cukup sederhana, tapi penggambaran terhadap keindahan dan kegelisahan tokoh-tokohnya sangat memukauku, keterkaitan dan ikatan yang terjadi diantara penduduk asli dan Suhada sebagai pendatang telah membuatku terkagum-kagum. Belum keindahan Alam Gili yang sangat mempengaruhi kehidupan orang-orang yang hidup didalamnya.Serasa melihat filmnya saat baca buku ini.
Most recommended Book! Salute to Mbak Lintang Sugianto. Jadi pengen bertualang ke Gilli. I really love Indonesia.
memang benar, deskripsi alam yang diperlihatkan oleh penulis dalam buku ini sangat detil (saya tidak setuju deskripsi-deskripsi itu disebut indah) dan isu lokalitas yang diangkat adalah salah satu nilai tersendiri, tetapi irama yang dikembangkan cenderung monoton (mungkin karena tempo yang lambat), beberapa bagian tidak terlalu signifikan keberadaannya, dan penulis perlu memperbaiki susunan kalimat-kalimat (dan juga paragraf-paragraf) di dalam buku ini. saya sangat terganggu dengan peletakan tanda koma yang manasuka (saya perhatikan ini adalah kecenderungan penyair yang selingkuh ke prosa), cacat eyd di sana-sini (editornya ngapain aja?), dan bentuk kalimat yang justru tidak efektif.
waktu baca..wuih..jadi penasaran bangets..kayaknya harapan agar Suamar tidak menemui "titik" lebih baik. "Koma" lah, agak gantung gitu..siapa tau muncul seri berikut (kayaknya sdh terlihat dari cerita itu ada yg bisa dilanjutkan, about "someone" yg tiba2 datang dan tanpa diketahui dari mana, mungkinkah itu sabam?)
Btw, jarang2 berita demikian (ending story) ditampilkan wajah penuh dalam sebuah media cetak, terlebih cuma seorang saja...tapi bagaimana pun juga:
Overall, saya suka dengan settingnya di Gilli-daerah terpencil di Indonesia. Bahasa yang digunakan pun natural sekali, saya dibawa seperti membaca novel-novel lama seperti karya Buya Hamka atau Marah Rusli. Yang sangat disayangkan, novel ini banyak typhonya. Banyak EYD yang kurang diperhatikan. Beberapa tanda baca dalam kalimat langsung yang ditulis juga harus diperhatikan karena terlampau ekspresif.
Novel yang sangat unik dan berkesan. Penulis mampu menghadirkan kisah-kisah yang begitu mengalir yang membuat kita tak mau berhenti membaca.
Sebuah novel yang diawali dengan sebuah perpisahan dan juga diakhiri dengan perpisahan. Saya sampai dibuat menangis olehnya. Penuh makna. Penuh kesedihan. Namun juga terkandung nilai-nilai, romansa, bahagia, dan rasa gelisah di benak kita.
Sebenarnya menarik, tapi alurnya terlalu lambat. Halaman terlalu tebal 570an. Padahal cerita bisa selesai dengan separuhnya saja. Tapi aku salut penulis ini mengangkat soal pulau yang mungkin belum akrab di telinga kita.
cover ini cover edisi baru. saya udah pernah baca sekitar taun 2006. pernah juga dibedah di UIN, tapi sayang ga ikutan hadir. tapi si-penulis (mba lintang) pernah kami undang dlm sebuah acara, yg isinya bedah buku juga. =)
Novel yang sangat unik. Gaya bercerita penulisnya membawa pembaca untuk menikmati tiap detail adegan, tak ingin melewatkan dengan cepat. Cerita yang manis sekaligus perih. Klimaks dan ending yang menarik. Aku suka novel ini.
hidup penuh dengan perjuangan. jangan terlalu mengagungkan cinta terhadap sesama manusia,akan lebih baik jika cinta yang besar itu ditujukan pada sang mahapencipta
sudah dibaca kira2 beberapa bulan lalu..oleh kerana tidak pernah tiba di tempat latar belakang kisah itu berlaku, hanya mampu membayangkan semata..tertarik!
Novel pertama yang saya baca sampai selesai, itupun karena tuntutan tugas sekolah hahaha. Gaya bahasa penulis ngebuat saya jadi seneng sama puisi dan menulis.