Nak gembira? Nak tersenyum? Nak bahagia? Nak ketenangan? Nak harapan? Nak kesempurnaan? TAK PAYAH. Kalau nak juga, jangan baca novel ni. Tutup dan buang jauh-jauh. Sebab novel ni untuk mereka yang mahu merasakan keTIADAan... Jangan gusar dengan kulitnya yang kosong. Memang begitu. Sebab novel ini tak ada tajuk. Dan ia adalah sebuah sekuel. Sekuel kepada apa anda tanya? Cari sendiri. Novel saya sebelum ini yang kulit depannya hitam dan bertulisan merah macam darah. Baca yang itu dulu. Baru anda boleh merasai ketiadaan yang novel ini ingin tawarkan. Untuk mereka yang menghargai nilai sebuah MISTERI. Dan untuk mereka yang merasakan bahawa TAKUT itu adalah teman.
Tiada Tajuk ni sebenarnya kesinambungan kepada Jangan Baca Novel Ni. Kali ni Munir dan Suraya dah berkahwin dan Adib diambil sebagai anak angkat. Kalau dulu aku tak berapa faham jalan ceritanya, macam mana Anom tiba-tiba mengandung, siapa Adib, macam mana Buku Hitam tu boleh muncul, tapi dalam Tiada Tajuk ni baru explain tentang apa yg berlaku sebenarnya dulu. Kali ni dijelaskan asal usul Adib dan apa yg jadi pada Anom dulu pada cerpen yang terakhir.
Kalau dulu kita baca cerpen dari buku hitam yang dipegang oleh Adib, tapi kali ni cerpen2 tu dijumpai pada mangsa pembunuhan Batik Biru.
Sebenarnya aku serabut jgk in the middle. Pening nak fikir apa kaitan cerpen tu dengan Anom, Adib, pembunuh Batik Biru, dan apa kaitan dengan koleksi cerpen yang dulu. Tapi tak apa, korang teruskan je baca. Koleksi cerpen yg dorang jumpa tu sambungan cerita dari buku hitam yg ditulis Anom dulu. Tapi dalam Kisah Akhir, ada diceritakan apa yg pernah jadi dulu, yg menjadi punca pada segala-galanya.
Boleh la nak kata twist ending tu, yelah kot. Mula aku ingat cerita mistik/paranormal ke apa. Rupa2nya..emm..
Tapi ada la part yg aku disagree. Ada sikit percanggahan dengan fitrah kita. Bukan pasal logik sebab logik memang tak ada la dalam fiksyen. Macam payah aku nak terima. Mungkin sebab kita ada pegangan. Tiada Tajuk ni aku puji penulis dia dari segi idea yg rare, tapi bab logik akal tu memang aku tak boleh terima. Macam aku kata tadi, kita ni ada pegangan. Anggap sajalah ini cerita untuk suka-suka.
Kesimpulannya, tercekik jugak la aku baca Tiada Tajuk ni. Nasib baik kat ending ada explain semua.
Kisah ini kembali berkisar di sekitar Munir dan Adib. Munir yang telah sembuh kembali bertugas seperti biasa. Dan Adib masih kekal dengan sifat misterinya malahan menjadi lebih misteri. Kebijaksanaannya jauh berbeza dengan kanak-kanak sebayanya.
SH seronok membaca naskah kedua ini. Ceritanya sememangnya menarik perhatian SH hingga sukar untuk meletakkan buku apabila sudah memulakan pembacaan. Banyak persoalan yang timbul di naskah yang pertama terjawab di sini.
Cerita ini bukan sekadar cerita seram biasa tetapi juga diselitkan unsur-unsur sains dan teknologi dan juga konspirasi. Dan juga terdapat sedikit unsur 'thriller'. Dengan adanya unsur-unsur ini kisah seram yang terjadi di dalam naskah mampu difahami oleh lojik akal. Bukan sekadar menyalahkan hantu di sebalik apa yang terjadi.
Watak Adib ni di sebalik misterinya, SH rasa dia agak meluat dan menyampah. Rasa macam dia saja yang bagus dan bijak. Namun apabila terurai rahsianya, SH faham kenapa dia begitu. Dia matang sebelum umurnya. Otaknya menyimpan terlalu banyak ilmu dan rahsia. Tapi di naskah kedua ini perubahan sikap Adib memang jelas ketara. Ada perkembangan pada wataknya itu.
JANGAN BACA NOVEL NI Trilogy– B0X SET Terbitan IFI Enterprise Penulis: Ismi Fa Ismail Genre: Seram Thriller Saya menemukan novel Jangan Baca Buku Ni sewaktu sesi bertemu pembaca penulis penulis fixi di Universiti Utara Malaysia. Pihak penganjur yang berbesar hati memperkenalkan buku pertama saya Perjalanan pada para pelajar UUM mengatakan saya boleh pilih mana mana tiga buku yang ada di rak. Mohd Fatrim penulis remaja Asrama dan Patung mengatakan penulis buku tersebut sangat perahsia dan tidak suka pada sebarang sesi pertemuan dengan pembaca. Tajuknya pula sangat menarik, menjurus pada nafsu manusia, “Jangan masuk, kau nak masuk juga?” Saya ambil satu dengan harapan ianya bagus dan menepati cara penceritaan semasa. TEPAT. Saya terus jatuh cinta pada garapan kisah dan cara penceritaan yang tidak skema seperti buku melayu bergenre seram yang lain. Ada gabungan unsur unsur kehidupan, persoalan moral, kehidupan mudah orang desa, mitos, ratapan nasib, dendam dan hal hal biasa yang dimanipulasikan dengan baik dalam jalan cerita. Penulis bijak bermain perasaan cemas, syak wasangka, kekalutan watak watak yang ada. Penamat (tidak seperti dalam filem seram di Malaysia penuh isof atau hanya mimpi) tidak menjadi pilihan penulis. Ismi Fa memilih untuk menjadi lebih bijak dari hal tersebut. You will be very wrong to assume this trilogy is outdated or traditional like the rest of Asian Horror Genre. Kata kata bual yang realistik dipilih tidak berlebih lebih dan benar benar menggambarkan watak watak yang dipilih. Jelasnya penulis sangat bersahaja dan ada waktunya menyuntik elemen elemen lucu dalam kata bual. Kata bual yang baik boleh membezakan usia, jantina dan tahap sosial watak masing masing. Ini seharusnya dipuji. Jangan Baca Buku Ni…sebagai buku asas pada box set memperkenalkan kita pada watak watak penting yang dibawa ke buku Tiada Tajuk. Siapakah Anom? Kemboja? Barisan pembawa kisah Munir, Adib, Zack dan 4 barisan nama HAN. Ianya menjadi lebih kompleks dengan rungkaian rungkaian cerpen dari para mangsa bunuh si batik sentung biru sebelum kematian masing masing. Adib yang tinggal bersama Suraya dan Munir juga menjadi titik tumpu pada segala persoalan, dalam buku Tiada Tajuk sengaja membongkar rahsia seram dunia baru. Membacanya boleh membuatkan pembaca terbayang akan perjalanan sebuah filem sequel dan prequel; harus ingat bukan mudah untuk membuatkan pembaca bersabar dengan nama nama yang diangkat dari buku pertama; penulis sangat bijak menggunakan susunan bahasa mudah dan terma terma saintifik buat pembacanya. Pembaca akan diperkenalkan dengan hal ‘artificial insemination’ dan hajat pertubuhan yang bermula dari Rusia. Ini adalah sesuatu yang baru dalam penulisan genre seram di Malaysia (yang terlalu kerap menonjolkan hal dendam dan hal hal menduakan Tuhan sebagai nucleus cerita mereka). Bab awal buku Akhir dalam set kotak ini dimulakan dengan firman Allah swt yang bermaksud: “dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering berasal dari lumpur hitam yang diberikan bentuk, dan kami telah ciptakan Jin sebelum diciptakan manusia dari api yang sangat panas” Surah Al-Hijr: 26 - 27 Akhir menggabungkan unsur unsur ‘sleeping paralysis’ Munir dan Suraya yang sedang hamil dan tentunya si Adib juga hal hal yang menggejutkan hasil pantauan pakar psikoloji Dr Dayang. Segalanya akan terjawab dalam novel Akhir yang sudah tentunya mendebarkan dalam kadar yang tidak picisan, tetapi mendebarkan tentunya. Penulis bijak menghubung kaitkan keseluruhan watak watak yang sama naik peranan mereka dalam penceritaan yang seram, misteri, cemas dan ada waktunya santai lucu. Beliau tidak memilih untuk berFALSAFAH secara keterlaluan, itu yang membuatkan jalan cerita lancar dan mudah. Bersedia untuk diperkenalkan dengan terma terma psikologi seperti Galsgow Smile, Brief Reactive Phycosis melalui Dr Dayang. Akhir memberi ruang pada pembaca untuk melihat hubungan antara dua entiti yang berbeza sifat. Ada diceritakan tentang mukasurat 165 – 171 tentang typo yang kita akan syak sebagai disengajakan. Percaya pada saya, kamu tidak akan pening walaupun terdapat terlalu banyak watak untuk menggambarkan titik waktu dan zaman. Semuanya disusun rapi oleh penulis Ismi Fa. Bersedia juga untuk membaca pengakuan penulis yang serba sedikit mewakili dirinya ditulis secara santai bijak tanpa bertele tele mementingkan diri. Epilog yang mantap dihadiahkan buat para pembaca, bagi menjanjikan bahan bacaan yang mantap di masa akan datang.
Cover sequel yang sngt menarik. Pandai Ismi Fa Ismail market buku buku dia.
Buku tiada tajuk ni aku umpamakan sebagai skema jawapan kepada buku Jangan Baca Novel Ini. Setiap persoalaan yang timbul di buku pertama dijawap satu persatu dalam buku kedua ni. Bagi aku Buku tiada tajuk ni sequel yg sama taraf ataupun lagi bagus dari buku pertama.
Jalan cerita yang sngt menarik, and aku suka transition tema dia dari seram kepada science fiction tapi masih mengekalkan unsur misteri. Gaya penceritaan dia pun bagi aku semakin smooth dan tak janggal.
Kurang satu bintang tu terletak pada watak watak satu dimensi dia. Aku tak rasa tertarik pada mana mana watak pun dalam buku ni. Fungsi diorang hanya lah untuk menggerakkan jalan cerita. Tak ada atau sedikit perkembangan watak dan interaksi antara diorang...jauh dan tak beremosi.
I am going to give 5 stars for this sequel!! Plot twist yang mengagumkan dan tidak dijangka..! Elemen sci-fi pula memainkan peranan sekarang! Segala misteri mulai terungkai... rupanya kebanyakan watak dalam judul ini adalah spesimen ujian sebuah organisasi gelap yang besar, yang bermatlamat untuk menghasilkan baka manusia yang memiliki kuasa luar biasa! Misteri budak bernama Adib, yang telah diambil sebagai anak angkat Murni dan Suraya dan memiliki tahap intelek yang tinggi, juga mula dijelaskan... Dan buku novel lama Anom.. rupa-rupanya semuanya adalah rancangan ahli-ahli organisasi tersebut.
Walau bagaimanapun, penampakan Anom masih tidak dijelaskan sepenuhnya... dan hilang wujud novel tersebut... adakah roh Anom memainkan peranan juga? Jom baca trilogi yang terakhir... AKHIR.
Ala kurang menyengat pula buku kedua ini. Aku sudah tekad baca novel ni dalam kapal terbang sebab takut susah nak tidur kalau baca malam-malam. Maklumlah habis buku pertama dibaca, aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Terbayang-bayang kisah dalam Jangan Baca Novel Ini.
Buku kedua ini aku kira menarik kulit bukunya seperti buku pertama. Memang menarik perhatian kalau dipamerkan di rak kedai buku. Taktik perniagaan ler tu *kenyit mata*.
Namun, susah untuk dihadam cerita-cerita dalam buku kedua ini. Pertama, aku seorang yang susah nak ingat nama orang. Jadi, aku sudah lupa cerita-cerita buku dalam buku pertama tu. Kalau mahu dirujuk balik, buku tu di tangan kawan. Bukankah aku menyusahkan kawan aku kalau dipinjam kembali buku yang sama atas sebab lupa? Tambah lagi buku tu aku baca November 2015. Buku kedua baca Jun 2016. Tujuh bulan sudah cukup untuk melupai benda.
Lupa menyebabkan aku tidak dapat menghadam kesinambungan cerita. Sob sob. Tapi setelah baca dan baca, aku sudah dapat mengikut kembali rentak cerita. Cerita yang dimulakan dengan Adib yang istimewa dari budak-budak yang lain. Seperti ahli falsafah pula dia bercakap dengan orang dewasa. Baca sampai akhir cerita kalau nak tahu apa yang istimewa sangat budak ni.
Gila jugalah buku ni sebenarnya. Ramai aku baca review tentang 'science-fiction' yang dimasukkan dalam novel ni. Ya betul memang ada pada pengakhiran cerita. Walaupun ada unsur ingin melampaui kuasa Allah, aku ingatkan diri aku ini cuma cerita rekaan. Sebagai pembaca, kita ambil apa yang baik dan yang buruk itu aku bawa beringat-ingat supaya tidak dibuat kelak.
Tiga bintang sebab aku rasa buku ni menyeronokkan dan agak bosan dalam masa yang sama.
(2.5 bintang) Ini adalah sambungan kepada Jangan Baca Novel Ini dan mungkin kerana hamba sudah membaca buku itu, hamba merasa perlu membaca sekuelnya pula. Namun, bukannya hamba tidak menyukai buku tidak bertajuk ini, cuma mungkin hamba terbiasa untuk jarang menyukai sekuel untuk apa-apa pun sama ada buku atau filem. Makanya hamba lebih menyukai JBNI.
Walaubagaimanapun, seperti dalam novel sebelumnya semua persoalan buku dengan kulit hitam tanpa tajuk ini diberi penjelasan saintifik yang logik. Ini menolak semua unsur mistik yang mungkin tercipta dalam pemikiran pembaca. Meski hamba merasakan teori/jawapan yang diberikan kali ini agak extravagant tetapi semuanya mungkin, kan?
Cumanya yang agak mengecewakan adalah buku ini masih tidak berjaya memunculkan perasaan takut, gerun atau seram dalam diri hamba. Malah tidak juga mewujudkan perasaan tidak enak seperti ketika hamba membaca JBNI. Jadi hamba tidak bolehlah hendak beri bintang lebih.
Oh ya, hamba suka teka-teki yang penulis tinggalkan di akhir novel ini. Nasib baik hamba mula mengumpul klu sejak perasankannya dari cerpen kedua. :)
p.s Konon hendak baca sewaktu ada senggang masa ketika kursus tapi sudahnya mata dibawa menengok jualan di kedai-kedai pula. Huhu.
Luar dari jangkaan. First book saya disogok dengan kisah seram. Sambungannya terus bertukar genre. Dari seram ke si-fic. Segala persoalan dibuku satu terjawab dalam buku #tanpatajuk ni. Dan yg menarik, anda sebagai pembaca diajak 'menyertai' proses menyiasat. Hint2 yg ditinggalkan pada awalnya saya sangka typo, tapi kali ke dua jumpa saya fikir ini bukan typo. Ini adalah jawapan kepada persoalan novel ini. Jadi saya catat apa yg saya jumpa, dan last page, saya dpt jawapannya. So... Good job writer!
This is a sequel. Kena baca 'Jgn baca novel ni' dulu baru boleh faham cerita ni. segala persoalan dari novel pertama terjawab dalam novel ni oleh "Dia yang tahu segalanya.." Siapa dia? apa yang dia tahu? Kena la bertabah abiskan novel ni heheh ^^
As for me novel ni tak seram sangat mcm yg first tu..lebih banyak science fiction dlm cerita kali ni. Apa2 pun jalan cerita mmg kreatif. Masih 'rare' lagi..Ismi Fa selalu ada idea yang lain dari penulis lain.
Novel yang sangat mengganggu jiwa dan pemikiran Sha.. Walaupun hanya ada 277 mukasurat sahaja tetapi rasa macam membaca cerita tanpa noktah.. Sudahlah novelnya tidak bertajuk.. Hanya warna Hitam menghiasi kulit hadapan novel ini. Cukup untuk menggambarkan betapa gelapnya cerita dalam novel ini. Sha baca dan cuba fahami.. Ada beberapa persoalan yang mengganggu.. Jadi, kenalah baca novel ketiga iaitu Akhir..
Cerita ni mcm tk masuk akal and rasa mcm syirik pun ada jugak. Starting jer rasa mcm best tapi bila dh nk habis, semakin merapu la pulak! Disappointing!
Membaca sebagai: seorang yang dah baca buku ni masa 2014 tapi decide nak baca lagi pada 2024 sebab nak tahu juga apa bendalah aku baca masa 10 tahun lepas. Bukan penggemar genre sebegini, tapi juga bukan pembenci. Kalau ada, kita layan! Also saya baca buku ni right after habis baca buku JBNI.
POV 2014: Masa ni saya bawah 12. Dari dulu sampai sekarang, saya cuma ingat part Adib tu 'wujud' macam mana, sebab macam kejadiannya tragis dan unik sangat sampai terkesan kat otak. Cuma tak ingat details je.
Dan lagi satu, saya cuma ingat yang buku ni ada puzzle sikit, hihi! Novel budak-budak mana nak adanya puzzle macam ni!
POV 2024: Seperti yang ditulis di bawah.
Lega, sebab buku ni menjawab sedikit sebanyak soalan yang aku ada masa baca JBNI. Walaupun ada juga tak jawab.
Pening, sebab nak kena ingat balik kisah ni yang cakap pasal apa eh, sebab dia relate banyak dengan buku JBNI tu kan. So nak kena fikir sejenak. Tapi penulis pun bagus juga ada letak hint like 'kisah ni yang pasal itu ini' kalau dalam JBNI.
Pening lagi, sebab nak kena fikir dan berteka-teki dengan soalan baru pada watak baru. Tapi that's the point, right? Bosanlah kalau pembaca tak berteka-teki, kan?
Keliru, dengan genre buku ini. Nak kata seram, tak sampai seramnya. Nak kata thriller, tak sampai thriller nya. Nak kata scifi, tak sampai juga scifi nya.
Marah, sebab dahlah aku tak minat scifi, macam mana boleh sesat dalam buku ni?
Agak thought provoking, untuk part akhir novel. Macam menarik juga falsafah dia, walaupun dah pernah dengar similar idea sebelum ni.
Banyak emosi negatif dari positif. Kitanya nak baca buku sebab nak rehatkan otak, tapi buku ni buat kita terpakai otak pula tanpa dipaksa. Tapi sebab saya dah tahu ceritanya masih ada sambungan, jadi saya sabar menanti ke mana cerita ini bawa saya.
Engaging giler, sakit perut pun boleh tahan kasik habis satu cerpen dia dulu. Sangat kejam la IFI, tulis buku yang macam ni. Aku dah faham apa sebenarnya jadi kat Sura, mati ke idok sebenarnya dia. Terima kasih la sebab clarify part tu. Lepas tu misteri siapa dan kenapa Zack dipilih. Hanya dah dekat penamat jer aku faham, sebelum tu langsung tak terbayang pun pucuk pangkalnya. Macam mana Anom boleh mengandung tanpa 'bersama' dengan lelaki, waduhhh apasal aku boleh tak terpikir lingkup yang macam tu? Pasal konspirasi yang mula nak diceritakan dek Adib kepada Munir, kenapa yer macam senada pulak dengan kisah seakan dongeng yang aku sedang baca dalam semak phone aku, "The David Icke Guide to Global Conspiracy". Cerita pasal 'supreme beings, better homo sapiens' Mehhh aku share sikit apa Icke tulis "The interbreeding between the 'gods' and humans is a constantly repeated theme in every part of the world and can be seen in the Old Testament narrative, taken from the Sumerian, of the sons of God (properly translated the sons of the gods), who interbred with humanity and created a hybrid bloodline called the Nefilim. The term Nefilim or Nephilim can be translated as 'tjose who descended' or 'those who fell from the heavens'". Nak tahu apa kejadahnya? boleh Google buku David Icke. Penulis nama IFI ni mungkin tak berapa betul juga, atau genius tak hingat kot. Apa satu perkataan yang boleh describe buku ni? "Ter.... " aduhhh bengang berdengung kepala aku tak sabar nak tahu apa bende 'ter' tu.
Tak expect buku kedua ni buat aku betul-betul fokus, tapi Tiada Tajuk ni akan bagi jawapan kepada persoalan dalam buku pertama.
Kali ni, penulis selitkan elemen seram thriller dengan misteri Pembunuhan Batik Biru—tapi honestly, aku rasa bahagian ni tak cukup ‘sampai’. Aku harap ada lebih banyak scene pembunuhan yang lebih detail. Tapi yelah, fokus buku ni lebih kepada ‘kisah di sebalik kejadian’—Munir yang obses nak bongkar kaitan misteri ni dengan cerpen-cerpen yang dia pernah baca, serta hubungannya dengan Adib.
Benang merah dari buku pertama ada pada mangsa-mangsa pembunuhan ni. Kalau nak tahu kaitannya, semua ditulis dalam Kisah 5. Aku bagi kau explore sendiri.
Aku tak terlalu fokus pada emosi karakter atau perkembangan hubungan diorang sebab aku rasa penulis lebih utamakan fungsi mereka dalam menguatkan jalan cerita. Aku rasa kekuatan buku ni ada pada ideanya—boleh kata, totally out of the box dan buat aku berfikir keras. Aku boleh kata, towards the ending, it gives me chills!
Mungkin kau pun akan struggle nak proses semua benda macam aku, tapi aku sarankan kau chill je dan enjoy. At the end of the day, it’s just fiction!
Sequal kepada jangan Baca Novel ni sangat unik pada ketiada tajuknya, Tiada Tajuk(merupakan tajuk kepada buku itu sendiri), penulis sangat bijak bermain mind trick dengan pembaca. Carilah kedai buku mana pun, tiada novel yang Tiada Tajuk kecuali buku ini( setakat ini memang tak ada setahu saya). Ismi kali ini bertukar genre dari seram ke sains fiksyen. Namun, unsur seram dan misteri tetap ada. Sequal ini mengupas lebih lagi watak Adib yang sangat bijak. Sedangkan awal novel pertama Adib tidak menunjukkan tanda-tanda dia bijak. Bagi saya watak Adib berubah 360 darjah. Beralih kepada novel kedua Adib tiba-tiba budak yang bijak. Twist terlalu awal. jalan cerita kali ini lebih rancak walaupun kekurangan sunsur eram. Bukan watak Adib sahaja dikupas, banyak rahsia-rahsia dari watak lain dikupas seperti Anom dan Pohon(nama tu memang menyeramkan). Maka, kebenaran demi kebenaran terbongkor membuatkan novel ini bertambah menarik. Sequal yang sangat menarik berbanding novel pertama. Imaginasi penulis setaraf J.K Rowling tetapi bukan dari segi fantasi. Terbaik!!!
Buku kedua ni lebih teratur berabanding yg pertama dan jauh lebih menarik. This is when the real plot starts. Lebih banyak misteri yg muncul terutamanya pasal organisasi rahsia yg dikatakan adib tu, mmg konsep yg menarik, kita dapat mengenali Watak2 dalam ni dgn lebih dalam. Terutamanya adib.
Pastu cerita ni ada twist skit, bukan hanya setakat paranormal tapi bermain jugak sedikit dengan genre 'sci-fi', sesuatu yang aku belum pernah jumpa lagi lam mana2 novel Melayu. Itu yang membuatkan cerita ni bertambah menarik. Mak adib dikatakan menjadi sebuah 'eksperimen' untuk sesuatu organisasi dan adib lah hasilnya.
Ia cukup untuk membuatkan kau tertanya-tanya pada akhir cerita ni sbb kisahnya sangatlah tergantung.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ya. TIADA TAJUK. Kalau rasa nak baca buku cintan cintun bukan ini bukunya. Kalau rasa nak baca buku sambil senyum senyum bukan ini bukunya. Kalau rasa nak HAPPY ENDING bukan ini bukunya.
Rasa macam nak pingsannn, sakit jiwa n sakit jantung dibuatnya. Baca tak boleh berhenti dan tak nak berhenti pun. Terus dan terus membaca sehingga ke mukasurat terakhir.
Ismi Fa Ismail blank space tu saya dapat jawab tanpa semak semula intipati setiap KISAH.
Horror ft. thriller, best jalan cerita dia.. Sama juga macam buku pertama, cerita dalam cerita. And dalam setiap cerita tu rupanya ada 'puzzle' untuk pembaca tu sendiri, for me agak unik, it's just 'jawapan' kepada 'puzzle' tu tak seberapa 'aneh dan luar biasa' macam yang saya jangkakan, like macam boleh teka la.. Anyway it still a good choice tu read. Sekali baca susah nak letak, eager nak tahu apa jadi selepas demi selepas tu.. Best!! literally one of my all-time favourite author..
The first book is okay, intriguing enough for me to look for the second book but it was downhill afterwards. Irrelevancy, irregularities and straight add-up things that wasn’t once mentioned in the first book keep appearing which spoiled everything for me. Some characters even changed out of sudden just to justify the newly deem-to-fit plot. Quite frustrating for me.
For the first book only I’m giving 3 stars cause it’s quite good for me, the rest maybe 1 or 0.5 ⭐️
Lepas dah baca JANGAN BACA NOVEL INI, korang harus move on kepada novel yang kulit bukunya hitam ni (Tiada Tajuk). Ni sambung kisah budak bernama Adib tu la, hidup sekali dengan Munir dan Suraya. Tapi novel ni macam dah tak berapa nak misteri pulak dah genre dia, takda dah rasa seram juga. Dia macam...BERTUKAR
Tiada tajuk ni sambungan cerita jangan baca novel ini karya Ismi Fa Ismail. Sebenarnya seribu satu perasaan bila baca buku ni. Novel ni banya cerita tentang revenge so seram dia takde la sampai sangat. Tapi memang cerita ni banyak tipu pembaca so kalau rasa nak drop sebab macam tak logik kena baca novel dia yang terakhir. Cara pembunuhan tak detail sangat so yaaa solid 2 star
kesinambungan dari buku 'jangan baca novel ini'. semua persoalan dalam buku pertama terjawab sedikit dalam buku ni. dah nmpk sedikit logik akal, dan kaitan dari cerita buku pertama. tapi masih belum dapat diterima akal. perlu menelaah lagi buku kaitan seterusnya.
Mindblowing. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa pasal buku ni sebab memang original. Aku tak pernah jumpa cerita horror yang tak cliche macam ni, dan banyak elemen-elemen yang unexpected. Goosebumps. 4.5 maybe?