Arissa mati dibunuh? Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya.
“Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ni biar aku yang uruskan,” ujar lelaki yang tidak dikenali yang datang tiba-tiba.
Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah ‘mertuanya’ menyamar sebagai ‘menantu’ Puan Murni, ‘ibu’ Ameera dan... ‘isteri’ Adam! Barulah dia tahu siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia nak berdepan dengan Adam? Adam melayannya mesra bagai seorang suami. Ahh... payah! Memang payah!
Arlisa perlu lakukan sesuatu... tapi apa? Dia adalah dia, bukan Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada... Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang!
Tahniah pada penulis baru, Syaida Ilmuna...anda berjaya buat Nisa susah nak letak novel ni....nak tau sangat apa yang akan berlaku pada Arissa, Arlisa dan Adam.
Arissa dan Arlisa sepasang kembar seiras, namun berbeza perwatakkan. Arissa...seorang yang angkuh, biadap, suka kemewahan dan dungu..haha. Arlisa pula seorang yang baik, lemah lembut, bersederhana dan pintar. Mereka berdua dibesarkan oleh Mak Cik Sue selepas kematian ibu bapa mereka.
Arissa lari dari rumah dan bekerja di kelab malam di KL. Manakala, Arlisa bekerja di sebuah kedai kek di Pulau Pinang. Walaupun Arlisa mendapat tawaran belajar ke peringkat ijazah, dia menolak semata-mata ingin menjaga Mak Cik Sue.
Arissa berkahwin dengan seorang duda kaya.... anak satu, Adam.. hanya kerana mahu hidup mewah. Adam seperti buta dengan cinta palsu Arissa dan mengikut segala kemahuan Arissa....sehinggakan Arissa mahu bilik berasingan pun diturutkan. Tapi, semua ahli keluarga Adam membenci Arissa.
Arlisa pula ditinggalkan Kamal, kekasihnya. Kamal meninggalkan untuk bersama seorang gadis kaya dan berhijrah ke KL.
Setelah dua tahun menghilangkan diri, Arissa tiba-tiba pulang ke rumah dan dengan angkuh menceritakan kehidupannya kini kepada Arlisa. Pada malamnya, Arlisa pulang dari membeli makanan...dia menemui Arissa dibunuh... terbaring berlumuran darah. Dalam keadaan panik, tiba-tiba datang seorang lelakitidak dikenali mengugut Arlisa supaya menyamar sebagai Arissa, jika tidak..dia akan melaporkan perkara ini kepada polis. Bimbang dipenjarakan, Arlisa akur.
baru nak baca. sebelum baca tanya anak dulu (yg beli buku ni) mcm mana ceritanya. Ala ma, macam cerita la usurpadora, cerita mexico yg diterbitkan dlm tahun 1998 dan disiarkan di tv msia awla tahun 2000. Saya tak brp ingat ceritanya tapi bila baca kat sinopsis ni memang serupa .
Sedikit petikan dari wikipedia
"La Usurpadora (Literally: The Usurper, International Title: Deceptions) is a Mexican romantic drama telenovela produced by Salvador Mejia Alejandre and originally broadcast on Canal de las Estrellas from February 9 to July 24, 1998. It starred Gabriela Spanic and Fernando Colunga, and was based on La Intrusa, a novela originally broadcast in Venezuela which was its self a remake of Radio Caracas Television's 1971 telenovela La Usurpadora, which was starred by Marina Baura and Raúl Amundaray. This was one of the last telenovelas to feature Libertad Lamarque, who here portrayed the character of Abuela Piedad Bracho. The show's premise revolves around a pair of twin sisters who were separated when they were young, and as adults the younger sister is forced to act as a "replacement" for her wealthy twin who wants to temporarily leave her husband and his family to enjoy a life of luxury with multiple lovers. The telenovela had huge success in Mexico and has been exported and ported to various languages across the world."
permulaan yang bagus..straight forward..x konar2.. rasanya kalau diperkembangkan lg mesti best..contohnya part ending..rasa cm sekejap je baca sbb nipis sgt...
Dia bkn Arissa merupakan cerita yg bg saya sgt straight forward. Penceritaan yg mudah difahami dan tak perlu langsung daya berfikir. Segala masalah dan jalan penyelesaian diceritakan satu persatu sehingga kita tak perlu buat rumusan sendiri. Kisah dimana Arlisa bertukar watak penggantikan Arissa kerana sikap Arissa yg inginkan hidup yg bebas. Arlisa yg polos, jujur dan sedikit pon tiada rasa sangsi terhadap apa yg berlaku menyebabkan dia senang dibuli oleh Arissa. Saya sedikit hairan bagaimana Arissa mentafsir tentang hidup dan bagaimana dia berfikir tentang kehidupan yg dia kehendaki sebenarnya. Dia mahukan kebebasan tetapi cemburu bila Adam punya perasaan terhadap Arlisa. Dia tidak punya perasaan cinta utk Adam. Dari gayanya seolah-olah Adam hanya lubuk emas untuk kehidupannya tetapi bg saya, jika dia mahukan kebebasan dan kemewahan, mmg Zik lelaki yg sempurna utk dirinya. Apa yg pasti, sikap Arissa yg tamak tu la yg menyebabkan dirinya hancur dan terbunuh. Apa yg pasti, saya mmg tak berpuas hati part ending bila ianya terlalu mudah dan ringkas seolah-olah kita membaca summary. Lebih elok jika diperpanjangkan sedikit olahan untuk part ending tu supaya para pembaca rasa berbaloi memiliki buku ini. Namun, bagi pembaca yg inginkan bahan bacaan yg ringkas dan cepat, saya rasa Aku bukan Arissa adalah pilihan yg tepat.
Eventhough jalan cerita macam La Usurpadora tapi cara dia bercerita buat aku rasa nak habiskan. Tapi citarasa kan tak sama, kalau siapa rasa nak yang sweet bergula memang tak adalah dalam ni. Dia tak berat sangat, dia cuba buat supaya kita boleh faham. Trylah baca.
Cerita yang menarik, susunan jalan cerita yang tak susah untuk dicerna.. Novel sulung karya penulis ini yang bagi saya, menarik walaupun idea datang nya dari drama luar namun scenario yang diwujudkan penulis bersesuaian dengan keadaan disekeliling kita.
Dia Bukan Arissa by Shaida Ilmuni. . Aku beli buku ni sebab dijual kombo dengan novel Hlovate (dengan harga yang mampu milik). hahaha...so, less expectation la, tapi unexpectedly cerita ni best je. Boleh baca in one sitting. . Rupanya, ni ialah inspirasi daripada drama La Usurpadora, tapi aku tak pernah tengok pun la drama tu. hahaha . Ceritanya, Arissa dan Arlisa ni kembar seiras, tapi perangai jauh berbeza. Pastu Arissa dan skandalnya, Zikri merancang satu plot yang melibatkan Arlisa dan suami Arissa iaitu Adam. So, tinggallah Arlisa menyamar sebagai isteri Adam di rumahnya bersama ahli ke luarga yang lain. . Cerita ni sangat fast-paced. So, takde la part yang meleret tu. . Aku rasa penulis pandai sesuaikan cerita ni dengan norma kehidupan rakyat malaysia. So, kalau mencari cerita yang sweet, memang sikit je la dalam novel ni. Ia lebih kepada drama.
Kata penulis inspirasi dari la usur pa dora. Menarik ceritanya. Cumanya ad plot x berapa meyakinkan.
Plot arissa buat2 mati dan tiba2 zikri boleh ada dekat situ utk tolong? Lepas tu arlissa pulak mcm tak blh nk berfikir dgn logik n ikut je ckp zikri tu. Pelik betul. Rsa tak logik langsung part ni.
Overall cerita best. Bagus utk cubaan pertama penulis.
Menarik ! Non stop baca sebab macam tak sabar-sabar nak tahu pengakhirannya. Endingnya terlebih pantas.pasti lagi best kalau di cerita kan lebih sikit. But otherwise overall ok sangat 😍
Not bad la, storyline yang menarik, tak meleret lagipun novel dia nipis. I suka sebab tak terlalu compilcated sangat konflik dalam novel ni cuma terlalu ringkas. Penulisan mudah difahami.
Mengisahkan sepasang kembar Arlisa & Arissa..mempunyai wajah yang seiras namun personaliti yang berbeza...Arissa si kakak yang sangat menjengkelkan..manakala si adik penuh kelembutan,kebijaksanaan dan kesabaran...
Arissa yang lari dari rumah untuk ke KL telah berkahwin dengan Adam .. namun perangai Arissa membuatkan ahli keluarga Adam tidak merestui perkhawinan itu. Arissa memberitahu yang dia ingin bercuti ...
Namun sebenarnya dia balik ke Kampung berjumpa Arlisa ..adik kembarnya....sesuatu telah terjadi..Arissa mati dibunuh..dan arlisa telah di tuduh membunuh kakaknya sendiri oleh seorang lelaki yang hanya mau dikenali sebagai Zik..
Atas alasan tidak mahu dipenjara..Arlisa bersetuju menyamar sebagai Arissa dan balik ke rumah suaminya...dan di situ segalanya berubah...bagaimana Arlisa diuji dengan karenah puan murni dan adik Adam...
di tambah lagi dengan perasaan cinta terhadap abang iparnya...tanpa disedaru arlisa...sebenarnya puan murni tahu yang dia bukanlah arlisa...manakala kamal bekas kekasihnya cuba untuk mengugut....membongkar rahsianya...
Kehadiran Zik akhirnya membongkar satu rahsia..rupa2nya arrisa tidak mati dibunuh..itu hanya rancangan arissa dengan kekasihnya Zikri...Adam pula sudah tau segalanya daripada Kamal...
Dan ketika Arissa cuba meninggalkan rumah adam..dia di tahan...namun atas bantuan puan murni dan adik adam..dia dapat melarikan diri...arissa pula kembali ke rumah dan berlagak seperti tiada apa2 yang berlaku..
namun perasaan cinta adam terhadap arlisa..membuatkan dia meminta arlisa menjaga anaknya ameera..dan arissa dapat tahu...berlakulah pergaduhan yang menyebabkan kematian arissa...
akhirnya penyatuan 2 hati antara adam dan arlisa..walaupun mengambil masa yang lama....