Adam, penyiasat persendirian mencari isterinya yang diculik tiga tahun lalu. Dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama di Melaka dan berkenalan dengan Rafiq. Suara budak kecil yang kerap mereka dengari ketika senja menyanyikan lagu cina sering menghantui mereka. Usaha mereka untuk menyiasat suara itu mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis. Namun kehilangan Mazni, anak tuan rumah, telah membawa kepada penemuan baru.
1. Laras bahasa yang menjadi. Maksudku cukup apa adanya.. nak kata Bahasa Melayu Tinggi tak juga tetapi penulis tahu meminimakan bahasa rojaknya. 2. Plot yang mudah dan tersusun. Tak pusing kepala nak faham kerana jalan ceritanya yang smooth. 3. Pengolahan cerita yang baik. Walaupun dalam kategori seram, ianya tak seram sangat. Cuma ada misteri yang buat rasa nak baca dan baca sampai ke titik penamatnya. 4. Menggunakan ‘suara’ sebagai titik mula cerita dan ‘suara’ itu akan membawa ke semua watak ke penghujungnya dengan ending yang superb. 5. Ceritanya bukan anti-klimaks walaupun aku sebenarnya sudah dapat mengagak siapa sebenarnya Sofy dan apa itu ‘suara’ yang menghantui cerita ini bila tiba di pertengahan cerita. 6. Watak-watak yang berkesan. Baik Adam, Rafiq, Mazni mahupun Mak Minah yang misterius. Setiap wataknya diberi ruang yang cukup untuk berkembang. Solid. 7. Kisah masyarakat marhaen dengan masalah sumbang mahram, gengsterisme, dadah dan konflik keluarga. Ya, masalah biasa yang tiada kaitan dengan golongan konglomerat yang punya wang berjuta-juta. Pheww... bosan kot kalau asyik-asyik kisah orang kaya kan?
Hoho..senarai di atas ni cukup la kot sebagai resensi. Aci tak? :P
Ini kali pertama aku baca karya penulis ini. Dan karyanya ini buat aku rasa nak cari ceritanya yang lain. Aku suka kerana ada variasi dalam karyanya, bukan kisah cinta stereotaip seperti novel melayu yang lain.
Kisahnya tentang Adam yang mencari isterinya yang telah diculik tiga tahun lalu. Hasil penyiasatan terbarunya membawa dia ke Melaka. Di sana dia duduk menyewa bilik di sebuah lama yang penuh misteri. Dia bertemu Rafiq, lelaki yang turut menyewa di bilik sebelahnya.
Suara budak kecil yang kerap mereka dengari ketika senja menyanyikan lagu cina menimbulkan tanda tanya. Apa lagi dengan kedinginan Mak Minah bila saja mereka mahu tahu akan kejadian sebenar yang berlaku di rumah lama itu. Kepulangan Mazni; anak sulung Mak Minah yang balik bercuti merupakan titik tolaknya. Tiap yang berlaku ada sebabnya. Dan dengan Mazni, mereka bertiga cuba merungkai tiap persoalan.
Apakah suara yang menghantui malam-malam mereka itu benar-benar hantu? Dan apakah rahsia yang disimpan kemas oleh Mak Minah? Dapatkah Adam menemui isterinya semula? Hanya STM ada jawapannya.
Baca... jangan biarkan anda diselubungi misteri hee :P
Asyik baca buku tentang perasaan sahaja, kali ni saya baca pula buku misteri yg sebenarnya memang saya suka tapi buku2 mcm ni kurang dipasaran. Selalunya kalau buku baru yg terbit asyik berkisar tentang perasaan shj.
Kisahnya berkaitan tentang Adam yg mencari isterinya yg diculik secara misteri oleh seseorang yg ingin membalas dendam. Walaupun telah 3 tahun trajidi ini berlaku tapi isterinya (Liyana) masih tidak dapat dikesan. Ketika dalam pencarian isterinya di Melaka, Adam bertemu dgn Rafiq yang baru sahaja berpindah kerja ke Melaka. Mereka menyewa dirumah yang sama yang dipunyai oleh Mak Minah yang misteri.
Suara kanak2 menyanyi, kisah orang mati menggantung diri di rumah mak minah dan keadaan keluarga mak minah dan anak lelakinya telah menyebabkan penduduk sekitar mengatakan rumah tersebut berhantu. Ceritanya yang digarap begitu baik sekali menyebabkan kita mahu mengetahui kisah seterusnya. Apa hubungan antara Mak Minah dgn bunyi2 yg menyeramkan, apakah Adam berjaya bertemu dgn Liyana, apa yang menyebabkan Liyana diculik, bagaimana pula kisah Rafiq dan juga mengapa anak Mak Minah. Mazni melarikan diri ke Penang.
Walaupun cover & tajuknya agak2 seram, malahan di belakang kulitnya tercatit SERAM...ini bukanlah novel seram...tiada hantu pocong, jembalang @ makhluk2 aneh...boleh di katakan sedikit thriller & penyiasatan, ada unsur2 gangsterisme...Cinta??? ada lah sedikit untuk menaikkan mood membaca...
Walaupun lambat panas pada 10 bab terawal...lama2 kelamaan mood membaca tu semakin bertambah2...apatah lagi bila masuk 10 bab terakhir...sedikit sebanyak aku boleh jangka apa yg berlaku pada Mazni dgn bapa tirinya...malahan kewujudan Soffy, "wanita lembut" tu menepati jangkaan aku...cuma aku ternanti2 apa penamat cerita ini...adakah Rafiq mampu memikul tanggungjawab tersebuat...Jika aku berada dlm situasi Rafiq, berbelah bagi juga....
Bagi aku cover novel ini agak kurang menyengat....mungkin nampak serabut...menurut penulis, ilustrasi2 tersebut ada maksud tertentu...bila aku membaca, barulah ku faham apa yg hendak di sampaikan...& perkataan "PERTINGKARAN" & "BERTINGKAR" membuatkan ku keliru...apabila ku semak Kamus Dewan, maksudnya tiada...mungkin "PERTENGKARAN" & "BERTENGKAR' yg hendak di sampaikan penulis...banyak pula tu...
Ia mengisahkan Rafiq & Adam secara tak sengaja menyewa bilik di sebuah rumah yg di duduki oleh Mak Minah & Usop...Kebetulan anak perempuan Mak Minah, Mazni pun turut pulang setelah 5 tahun berkelana...Rafiq cuba hidup berdikari dengan merantau ke Melaka manakala Adam pula mencari isterinya yg hilang 3 tahun di culik orang...kewujudan Rafiq & Adam sedikit sebanyak membantu Mazni, Usop & Mak Minah dalam menyelesaikan rumah mereka yg di katakan berhantu tu....
Satu kelainan tema yang di persembahkan oleh penulis kali ini...masih menarik untuk di baca & di miliki...malahan penulis juga menyelitkan sedikit humor ketika membaca gelagat Soffy, Rafiq & Adam...hahah...
Genre yang berbeza daripada yang saya baca sebelum ini.
Penulis berjaya mengikat saya untuk terus terpaku mengadap naskhah ini hingga ke nokthah akhir. Unsur suspen lagi misteri, berjaya menimbulkan tanda tanya dan rasa ingin tahu tentang misteri 'suara tengah malam' yang sering mengganggu mereka (watak-watak dalam novel ini) menyebabkan secara tidak langsung saya sebagai pembaca juga ingin tahu sama!
Sekurang-kurangnya naskhah ini telah berjaya meneutralkan rasa geram saya mengadap naskhah-naskhah yang terdahulu...
P/S: Satu lagi penulis yang akan saya 'mark' untuk membaca naskhah-naskhah beliau yang lain.
Genre yang berbeza daripada yang saya baca sebelum ini.
Penulis berjaya mengikat saya untuk terus terpaku mengadap naskhah ini hingga ke nokthah akhir. Unsur suspen lagi misteri, berjaya menimbulkan tanda tanya dan rasa ingin tahu tentang misteri 'suara tengah malam' yang sering mengganggu mereka (watak-watak dalam novel ini) menyebabkan secara tidak langsung saya sebagai pembaca juga ingin tahu sama!
Sekurang-kurangnya naskhah ini telah berjaya meneutralkan rasa geram saya mengadap naskhah-naskhah yang terdahulu...
P/S: Satu lagi penulis yang akan saya 'mark' untuk membaca naskhah-naskhah beliau yang lain.
Novel ini tidaklah seseram seperti buku Erti Cinta by Camelia, tidak sehebat buku Datang Pada Waktunya tapi buku ini amat memberi kesan pada sha supaya alert or peka dengan bunyi2 di sekitar kawasan rumah kita.
Paling sha terkejut tentang diri Soffy. Tak sangka. Kagum dengan sikap Adam yg setia, Liyana yg bsemangat kuat & Rafiq yg menerima seseorang dgn seadanya.
Bukan cerita hantu seperti yang saya sangkakan bila mula2 baca sinopsis dan baca tajuk buku nie. Mungkin 2 karya Maria Kajiwa sebelum ini ada unsur2 mistik dan seram membuatkan saya terfikir, yg nie pun kisah seram dan mistik jugak. Well, I'm totally wrong.
Jalan cerita yang lain dari yang lain (padahal saya xdela byk sgt baca buku2 thriller kan). Tapi masih boleh saya katakan ideanya segar. Ada kisah cinta, pengorbanan dan kesetiaan. Ada unsur2 kekeluargaan dan persahabatan, which I loved! Ada beberapa perkara yang saya dah boleh agak, tapi plot twist dihujungnya masih berjaya memeranjatkan saya. Good job MK!
watak2 pulak, xde yang wujud kerana sesuka diwujudkan. Memang semuanya ada kisah dan peranan masing2. Ini yang saya perasan dgn karya MK, TIDAK ADA WATAK SAMPINGAN YG SYIOK SENDRI sehingga menganggu watak utama. Pendek kata, xdela saya terkeliru, eh, sapa pulak org nie. Tba2 muncul..haaa,xde yea yg seperti itu.
Tapi saya masih nak katakan, saya lebih gemar Lengloi dan Puja berbanding Suara Tengah Malam.
salah genre,sepatutnya aksi atau thriller sebab tak ada plot seram. kisah ni mungkin berlaku dalam masyarakat kita. jadi kalau hidup berjiran, kena ambil tahulah ttg jiran2 dan bukan pandai2 buat spekulasi.
Tertarik untuk grab buku ni sebabkan tajuknya tetapi isi dalamnya tidak digambarkan melalui tajuk. First of all, buku ini published 2013, saya yang baru baca (jumpa buku ni di Jualan Gudang Karangkraf last year)
Kesah ini lebih kepada Adam yg menjejaki isterinya yang diculik oleh Zed akibat dendam silam. Di sini saya tercari-cari apa kisah silam antara Zed dan Adam namun hanya disentuh secara surface sahaja.
Selain Adam, buku ini juga fokus pada kisah Rafiq yang baru berpindah ke Melaka dan menyewa rumah Mak Minah. Bagi saya, misteri rumah Mak Minah ini la yang perlu difokuskan.
Ada 2 point penting yang saya rasa terlepas pandang untuk dirungkaikan iaitu, kemana menghilang suami Mak Minah dan kenapa Botak aim Mazni. Seperti ada kisah silam antara Botak dan Mazni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
SUARA TENGAH MALAM ( ISBN 978 967 0535 38-8) MARIA KAJIWA BUKU PRIMA 2013 RM19.90 518 muka surat Cerita bermula dengan prolog mengisahkan dua orang pemuda sedang mengecat sebuah rumah banglo yang sudah lama ditinggalkan. Sedang mereka mengecat terdengar suara kanak-kanak sedang menyanyi lagu Cina. Mereka berasakan rumah itu berhantu. BERHANTUKAH? Adam seorang penyiasata persendirian menjejaki isterinya yang telah diculik oleh seorang lelaki bertahun-tahun lamanya. Dalam pencariannya dia telah bertemu dengan Soffy yang akhirnya telah membantunya mendapatkan sebuah bilik untuk disewa, dia juga bertemu dengan Rafiq, yang kebetulan menyewa di rumah yang sama. Hampir setiap malam mereka akan terdengar suara budak menyanyi lagu Cina dan menangis sayu. Rumah yang mereka sewa dan tinggal bagaikan tidak terurus, terbiar, gelap dan kotor. Namun kerana sewanya murah dan tiada pilihan mereka teruskan juga tinggal di situ. Dalam masa yang sama Rafiq berusaha mencari bilik lain. Tidak tahan rasanya tinggal dalam keadaan begitu ditambah dengan suara kanak-kanak yang menyanyi dan menangis, buat bulu romanya meremang. Adam juga cuba menjejaki suara itu namun gagal. Ditambah Mak Minah yang tidak suka bercerita dan bagaikan merahsiakan sesuatu. Kepulangan Mazni anak Mak Minah mengusik hati Rafiq. Gadis itu kelihatan begitu polos dan begitu misteri. Rafiq cuba mendekati Mazni untuk menyelami perasaan gadis tersebut. Pencarian Adam masih menemui jalan buntu. Usop pula mula mengugut kakaknya untuk mendapatkan imbuhan yang bernilai. Mak Minah pula sering marah-marah dan bagaikan orang hilang arah. Mazni pula bagaikan ada rahsia tersendiri. Kehidupan mereka semua begitu misteri sehingga kita tidak sabar menghabiskannya sehingga ke garisan penamat. Zed lelaki yang menculik isteri Adam juga digambarkan sebagai seorang yang pendendam sehingga ke akhir hayatnya. Adam, Rafiq dan Usop serta Mazni juga terdengar suara kanak-kanak menangis itu. Cuma mereka tidak tahu suara siapa. Tidak tahu hendak cari di mana? Mak Minah langsung tidak memberi kerjasama, untuk merungkai misteri yang sedang berperang dalam diri mereka. Apa yang bakal berlaku? Adakah Adam akan bertemu kembali dengan isterinya? Bagaimana dengan perasaan Rafiq terhadap Mazni setelah mengetahui rahsia tersembunyi Mazni? Rahsia apakah itu? Suara siapa yang menyanyi? Benarkah rumah itu berhantu? Hanya SUARA TENGAH MALAM yang mampu menjawabnya. ***** lima bintang untuk karya ini. Puas membacanya. Pelbagai rasa dan perisa. Ada suka dan duka. Tidak kurang permainan perasaan yang menyentuh hati. Gaya bahasa yang santai dan tidak begitu memberatkan minda. Latar tempat dipaparkan dengan baik, bagaikan melihat suasana Melaka dari mata penulis sendiri. Plot tersusun namun sesekali ada teknil imbas semula. Tema kekeluargaan, genre misteri. Kepada yang suka tema dan genre begini, bolehlah dapatkan di pasaran. Karya menarik buat hati tertarik.
Finally done with suara tengah malam yg dahulunya dikenali sebagai misteri cinta semalam di portal ilham dan blog kak MK. Tetap memulakan pembacaan di muka surat yg pertama walaupun pembacaaan sebelum ini hingga bab 27. Seperti biasa pembaca pasti tertanya-tanya mengenai suara misteri yg menyanyikan lagu cina. Siapa? . Bagaimana penulis mempengaruhi pembaca dengan elemen seram melalui gambaran rumah Mak Minah yg menakutkan. Secara keseluruhan penulis menyusun plot cerita dengan kemas. pembaca didedahkan dengan pelbagai persoalan ketika menyelusuri kisah pencarian Adam yg selama tiga tahun mencari jejak isterinya yg hilang. Pertama, pembaca tertanya-tanya apakah kaitan misteri suara tengah malam dengan sikap dingin mak Minah? . Kedua, pembaca akan tertanya-tanya mengapa dan di mana misteri hilangnya Liyana. Pembaca akan didedahkan dengan mainan emosi dan saspen(Thriller) kerana setiap watak seperti ADAM, LIYANA, MAK MINAH, ZED, MAZNI, RAFIQ, USOP dan SOFFY mempunyai konflik psikologi yg mempunyai kaitan antara satu sama lain. Siapakah mereka? dan pada akhirnya setiap watak ini akan dipertemukan dalam satu klimaks yang dapat diterima dengan logik akal fikiran. Di penghujung cerita pembaca akan didedahkan dengan mainan psikologi apabila misteri suara tengah malam terungkai. Ia adalah saat yang mengujakan pembaca! saya dapat rasakan penulis menulis dengan sesuatu yg “ baru” daripada kebiasaannya. Dan percubaan penulis menulis genre thriller pada kali ini dapat saya terima dan sedikit sebanyak membuka minda saya pada genre gabungan iaitu misteri, Thriller dan cinta.Selamat membaca dan anda pastinya terhibur dengan buah tangan terbaru daripada novelis Maria Kajiwa.
Fuh!!! Akhir tamat jua bacaan ini. Memula ingatkan cerita hantu.. Rupanya lebih kepada misteri dan penyiasatan. Bahasa yg digunakan mudah. Jalan cerita ringkas tapi padat. Plot yang cantik cuma kalau lah watak mak minah tu dihuraikan sikit lg best. Kenapa dia jadi mcm tu lepas suami pertamanya meninggal.. Apa yg dia buat pada cucu/anak nyer.. Mcm mana famili Rafiq terima Mazni. Pastu lagi kebaboommm.. Saya pon rasa teruja bila anak kecil itu ditemui.. Dapa rasa ketidakselesaan Rafiq bila berdepan dengan Soffy... Apa pon novel ini mmg best dan macam biasa tidak mengecewakan. Good job kak Maria Kajiwa..
☆Preloved novel karya Maria Kajiwa - Suara Tengah Malam, untuk dijual RM15.
Novel dengan genre seram ringan, jalan ceritanya ada unsur gangsterism, kisah keluarga, misteri suara mendayu tengah malam, dendam sampai menghilangkan kewarasan fikiran, kasih sayang sesama insan - beri kita banyak sebab untuk bersyukur Semua yang terjadi, baik atau buruk, ada hikmahnya. Mak Minah, garang gila, ada kalanya dia gila dan garang. Dia tidak pernah maafkan suaminya kerana telah mati dan dia kahwin pulak fengan lelaki jahat. Dia marah dan benci semua orang, datang barannya, habis semua orang nak di-penyapunya. Hubungan keluarga Mak Minah dengan anak-anaknya dan juga penyewa bilik-bilik di rumahnya, boleh bikin bulu tengkuk meremang - gerun. Siapa nak disalahkan? Memang dalam dunia ramai manusia berhati binatang, sampai bila? Kalau ada rezeki atau ada saudara sedarah atau sesama agama yang mendoakan, dapatlah dia cahaya iman dan kembali ke pangkal jalan. Boleh saya bayangkan, orang Melaka kalau garang lain macam tau! .... tapi hati baik 😉Macam saya la huhu. Jika nak dinilai message penulis melalui novel ini, saya fikir ianya wholesome read.
TAMAT Akhirnya. Terjawab juga siapa yang menyanyi nyanyi lagu cine memalam buta tu. Phewwww~ Patut la ramai kenal Maria Kajiwa selepas baca Suara Tengah Malam. Sayangnya buku ni dah tidak dicetak semula. Banyak persoalan terjawab dalam satu buah novel. PUAS HATI...!! • Siapa belom baca, Sila hunting. Good Luck guys!
Nota untuk aku ..lebih pada thriller..klu yg x dapat agak akan rasa misteri..tp utk aku yg dapat agak lebih kepada seronok membaca untuk tahu pengakhiran.
Novel seram yang mengupas isu semasa yang sering berlaku.. Sikap masyarakat yang tidak mahu menghulurkan bantuan walaupun tahu berlaku perkara yang tidak sepatutnya.. Novel yang best..