Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kau Belacan, Aku Keju!

Rate this book
Tak ada maknanya aku nak kahwin bagai. Selagi tak ada perempuan yang berjaya membuat tempat ni bergetar, tak ada makna aku nak kahwin.” Kata Faeq sambil menunjuk ke arah dadanya.
“Pigi dah! Banyak kau punya bergetar, Paet! Meh aku ketuk dada kau tu dengan tukul, kita tengok itu tukul ada kasi getar itu dada atau tak!”
“I akan terus berusaha untuk menggetarkan jantung you, Yuna. Kalau perlu guna vibrate handphone untuk menggetarkan jantung you tu pun I sanggup.”
“I tak buta, Khai. I nampak keikhlasan you. Tapi, Khai... hati ni langsung tak bergetar apabila nampak you. I sendiri tak tahu kenapa.”

Semasa menjalani praktikum, Ayuna mengenali Faeq. Sikap mereka yang berlawanan menyebabkan berlakunya banyak pertelingkahan. Namun tanpa mereka sedar, setiap pertelingkahan antara mereka menjadikan mereka lebih rapat.

“Kiranya orang ni dah berjaya buat hati kau bergetarlah ni?” Zarra mengusik Ayuna.“Jahat kau ni, Zarra! Tapi yes, definitely dia dah berjaya menggetarkan hati aku tanpa aku sedar.”

Sekembalinya daripada praktikum, perkahwinannya dengan Khairy seakan telah diatur, sedangkan hatinya telah ‘dicuri’ oleh Faeq tanpa sedar. Apakah pilihan Ayuna? Menerima rancangan yang telah diatur, atau menunggu orang yang belum pasti?

***
Kau Belacan, Aku Keju! ditulis dengan bahasa santai yang memikat hati. AYUNA ASMA berjaya menjiwai kehidupan seorang guru yang sanggup berkhidmat di mana sahaja.

First published September 1, 2013

2 people are currently reading
16 people want to read

About the author

Ayuna Asma

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (14%)
4 stars
6 (28%)
3 stars
11 (52%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
September 13, 2013
mula2 baca buku ni macam tak menarik je... tapi bila dah masuk part Yuna buat praktikal kat sek Pulau Tawar baru jadi ceritanya menarik.

Suka baca part Faeq mengacau Yuna, boleh baca senyum2 jadinya. Terutama part Faeq menggoncang 'canopy walk', lepas tu sebab Yuna dah tak boleh jalan lagi, terpaksalah Faeq mengikut Yuna merangkak sampai ke akhir jalan. Lagi satu buat saya senyum bila Yuna berkata yg dia nak berjumpa cikgu Faeq sedangkan masa tu dia sdg bercakap dengan Faeq dan menyebabkan Faeq blur sekejap.

Buku ini menceritakan kisah Yuna seorang gadis dari bandar yg ingin menjadi guru pendidikan khas sdgkan kedua ibubapanya pula ingin Yuna mengambilalih perniagaan mereka. Tanpa pengetahuan mereka Yuna telah memohon utk menjadi guru dan kemudian berjaya. Kedua ibubapanya telah terpaksa menyetujui rancangan Yuna dgn bbrp syarat.

Yuna kemudia telah mendapat tempat untuk menjalani praktikal di sebuah kampung di Jerantut Pahang. Yuna yg selama ini menyukai hanya makanan barat telah menghadapi masalah menyesuaikan dirinya dgn kehidupan kampung dan makanan org kampung.

Untuk mengetahui samada Yuna berjaya menjadi guru dan meyesuaikan dirinya dgn kehidupan kampung disamping mendapat teman hidup, bacalah buku ini.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 19, 2013
Suka pada watak Ayuna Amani yang mahu berjuang sebagai pendidik untuk kanak-kanak istemewa. Dia tidak mahu mengecewakan walid dan uminya lalu berusaha untuk mentadbir syarikat keluarganya dengan baik sambil mengajar. Dia ditugaskan untuk menjalani praktikalnya di kampung Air Tawar, Pahang. Disana dia belajar untuk menjadi seorang guru yang dedikasi dengan pertolongan guru-guru lain dan Qanaah. Di sana, hatinya terpaut dengan Faeq. Begitu juga dengan Faeq. Tetapi masing-masing tidak berani meluahkan perasaan masing-masing sehingga Ayuna habis praktikalnya, Faeq masih mendiamkan diri. Bila Ayuna dipinang Khairy, Ayuna terus ke kampung untuk mencari Faeq. Bila dapat tahu akan perasaan masing-masing, barulah Faeq dapat keberanian untuk meminang Ayuna. Akhirnya, walid dan umi Ayuna sedar akan keterlanjuran mereka memaksa Ayuna untuk mengikut kehendak mereka. Lalu mereka bertekad untuk memberi Ayuna peluang untuk meneruskan cita-citanya. Di akhir cerita, Ayuna melahirkan anak sulong mereka.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
September 12, 2021
Sebuah kisah yang menarik mengenai Yuna yang bercita cita menjadi guru Pendidikan Khas.. Bukan senang nak berada bersama pelajar Pendidikan Khas ni.. Diselitkan juga dengan konflik rakan sekerja, keluarga, persahabatan dan masalah percintaan..
Profile Image for Afinie Syahirunnisaa.
76 reviews
May 8, 2014
Okay la , Faeq sweet hihi Yang best tentang novel ni , ianya focus dengan kanak kanak istimewa , makes it different from the others.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Currently reading
April 2, 2019
Bacaan santai dari Free eBook Zone KL Library DBKL.
Borrow from Free eBook Zone KL Library DBKL in GO KL bas.

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.