Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tunggu Aira di Kota Bandung

Rate this book
waktu seakan terhenti ketika mata kamu singgah menyapa hati

Perkenalan Aira dengan cinta pertamanya buat dia terasa seperti di awang-awangan. Indahnya. Manisnya. Bahagianya. Baru saja rasa itu ingin ditelan, terasa pula pahitnya. Jejaka yang didamba rupanya sudah berpunya!
Lalu Aira cuba mencari bahagianya sendiri. Sangkanya bahagia itu telah ditemui, tapi luka lama datang menyapa kembali. Aduh, bagaimana lagi harus dia lakukan? Namun dia tekad, bahagia sudah ada di depan mata. Tak perlu lagi dicari.

Kisah cinta Aira terlalu banyak likunya. Dukanya. Tangisnya. Bilamana yang hilang tak terganti lagi, biarkan saja yang pergi terus menjauh. Sesungguhnya Dia lebih tahu segala-galanya.

andai maafmu bisa menghapus air mata duka
mungkin saja
aku bisa lupakan semua




***


Kali ini NIRROSETTE menulis Tunggu Aira di Kota Bandung dengan menyelitkan puisi-puisi indah. Ayuh ikuti kisah cinta 1000 duka Aira yang mengusik rasa dan asyik membuai jiwa.

461 pages

First published September 1, 2013

4 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Nirrosette

13 books70 followers
Nirrosette
aka Nir, Nirro and Mother of Roses

Dilahirkan pada August 2011
(mengikut kalendar Jemari Seni)

Loves listening to sad and sappy love songs while writing. Obsessed with the scent of roses hence the chosen pen name.

Here's a list of my published work:
1. Ikhlas A.K (2011)
2. Nah, Untuk Awak (2012)
3. Tunggu Aira Di Kota Bandung (2013)
4. Gaun Pengantin Untuk Hannah dalam Antologi Kerana Dia Ratu Sehari (2014)
5. Ice dalam Rasa (2014)
6. Warkah Untuk Abah dalam Antologi Di Bawah Langit Tanah Pertiwi (2015)
7. Bos Aku Kerek bersama The Awesome Five (2018)
8. Emma X Hud (2018)
9. Love, Kaseh dalam Malam 1000 Bulan (2020)
10. Masquerade dalam Love, Perhaps (2021)
11. Love You A Latte dalam Hope (2021)
12. Rhymes of Reason (2021)
13. Puisi untuk Aira (2021)
14. Buah Hati Nafeesa (2022)
15. Ikhlas A.K! revamped (2023)
16. Prelude Cinta Kita (2023)
17. Ice & Ian (2025)

Happy reading and reviewing!
Find me on IG: Nirrosette

Love,
N

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (25%)
4 stars
33 (43%)
3 stars
18 (23%)
2 stars
4 (5%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 3, 2013
3 1/2*
(Patut dapat 4 tapi saya kurangkan 1/2 sebab rasa 'kasih' saya pada Faisal yang sukar nak kikis!)

Sangat suka dengan buah tangan terbaharu daripada Nirrosette ini.
Sangat berbeza dengan karya-karya beliau yang terdahulu.

Tunggu Aira di Kota Bandung, membuatkan saya rindu nak baca karya-karya dari seberang. Bahasa yang 'cantik' disulami dengan puisi-puisi yang indah membuatkan hati terbuai dengan kisah cinta Aira yang penuh liku.

Kesudahan yang membahagiakan Aira!
Tapi tetap terselit rasa sedih di relung hati saya...

Tahniah! Nirr... Awesome ^_^
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
September 11, 2013
Ini adalah buku ke 3 Nir yang saya baca. Seperti buku2nya yg sebelum ini, buku ini juga menarik bahkan terbaik antara yg 3. Mungkin kerana kisahnya tentang orang Singapura menyebabkan saya menyukainya 'lebih' kerana Spura sentiasa dihati. Dialog2 dlm bahasa Indonesia juga menyebabkan cerita ini tambah menarik disamping 'slanga' org Spura yg agak berbeza sedikit dari org Msia.

Kisah Aira seorang pelajar yg berminat menjadi guru bahasa melayu (kerana minat yg mendalam terhadap kesustraan Melayu) telah dipaksa oleh bapanya supaya mengambil jurusan mathematik/ sains (alamak lupa pulak jurusan apa) setelah bapanya berkompromi dgn Aira tentang hala tuju kerjayanya. (bapanya sebenarnya ingin dia mengambil jurusan selain dr menjadi guru kerana bginya guru terutama guru bahasa melayu tidak 'glamur' terutama di kota Singa itu.

Dalam satu pertandingan puisi Aira telah berjaya mendapat tempat kedua dan sebagai hadiahnya Aira dan dua org peserta ditawarkan mengikuti bengkel puisi di Kota Bandung. Di sana Aira berkenalan dgn Faizal. Perkenalan selama 8 hari itu telah menerbitkan bibit2 cinta mereka berdua. (saya suka banget dgn puisi2 yg ditulis, walau rengkas tapi amat menyentuh hati..) Tapi diakhir pertemuan, Aira mendapat tahu bahawa Faizal rupanya telah bertunang.

Kecewa yg amat sgt telah menyebabkan Aira menutup hatinya kpd semua lelaki hinggalah akhirnya bertemu dgn Reza di universiti. Reza yg mirip Faizal telah menyebabkan Aiza membenci Reza tanpa sebab. Reza yang 'senang' dgn Aiza cuba utk berkenalan tetapi tidak diendahkan oleh Aiza.

Pertemuan semula Aiza dan faizal juga telah menggoncang semula hati Aiza.

Untuk mengetahui samada Reza berjaya untuk menjadikan Aiza sahabat ataupun Aiza kembali kpd Faizal jgn lupa baca buku ini.

p/s membaca puisi2 dlm buku ini, terasa pula nak berpuisi..

"Ketika kataku
kau bukan yang ku tunggu
kau terus berlalu
tanpa menoleh kepada ku
Aku jadi kelu
dan terus termangu"
Profile Image for sooa.
61 reviews4 followers
October 18, 2025
bagi aku ni karya kedua terbaik dari penulis yang aku pernah baca lepas buah hati nafeesa. plot dan jalan ceritanya light light je, takde konflik berat pun cumanya journey kisah percintaan aira tu je yang sedikit kompleks.

first impression aku kat faisal ni baik dan gentleman, walaupun mulut manis sebab faisal ni power bab berpuisi tapi gaya flirt dia tak over la. kalau aku jadi aira pun maybe la dah terjatuh suka pandang pertama lol tapi tula, member tu kasi fakehope so mananya aira tak brokeng.

reza— my kinda type of mann >>>> spesen ngan faisal sebab soft spoken sangatt tapi reza ni poloss, comel sikit haha. i just love how reza bawa diri dia kat singapore dan macam mana family aira boleh suka dengan keperibadian reza ni. ngl reza memang ada tarikan dia sendiri.

for me aira ni macam terlalu cepat jatuh hati tapi faham je umur dia yang sangat muda nak lagi mamat indo yang mengayat mostly jiwang karat hshsh. tapi aku suka bila aira lebih aware lepas kenal dengan reza dan belajar dari pengalaman dan kenal hati budi betul betul.

storyline dia agak predictable dan plot twist reza dan faisal tu pun dah boleh expect senanya but still rasa kesian kat semua pihak sebab after years, memasing ada yang dah berubah hati, ada yang masih setia. aku suka bila aira end up dengan reza sebab diorang nampak lagi serasi but faisal? damn bro. he truly deserves his own happy ending tho🥲

suka dengan latar belakang cerita ni since fl dia singaporean and ml pulak indonesian. suasana setiap scenes tu rasa macam tenang je bila kat negara diorang. and aku suka journey aira sepanjang jadi student. kadang rasa boleh relate dengan aira yang tak ngam dengan ayah dia sebab tak support dia dalam bidang penulisan.

slang dialog dalam indo dan puisi puisi dalam buku ni pun sedapp. nak lagi faisal dengan reza tu jenis cakap softt je so sepanjang baca memang stress-free reading hahah. paling suka aira punya character development yang dikembangkan dengan sangat baik. nampak la aira ni makin matang sejak dia dah berhijrah dan tak buat keputusan melulu sebab paling respect apa apa dia akan dahulukan family dia dulu.

apapun, best baca. tak letak high expectation pun since ni buku lama so i just read for fun dan tak expect sedap jugak la ceritanya.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
January 10, 2014
Mahirah Zainuddin (Aira) si gadis Kota Singa yang sedang menuntut dalam kursus perguruan. Terpaksa melupakan hasrat untuk mendalami kursus bahasa atas kehendak bapanya sendiri. Tapi dalam diam Aira masih menghasilkan puisi sebagai medium untuk meluahkan rasa yang terpendam. Siapa sangka kelalaiannya meninggalkan buku catatan di atas meja memberi peluang Aira untuk ke Bandung atas tiket kemenangannya dalam sebuah pertandingan puisi yang di anjurkan pihak universiti? Di sinilah bermulanya kisah cinta Aira.

Secara fitrahnya Aira memang seorang yang anti-sosial. Cuma perkenalannya dengan Faisal mula membuat Aira keluar dari kepompongnya. Kehadiran Faisal nyata menceriakan Aira. Lebih-lebih lagi mereka mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap puisi. Faisal pula sangat pandai mengambil hati dengan kata-kata puitisnya. Usahkan Aira, saya yang membaca ni pun cair sama! Haha. Tapi segala rasa indah yang dialami berkecai sebaik sahaja Aira dapat tahu yang Faisal rupanya sudah bertunang. Aduhai, kesian Aira.

Memang perit nak menerima kenyataan yang tersurat. Namun Aira kuatkan hati menempuh hari-hari mendatang sehinggalah Aira bertemu dengan Reza. Ketabahan dirinya bagaikan rapuh bila Reza muncul di depan mata. Apa tidaknya. Reza itu seumpama bayangan Faisal. Lebih-lebih lagi Reza juga turut meminati puisi. Setelah puas menolak akhirnya Reza tetap diterima sebagai seorang teman. Hubungan mereka tambah erat hari demi hari sehinggalah Aira dibawa bertemu dengan keluarga Reza.

Pemergian Aira ke Bandung sekali lagi menemukannya dengan Faisal. Rupanya Faisal itu abang kepada Reza. Walaupun sudah 3 tahun, perasaan Faisal masih utuh terhadap Aira. Cuma Aira yang masih lagi sakit hati ditipu Faisal. Namun, bila segala kebenaran terbongkar, siapakah yang menjadi pilihan Aira?

Komen saya: Sesekali memang seronok bila dapat baca buku dengan gaya bahasa puitis begini. Hehe. Tahniah Nirr atas garapan yang membuai perasaan ni. Cuma itulah, masih terkesan dengan kisah Faisal ni. Jujurnya saya memang lebih terkesan dengan watak Faisal berbanding Reza. Haish. Nampak sangat penulis tak mahu pembaca macam saya terlalu terbuai dengan Faisal. Hihihi. Apa pun, saya harap moga penulis dikurniakan lebih banyak ilham untuk melakarkan kisah-kisah yang lebih menarik. :)
75 reviews6 followers
September 4, 2013
Menyusuri perasaan Aira....jiwanya, cintanya...rasa yang pelbagai..

terasa terlalu byk perbezaan penulisan Nirr kali ini, dan saya suka! satu karya yg sangat baik.. gaya bahasa, olahannya... menusuk hati.. juga puisi2nya...

Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
December 20, 2018
[BOOK 146]

Tunggu Aira di Kota Bandung by Nirrosette.
.

Wahhh... Lama dah tak baca buku Nirrosette. Kalau tanya kawan aku (and most people) tentang penulis JS yang terawal yang mereka baca karyanya, mesti akan jawab Hlovate. Tapi, untuk aku, jawapannya ialah Nirrosette dan Syud. Dulu-dulu, masa aku tengah asasi kat UIA, ada roommate bagi pinjam Ikhlas, A. K! dan Nah Untuk Awak. Best weh. Bermula daripada situ, Nirrosette is one of my favorite JS writer.
.

Buka page pertama je, ku dah jatuh cinta. Tulisannya santai. Ku memang sangat selesa dengan gaya penceritaannya. Takdelah baku walaupun penulis berasal dari Singapura.
.

Perkenalan Aira dan Faisal di Bandung hanya 8 hari. Tapi, kesannya bertahun. Aira yang merasa tertipu dengan Faisal, cuba untuk melupakannya. Sehinggalah Aira terjumpa Reza. Auranya persis Faisal. Kesian Reza, takde salah apa pun ngan Aira, tapi kerana Reza mengingatkannya dengan Faisal, maka Aira buat Reza macam musuh. Dan, bila Aira dah boleh menerima Reza, hakikat tentang hubungan Reza dan Faisal terbongkar. Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Aira?
.

Dalam ni, banyak puisi cinta yang best. Tetiba seronok pulak baca puisi.
.

Aku faham perasaan Aira. Dilema untuk memilih Faisal dan Reza. Sebab kedua-duanya sama hebat. Jujur, sambil baca, aku dah reda dah siapa pun pilihan Aira, sebab aku sendiri pun takleh decide. Hahaha.
.

Dan endingnya pun terbaik. Aira memilih Reza. Dan sememangnya Reza yang banyak berusaha memikat Aira, jika dibandingkan dengan Faisal. Sepanjang baca buku ni, ku terfikir, Faisal ni takde effort pun nak cari dan pujuk Aira. Bila dah ending, barulah ku tahu alasannya.
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
October 2, 2015
Penuh puitis! Itu gambaran pertama apabila membaca halaman pertama. Wahhhh, memang rasa terbuai-buai dengan ayat-ayat puitis dan dalam maksudnya dengan bahasa yang lembut. Jadinya, aura untuk membaca ke noktah terakhir memang mencanak tinggi. Kira ambil 2 hari bekerja untuk habiskan karya ketiga dari Nirr ni catat rekod la untuk bulan-bulan kebelakangan ni.

Kisah Mahirah Zainuddin @ Aira yang penuh liku duka dalam mengejar erti cinta manusia. Aira yang terlalu perahsia orangnya. Dia ada kisah sedih kerana ketegasan abah yang menghalangnya untuk terus cinta bahasa sendiri. Kemahuan dan minatnya terhadap pengajian bahasa Melayu memang sedari kecil ditentang oleh abah yang tegas dan 'keras'. Dia mempunyai kisah silam yang 'hitam' ketika membesar kerana sikap abahnya dan membentuk Aira yang terlalu sukar untuk memberi pandangan apatah lagi berhujah di depan kelas.

Aira itu suka menulis. Tapi apa yang dia tulis, hanyalah rahsia yang dia simpan sendiri. Kerana bakat menulislah, Aira menjejak bumi Bandung. Tempat yang akhirnya mengajar dia erti rasa bahagia dan cinta. Lelaki kota Bandung yang berani melamarnya pada pertemuan yang sesingkat 8 hari sahaja. Panahan cinta pertama yang memberi luka yang tidak pernah sembuh walaupun bertahun.

Bayangan lelaki yang bermulut manis dan penuh puitis itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya. Kenapa dalam masa sesingkat itu Aira bisa jatuh tergolek sebegitu? Kenapa Aira terlalu mudah untuk mempercayai setiap patah kata yang manis dari lelaki tu?

Setelah tiga tahun Aira cuba bangkit dan melupakan kenangan pahit tu, dia dipertemukan dengan seseorang yang meruntuhkan segala kekuatan yang dikumpulnya. Semakin Aira berlari menjauh, semakin dekat pula lelaki tu mendekat. Tapi yang buat Aira hairan bagaimana abah yang tegas tu boleh pula kamceng dengan Reza dalam sekelip mata. Pakai ilmu hitam ke apa budak Reza ni?

Walau kita mencuba yang terbaik sekali pun tapi perancangan Allah tu lebih baik lagi. Kisah Aira-Faisal-Reza punya jalan yang penuh liku. Setiap keputusan yang dibuat pasti akan melukakan hati yang lain. Adakah dengan menarik diri itu satu jalan yang terbaik buat mereka? Adakah jodoh Aira tu dengan salah satu daripada mereka atau lelaki lain yang Aira tidak kenali. Yang pasti Aira sudah cukup kuat untuk menerima segala ketentuan Allah selepas dia terluka lagi buat kali kedua. Kerana peristiwa itulah dia sedar sesuatu yang selama ini dia terlepas pandang. Sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik buat mereka.

Penuh rasa luka, manis dan juga kesedaran. Walaupaun KakChik rasa berkecil hati sebab si ganteng, Faisal itu nasibnya tidak sebaik yang diharapkan.

Tahniah Nirr untuk satu lagi karya yang menambat hati...
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 17, 2015
Aira, gadis dari Kota Singa yang suka menulis puisi untuk meluahkan perasaannya. Kehadirannya ke Bandung untuk menyertai Bengkel Penulisan Puisi telah menemukannya dengan Faisal, jejaka dari Kota Bandung. Sesingkat 8 hari, Aira benar-benar jatuh cinta (siapa yang tak cair bila dibuai dengan puisi-puisi indah dan pengakuan berani begitu!). Tak disangka, rupanya Faisal ialah tunangan orang.

3 tahun Aira masih lagi terluka sehingga dia terus sahaja membenci Reza tanpa mengenalnya terlebih dahulu. Kerana Reza mengingatkannya kembali pada seseorang. Kesabaran Reza berjaya juga membuka kembali hati Aira yang pernah terluka.

Rupanya, begitu kecil dunia ini. Tak disangka kedatangannya sekali lagi ke Kota Bandung membuka semula kisah silam yang ingin dilupakan. Sekali lagi Aira terluka...

Rencana Tuhan adalah yang terbaik buat hamba-Nya. Kekecewaan itu telah membawa Aira kembali kepada-Nya. Dan akhirnya menemukan Aira dengan kebahagiaannya.

Gaya bahasanya sederhana tapi masih mampu dirasakan. Tetapi puisinya...memang indah dan membuai jiwa!
Profile Image for Rodhiah Rahman.
78 reviews21 followers
October 15, 2013
Suka dengan bahasanya yang tersusun indah,
Kagum dengan bait puisinya yang manis memikat,
Sayu hati dengan penamatnya yang meruntun jiwa,
Sayang nak meninggalkan watak2 nya yang dekat di hati...
A wonderful book, indeed. With a smooth read and lessons learned. Congrats dear sis writer. U did well, again! :)
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
July 15, 2020
Mmg best novel ni. Suka dgn gaya bhs yg digunakan, tersusun. Sgt indah bila dimasukkan puisi2 yg puitis. Memikat hati. Bacaan yg santai tp sgt membuai rasa.

Aku kagum dgn Aira, sgt tabah orgnya. Tabah melalui kehidupan & percintaan yg penuh liku. Permulaannya berdepan dgn sikap abahnya yg agak mengongkong. Sampai coarse yg Aira nk ambil pun dia tentukan. Aira lebih berminat dlm bidang bhs Melayu & sastera tp abahnya tak bg sbb dia anggap low & tiada masa depan. Tanpa disangka, Farah telah menghantar sajak yg Aira karang dlm satu pertandingan. Aira dpt no 2 & dgn kemenangan tu Aira layak menghadiri satu bengkel puisi di Bandung.

Aira ke Bandung selama 8 hari. Di sana Aira jatuh cinta pandang pertama dgn Faisal, salah seorg peserta bengkel. Dan sewaktu di airport utk pulang semula ke Singapura, Aira dpt tahu yg Faisal sudah bertunang. Aira pergi dgn hati yg terluka. Bertahun hati Aira sakit krn kecewa. Pertemuan Aira dgn Reza mengingatkannya pd Faisal. Wajah mrk hampir sama. Pd mulanya Aira sgt membenci Reza & menganggap dia spt musuh. Tp masa mengubah segalanya. Kesungguhan Reza membuatkan Aira senang. Tanpa disangka, hubungan ant Reza & Faisal terbongkar. Saat ni aku tak salahkan Aira, hati jd keliru. Tak tahu nak pilih siapa. Sbb bagi aku kedua2nya ikhlas mencintai Aira.

Tp kalau dilihat dr kesungguhan, mmg nmpk effort Reza adalah lebih berbanding Faisal. Walaupun Reza mengalah & sedia lepaskan Aira utk bersama Faisal tp Faisal tak buat tindakan apa pun. Hny membiarkan Aira. Ending baru tahu knp Faisal mcm tu. Dia berkorban bukan krn dah tak cintakan Aira. Hny Aira yg dia cinta. Sedih bila tahu knp Faisal buat camtu. Cinta itu tak bermakna harus memiliki.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
March 12, 2016
sweetla alahai ♡
kasihan Faisal tapi iya benar kamu emangnya tidak sungguh2 untuk Aira . tapi ya benar jikalau Aira pilih bersamamu bahagianya mungkin sebentar aja ..
Aira , nasib baik kamu pilih Reza kalau tidak tiada bintang bagimu ahahaha
Profile Image for Sakinah.
17 reviews2 followers
September 19, 2013
karya terbaharu nirrosette ini menunjukkan kematangannya di dalam bidang penulisan. karya yang berbeza dengan yang terdahalu dengan bahasa yang cukup indah. Tahniah!!!
242 reviews11 followers
September 20, 2021
Best. Suka dengan ending. Dua-dua suka tapi tak adil untuk Reza jika aira pilih faizal. Faizal dgn Reza dua dua ada keistimewaan.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
November 28, 2019
Kisah berlatarkan puisi.
Jatuh hati utk semua puisi yang dinukilkan.
Juga jatuh hati dengan quotes(falsafah) yang dibicarakan oleh watak-watak dalam kisah ini.
Watak Faisal dan Reza.
Dua-dua pilihan hati. Mungkin pada Faisal lebih pada kasihan. Reza,wataknya matang namun keputusan mengalah pada awalnya buat aku turut rasa geram seperti Aira. Perasaan itu bukan baju yang boleh dibagi-bagi dan ditukar ganti semudah itu.
Kisah berlantarkan bandung buat aku teringin sekali nak travel ke sana suatu hari nanti.
Profile Image for Rosli Ab Rahman.
55 reviews1 follower
April 17, 2014
garapannya bagus tp bg saya terlalu umum , penghayatan menjadi kurang terhasil
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
September 13, 2013
done buku Tunggu Aira di Kota Bandung...
ambil masa juga nak meghabiskan buku nie... sepatutnya sehari je boleh abis... tapi banyak kerja & balik je terus kong... makanya lambat la habis... hehhehe...

best cerita nie... jalan cerita yg berbeza dari cerita2 nirrosette yg sebelum nie... tapi kalau nak di comparekan tie lebih suka A.K Ikhlas....

TADKB... mengisahkan Aira seorang pelajar dari NIE... terpilih menjadi pemenang dlm pertandingan puisi anjuran NIE... dan menjadi wakil NIE untuk ke bandung..
dibandung la kisah Aira bermula... perkenalan dgn faisal tanpa sengaja... kerana faisal juga merupakan salah seorang wakil dari indonesia... dalam tempoh 8 hari Aira sudah jatuh hati pada Faisal... begitu juga dgn faisal... tapi sesuatu menghalang kisah cinta mereka... Aira pulang ke Singapura dgn hati yg luka...

3 tahun berlalu...
Aira bertemu seseorang yg persisi faisal... ibaratnya luka lama berdarah kembali.. tapi kehadiran reza yg selalu cuba dihindari tidak bejaya.. akhirnya.. rasa hati reza bersambut...

yg pasti walau banyak mana likuan, akhirnya bahgia milik Aira...

u guys... sila baca buku nie... best...
selamat membaca...
"Membaca dgn hati... Menilai dgn Akal..."
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
September 13, 2023
(Pinjam dari Perpustakaan Kuala Lumpur)

Pertemuan Aira dan Faisal saat menyertai bengkel puisi di Bandung memekarkan sebuah cinta dalam jiwa mereka. Namun, ada halangan membuatkan mereka terpaksa berpisah.

Beberapa tahun kemudian, Aira bertemu dengan Reza, dan cuba mengelak daripadanya kerana Reza mengingatkannya kepada Faisal.

Keras-keras kerak nasi, kena air lembut jua. Begitulah yang terjadi pada hati Aira apabila Reza begitu nekad untuk mendekati Aira, sehinggakan suatu peristiwa, turut membuatkan keluarga Aira menyenangi Reza.

Percutian Aira, Reza dan rakan-rakan yang lainnya ke Bandung membuka suatu lembaran rahsia dan luka lama dalam jiwa Aira. Pertemuan semula Aira dan Faisal benar-benar menambah galau di jiwa Aira.

Apakah kaitannya Faisal dan Reza? Bagaimana nantinya hubungan Reza dan Aira setelah mengetahui cinta silam Aira dan Faisal? Dan bersatukah Aira dan Faisal setelah sekian lama mereka terpisah?


Beberapa hal yang sangat baik untuk dipelajari daripada Aira:
1. Mengikut nasihat dan arahan daripada orang tua walaupun berlawanan dengan kehendak hatinya
2. Sentiasa meminta izin daripada orang tuanya sebelum melakukan sesuatu hal

Dialog-dialog bahasa Indonesia sangat sedap dibaca. Begitu juga puisi-puisi yang diselitkan. Sungguh indah.

Selisih faham Aira dan ayahnya memaparkan situasi tegang yang boleh berlaku dalam sesebuah keluarga. Namun, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Hubungan Aira dan abangnya, Yusuf, sangat sempoi dan cool. Watak Yusuf ditunjukkan sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dan mengambil berat akan Aira.

Penulis menggambarkan watak dan kisah di universiti di Singapura, begitu 'hidup' dan sangat mengesankan. Perjalanan Aira di Bandung, baik kali pertama mahupun kali kedua, kedua-duanya digambarkan dengan realistik sekali. Suka sangat dengan setiap penceritaan tempat yang jelas dan terasa pembaca dibawa sama merasai liburan di Bandung.

Sejak bengkel puisi di Bandung, pembaca sangat ternanti-nanti kemunculan semula watak Faisal. Namun, Reza hadir dahulu. Kemunculan watak Faisal buat kali keduanya benar-benar membuat galau di jiwa pembaca. Tetapi benarlah, lelaki mana yang berusaha menakluk sekeping hati wanita, tentu jugalah akan memilikinya. Jika tidak, jadilah bagai pungguk merindukan bulan.

Akhir cerita, kebahagiaan dan kesedihan (ya, dua-dua sekali) sangat terasa memenuhi jiwa pembaca tatkala usai membaca halaman akhir. Penulis membawa pembaca ke sebuah kisah yang tidak disangka-sangka. Namun andai begitu akhirnya, biarlah masing-masing bahagia dengan cara tersendiri.

"Bandung, membawa dua cinta buat Aira, namun hanya satu yang terus mekar mewangi di taman hati Aira." 🥹😍
2 reviews
August 11, 2021
Wahh first time kena second lead syndrome bila baca novel, biasa time tengok k-dramas je 😅

Aku baca novel ni dalam 2 tahun lepas, dah tak ingat sangat dah scenes dalam cerita ni. Tapi masih ingat lagi nama watak-watak utama dia sebab jenis jarang baca buku cinta, tapi novel ni agak istimew to me sebab impak dia masih teringat sampai sekarang.

I feel Aira's feelings. The betrayal bila tahu Faisal tunangan orang. But when his mom unknowingly reveal the truth behind that, aku ingatkan Aira akan faham la jugak keadaan Faisal dan lembut sikit hati dia lepas persoalan dia terjawab. I thought that dia akan stop marah-marah dan salahkan Faisal, tapi tak. Ego jugak perempuan tu eh. Ke aku yang cepat cair? 😅 But the way Faisal actually really love her even in silence seriously make me cair do...

Reza is sweet, and in some aspect he is better than Faisal but I'm not really rooting for him. He is every girl's ideal type, but a typical and basic one. Pada aku, dia takde ciri yang terlalu menonjol kalau nak dibandingkan dengan Faisal.

Ending Aira end up dengan siapa tu memang aku tak boleh nak predict pun, kedua-dua lelaki tu sayang dan sanggup buat apa ja untuk bahagiakan Aira, so walaupun aku lebih suka Faisal aku tak kesah sangat dia end up dengan siapa. But I thought all of them will get happy ending but... Faisal
😭 He's sick and alone tau. Dia jenis yang berkorban for people he love in silence. That's what makes him pitiful and loveable.

Lessen one star until I get a short spin-off *proceed to uprise a petition*
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
December 20, 2021
lebih kurang sama dengan awal episode drama now, we breaking up.

perlahan tempo ceritanya, Aira yang terlalu emosi dan lambat move on. penat melayan perasaan Aira tu.

not a fan of story lovestory between abang dan adik. dan banyak drama korea pun sama mcm cerita ni. jadi, tak boleh nak suka dua-dua watak lelaki.

dulu, pun tak direcommend untuk baca tapi sebab ada tak pernah baca, ingat untuk kali ini, perspectivenya berbeza. jadi, i would say, regret baca. walaupun orang lain suka dengan Air dan heronya. sorry, the story not my cup of tea.

the good things is, teringat la sedikit singapore tu sebab pernah sampai ke sana menghadiri kenduri. terasa dekat sikit. dan bandung yang belum sampai, terubat la sedikit jiwa nak meneroka ini.
Profile Image for Siti Nur.
23 reviews
May 28, 2020
Less than 24 hours, i managed to finish this book!
Karya nya bagus sekali. Terbuai buai dengan kemanisan puisi Faisal Syahindra Saputra. Bukan takat puisi saja manis, kata kata nya juga.

Tapi pandai Nirosette, akhirnya pilihan Aira tu bukan Faisal. Betul katanya, lebih baik tak kenal seseorang tu daripada dah kenal dan susah nak melupakan 😢
Profile Image for NurulFaezah.
6 reviews48 followers
April 30, 2014
Honestly, after reading Ikhlas, A.K, I fall in love with the writer and has pinned her as one of my favourite writers. But this Tunggu Aira di Kota Bandung has turned me down. Not only it is just a love story for just few days, it somewhat illogical (everyone can agree to disagree though). It's a one in a million coincidence. You fall in love with the elder brother and end up liking the younger brother soon after you've recovered. But I think Aira never recover. And then the plot twist where Reza wants to give Aira up to his brother is so very unlikely logic. The ending is to cliche, Faisal dying. And Jemari Seni usually publish self betterment genre which makes me love the books. But this novel promotes only little on self betterment but more on Aira's lovey dovey story.

Still, I like how Nir compose her writing. Three stars.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
November 14, 2014
Wah.. Berlandaskan plot yg indah dgn lokasi yg dekat dgn ku, penulis buat aku senang nak imagine tempat dia pulang balik di Singapura. Bandung pula destinasi impian aku. one fine day, will i bring my Chenta hati there. Pengorbanan ni penting untuk sebuah cinta eh. Lebih penting ketentuan Ilahi yg dah menentukan kita dgn siapa.
Sekali lagi aku senang dgn penulisan Nirrosette yg simple yet beautifully told. Teringat pula AADC yg aku tonton sepuluh tahun lalu yg penuh dgn puisi. Faisal-Aira-Reza... Indah di karang watak ini dgn cinta yg binds them all. perubahan yg Aira ambil, going through all the hardships and the emotional roller coaster, still she made it through in her studies. The journey of tears, emotional turmoil & happiness sum in one journey to Makkah & Bandung. Aku happy dgn ending novel nie. Puas hati.
Profile Image for Hafizi Azmi.
13 reviews3 followers
September 1, 2013
I just read early chapters of this book..
And for me, it's so good..
I like the theme..
Can't wait to read the whole story..! >__<"
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.