Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terukir cinta

Rate this book
Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah! Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat hatinya naik geram.



“Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran

“Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia



Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ.



“Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia

“O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya. Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’.



“Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif

“Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia



Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya? Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif? Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?

615 pages, Paperback

First published August 1, 2013

6 people are currently reading
238 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books552 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
128 (33%)
4 stars
122 (31%)
3 stars
109 (28%)
2 stars
18 (4%)
1 star
6 (1%)
Displaying 1 - 30 of 64 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
August 3, 2025
puan penulis Anna Lee bawa kita pusing nak roller coster panjang yang ada mendatar, menegak, berpusing, menjunam dan akhirnya balik pada titik asal. kisah cinta tapi banyak roundabout dan bonggol yang perlu dilalui.

nadia, seorang gadis biasa dengan sifat seorang gadis biasa. tak suka banyak renyah, tak suka banyak konflik walaupun sebenar dia suka timbulkan konflik tanpa sedar. bercinta dengan imran tapi kisah percintaan yang mendatar saja selama lima tahun. sesekali je bergolak bila imran masih tak mahu berkahwin selagi impian kehidupan tak dicapai.

manalah si nadia nak. apatah lagi sering didedak dek maknya. tambah pula punya sepupu paling poyo dalam dunia. segalanya hebat sekeliling salina buatkan nadia rasa tak boleh bernafas bila sepupunya ada dengannya.

muncul khalif. khalif yang pernah nadia ajak kahwin tiba-tiba masa bergaduh dengan imran. khalif yang kad kerjanya di'salah guna' sewaktu di kafe ofis oleh nadia. dan khalif yang dipaksa menyamar oleh nadia sewaktu di pulau perhentian kerana terserempak dengan imran dan maisara. adoi!

biasalah. kisah cinta dalam kehidupan. kisah ragam manusia yang sangat luar jangka. dah pernah baca buku ni sebenarnya waktu baru terbit lima tahun lepas dan kisahnya masih sedap dibaca sekarang. apa sahaja dalam hidup ini, jangan melulu bertindak. rasional dalam buat keputusan. dan paling penting, jangan suka percaya pada gosip! boleh merana beb...

3/8/2025
Fuh! dah berapa tahun berlalu baca buku fizikal novel ini. bulan puan penulis beritahu nak keluarkan versi ebook, terus dapatkan.

rasanya macam ebook ini lebih santai. nadia yang kadang-kadang overthinking. kadang-kadang kecewa dengan kehendak sendiri. tapi bangusnya dia punya kawan baik yang sangat jujur. tak bermuka-muka.

olahan best. mungkin rasanya lebih matang. kisah cinta kalau dah puan penulis ini yang punya, manis dia adalah dalam bentuk yang sangat berbeza. watak khalif. ini gambaran lelaki romantis dalam gaya dia yang tersendiri.

keseluruhan - sedap baca dan sangat menarik!
Profile Image for Azizah.
392 reviews6 followers
September 15, 2013
Terkeliru sama ada nak bagi 4 atau 3. Kesudahannya cuma berpuas hati dengan 3.5 bintang saja.

Wahhhhhhh, takut pula rasanya nak review karya ni sebab rata-rata rate yang diberi pembaca semuanya tinggi-tinggi belaka. Mungkin penilaian KakChik yang paling rendah kot. Ampun ya cik/puan penulis. KakChik menilai dari rasa sudut hati sendiri yang asyik nak demand aje sekarang ni.

Kisah ni perjalanan cinta suka duka Nadia Hussin-Ilham-Khalif-Maisara. Nadia yang sudah 30 tahun tu terlalu terdesak untuk berumahtangga apatah lagi selepas sepupunya Salina siap bertunang dengan juruterbang. Nadia makin tertekan dengan sikap Ilham yang selalu mengelat apabila berbincang perancangan untuk berumahtangga. Disebabkan kononnya nak jaga air muka dan menunjuk pada Salina, dia berbohong untuk bertunang dalam masa terdekat, sudahnya Ilham yang tertekan dengan paksaan Nadia telah buat keputusan untuk break up buat sementara.

Sudahnya sebab desakan dan sikap terburu-buru Nadia tu dan sikap ego Ilham, hubungan selama 5 tahun tu terputus begitu saja. Ditambah lagi dengan kemunculan Maisara yang berjaga menggoda Ilham, lagi la buat Nadia naik hantu. Jadi untuk menunjukkan yang dia ni juga laku, Nadia main grab lelaki yang lalu di depan mata. Dah macam kisah dalam Dia… Random Guy la pula KakChik rasa.

Pertemuan pertama, memang dia tercabar dengan sikap Imran dan pertemuan kedua sebab kegedikan Maisara yang terlalu nak mengenali teman lelakinya. Walaupun setiap pertemuan itu dengan orang yang sama tapi dengan perwatakan yang berbeza dengan Nadia tak perasan langsung. Sikap Nadia yang terlalu teruja dengan kehadiran Khalif ni juga didorong dengan sikap teman-teman baiknya, Hara dan Yatie. Mereka yang selama ini tidak begitu berkenan dengan Ilham, laju aje memaikan peranan untuk membantu Khalif-Nadia sebagai kekasih.

Khalif memang memainkan peranan kekasih yang hampir sempurna. Nadia pula yang selalu dilayan endah tidak endah oleh Ilham, memang terbuai sungguh. Sedang mereka menyulam bahagia tiba-tiba Ilham muncul untuk kembali kepada Nadia. Nadia ni memang tidak tetap pendirian, boleh dia teragak-agak dengan keputusan dia sama ada nak kembali kepada Ilham atau terus bahagia dengan Khalif yang romantik tu. Keadaan makin bercelaru disebabkan malam 'durjana' tu dan Nadia nekad tidak mahu lagi bersemuka dengan Khalif.

Kalau nak tahu kesudahan siapa pilihan Nadia, kena baca ye..:P

Permulaan kisah memang dah menarik hati tapi bila dah selusuri ke pertengahan jalan hingga ke akhirnya, ada sesuatu yang buat KakChik terkilan. KakChik rasa macam tak puas hati dengan watak utama dan juga sikapnya yang digambarkan terlalu cepat berprasangka buruk, tidak tetap pendirian dan juga tidak berani untuk bersemuka. Sudahnya dia sendiri yang hampir menolak bahagia yang sudah di depan mata.

Watak Khalif - pasti mendapat tempat di hati peminat yang suka hero romantik sebegini.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
November 24, 2015
2 1/2**

Cerita ini ok pada saya...

Cuma bila dah hujung-hujung tu agak terganggu dengan cara penulis...
Mungkin pada pembaca lain, itu bukan masalah. Tapi pada saya ia sedikit mengganggu.

Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews108 followers
May 17, 2015
Hmm...pelik juga. Macam mana saya boleh habiskan buku ni kejap jer? Yang lagi pelik, boleh habiskan??

Kisah mengenai Nadia gadis polos yang mencari 2K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Lima tahun bercinta dengan Imran tapi Imran seakan-akan tidak serius dengan hubungan mereka. Nadia sering juga mendesak supaya mereka bertunang, tapi macam2 pula la alasan yang diberi. Sehingga la satu hari kerana tak tahan dicabar Imran, Nadia terus jer melamar seorang lelaki kat restoren tu.

Di situlah perkenalannya dengan Khalif Aufa bermula. Khalif yang selekeh dianggap mat gian, lepas tu tambah pulak title pencuri kereta. Banyak juga la peristiwa yang terjadi sebelum Nadia dan Khalif kahwin.

Saya sebenarnya tak sukakan sikap keanak-anakkan Nadia. Kata umur 30 tp sikapnya kadang-kadang macam baru habis SPM jer. Sangat prejudis, suka membuat penilaian dari segi luaran, suka menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Hati dia jer yg dia tahu, tapi tak nak selidik kebenarannya.

Tak tau kenapa, ada rasa simpati pada Imran. Mula2 sebab rasa Nadia tu suka sangat mendesak, nak sangat bersaing dengan sepupunya Salina. Lepas tu kena main pulak dengan Maisara. Walaupun dia digambarkan macam lelaki tak guna, sanggup jer tinggal gf yang dah 5 tahun bercinta sebab jumpa perempuan lagi cantik, lepas tu buat pula perangai pengecut macam tu...hmm..entahlah...rasa macam dia juga mangsa keadaan...

Khalif Aufa...tak payah cerita. Cukup segalanya...

Cerita ni cerita biasa jer kot. Masa start tu dah cuba tanam kat dalam hati tak payah la letak expectation apa-apa. Walaupun begitu, masih lagi terganggu dengan benda2 yang buat saya rasa sakit jiwa.

Tapi keistimewaannya...ia berjaya buat saya habiskan membaca. So, solid 3 stars for that.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
September 5, 2018
[BOOK 60]

Terukir Cinta by Anna Lee.

Disclaimer: walaupun ni ialah buku Anna Lee, jangan expect ada plot twist, genre urban fantasi bagai macam novel penulis dengan Prolog Media. Ni ialah novel cinta sepenuhnya.
.

Dan bagi aku, plot ceritanya agak cliche.
.

Nadia, yang sekarang umurnya dah masuk 30-an, mementingkan 2 K iaitu kahwin dan kerjaya. Untuk kahwin, puas si Nadia duk pujuk boyfriend dia untuk tunang, tapi punyalah banyak cekadaknya. Part kerjaya pulak, Nadia gigih lah pergi interview kat Emas Holding, tapi disebabkan sepupunya Salina guna kabel, akhirnya Salina yang dapat kerja tu.
.

Dan disebabkan si Imran duk cabar Nadia, akhirnya Nadia main rembat sorang mamat ni dan ajak mamat tu kahwin. Dan mamat tu ialah Khalif. Khalif ialah anak bos Emas Holding. Tapi dia mengaku sebagai driver.
.

So, konflik ialah bila Nadia dah elok-elok couple ngan Khalif, tetiba si Imran menyesal bagai. Pastu mula la Nadia berbelah bagi. Dengan Khalif nya tetiba ada 'skandal'.
.

Bagi aku, walaupun ceritanya cliche, tapi Anna Lee sentiasa menghiburkanku dengan dialognya yang selamba. Memang boleh buat aku gelak macam orang gila.
.

Dalam banyak-banyak novel AL yang ku pernah baca, sampai sekarang Aku, Dia dan Pinky Promise berada di tempat teratas, kemudian barulah Mesej dan lain-lain.
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
November 26, 2022
Klise.... tapi enjoy je baca. Ada la jugak skip a few part. Perangai Nadia ni memang sampai ke sudah ye. Prejudis especially dengan Khalif.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,042 reviews378 followers
October 20, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM7. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Cerita ni taklah sebest yang N harapkan dan jangka. Tak pernah baca buku dari Anna lee. Masuk dalam to-read list pun sebab ramai kawan dalam GF letak buku ni dalam shelf dorang. N agak kurang suka dengan watak Nadia. Pada N watak dia agak annoying dan cepat berprasangka. Suka menyibuk pun ader jugak. Pace jalan cerita ni pun tak konsisten. Ada masanya ia menarik sampai N sumbat beratus-ratus muka surat dalam beberapa jam. And then ada masanya ia agak surut dan membosankan.

Tapi don’t let pendapat N influence your decision to read this sebab ramai kat GF yang bagi buku ni rating bagus :) Preferences masing-masing adalah berbeza.

Dalam cubaan untuk membuat teman lelakinya cemburu dan cepat masuk meminang, Nadia berkenalan dengan Khalif. Khalif yang pada sata pertemuan pertama mereka bergaya serabai. Dahlah matanyer berwarna merah kerana alergi. Nadia pula sangka dia ni mat gian, pencuri kereta dan sebagainya.

Selepas itu, mereka kerap bertemu beberapa kali. Cuma kali ini, gaya Khalif jauh berbeza. Bertembung di Emas Holdings, Nadia sangka Khalif ni seorang driver. Tapi waktu tu, dia tak sedar si Khalif ni lelaki gian yang dia ajak berkahwin dulu.

Hanya semasa mereka bertemu di Pulau Perhentian, barulah Nadia tahu Khalif nilah si mat gian. Terus daripada sata itu, mereka kerap berhubung. Tapi Nadia tak tahu si Khalif ni bukannya pemandu untuk bos besar Emas Holdings.

Dari kawan mereka menjadi kekasih. Apabila Nadia frust dengan rakan kerja dan bos, Khalif setia memujuk dan menjadi teman bicara yang setia. Nadia tak kisah, pemandu pun pemandulah, janji Khalif seorang yang boleh dipercayai. Lagipun kalau berlakikan seorang yang kacak dan kaya, bukannya boleh dipercayaikan sangat pun.

N suka sangat dengan watak Khalif. Sweet gila tahap sakit gigi!
Image and video hosting by TinyPic
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 22, 2014
Hmm…. Rata-rata menyukai cerita ini. Saya akui saya suka juga tapi taklah secara menyeluruh. Ada part yang saya suka and ada part yang kurang sedikit pada saya.

Olahan is ok. Tidak membosankan. Konflik pun ok. Tidak menyesakkan dada. Cuma yang saya kurang adalah "keillogikan" penghujung cerita. Masakan Nadia tidak mengenali keluarga Imran??? For heaven sake, they’ve been together for FIVE YEARS okay? Takkan tak pernah pergi jumpa parents Imran. I mean kalau nak kata Nadia tu terlalu menjaga adat ketimuran bagai sampai tak pergi melawat bakal mertua when they’ve been together for FIVE YEARS, boley je dia bersentuhan bebas laku dengan both Imran and Khalif kan? Itu yang menjadi tandatanya saya.

Nadia - To me, saya honestly tak suka dia. She is in a way, selfish, inconsiderate, prejudice, pigheaded and self-centred. Ooops… Sorry Nadia’s fans. That is how I see her. Selfish and inconsiderate – she wanted Imran to marry her so that her mom will keep quiet and to shut Salina up. Prejudice – She only sees the outside of a person without taking the initiative get to know the inside before judging them. Never ever judge a book by its cover. Pigheaded and self-centred – She always make decisions that suits her in her time of anger without thinking of the consequences. Just because I’m saying all these things about Nadia, doesn’t mean that I like Imran. I ‘like’ him as much as I like Nadia. :) I think they suit each other. No wonder they were together for FIVE YEARS.

Khalif – Now him, I like. He’s such a patient man. Understandable, due to his age. If I were him, I would have left Nadia. All the while reading, I kept thinking, “She doesn’t trust you enough to stand by you. Why stay with her???”

And oh 1 more thing. I don’t like the “experiment’ done on Imran by both Khalif and Maisara. I think their method is dirty. Khalif, winning Nadia the way that you did doesn’t show that you are the best man. Fullstop. And Maisara, remember Karma? That is so bad. Be careful dear.

All in all, it was an ok read.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
September 19, 2014
Layannnn. Nadia yang kecewa dengan Imran secara random melamar lelaki lain untuk mengahwininya di sebuah restoran setelah 5 tahun bercinta dengan Imran tapi tak nampak langsung ura-ura Imran akan masuk meminang. Bila topik pasal kahwin dibangkitkan, pasti berakhir dengan pertengkaran.

Khalif Aufa, bujang terlajak berusia 39 tahun memang sedang mencari calon menantu mama yang sudi melamarnya. Apabila Nadia melamar dirinya di restoran, terus sahaja dia bersetuju walapun dia tahu Nadia berlakon untuk menyakiti hati Imran. Maunya dia tak bekerjasama dengan Nadia, segala pertengkaran Nadia-Imran dapat didengari.

Malangnya Nadia tersalah sangka Khalif adalah mat gian dan pencuri kereta kerana penampilannya yang berserabai tapi memandu Audi.

Dipendekkan, Nadia bertukar jadi Cinderella setelah menempuh macam-macam dugaan dan salah faham kerana Khalif adalah pewaris Emas Holding.

Suka dengan watak Khalif tidak kepada Nadia yang clumsy dan prejudice
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
Read
December 10, 2013
Cerita ni dibaca tanpa meletakkan sebarang jangkaan. Sudah pernah membaca bab awal di blog penulis. Dan, walaupun bertukar nama pena (dulu Zuliana Abuas) gaya penulisan Anna Lee sama seperti naskah sebelum ni, yang selesa dengan romantik komedi :)

p/s 1: ni bukan ulasan keseluruhan ^^.
p/s 2: kesiannya kat Imran. Aku harap dia belajar dari pengalaman. Sungguh aku kesian kat dia. *drama queen sangat* :-D
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
April 2, 2020

"Life is about finding and creating yourself. Then, you will found someone to love 'till the end'. -
Julia Esqa

Waktu RMO begini, kita cenderung untuk bust sesuatu yang bukan kebiasaan. Sebagai contoh, siapa yang mengikuti facebook, bookstagram dan blog, akan mengenali aku seorang yang 'lama' . Maksudnya aku kurang berminat untuk mendapatkan e-book, sebab aku dah biasa baca buku secara fizikal tapi disebabkan RMO, tak boleh keluar rumah untuk ke bookstores, kalau beli secara online kebanyakkan juga akan pos selepas RMO. Jadi, disebabkan aku tak terasa nak TBR buku-buku aku, jadi aku cuba PNM e-reader!

Buku pertama yang aku berjaya baca ialah Terukir Cinta yang ditulis oleh Anna Lee. Ini juga novel pertama Anna Lee yang baca. Aku adalah terbaca review buku-buku Anna Lee ini, kebanyakkan review yang memberansang dan menarik minat untuk terokai cerita Anna Lee. Jadi, bila aku tengok Terukir Cinta berstatus pinjam, aku terus pinjam. Lambat sikit, mesti aku kena ambil turn. hehe.

Aku start baca 28 Mac dan aku selesai baca pada 29 Mac. Maksudnya itu apa? Maksudnya cerita ini menarik! Walaupun plot ceritanya aku dah boleh agak berdasarkan sinopsis. tapi aku merasakan cerita ini seronok untuk dihadam. Aku pernah mention sebelum ini, kalau cerita itu buat kita tak mahu berhenti, itu tandanya cerita ni berjaya menangkap attention kita. To-be-fair aku tak perlu sentuh plot dan tema kerana ia merupakan trend ketika 2013. Pada aku ia jatuh status cliche, tapi perkara yang membuatkan aku seronok untuk teruskan ialah pemilihan ayat dan kesinambungan bab. Perfect! I really enjoyed it. Cerita ini bersifat straight forward, namun Anna Lee berjaya 'meluaskan' event-event tertentu menjadi lebih real walaupun begitu, ia tidak draggy ya.

Ada 4 tanda tanya yang pada aku memberi kesan kepada watak utama iaitu Nadia dan Khalif. Ada tiga yang aku berjaya tebak dengan baik. Aku dah boleh agak, what happened next kepada beberapa tanda tanya tersebut. At this point yang membuatkan aku rasa impressed dengan Anna Lee. Beberapa tanda di letak di beberapa bab dan jawapannya diketahui di bab akhir, pendek tapi padat! In term of characters Nadia dan Khalif? Aku suka karakter Khalif tapi aku tak gemar karakter Nadia. Sorry. Nadia seorang terlalu emosi dan unpredictable!.

Overall, Terukir Cinta tetap memberi kesan sehingga aku rasa aku perlu mendapatkan novel-novel Anna Lee. Heh.
Profile Image for Mai.
312 reviews58 followers
March 3, 2014
3.5*

Mulanya rasa teragak-agak juga nak baca kisah tapi akhirnya tersuka pulak.
Walaupun kurang gemar dgn sikap Nadia ni tp secara keseluruhan
kisah yang boleh dibaca tanpa sebarang masalah.


Terima Kasih kepada Cik Pah untuk buku ini
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
January 13, 2017
Best!Aku suka novel ni sebab watak Khalif yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkenalan dengan Nadia.Cair giler dengan cara Khalif tu but,aku benci dengan sikap Nadia yang suka jump to wrong conclusion.Lain kali dengar penjelasan dulu.
Profile Image for Eisya.
192 reviews5 followers
October 3, 2023
Simple story… ada part buat sy ketawa..ada part yg rasa mendatar. Nadia cepat sgt percaya dgn apa yg org cerita tanpa selidik terlebih dahulu.. ikut kepala dia je..

Suka dengan watak khalif… so sweet…😍😍

Kdg apa yg kita x suka tu la jodoh kita. Nadia tak suka lelaki kaya tapi berjodoh dengan lelaki kaya.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
October 7, 2013
Nadia si polos yang setia dan sempoi. Dalam hidupnya, hanya dua K yang diimpikan. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Oklah, walaupun bukan kerjaya yang menjanjikan kemewahan. Tapi bagi Nadia, cukuplah bagi menampung kehidupan sehariannya. Kahwin? Inilah yang menjadi dilemanya sekarang.

Setelah lima tahun bercinta, Imran masih lagi tidak menunjukkan petanda untuk melamarnya. Jika tiada yang sibuk-sibuk mempersoalkan, memang Nadia boleh berlagak selamba. Tapi bila emak di kampung mula mendesak, serba salah jadinya. Bila diajukan kepada Imran, cuma disuruh bersabar sebab Imran kononnya sedang mengumpul modal untuk membeli rumah kediaman mereka nanti. Mula-mula memang Nadia bolehlah digula-gulakan dengan alasan tu. Bila dah kerap kena provoke  dengan emak sendiri siapa yang boleh tahan kan?

Di sinilah bermulanya adegan ala-ala Dia Random Guy. Sebab dah terlampau geram dengan Imran, Nadia menyahut cabaran Imran. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar entah siapa-siapa lelaki yang lalu di situ. Huh. Mujurlah Mr. K (Khalif)  yang lalu. Kalau mamak kedai tu yang lalu mau meraung agaknya Nadia kat situ. Hihi. Khalif yang serabai ni boleh pula melayan permintaan tak masuk akal si Nadia ni. Nadia tak pedulilah, siapa pun yang dia lamar tu. Janji misinya untuk membuat Imran cemburu tercapai. Sudahnya Imran buat tak kisah. Siap bersetuju untuk berpisah. Heh.

Yang menariknya, lepas aja putus dengan Imran Nadia kerap bertemu dengan Khalif sebab Khalif ni sentiasa je muncul waktu Nadia memerlukan. Macam stalker pun iya. Bila Maisara, teman sepejabat Nadia mula meng'gedik' dengan Imran. Khaliflah manusia yang menjadi penyelamat. Macam dirancang-rancang pula kan?  Bila dah mula serasi, sesuatu berlaku hingga membuat Nadia tersepit antara Imran dan Khalif. Siapa akhinya yang bakal jadi pelengkap K yang dicari Nadia?

Komen saya: Cerita ni memang nampak agak menarik awalnya, tapi graf suka saya makin menurun di pertengahan cerita sehingga akhir. Hmm. Mungkin rasa terganggu dengan sikap Nadia yang goyah ditambah pula bila terbongkar identiti Maisara di penghujung cerita. Bagi saya perancangan mereka nampak kejam walaupun tujuannya baik. Imran tu dah macam mangsa uji kaji pula. :P Tapi, lain orang, lain rasanya kan? Saya pasti ramai yang jatuh hati dengan Khalif ni nanti. :) Tahniah buat penulis untuk buah tangan terbarunya ini. Moga terus maju jaya dan dilimpahi ilham untuk kisah-kisah seterusnya.  Tak lupa juga terima kasih buat si pemberi buku. Moga makin murah rezeki. Amin! :)
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
October 9, 2016
Saya dah tak tahu apa nak cakap tentang diri saya lagi..semakin cynic and sarcastic..Arwah atuk pernah pesan, jika hati dah mula sebegitu, kurang2kanlah activiti yg membuat hati kita hitam dan lebihkan mengaji..Lebih afdhal. If I read this back then when it was first published, kira waktu mula berjinak2 dlm novel melayu, saya mungkin akan lebih enjoy dan keep my thoughts to myself.

Nadia at 30, maaf cakap ya, macam orang sakit terencat akal. Sebab at 30, her mentality was really shallow. Org yg ada penyakit sebegini, biasanya minda dia lambat berkembang..umur semakin tua tapi pemikiran bawah paras. Saya cakap begini sebab kat hujung block saya, ada sekolah 'Special'. Bezanya, budak2 with special needs ni dengar kata juga, ada degilnya tapi masih boleh control. Yg bagusnya, kalau salah, mereka akan tegur, "Ehem! this is wrong". Dengan gaya poyo, nampak lucu juga.

Salah Nadia kah jadi begini? Keadaan sekeliling buat dia jadi begitu. Tak lari dari bualan manusia dan sentiasa rasa tercabar..Kalau kita berpandukan qadha dan qadr dan lebih bersabar, tak perlu kita risau tentang semua itu. Sayangnya, her loyalty was misplaced for 5 yrs..all tell tale sign dah nampak yg Imran tak sesuai dan tak serius dlm hubungan mereka.

Khalif Aufa is awesome..dia really berusaha untuk dapatkan Nadia. Walaupun caranya ternyata kurang gentleman, saya 50/50 setuju. Betul juga..kalau tak uji si Imran ni mana tahu kesetiaan dia ngan Nadia tahap mana..and I think Imran ni cuma bersama Nadia sebab dah terbiasa dgn kehadirannya bukan kerana cinta tapi pengecut nak mengaku. Mudah di goda..tak tetap pendirian..In short apa yg jadi diantara dia dan Maisara, he deserved it. Nadia pun sengal. Bertunang dgn siapa pun tak kenal..obviously, selama 5 yrs dia tak kenal keluarga Imran..itu pun masih tak faham niat Imran.

He really loves Maisara, bila Maisara putuskan hubungan dia kembali kepada Nadia, then Maisara minta patch back dia tinggalkan Nadia again..Kan tak bertanggungjawab namanya..jadi untuk watak dia saya tak kesian langsung. hehehe..Yg jadi tanda tanya, tak ada sekelumit rasa sayangkah Maisara buat Imran?

NLB
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
September 19, 2014
Nadia & Khalif

Sweet jalan citer novel ni..

Nadia: Lain yang dirancang.. Bercinta dengan Imran selama 5 tahun.. Imran yang diharap menjadi suami dan imamnya lalu berpisah jua akhirnya kerana tiada lagi cinta yang berbaki.. Selain tidak dihargai, hanya dia sahaja yang mempertahankan dan mengharap.. Tapi Allah ada rancangan baik untuknya..

Lalu, takdir mempertemukannya dengan si 'mat gian'..
Dengan rambut panjang, misai janggut bersepah.
Tapi biasanya mat gian, badan kurus kering. Baju kotor dan berbau. Tapi dia ni...wangi! Pakaian boleh tahan kemas dan badan boleh tahan sasa. Suara pun sedap.


Khalif: "Badan saya bersih dari segala jenis pil ataupun dadah. Kalau ada pun mungkin sebab Panadol."

Khalif.. terjatuh cinta pandang pertama kat Nadia, berusaha dan bertabah mengubat luka si jantung hati..



Perempuan mana yang tak terubat hati bila diri dihargai dan dimanja.. :)


Yang baik tak semestinya baik, dan yang tak baik tak semestinya tak baik..

Redhakan setiap ujian kerana hikmahnya sangat manis.
Subhanallah.. Sungguh indah aturan kehidupan yang Allah tentukan untuk hamba-Nya.
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
September 19, 2020
Novel ni adalah kisah cinta sepenuhnya. Lagipun aku tak expect lebih mcm novel penulis dgn Prolog. Boleh dikatakan agak klise, lagipun aku dah terlambat 7 tahun utk baca novel ni. Tp aku cukup terhibur dgn dialog yg buat aku senyum sendiri. Sebab tu aku boleh abiskan pembacaan dgn cepat. Kisah yg ringan tp menghiburkan.

Nadia, gadis yg punya dua matlamat utama iaitu 2K, kahwin dan kerjaya. Paling buat Nadia tertekan sbb sepupu diva dia nak bertunang dgn pilot. Nadia dah ada pakwe. Dah bercinta selama 5 thn pun. Tp pakwenya Imran selalu mengelak bila Nadia nak bincang pasal kahwin. Ada je alasannya. Sbb geram, secara tak sengaja Nadia pergi tanya lelaki yg dia jumpa ajak kahwin. Mmg kerja gila. Haha....

Tp Nadia dgn lelaki yg berwajah serabut tu berjodoh plak. Mana dia pergi, mesti terserempak. Nadia plak yg geram dgn perangai Imran akhirnya amik keputusan break up. Owh lupa, ada secret admirer yg duk antar bunga utk Nadia, Nadia ingatkan kawan serumahnya yg punya angkara tp bukan. Nadia plak makin lama makin baik dgn Khalif, lelaki yg berwajah serabut yg dianggap sbg mat gian pd mulanya. Nadia ni dia tak suka org kaya. Sbb bagi dia org kaya ni berlagak. Dan Khalif dia ingatkan hanya seorg driver.

Agaknya camna lah reaksi Nadia bila tau sape Khalif? Elok dah bercinta, kehadiran Maisara plak menggugat semuanya. Dah la dulu Maisara jd penghalang utk Nadia sambung balik hubungan dgn Imran. Aku takleh blah dgn Imran ni, tak jujur. Nampak sgt menggunakan Nadia bila dia terdesak.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
July 31, 2018
Jalan cerita ok la. Ada juga rasa terhibur tapi watak Nadia ni yg buat cerita dia jadi complicated.

Seriusly tak berapa suka sangat dengan si Nadia. Suka sangat fikir negatif, terlalu prejudis pastu suka kutuk orang nak show off tapi rasanya dia yg tak boleh tengok orang lain lebih dari dia. Bila nampak watak heroin tak berapa nak matang, aku tak berapa nak nampak apa yg buruk dgn watak lain macam Salina yg dikatakan nak bersaing dgn dia.

Tapi nasiblah ada Khalif, terhibur sikit nak habiskan novel ni.
Profile Image for Wan Elisha.
2 reviews5 followers
September 5, 2013
Done reading Terukir Cinta by Sis Anna Lee..

Kisah Nadia yg polos. mengejar 2K dalam hidupnya. Bercinta dgn Imran masuk 5tahun tapi sayang bila di ajak kawin2 selalu je hold. yg menanggungnya Cik Nadia ler.

Khalif Aufa- si mat gian, peragut n mcm2 lagi gelaran yg Nadia bagi waktu awal2 pertemuan mereka.. lamaran Nadia yg tiba2 tu buatkan Khalif berubah jadi mamat stalker. tapi Khalif memang teramat sweet n romantic.

back to de story line, flow cerita ni sgt best..bahasa n jalan cerita sgt santai. i did smile almost each page.Nadia ni comel je. Khalif pun terlebih gula. belek n terus belek pages sampai xsedar dah masuk penghujung..walaupun dah tamat, still belek ke belakang kot2 ada lagi terselit kisah mereka even memang x de la kan.Baca kisah diaorang ni memang x boring langsung.. TAHNIAH kak jue aka Anna Lee,Kak Hani n de team for de lovely novel. cover pun sejuk mata memandang.

Lastly, to those novel lovers, x rugi anda grab Terukir Cinta.. boleh dapatkan novel Terukir Cinta di kedai2 buku berhampiran anda or just click www.ideakreatif.net utk purchase order n wait for de pak cik man deliver ur novel. =)

(1st reviewku di goodreads. :p )
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
September 5, 2013
selesai sudah buku nie...
best.. bila mula baca x boleh nak berhenti,.. hahaha... sweet ceritanya... kisah antara imran,nadia & khalif...

mmg x rugi kalau beli...
so u guys... sila dapatkan buku nie..
besttt... u all x kan menyesal baca... sweet... sakit hari, marah... semua ada..
tahniah untuk pn writer Anna Lee & publisher Idea Kreatif Publication...

selamat membaca...
Profile Image for MinnIsmail.
17 reviews2 followers
November 12, 2013
Awal cerita memang menarik. Tapi konflik curang khalif-maisara tu terlampau panjang dan meleret. Dari part tu sampai akhir terpaksa skip page sebab nak sampai ending cepat. Kalau bukan sebab konflik tu memang dah dapat 5*.
Profile Image for Zyra.
28 reviews
January 16, 2014
suka buku ni sebab entah kenapa saya rasa watak heroin dalam novel ni sangat sama dengan saya. wahahaha ;)
Profile Image for Ayda Razak.
393 reviews24 followers
June 23, 2020
Buku ni beli masa pergi Penang tahun 2018. Beli kat kedai buku terpakai kat Chowrasta. Murah jugak la RM14. Ni pertama kali baca buku dari penulis ni. Jalan cerita sangat lah klise, macam tengok drama TV3 tapi penat gelak baca dialog2 dia. Sis terhibur haha

Buku ni cetakan keempat - November 2013. Nak komen pasal banyak sangat kesalahan ejaan sana sini. Geram sebenarnya, tapi abaikan je lah, mentang-mentang terhibur dengan dialog cerita ni kan.

Komen kedua, banyak sangat muka surat hilang. Lepas muka surat 458, terus muka surat 491 (hilang 33 muka surat). Tengah-tengah syok membaca sampai muka surat 522, muka surat sebelah tuh 491 balik. Alahai. Geram tak tahu nak cakap apa.

Tak suka sangat watak Nadia, macam tak sesuai perwatakan dia untuk wanita yang berusia 30tahun ke atas. Dia ni sangat lah prejudis orangnya.

Khalif Aufa. Sweet sangat dia ni. Kalah cotton candy. Kalau dapat lelaki macam Khalif Aufa ni, tak payah fikir banyak sangat, terima je lah haha
September 22, 2022
Kalau anda diberikan pilihan sama ada memilih lelaki yang sudah jadi teman lelaki anda selama 5 tahun tapi belum pernah ajak anda berkahwin atau, lelaki yang baru sahaja anda jumpa tapi sudah serious mahu jadikan anda isteri, yang mana satukah yang akan menjadi pilihan anda?

Okay. Novel ni mengisahkan si Nadia yang main rembat jer entah mana-mana laki (which is Khalif Aufa) just sebab nak bagi bf dia, Imran yang dah 5 tahun bercinta tapi masih tak ajak dia kawin tu jealous. Selebihnya? Rest of the history. Korang baca sendiri 😌

Bagi aku, dari segi novel & penceritaan, buku ni sangat perfect sebab Anna Lee dah karang cerita yang bagi aku, logik & realistik lah bagi pembinaan watak dek kerana perempuan-perempuan macam Nadia tu sangat sangat ramai ye kat luar sana.

Saya faham. Mana yang dah baca novel ni mesti 'annoyed' gila kan dengan perangai Nadia yang suka buat tuduhan melulu, tak fikir panjang & rasa macam benda yang dia buat tu selalunya betul tu kan 😂? Yeah so kat sini lah yang saya nak puji penulis ni sebab penulis berjaya cipta novel yang mungkin dapat memberikan pengajaran untuk perempuan yang berperangai sebegini bila ada perempuan sebegini yang membaca novel ini 🤔?

So, korang ambik la pengajaran & jangan lah jadi seperti Nadia ye 😌 Bab watak Khalif Aufa, dari sudut fiksyen, dah cukup 'perfect' semua 👌🏻😂✨

Cuma kalau dalam realiti, masing-masing tau memang akan susah nak jumpa orang kaya macam Khalif kan 😌?

Dari segi pembinaan plot pulak, dari awal sampai akhir, ada bahagian yang okay dan ada jer bahagian yang aku rasa macam terlalu panjang. Kalau pendekkan sikit lagi confirm lagi 'perfect' 👌🏻✨

Cuma, bak kata sesetengah pengulas buku yang lain juga, bagi aku, bahagian akhir sekali novel ni rasa macam dipaksa untuk tamat & habis dengan cepat? Sebab gaya penulisan novel ni dari awal semua 'details' & penuh dengan penjelasan tapi tiba-tiba akhir sekali semua fakta & plot cerita untuk novel ni diterangkan dalam keadaan 'straightforward' macamtu sahaja jadi dapat dirasakan pengakhirannya rasa seperti agak 'abrupt' iaitu secara tiba-tiba dan akan membuatkan pembaca menjadi "Eh? Macamtu jer ke novel ni habis?" Haaa camtuuu.

'By the way', ini novel dan juga karya pertama Anna Lee yang saya baca jadi sebagai manusia yang pertama kali membacanya, saya boleh faham & mengerti mengapa begitu ramai peminat Anna Lee dari kalangan pembaca buku yang meminatinya.

Jadi setelah berfikir semasak-masaknya & difikir-fikirkan lagi, 'rating' & bintang penuh akhir yang saya akan berikan adalah 4.5 ⭐ kerana buku ini boleh memberikan pengajaran pada semua perempuan yang berperangai macam Nadia 👌🏻😌✨
Profile Image for Jessica.
171 reviews
August 25, 2017
2017 - #Novel8

First sakit hati dengan Imran. Kenapa dia lambat sangat nak bertindak? Sudah 5 tahun bercinta dengan Nadia, takkan laa nak tangguh lagi dan lagi. Lepas tu, kesian dengan Imran sebab kena maim dengan Maisara. Tapi padan muka juga sebab dia tak ikhlas kot nak kembali dengan Nadia. Jahat kot!

Nadia pula, mula-mula kesian sebab Imran layan dia tak baik. Tak gentle langsung. At the same time, sakit hati sebab terlalu prejudis dan sangat berprasangka buruk. Lepastu Agak pengecut sebab tak mampu sahut cabaran. Lembut hati pon ya. Last scene sangat menyakitkan hati. Kenapalah Nadia ni sanggup terima si Imran tu?

Khalif, tak sangka umur dia 39 tahun. OMG! Dia ni pon satu cuba berterus-terang. Tegas sikit dengan Nadia. Banyak sangat salah faham sebab Khalif berahsia sangat. Sudahlah Si Nadia prejudis.

Maisara pula, sangat berani dan gila kot! Sanggup kot dia komplot dan buat rancangan gila.

Tapi sangat menghiburkan untuk membaca Khalif sweet juga sebenarnya...
154 reviews2 followers
May 23, 2018
the pluses:
- watak-watak perempuan rasa macam real (walaupun ada part-part terover macam dalam movie rom-com omputeh) - blur sokmo, suka shopping, kuat makan, gila gosip - siap heroin kena bukak press conference kat opis pasal putus cinta - lawak2...

- perjalanan cerita smooth dan kejayaan penulis menyelitkan tidbits yang biasa dilihat seharian melengkapkan latarbelakang setiap scene - baru ada impact kan...

minuses:
- watak-watak lelaki plastik giler - kena-laa dengan heroin yang sangat-sangat neurotik lagi materialistik gamaknye :P

- heroin terlalu berfikiran negatif sampai hampir serabai jalan cerita - dan takde tanda2 makcik tu nak berubah ke arah yang lebih baik

- tiba-tiba hilang POV belah hero - mungkin pasal penulis nak selitkan elemen 'misteri' dalam cerita kut
Displaying 1 - 30 of 64 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.