"Cerita yang seterusnya ini akan diceritakan oleh..."
"Jumpa selepas jam 3 nanti." - Linda
"Siapa kalah harus belanja makan. Siap sedialah duit dalam dompet itu untuk aku. Korang pasti akan kalah nanti!" - Hakim
"Itupun kalau kau boleh kalahkan aku." – Ian
Pada setiap hari Khamis minggu ketiga, tepat jam 3 petang, di sebuah kelas kosong, 12 buah kisah dipertaruhkan.
1... 2... 3, sudah lengkap ahli Kelab Misteri Jam 3. Hakim (si hati kering), Ian (si penakut) dan Linda (si cantik) saling bertukar cerita bagi merebut gelaran 'Putera/Puteri Misteri' bulan itu.
Tetapi, jika dilihat dengan lebih teliti... mungkinkah ada ahli keempat yang turut hadir dalam perjumpaan itu?
AMARAN:
Jika anda mudah takut, jangan baca cerita ini sendirian. Kelab Misteri Jam 3 tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa selepas membaca novel ini.
Di dalam buku ini, kita disajikan sebanyak 12 buah cerita pendek yang diceritakan oleh watak-watak di dalamnya iaitu, 3 sekawan yang bernama Linda, Haikal, dan Ian. Pada setiap bulan, mereka akan mengadakan perjumpaan selepas waktu sekolah untuk berkongsi cerita-cerita seram yang mereka perolehi daripada pelbagai sumber.
💭 Ironinya, di dalam cerita terakhir yang disajikan oleh Ian, ia seakan-akan mengisahkan tentang 3 sahabat ini. 🤔 Kebetulan pula, semasa sesi perkongsian cerita seram tersebut, mereka masing-masing mengalami beberapa kejadian aneh dan seram, sehinggalah detik mereka meninggalkan perkarangan sekolah pada malam itu. Pada keesokan harinya, mereka dikejutkan dengan sebuah berita yang amat mengejutkan!
💭 Saya sukakan konsep “cerita dalam cerita” yang ditampilkan oleh penulis dalam buku ini. Bukan hanya elemen seram, penulis membawakan elemen thrill dan juga misteri di dalam beberapa buah kisah seram tersebut. Reunion Terakhir adalah cerita seram yang buat saya rasa seram sejuk sangat 😰. Lebih-lebih lagi, saya mendengar muzik latar seram dari youtube semasa membacanya. Ending cerita amat menarik, kerana meninggalkan pembaca dengan tanda tanya dan bulu roma yang tegak!
sebenar bukan kisah seram semata. linda, ian dan hakim, ahli kelab mister jam 3. mereka berkumpul untuk bercerita tentang kisah-kisah seram dan misteri. setiap bulan, akan ada pemenang untuk dinobatkan sebagai putera/puteri misteri.
kali ini 12 kisah yang mereka ceritakan secara giliran. sedap juga kisah-kisah. kalau nak tahu 12 kisah tu, memang kena baca novel ni.
cumanya akak suka cara penulis menyampaikan cerita dalam cerita. dan, secara tak langsung penulis kaitkan situasi sekeliling dengan kisah dalam cerita yang disampaikan. tak adalah kira macam tiga watak ni bercerita bodoh aje, tak ada feel apa-apa.
akhir kisah pun best. tapi macam pendek sangat.
elemen seram, misteri tu memang ada. kita yang membaca ni pun sama dok jeling kiri kanan. ehh... ha ... gitulah perasaannya.
Situasi dalam novel ni mengingatkan zaman sekolah dulu. Ada sesi kongsi cerita seram, bergilir-gilir. Dan undilah cerita mana yang paling seram. Kalau nak lagi hardcore, buat tengah malam atau pagi buta. Confirm bertambah ahlinya.
Satu bentuk penceritaan yang menarik daripada Mimi Said. Cuma plot susunan cerita seram ni kena pandai timing jugak. Tak adalah macam kacau daun sikit. But overall, masih seram.