Buku Panduan Asas Menghias kek: Warna-warni krim Mentega ini sesuai dimiliki mereka yang baru memulakan minat mempelajari seni menghias kek. Pengisian di dalam buku ini adalah lengkap, dimulakan dengan mengenal peralatan memasak dan menghias kek sehinggalah kepada cara membuat kek, membuat krim mentega, membancuh warna, kaedah melipat dan menggunakan kon kertas sehingga kepada kaedah menghias.
Bagi anda yang sudah mempunyai asas dan atau kemahiran menghias kek, lebih 30 idea kreatif gaya hiasan kek yang ada di dalam buku ini pasti dapat dijadikan inspirasi untuk menghasilkan rekaan hiasan yang lebih indah. Semua langkah demi langkah yang ditunjukkan di dalam buku ini menjadi lebih mudah untuk diikuti dibantu oleh gambar-gambar yang jelas dan terang. Sememangnya buku ini boleh dijadikan panduan tepat untuk anda menghasilkan sendiri kek indah untuk dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan.
Novelis, cerpenis , penulis skrip drama dan penyair. Menghasilkan 10 buah novel:
- Keranamu Aku Menangis - Sindiket Pengemis Cilik - Camar Terbang Senja - Siti Johanna - Bila Sena Kembali Berbunga - Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Hidayah Si Gadis Cilik - Kasih Sedingin Salju - Dulu Satu Kini Dua - Episod Cinta Di Tanah Hijrah.
Pernah memenangi Hadiah Cerpen Utusan Melayu 1992, Hadiah Cerpen Perpaduan 1995, Hadiah Puisi Esso Gapena 1995, Hadiah Cerpen Utusan 2004, 2005, 2007. Hadiah Sastera Perdana 2003. Hadiah sayembara menulis novel sempena 50 tahun merdeka. Menerima Anugerah Karyawan Pahang 2004.
Menggondol beberapa kejayaan dalam dunia deklamasi Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Negeri Terengganu tahun 97 dan 98. Johan Negeri Terengganu 1999. Naib Johan Negeri Pahang 2000, 2001. Johan Negeri Pahang 2002, 2003. Naib Johan sayembara deklamasi puisi bahasa 2002. Johan Peringkat Kebangsaan 2003. Tempat ketiga sayembara deklamasi puisi Exxon Mobil. Beberapa kali mewakili Malaysia sebagai deklamator ke Indonesia dan Thailand.