Melihat wajah cuak Syak merenung ikan di depan mata membuat Minn ketawa bagai nak gila!
Minn Alia, seorang gadis yang berasal daripada keluarga kaya telah bercadang untuk bekerja sebagai pembantu rumah, pekerjaan yang disangka sesenang mengopek kulit kacang! Menyamar dengan identiti orang gajinya sendiri iaitu Syaminah Kadir, Minn Alia membuat tipu helah mendapatkan kerja menjadi orang gaji di Vila Cahaya, rumah Tengku Arshad sekeluarga. Di Vila Cahaya, Minn Alia belajar menjadi orang gaji sebenar. Ada Kak Nur sebagai teman, Tengku Arshad majikan yang jarang dilihat, dan Syakirul Hafiz anak majikan yang berlagak hebat sehingga membuat Minn terpening sendiri!
Kadang-kadang tingkah Minn Alia membuat Syakirul bersyak wasangka…
“Masinnya awak goreng telur ni? Apesal hitam sangat?” –Syak
“Pasal saya letak kicap lebihlah. Kan ke Encik Syak suka letak kicap dalam telur?” –Minn
Orang gaji tak reti nak masak? Lalu bagaimanakah akhir kisah mereka berdua? Mampukah Minn Alia kekal berpura-pura menjadi pembantu rumah keluarga Tengku Arshad sedangkan perasaan cinta sudah mula bersemi antara mereka?
Saat identiti Minn Alia terbongkar, mampukah Syakirul memaafkan gadis yang telah mendapat tempat di hatinya?
“I was so wrong, I’m sorry. Minn Alia say sorry, is it okay?” soal Minn Alia sebak.
Kuli Rumah Untuk Dia, kisah si gadis troublemaker yang memeningkan kepala mencari kebahagiaan hakiki miliknya.
“Kalau dia cintakan Syaminah, kenapa dia tak dapat terima kau sebagai Minn Alia?” – Syuhada
“For God’s sake Syuh, he claimed for a better girl to be his wife! You knew that!” –Minn Alia
“Aku bukan Ratu Balqish dan kau bukan Raja Sulaiman…. namun tetap takdir indah teratur agar kita bisa mengutip cinta-cinta yang tersulam….”
Honestly i took such a long time to finish this book.
It's not that I don't like it. It's just that it is too illogical for me to follow. An oversea engineering grad refused to work in accordance to her qualification, Fine! I accept.... But to become a maid??? N dgn muka tepung gomak going all over the places, come on lahhh.... mana laaa ada orang yg gullible macam ni n Syak is a successful businessman okay. He must have a very sharp mind to survive in the corporate world. Takkan lah for once pun dia tak tertanya2 n act on it. Takkan la dia takde inquisitive mind?? Di situ lah timbulnya 'ketidaklogikannya'... But bear in mind yeah, ini cerita je pun. Takde sangkut paut dengan hidup dan mati so just go with the flow. Tak suka, jangan baca. Rasa nak baca, sambung baca. N that's what I did....
But its a good thing that I sambung baca coz I absolutely like the ending. Sy suka cara Minn n Syuh mencari diri mereka. Minn has been sacrificed of a father untuk dia berubah for real and that really captured my heart. I felt the pain that she went thru. To feel that she had disappoint her father. That she's unable to fulfill her father's expectation. That part really broke my heart and I was sobbing like crazy at 1 oclock in the morning. From that part onward, I tune off the preliminary illogical part and kept on reading until the end in one hour time n that's why the 3 stars given as oppose to 1 star that I initially wanted to give during the beginning of my reading.
Congratz to the author for being able to capture back my interest. If the illogical part was omitted, I would have given 4 stars. Anyway, good read n definitely will wait for your next book.
Muahahaha... Minn yang vogue transform jadi Syaminah. Hok aloh... cemanalah budak pandai, budak engine boleh ada pemikiran macam ni. Sanggup jadi orang gaji just because malas nak kerja office. Dia tak tahu ke, kerja rumah ni lagi non stop. At least kalau kerja kat office, ada working hours! Tapi kan, ke'kurangbijaksanaan' dia ni berbaloi la gak. Kenapa berbaloi? Yang belum baca tu, bacalah sendiri ye untuk mendapatkan jawapan tu...
Kalau tengok pada tajuknya macam 'klise' ja yang banyak cerita ni kat pasaran. Tapi bila dah baca rupanya TIDAK. Dalam ni pun tak d 'gula-gula' macam yang ada kat pasaran. Buku ni antara buku fav terbitan Kaki Novel yang saya suka :)
Minn seorang gadis yang up to date tentang dunia fashion dan sosial kehidupan. Belajar kat luar negara banyak menukar kehidupan dia, jadi terlalu sosial, masuk pub sehingga minum pun ada, berpelukan dengan lelaki cuma tak bawa tidur ja. Dia pulang ke Malaysia lepas habis belajar. Kat sini ada perubahan pada MInn, disebabkan insiden gambar dia berpelukan dengan lelaki sehingga sampai ke pengetahuan keluarga menyebabkan babah Minn masuk hospital. Mak dia dan abangnya pun marah. Dia mula berubah sikit ja tak masuk ke pub dah sebab janji ngan abang dia Mirr Adriz. Tapi bab pakaian masih sama ja 'daring'. Minn ni memang kelakar la,tak nak kerja ngan babah punya pasal sanggup suruh kawan baik dia ( Syuh ) merangkap penasihat Minn carikan kerja. Ada kelulusan engineer luar negara tapi tak mau gunakan kelulusan dia untuk bekerja, alasan Minn senang saja. Dia tak nak kerja yang menggunakan otak untuk berfikir. Malas katanya, serabut kepala ja. Ehhhhh macam ni pun ada,macam-macam hal la Minn ni.
Oleh kerana malasnya Minn ni nak kerja memerah otak dan malu ngan babah dia sebab asyik guna duit babah untuk shopping jadi dia ambil keputusan untuk bekerja. Tetapi pekerjaan yang Minn nak kerja ni tak perlu menngunakan otak sangat untuk berfikir. Akhirnya Syuh kawan Minn berjaya carikan pekerjaan sebagai PR iaitu pembantu rumah hehe. Bukan senang nak jadi PR ni, Minn terpaksa berbohong pada keluarga dia, cakap dapat kerja kat hotel dan perlu 'trainning' dan tinggalkat luar selama 4 bulan. Mak dan abang dia memang tak bagi sebab takut Minn ni kembali perangai lama kalau tak d siapa yang pantau tapi babah bagi kepercayaan pada Minn. Apa lagi, seronok la Minn sebab mak dan abang dia terpaksa bersetuju bila orang paling berkuasa beri arahan hehe. Minn ni jadi PR kat rumah seorang Tengku dan menayamar pula sebagai Minah. Yang 'bestnya' identiti Minn palsu ni dia ambik dari orang gaji kat rumah dia si Minah tu. Siap pinjam baju Minah dan I/C sekali. Memang nekad si Minn ni.
Disini la bermulanya pertemuan Minn dan Syak ( Syakirul Hafiz ). Syak ni rupanya anak Tengku merangkap majikan Minn. Sebenarnya mereka ni pernah bertemu sebelum ni masa, kawan baik Minn, Syuh mengajak dia temankn Syuh pergi ke majlis jamuan syarikat milik keluarga Syuh. Masa ni Minn memang tak suka Syak sebab seoarang yang sombong dan kerek. Tapi Syak ni tak kenal Minn masa jadi PR kat rumah Syak sebab Minn transfer kan diri dia denga makeup yang tersangatla tebal macam opera cina tu. Mula pertemuan mereka ni setelah Minn bergelar PR kat rumah Syak,macam-macam jadi. Minn tak pandai masak, mengemas, mop rumah. Sampai Syak ni dah rasa lain. Kak Nur PR yang dah lama bekerja kat rumah Syak ni pun perasan juga Minn ni lain dari orang gaji. Tak macam gaya orang gaji sangat. Mavcam-macam insiden lucu berlaku sepanjang Minnn kerja. Tapi kat rumah ni juga la Minn baru perasan Syak ni adalah Apez budak yang pernah menghantui masa silam dia belajar dulu. Dan Sayk pula dah mula suka pada Minn dengan identiti Minah ni. Dalam pada masa yang sama Minn pun dah mula suka pada Syak. Tapi dalam masa yang sama dia juga takut identiti dia terbongkar.
Bila semuanya dah terbongkar bukan saja identiti Minn sebagar Minah si PR tetapi satu kebenaran yang tak dapat Syak terima iaitu masa silam Minn masa belajar dulu. Lepas pada kejadian tu dan lepas babah Minn meninggal banyak perubahan yang berlaku dalam hidup Minn. Selapas hampir 2 tahun pertemuan semula Minn dan Syak...masih adakah perasaan dihati mereka?? Pertemuan mereka kali ni sangat manis, bila Minn sebenarnya teman kan Syuh kawan baik dia ni, menghadiri majlis taaruf dengan bakal suami Syuh kat masjid yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan-rakan usrah Minn dan Syuh ni. Rupanya Syak ni rakan baik pada rombongan lelaki bakal suami Syuh tu.
Its a funny book to begin with. I don't want to think really deep and see all the fine details because based on the book title itself shows that this book is for light easy reading. =) Cara penulisan is simply, noting complicated to understand. The plot pun well written except there are few gaps where cerita nya lompat.. not sure if this is the way the author writes her book but its not a smooth transition when it comes to changing scenes.
Its funny how Minn Alia yang jobless gave up and follow what her friend said to become a maid! Minn a spontaneous lady yang penuh ego. Unexpected, minn bekraja under best friend abang nya; Syak. Syak ani pun pernah bejumpa with her masa d athens. Cut story short, Syak fell in love with the "maid" yang pakai bedak sejuk tabal2. Funny how they argued to each other. I really love how the author writes on Minn transition from being this wild girl to someone religious. Very nicely written and logic. =)
Menarik..Kalau da jodoh larilah kemana pun, pasti ketemu jua.. Bagaimana seorang gadis yang telah didik agama berubah menjadi sosial.. Kemudian berubah menjadi agak baik.. Disebabkan xnak bekerja dengan syarikat ayah, dia menerima untuk menjadi seorang pembantu rumah.. Disini segalanya bermula.. Bayangkanlah.. belajar tingi2 sampai luar negara tapi sebab nak senang kerja sebagai pembantu rumah.. Memang lawak.. seorang perempuan yang up to date jadi minah tepung... Hehehe.. sweet giler.. Lepastu berlaku trajedi yang membawa kepada satu perubahan yang baik.. Dua sahabat semakin dekat dengan agama.. Cerita yang simple dan sempoi..Dalam ketidaklogikan ada terselit pengajaran.. Bacalah mungkin boleh memberi inspirasi..
Tak logik? Kenapa orang kaya dan berpendidikan sehingga ke luar negara memilih menjadi orang gaji? For me tak nampak pon tak logik di situ? Dinyatakan yang si heroin tak mahu bekerja yang memerlukan dia berfikir dan susah sangat. So orang gaji option yang dipilih. Ok.
First time baca karya Aireen Aryana. And best. watak heroin yang selamba dan kelakar. Si hero pon sama. I like!