Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Kahwin Paksa

Rate this book
“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”
“Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh… maka jodohlah ia!

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya.

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri.

Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.

“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru… What say you?”
“Then you get your answer…”
“Jawapan?”
“That I love you too…”

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali… kita mula mencintai untuk dicintai.

627 pages, Paperback

First published September 1, 2013

43 people are currently reading
859 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

85 books543 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
230 (48%)
4 stars
138 (28%)
3 stars
72 (15%)
2 stars
25 (5%)
1 star
12 (2%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM18.00. Pm je....

Novel ke-3 yg ku baca hasil penulis ini selepas RKMD dan SEP10.

And Thanks GOD, perkataannya agak sopan jika dibandingkan dengan RKMD dan plotnya lebih tersusun kemas jika dibandingkan dengan SEP10. Perkataan "bengong" masih ada cuma agak minima hadirnya. (atau mungkin perkataan tersebut dah jadi trademark penulis ini?)

(for me)... ini cerita 'sweet' yg biasa. Bagi pembaca yg gemarkan bacaan santai BUKAN KAHWIN PAKSA amatlah sesuai. Bolehlah tumpang tersenyum dengan mainan perasaan Dara Sofiya dan Izz Rizqin.

CUMA... agak terganggu dengan lakaran geng-ibu-dan-bapa yg agak muda dan kurang sesuai dengan usia dan peranan mereka. Mungkin naskah ini bergenrekan romantik komedi tapi rasaya itu bukanlah alasan mengenepikan sempadan garis usia yg perlu diletakkan untuk pelakunya. Terutamanya bagi pelaku yg jauh jaraknya daripada watak utama.

DAN... watak Ryan 'dimatikan' agak tergesa-gesa. Memandangkan 'peranan besar' Ryan dalam menggerakkan cerita, lebih manis sekiranya penulis dapat melebihkan plot 'kematian' Ryan.

DAN lagi.... (for me) sudah tiba masanya penulis ini mula 'mengisi' naskah-naskahnya. Sekurang-kurangnya selepas tersengih, tersenyum dan terawang-awang dengan babak/dialog sweet pelaku2nya, ada sesuatu yg boleh 'diambil' oleh pembaca.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews103 followers
January 22, 2014
Part yang tangkap syahdu, kisah Abang Din yang 1 mukasurat tu. Yg lain kisah cinta Uda - Dara yang sweet dan falsafah cinta yang susah nak ingat kalau nak lafazkan depan orang tersayang kalau tak tgk buku :)
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
September 24, 2013
Hihihi.... Alahaiiiiii sukernyaaaaaaaaa buku ni.... Sangat-sangat menghiburkan. Watak2 yang sungguh ceria dan happening. Bermula dari ayahnya sampai lah ke cucunya. Semuanya sporting bagai nak rak... Me likeeeeyyy... Actually kalau tak bizi, memang boleh habis in one seating sebab baca buku ni straight forward je. Sangat relaxing.

Ade je part antagonist dalam ni sebagai penambah perisa tapi watak2 itu ibarat semut2 kecil je. Datang dan pergi, orang tak perasan....

It starts with a sinetron lakonan Dara in front of Uda's house. After that a drama swasta between uda n dara di parking lot. Followed by misspelling of email address resulting to a cyber friendship between Encik Duck and Cik Kak.

Uda aka Izz Rizqin aka Encik Duck aka Penceramah Tak Bertauliah :
Adik yang baik; Anak yang taat; Abang yang sporting n most of all Husband yang Romantic. Alahaiiiiii.... Full mark tuuu..... The way he adapts to takdir dia adalah suatu yang sangat indah. He knows the right thing to do and without being selfish,he just went and did it. Pengakhirannya suatu kebahagiaan yang sangat sempurna...

Dara aka Dara Safiya aka Cik Kak aka Perempuan Garang :
Haiya ini plempuan manyak galang ooooo.... Tapi dalam garang2 tu ada kelembutan. I especially like sikap dia yang resilient and tak merajuk lari dari rumah bagai bila tahu rahsia Uda satu demi satu. Mungkin sebab dia garang kot.... Dara juga seorang yang penyayang and satu kualiti dia yang I really appreciate is dia tegar dengan keputusan dia n dia stood by her decision. Dan seharusnya... kebahgiaan yang dikecapi...

There are many parts yang bikin ku gelak sakan dalam buku ni. Antaranya:
(1) Uda bagi syarat nak kawin boley tapi mesti dalam tempoh 1 bulan;
(2) Dara pulak bagi syarat setuju terima tapi mesti kawin dalam tempoh 2 minggu... Yang paling kesian, MEREKA DAN KELUARGA MEREKA... Hahahaha....
(3) Uda punya lah fobia dengan perempuan garang sampai boley mengigau tido di kandang kuda. Terus bangun tido, masak nasik goreng;
(4) Paling tak tahan.... DUA-DUA PENGSAN masa upacara batal air sembahyang bila tengok muka masing2. Alahai....

Siriyesly.. no dull moment reading this book. I sengih cam kerang busuk sepanjang pembacaan sampai bila brenti di trafik light, orang sebelah pun sengih dengan I sebab ingat kita sengih dengan dia...

A good read. Definitely a keeper.... I recommend reading this book kalau tengah stress.... :D

Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
September 15, 2013
Buku terbaru dari penulis ''fav'' saya. Suka karya dia sebab banyak kisah kekeluargaan dan sahabat.

Cerita mengenai Izz Rizqin yang terpaksa mengorbankan cinta pertama dia selepas, Arianna menjadi tunangan abang Izz iaitu Azz. Dara Safiya pula kecewa setelah kekasih hati curang. Yang bestnya Dara sendiri yang tangkap si kekasih sedang bersama orang lain kat rumah si kekasih kat atas katil lagi hehe. Kat sini mengajar kita supaya sayang pada seseorang biarlah berpada-pada. Kalau jadi macam Dara ni haruslah ''frust'' habis.Sanggup Dara datang rumah Ryan untuk kejutkan Ryan sebab taku Ryan tak terbangun dari tidur lagi, maklumla baru balik dari krusus. Akhirnya yang dia nampak lebih dari itu.
Disini juga la Dara terjumpa Izz secara kebetulan kerana Izz tinggal berdepan rumah Ryan. Masa ni pertemuan mereka tak manis sebab Dara yang tengah kecewa marah pada Izz yang menegur dia. Ryan pula apa lagi tak terkata apa selepas ditangkap oleh Dara. Ryan ni sayang pada Dara sebenarnya tapi biasa la lelaki yang cari keseronokkan. Meroyan la Ryan bila kemaafannya tidak diterima Dara. Macam-macam cara yang dia buat untuk dapatkan Dara balik. Hampir-hampir Dara nak cair, nasib ada Vee 'best friend' Dara menyelamatkan Dara siap bagi nasihat motivasi lagi. Vee pula siap nak 'rekomenkan' Dara dengan pelanggan dia yang datang kat kedai Vee tu termasukla Izz. Rupanya Izz ni kira macam konsultan akauntan yang diupah oleh Vee untuk membuat kira-kira kewangan kat kedai dia. Vee ni memang kelakar, siap ada balang kad perniagaan @ diri dari pelanggan yang dia simpan dan ada dua balang, satu yang belum kahwin dan satu lagi yang dah kahwin. Senang katanya nak buat pilihan. hehehe. Balang yang masih belum berpunya saja yang aktif. Yang dah berpunya jangan diganggu bahaya.
Dara pula selepas ja kejadian tu dia dah tutup pintu hati dia nak bercinta lagi, siap cakap ngan ayah dan mak dia tak nak kahwin. Harusla si ayah dan mak dia tu tak senang duduk. Dan akhirnya tercetus idea si ayah untuk mencari calon untuk anak dia dan dapat pulak tu iaitu anak kawan baik dia. Siap bagi cadangan kat Dara lagi, bukan kahwin paksa ya si ayah berkata, cuma cadangan kalau setuju terima kalau tak, tak apa tak paksa. Dara pun apa lagi mula tu tak nak juga, tapi bila Ryan ni selalu ganggu dia jadi dia setuju saja. Dari pihak lelaki nak kahwin dua sebulan lagi jadi dua minggu ja. Dara juga ada syarat yang perlu dipatuhi iaitu dia tak mahu tahu nama dan rupa bakal suami. Biarla dia berjumpa masa akad nikah nanti.

Izz pula selepas dapat tahu cerita sebenar kenapa Arianna terima pinangan abnag dia Azz tu, ambik keputusan juga nak terima cadangan keluraga dia untuk berkahwin. Rupanya Arianna ni ingat Izz yang masuk meminang, sebab keluarga Arianna dan Izz dah kenal lama, dari mereka kecil lagi. Arianna masa tu belum habis belajar lagi. Mereka ni cinta rahsia. Tak nak bagi tahu keluarga masing-masing lagi. Izz tunggu Arianna habis belajar dulu. Dalam masa yang sama mak si Izz dan mak si Arianna ni dah berpakat nak bebesan,calon yang dicadangkan mak si Izz ni, abangnya Azz. Arianna pula lepas dapat tahu keluarga Izz datang meminang terus terima tanpa tanya siapa. Bila dah terbongkar semua Arianna mula ugut nak bagi tahu semua cerita mereka. Izz apa lagi tak senang duduk la. Dia taku banyak hati yang akan kecewa bila dia memilih Arianna. Jadi untuk bagi kegembiraan pada keluarga dan abang dia, Izz memilih untuk undur diri. Biar dia memilih orang lain sebagai suri hati dia. Dan Izz pun terima la syarat yang ditetapkan oleh pihak perempuan tak nak tahu nama dan tak nak kenal rupa. Hanya telefon menjadi perhubungan mereka. Unik pula. Hanya dengan mendengar dan becakap melalui telefon Izz dah jatuh hati pada bakal isteri. Siap cakap tak sabar pula nak kahwin rasa macam duu minggu tu nak bagi pendek lagi tinggal seminggu. Huhh.. Izz belum tahu lagi siapa bakal si isterinya yang sebenar. hehehe

Lepas dari kes kat rumah Ryan tu dah banyak kali Dara dan Izz ni bertemu, tapi setiap pertemuan mesti berakhir dengan pertengkaran. Rupanya email yang cik kak dan en duck tu yang selalu menjadi luahan hati mereka berdua adalah oarang yang sama. Nama pun dah jodoh. Lepas akad nikah mereka berdua ni la paling kelakar. Saat nak buat acara batal air sembahyang tu, saat mata bertentang mata boleh pula Dara nak Izz ni pengsan.

Cerita dari penulis ni sebenarnya mengajar kita tentang Cinta dan kehidupan. TAHNIAH sekali lagi untuk buku terbaru penulis.
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
September 15, 2013
yey... dah habis buku nie..
suka buku nie,.
simple & sweet...
tahniah untuk publisher baru karystos creatif & juga buat penulinya syamnuriezmil...
kisah antara Uda a.k.a Izz Rizkin & Dara Safiya...
seperti yg tertulis... jodoh pertemuan di tangan tuhan.. begitu juga jodoh mereka... bukan kahwin paksa.. tapi sudah jodoh.. dan cinta itu milik mereka...

u guys... sila baca buku nie... pasti x tension... sweet2 je.. gaduh2 manja... x ada konflik yg berat pun... cerita yang santai...

ok u all... happy reading...
"Membaca dgn Hati... Menilai dgn Akal...."
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,002 reviews120 followers
November 3, 2013
Tengok status pun dah tau Joy sukaaaaaa sangat sangat dengan cerita nie. Ada yang komen biasa je, tak best yang disangkakan, tapi for Joy, yang simple tu lah yang best.

Kadang-kadang, we need cerita yang simple, cute, sweet, funny dan tak rumit dengan drama lah untuk mendapat mood membaca balik. Haha.

So, for Joy, Bukan Kahwin Paksa, cerita cinta Uda dan Dara sangat best.

It's a great read if you're looking for something funny and uncomplicated. A highly recommended beach read.
Profile Image for Qayiem Razali.
896 reviews85 followers
April 24, 2020
[50-2020]

#BukanKahwinPaksa #Syamnuriezmil #StayAtHome

Sebuah novel yang 'sweet' nukilan penulis. Saya kira penulis memang bijak dalam melakar cerita sebegini. Sentuhan beliau menjadi untuk novel ini. Kisah Dara dan Izz, bermula dari sesi 'kucing dan anjing' membawa ke jinjang pelamin dikarang dengan baik oleh penulis. Bila Dara bersama dengan watak sampingan seperti Vee dan Manja memang gamat habis!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,536 reviews1 follower
September 19, 2019
Terbaiklah.. Bukan novel cinta biasa..
Ungkapan paling win "Ini bukan paksaan tapi cadangan.."
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
ramai kate novel ni best, tp pada sy tak berape best pun... biase-biase je... dan boring sikit... this is just my opinion..
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews40 followers
May 29, 2017
Sesi mengulang semula bacaan. Kalau ada rezeki, novel ni akan diadaptasi ke drama. Bila? Kita tunggu jelah ya.

Suka sangat cerita cinta Uda & Dara ni. Tak stress, sweet + santai jer. Asyik gelak je baca.

Diorang ni mmg ditakdirkan bersama. 3 situasi menemukan Izz & Dara. Jumpa berdepan selalu bergaduh tapi dlm email & mesej jadi kawan lak. Haishh

Tak rugilah kalau baca karya syamnuriezmil. Selalu menghiburkan hati.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
November 4, 2013
Izz Rizqin (Uda) telah lama bercinta dengan teman sepermainannya, Ariyana, tanpa sesiapa dalam keluarga tahu. Tiba-tiba mummynya melamar Ariyana untuk alongnya, Azz. Dia amat kecewa kerana Ariyana telah menerima pinangan mummynya. Lalu dia melarikan diri ke Ipoh. Bila daddynya mencadangkan untuk dia dikahwinkan dengan anak teman baik daddynya, Dara Safiya (Dara), terus dia bersetuju. Kebetulan dia dapat tahu bahawa Ariyana telah menerima pertunangan itu kerana salah sangka bahawa lamaran itu adalah dari dirinya dan dia juga tahu alongnya sangat mencintai Ariyana. Jadi untuk mengelakkan banyak hati yang terluka, dia terus menerima cadangan daddynya dan menetapkan tempoh sebulan untuk bernikah. Dara telah dua kali kecewa dalam cinta. Pertama Irsyad dan yang kedua, Ryan. Dia ternampak Ryan bersama Nita di atas katil suatu pagi di rumahnya. Dalam kecewa dan marah, dia telah melampiaskan marahnya kepada Uda yang kebetulan adalah jiran Ryan. Tiap kali mereka bertemu, mereka akan bergaduh. Uda jadi fobia untuk ketemu Dara. Tetapi, rupa-rupanya Uda adalah calon suaminya yang papanya syorkan. Untuk mengelakkan dari terus diganggu oleh Ryan, Dara mahu pernikahannya dengan Uda dipercepatkan ke dua minggu lagi. Sementara itu, mereka mula berhubung dalam talifon. Dan dalam diam rupanya mereka berkawan dalam email. Banyak kejadian yang mereka lalui bersama yang mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri. Hubungan mereka di email banyak membantu untuk meleraikain banyak salah-sangka dan kecil-hati. Mereka bahagia bersama dan cinta mereka berkembang kerana reda dan komunikasi mereka. Ryan tidak putus Asa untuk cuba merebut Dara kembali tetapi Dara tidak mengendahkan dirinya. Nita telah mengandungkan anak Ryan dan Dara serta Vee telah merancang untuk memerangkap Ryan untuk mengahwini Nita. Dara cemburu dengan Ariyana tetapi akhirnya dia dapat menerima penjelasan Uda. Uda telah dilanggar oleh Ryan tetapi terselamat. Akhirnya Uda dan Dara dapat tahu siapa teman email mereka masing-masing. Mereka akhirnya bahagia bersama.
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
October 6, 2013
Kisah Uda dan Dara~ bercinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan. Dan kalau dah jodoh, pasti akhirnya bersatu jua walau dalam benci dan sayang. Macam mana tu? Uda dan Dara tak pernah sedar yang dalam mereka membenci, mereka juga turut menyayangi antara satu sama lain. Seorang digelar penceramah tak bertauliah, dan seorang lagi perempuan garang. Bila bertemu asyik bercakaran. Dalam email, mereka sahabat baik tapi bila bercakap dalam telifon... semanis gula bahasa mereka. Sepanjang pembacaan saya, mmg saya terhibur.
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
September 15, 2013
Superbly sweet story of Dara Safiya and Izz Rizqin. Kebetulan demi kebetulan menemukan dua insan ini.

Bila Perempuan Garang bertemu Penceramah Tak Bertauliah.
Bila Cik Kak saling berbalas emel dengan Encik Duck.
Bila Abang Sayang dan Sayang Abang sering berhubung melalui panggilan telefon.

Kisah yang penuh santai dan lucu dari mula hingga penamat. Menarik dan tertarik untuk mengetahui kisah 'mereka'.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
December 28, 2014
Ini buku ke-6 penulis yang aku baca. Jujurnya aku suka gaya bahaya penulis. Dan penulis suka tulis pasal kekeluargaan dan kredit untuk itu.

Tahniah, penulis.
Teruskan berkarya!
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
December 22, 2019
"Untuk dicintai,haruslah mula mencintai..."

"Kita akan bahagia,kalau kita pilih untuk bahagia..."

Serius...SUPERB giler novel ni… BEST & TOO CUTE sgt… suka sangat2!! Dari mula sampai habis I asyik smile...ketawa...Dara Safiya caught Boifrd dia Ryan Red Handed dgn seorang wanita di dalam rumah lelaki,Atas Katil tanpa seurat benang semasa dia hendak pergi menghantar coffee kepada Ryan yang baru balik outstation, kononnya nak buat surprise, akhirnya dia yang Tersuprise,padahal sebelum dia masuk ke rumah itu dia telah dihalang oleh seorang lelaki(Izz Rizqin), jiran Ryan yang baru pindah sebab e previous nite,Izz nampak Ryan bwk perempuan masuk ke rumahnya,and Izz ingatkan tu bini dia...dan dia tidak mahu Dara yg mengaku dia kekasih Ryan melihat Ryan dan perempuan itu.Dara bingit sebab Izz trying to stop dia masuk ke rumah Ryan sedangkan she dun even know Izz... Dara marah2 dan dia membuka pintu rumah Ryan dengan kunci Xtra yang Dara ada...(Dara a nice gal ok...Cuma,bila Ryan gi outstation,she yg kemaskan rumab so that tk berhabuk)And... Mmg betul2 Ryan DAH surprise kan Dara...so on that spot jgk Dara naik hantu...semlm baru Dara dtg n kemaskan rumah,siap tukarkan cadar utk Ryan n ada org lain da "rasmikannya'... selepas memutuskan hubungan dengan Ryan dia keluar dan dia terjumpa Izz di pintu lagi...

“ Apa pandang2?”

“ Itulah ,saya kata jangan masuk! Awak degil juga…”

“Diamlah!None of you business..”

“ Aik.. kita yang nasihat, kita pulak yang kena marah?"

Izz on e way to his car dengar ada org nangis..he lak ingatkan hantu,tapi siang2 mana ada hantu...rupanya its Dara...yg ngah tersandar at his car n nangis....

"Cik.."

"Diamlah..."

"Mcm mana saya nk diam kalau cik buat kereta saya ni baldi tadah airmata cik.Nk nangis pun,nangislah dekat kereta sendiri.Kereta yg cin sandar ni kereta saya..."

"Awak tau tk,hari ni benda pertama yg saya fikir bila bangun,pergi beli kopi fav boifrd saya & buat kejutan utk dia.Dia pergi outstation 1minggu,dan saya sarat rindu dia..tengok ape dia buat kejutan dkt saya pagi ni?Tido ngan perempuan lain yg dia kata dia tk kenal...Saya lari...saya sedih.Saya masuk aje kereta,ingat nk lupakan ape yg berlaku tadi..Tapi awak tahu ape kereta saya buat?"

"Tak tahu.."

"Tak boleh Start!!!"

Semenjak kejadian itu mereka selalu berjumpa dan bertekak setiap masa sehinggakan Izz menggelarkan Dara Perempuan Garang dan Dara menggelar Izz Mamat Penceramah Tak Bertauliah...(sebab suka pot pet) Sampai si Izz termimpi2 berkahwin dengan Dara dan didera oleh si isteri tidur di kandang kuda pada malam pertama.....

It started bila Dara TERsalah hantar email...

“macamana nak maju kalau a simple e-mail pun tak boleh nak balas, Encik beads oooii” (butikboutique@gmail.com)

“Stop hantar e-mail dekat saya, saya tak jual beadslah,cik kak!” (duck_account@gmail.com)

Gulp! Aku silap hantar e-mel? Alamat! Dara tercengang.

“Sorry, saya silap e-mel address, bukan duck_account tapi buck_account. Sorry ya . “(butikboutique@gmail.com)

“ Itulah , lain kali jangan main serang saja cik kak.. Awak ni orang mana? Ipoh kan?” (duck_account@gmail.com)

“kalau orang Ipoh kenapa?” (butikboutique@gmail.com)

“ Saya tahulah orang Ipoh, sebab cik kak tulis nak hantar beads ke Ipoh.” (duck_account@gmail.com)

“Ya lah, kalau ya pun kenapa?” (butikboutique@gmail.com)

“Sebab..orang Ipoh mali memang talak sombong, tapi pemarah, garang, kuat mengamuk memang adalah” (duck_account@gmail.com)

Tk sangka,dari start email2 yang asyik bertekak ini,they jadi kawan baik ala2 Kawan E-Mel but identity remains secret dan kebetulan mereka akan kahwin pada hari yang sama dan mereka siap boleh battle pasangan mana dapat anak dulu, dia menang & so dia boleh tuntut hadiah dengan yang kalah..

Mama & Papa Dara(Sulaiman & Dayana) suggest to her hub to booking anak lelaki kawan baik suaminya,(Rizal & Asyikin)siap2 untuk dikahwinkan dengan Dara....sebab Sejak putus ngan Ryan,Dara ckp she takmu Kahwin sampai bila2...Side gal "book" side lelaki...Cute kan..

Berjaya tk agak2 mission nk menyatukan anak2 mereka "Uda dan Dara" ni? Tapi family mereka ni mmg giler best, sangat2 sporting, selamba,sempoi and rapat....

Dara dan Izz,kalau terserempak...tk gaduh mmg Tak SAH!! Setiap kali berjumpa mrk mesti berperang.

Bagaimana pula keputusan battle antara Mr. Duck dan Cik Kak? Siapa yang dapat anak dulu? Kawin pada Hari yg sama kan...

Berjayakah rancangan Sulaiman & Rizal untuk menyatukan UDA dan DARA ni? Mungkin Dara ok,sbb dia mmg dah putus dengan Ryan, tetapi Uda ni, takkan lelaki berkerjaya macam Uda tiada GF.... takkan mereka kahwin dengan cara paksaan?
Dara setuju untuk berkahwin ngan pilihan Mama & Papa dia dengan Syarat..Nikah lagi 2minggu lagi..and She Tak Mahu Jumpa & Tak Mahu tahu sape nama Bakal Suami dia....so,tk payah tunang..Nikah terus sebab Dara tk tahan asyik diganggu oleh Ryan...Mau tk ternganga mulut Mama & Papa Dara dengan Syarat Dara....

Izz bawa diri ke Ipoh konon2 nak bertukar angin padahal bwk hati yg da luka parah...Mummy dia nk Tunangkan Azz (abg Izz) ngan Ariyana(Ariyana & Izz bercinta dlm diam sebab family diaorg rapat..so sampai masa nk buat surprise ar...tup2...) at e same tym,Azz mmg sukakan Ariyana..So demi melupakan Ariyana,Izz terima jodoh yg Mummy & Daddy dia ttpkan dengan Syarat..Nikah in 1 month tym....All tiz bermula ngan salah faham..Ariyana terima cincin dari keluarga Izz n she thot Izz yg jadi tunang dia but Azz...

Mr Duck & Cik Kak selalu mintak nasihat each other thru emel...Kirakan Dara tau masalah Mr Duck n he tau ttng Dara jgk...they even ask each other opinion pasal barang Hantaran..yelah Dara nk nikah ngan org she tk kenal..so she tk tau ape "si suami" suka...kwn lelaki yg dia ada ialah Mr Duck...Mr Duck ckp ar,he as a guy kalau barang hantaran he nak semua ada tanda daripada si dia,bakal isteri dia mcm nk Samsung S4,dkt home & lock screen ltk pic dia..so bila he buka saja hp,nampak pic her n ingatkan her..Dompet,pun ada pic dia,so bila nk belanja,dia akan belikan sesuatu untuk dia...nak jam yg engrave nama dia,bila tengok jam,setiap saat ingatkan dia.....Sweet kan Mr Duck ni...Dara terharu...

Oh ya,Kisah Ryan tk abis mcm tu aje...even tho Dara nk kawin..he da plan something so that mlm pertama Dara nanti..Dara gaduh besar ngan Suami dia...

Sampai hari nikah..Jeng..Jeng..Jeng...(da nikah k...tym nak upacara batalkan air sembahyang) Dara punya lah terperanjat..si suami dia tu Mamat Penceramah Tak Bertauliah...n Izz,Isteri dia Perempuan Garang yg he Fobia tu!! Guess wat...dua2 pengsan...hahaha...

"Follow the flow.Di mana air itu lalu,di situlah saya lalu.Kalau ada batu besar pun,sebesar mana batunya, kalau itu laluan saya,itulah pilihan saya..."

K..takmu story lagi..nak tau baca..yg penting,lepas nikah...makin "kecoh n seronok" baca kisah Izz & Dara ni.... 10**** for tiz novel
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
February 14, 2020
Saya baca novel ni untuk cetakan 1 - Disember 2019 diterbitkan oleh KarnaDya Publishing.

Novel yang ringan dan santai sesuai untuk dibaca pada masa lapang. Macam biasa, ada selit loghat utara so baca pun gelak-gelak je.

Tapi disebabkan sebelum ni baru je lepas baca karya penulis yang bertajuk 'Wish List', saya rasa sedikit tak 'best' bila watak heroin pembantu sama dalam novel ni. Cuma tukar nama je. Umi kepada Vee yang merupakan seorang penjual bunga, status bertunang dengan seseorang yang bekerja di pelantar minyak (kalau tak silap).

Untuk ejaan, ada banyak jugak 'typing error' dan susunan ayat pun ada sedikit berterabur. Mungkin pihak editor terlepas pandang. Harapan moga diperbaiki untuk cetakan yang akan datang. Terima kasih penulis untuk idea, "Untuk dicintai, haruslah mula mencintai."
75 reviews4 followers
March 31, 2020
Suka jalan cerita dia walaupun banyak sangat kebetulan dalam cerita ini antara Uda dan Dara.

Cuma kurang suka kedua-duanya tak jaga ikhtilat dalam berhubung melalui emel. Nasib baik jadi suami isteri kalau tidak rasanya tidak manis ada hubungan sebegitu. Mesti pasangan masing-masing akan cemburu dan salah sangka.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lexicon Aficionado.
99 reviews4 followers
October 22, 2020
Another masterpiece dari Cik Adik Syamnuriezmil. Sungguh novel-novelnya selalu memuaskan. Character Izz is too cute, Dara juga. Surrounding characters pun lovely. Jalan cerita yang sangat menyenangkan, kuat betul jodoh mereka berdua ni.

Tapi satu je yang memuaskan tapi dari side editing. Banyak sangat typo. Editor tidur ke? Nasib baik cerita best. Kalau tak frustrating juga!
Profile Image for Melsriana.
117 reviews1 follower
March 11, 2021
Suka sangat buku ni! Suka chemistry Izz dengan Dara walaupun dua dua asyik gaduh 😂 jalan cerita pun menarik! Best 🌟
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
March 22, 2016
Loan from Library last year..tak nampak lagi dah buku ni kat kedai.

I suka cerita ni right from the start. I hated the way Dara treated Izz in the beginning but I adored her right after kahwin.

The thing that I dislike is kenapa perlu berahsia tentang siapa sebenarnya Arianna. Sekurang2nya Dara tahu how to handle her waktu mkn beramai di meja mkn. As Arianna ada sisa dengki lagi dihati. Lagipun biasalah baru kahwin takkan semua hal suami, dia tahu, kalau tak cerita. Ada hal boleh simpan ada hal perlu diberitahu dan meyakinkan what is past remains in the past.

Actually, kisah ni simple. Kalau beritahu hal sebenarnya only Azz yang akan kecewa. Or can discuss without Azz present. Im pretty sure as parents they will accept the fact that si Izz ni bercinta dengan si Arianna ni. Kalau tak accept then nak teruskan, so be it. At least it has been known, the air has been cleared and Azz takdelah feeling suspicious and tertipu.

Silap Arianna juga terima pinangan sembarangan..Patut tanyalah siapa cos dah terang2 Izz kata nak tunggu dia habis belajar while he bina kerjaya juga. Agaknya sifat manusia ni tak rajin bertanya and take almost everything for granted..kononnya bercinta ngan si dia definitely si dia jugaklah dtg meminang. (Well not everybody have an inqusitive mind like myself. To me lebih rela kena marah kerana banyak tanya then jadi blur queen dan melatah bila tersilap. Tapi jgn banyak sangat nanti org benci. Sebab ragam manusia ni ditanya sikit pun boleh mendatangkan ribut taufan)

But now dlm menjaga hati so called everybody..2 women are hurting. Arianna ni considered lucky juga lah sebab both men love her..Si Dara ni kesian..masih diambang2..nasib baik suami sayang juga dan redha that jodoh sudah tertulis.

But kalau suruh pilih suami I will definitely pilih Azz instead of Izz..He has no guts and self centered konon nak menjaga hati orang sekeliling. Whatever his reasons are I still felt that certain situation are called for. Its not easy being Dara and Izz..Mesti nak kena ada jiwa yang besar dan kental. Tapi mungkin tak semua boleh terima kenyataan cara yang sama. Just my opinion.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
December 16, 2021
Ada kisah persahabatan. Ada kecurangan juga dan tentunya kisah percintaan.
Izz Rizqin tukar kerja dari KL ke Ipoh demi menjaga hati keluarga tersayang. Ariyana, cinta hatinya telah pun bertunang dengan Azz Rizqin, along Izz tanpa kedua keluarga ketahui Izz dan Yana telah lama bercinta.
Di Ipoh, pertemuan Izz dengan Dara Safiya bermula dengan pertengkaran kecil. Pertemuan seterusnya yang tak disengajakan semakin mereka membenci apabila bersua muka.
Selepas Ryan curang dengan Dara, kedua ibu bapa Dara bercadang untuk jodohkan Dara dengan anak Dato Rizal, kawan baik Sulaiman.
Izz pun bersetuju dengan jodoh yang dicarikan daddy dan mummy Izz tanpa mahu bertunang tapi terus bernikah.
Dara pula setuju bernikah dengan Izz dengan syarat tidak mahu berjumpa dengan bakal suami sampai hari pernikahan nanti.
Jalan cerita yang simple dan penceritaan yang agak menarik walau dah boleh predict setiap adegan.
1 review1 follower
December 28, 2013
fuhh akhirnya tamat.Memang best.Uda & Dara a.k.a en duck & cik kak a.k.a abg syg syg abg.suka dgn gaya bahasa penulis yg poyo,ranggi serta bahasa yg bersahaja.Baca sambil senyum.cerita romantika cute2 manja.bukan kahwin paksa memang betul2 kahwin bkn atas dasar paksa walaupun perkahwinan diatur keluarga.saling menerima seadanya tiada skema.Congrate pada Syamnuriezmil coz antara jln cerita yg x sama dan x pernah ada pd novel2 lain
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
September 5, 2013
terbaik laaa citer ni..!
dari mula sampai abis memang edisi susah letak.. karya yg mudah nak hadam..x berat otak nak terjemah kan.. sweet sgt watak IZz & Dara.. mereka ni ibarat kucing ngn anjing bile bertemu 4 mata... tapi klo dlm alam maya mereka ni ibarat BFF gitew... dalam tepon lak loving n romantic sangat.. sambil bace kta sengeh yer...
Profile Image for Chek-inn Shamsuddin.
8 reviews1 follower
September 15, 2013
dah habis bace subuh td... nice... 1 je nk ckp, klu ALLAH SWT dah tulis itu jodohnyer, wat la cmne pon pegi la mane pon tu lah yg terbaik... haha, mane tak nyer, bile jumpa gaduh, dlm email berkawan, dlm fon ber-abgsyg... hahaha... the best uda n dara... :D
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.