Paeng baru memulakan tugas sebagai pustakawan di Fakulti Perubatan. Untuk menjimatkan kos, dia sanggup tinggal di rumah staf yang telah lama dikosongkan kerana semua staf lebih suka tinggal di pekan yang lebih banyak kemudahan. Walaupun Paeng ketakutan, tapi dia perlu bersabar sehingga wangnya cukup untuk pindah menyewa di pekan.
Hidup Paeng mula kacau saat dia diganggu dengan unsur halus. Malahan majoriti kenalan baru juga memberi amaran kepadanya supaya tidak ikut campur urusan orang yang telah mati sekiranya mahu hidup.
Tetapi bagaimana Paeng mahu mengelak sedangkan roh itu berterusan menyerang Paeng di dalam mimpi, mahukan Paeng mencari pembunuhnya dan merungkai segala misteri berkaitan lif usang itu.
----
Memang seram novel ni. Nak pula baca di waktu malam. Meremang je bulu roma. Satu pengajaran besar yang boleh digunakan ialah janganlah sesekali menegur kalau ternampak kelibat ke, suara ke, bunyi ke.
Paeng sebenarnya turut mendapat nasihat yang sama supaya buat-buat buta dan pekak. Tapi tak tahulah Paeng ni spesis berani takut ke apa ke; nampak je kelibat, dia tegur, dengar je bunyi, dia tegur. Dah melanggar pantang, teruatamanya di tempat baru yang sunyi sepi, maka terpaksalah Paeng menanggung akibatnya.
Tapi penulis memang hebat. Baru je teka pembunuhnya, alahai bukan pula. Sampai ke akhir barulah kita tahu misteri sebenarnya. Kalau dibuat filem ni, mahu tak tidur malam.