Nota Luka Kesepian mengakibatkan kasihnya beralih arah. Kesetiaannya sebagai isteri tergugat dan tercemar namun hatinya tidak menolak semua itu. Seri tersepit antara dua cinta, Suami yang masih disayangi dan Amar yang sentiasa memburu cintanya. Perpisahan dengan Nash benar-benar menguji diri, Seri pasrah dengan kejadian yang menimpa. Biarlah dia dengan haluannya, dengan dunianya dan pasti dia ingin melupakan segala kepahitan yang menyelubungi kehidupannya sebelum ini.
______________ Ilustrasi Kulit : Mali Jaafar
Cetakan Pertama : 1996 Cetakan kedua : 1997 Cetakan Ketiga : 1999 Cetakan Keempat : 2000 Cetakan Kelima :
Saya sangat suka cara novel ini ditulis. Nukilan kata hati Seri, malah Nash dan watak yang paling saya benci iaitu Amar, memang menusuk ke Jiwa, menimbulkan resah, membiaskan betapa... Hati seorang Pencinta Itu buta, buta giler. Mula-mula saya bengang juga dengan Nash, dasar dayus pukul isteri. Bila baca punya baca, penyebabnya, hmmm, kalau saya jadi Nash agaknya saya juga bertindak gila. Terlalu sukar untuk saya terima kecurangan watak-watak utama Nota Luka. Sana sini kejujuran Hubungan suci suami isteri dilacurkan. Biar benar. Namun saya sedar, situasi sebegini berlaku di mana-mana; di kota Besar mahu pun di pendalaman. Pabila desakan hati diturutkan, pabila nafsu dibelai mesra, pabila mata Jiwa dikaburkan, terjadilah ia. Sedih tetapi Tragis. Hailaaa Seri. Hailaaa Amar. Hailaaa Nash. Masuk pula Idayu. Aduhaiiii la. Memang tak Sah jika tidak di sambung baca Nota Luka II.
Bila start baca buku ni baru tau rupanya ada sekuel buku kedua dan ketiga tapi bila dah habis baca buku pertama tak terasa pun nak sambung baca buku seterusnya walaupun curious nak tahu apa kesudahan yang berlaku kepada watak hero dan heroin. Mungkin sebab jalan cerita agak bosan dan meleret.
Overall cerita tentang watak heroin yang tersakiti dan kurang kasih sayang suami sehinggalah curang dengan rakan sepejabat suami. Si suami pulak ada skandal dengan orang lain sampai ada anak luar nikah. Kiranya cerita ni macam bau-bau drama world of the married dari korea tu cuma yang ni versi tahun 90an dan bezanya watak heroin dalam ni lebih pasif tak macam dalam drama.Benda yang best dalam novel ni cuma mungkin gaya dan lenggok bahasanya yang agak puitis.