Ini cerita tentang Ahmad Abdul. Sepuluh orang penulis membina plot dalam setiap bab mengikut idea, gaya bahasa dan cara masing-masing. Bebas. Setiap bab ditulis secara berasingan. Tak seorang penulis pun tahu tentang apa yang ditulis penulis-penulis lain sehingga habis selesai keseluruhan novel. Trippy. Tunggang langgang. Skema. Rabak. Indah. Baik. Hancur. Pening kepala. Tenang dan apa-apa sahaja hal yang membingungkan. Ini antologi yang diujikaji. Novel yang dijadikan eksperimen kononnya boleh dan layak dipanggil sastera.
(1.5 bintang) Eksperimen untuk mengenengahkan kisah seorang penulis surat cinta – Ahmad Abdul – iaitu watak utama dalam novel ini yang mana setiap babnya ditulis oleh sepuluh orang penulis berlainan. Buku ini seperti permainan sambung cerita yang biasa dimainkan oleh pelajar sekolah, cumanya dalam bentuk tulisan.
Untuk 70% pertama buku ini, meski kisah Ahmad Abdul tidaklah terlalu luar biasa, hamba masih boleh membacanya dengan hati terbuka. Ada ketikanya juga hamba merasakan si penulis surat cinta itu menjadikan buku ini hampir membosankan namun sekali lagi itu masih tidak apa-apa. Lagi pula, hamba menyukai gaya penulisan hampir semua sepuluh penulis buku ini – tidak terlalu kaku dengan formaliti, tidak terlalu pasar dan tidak juga dikasari carutan.
Tetapi, sebaik sahaja watak Ahmad Abdul digantikan dengan Husein, hamba merasakan buku ini sudah sesat dalam ceritanya sendiri melainkan ia memang diterbitkan untuk membuat fikiran pembaca keliru dan tunggang-langgang. Jika begitu, tiga penulis terakhir dalam buku ini harus diberi bonus istimewa kerana berjaya mencapai matlamat itu. Hehe.
Walaubagaimanapun, mungkin juga cuma hamba seorang yang kesesatan jadi jangan diambil bulat-bulat apa yang hamba bebelkan dalam resensi ini ya. ;)
Kesimpulan akhir hamba: Ujikaji yang sangat menarik namun jika formulanya lebih kemas dan beberapa spesimen dikeluarkan atau digantikan, mungkin kejadian makmal diselubungi asap dapat dielakkan.
Biasa buku-buku penerbitan indie, atau self publish ni ada satu benda in common. Dia akan lari dari norma biasa. Mungkin sebab aku dah habis fasa novel cinta hard-core and cinta shoujo, jadi aku sentiasa mencari sesuatu yang baru. Looking at a first sight,this book doesn't intrigues me at all. Tapi apa yang buat aku nak beli ialah bab pertama. So aku nak ucapkan tahniah la dengan Mohd Jayzuan.
First aku tengok, dengan sepuluh orang penulis (sepuluh are you kidding me) boleh agak penceritaan akan menjadi celaru dengan penulisan BBNU dengan cara emo-ayat-berpuisi-but-it-actually-sounds-douchy, serius jadi tak minat. BUT! apa-apa pun kena mula membaca, at least sedikit, baru boleh decide whether or not my initial assumption is true. Dan baca bab pertama, tertanya ianya agak kelakar (that's what I looked for in Indie genre anyway, nothing too heavy).
Anyway, aku tertarik untuk mengetahui macam mana setiap penulis mencapai kesinambungan untuk setiap cerita dan bagaimana pembahagian plot, which I must say quite interesting, dilakukan. It was truly an applause for the editor I think, since the execution was a good one.
Dengan sepuluh penulis, untuk mengawal setiap details adalah agak susah. Since in the first chapter, a pre-assumption has been made by the reader. So, in every other chapter after the first one, it must be balance, or at least, continuous. Pada permulaan cerita kita sudah di hamparkan dengan tabiat Ahmad Abdul. Maka bab seterusnya, perwatakan Ahmad Abdul haruslah consistent dengan apa yang dinyatakan pada awal tadi. Oleh dengan itu, dengan intrepertasi setiap penulis yang berbeza, kita akan dapat satu olahan Ahmad Abdul yang menarik.
Hipotesis aku adalah, arahan yang diberikan kepada penulis ialah "Ahmad Abdul suka number 7", which every writer needs to incorporate that in their story. Walaupun aku ada perasan, beberapa bab yang cuba mengikut plot cerita yang diberikan dan pada masa yang sama, perlu juga mengikut ciri-ciri Ahmad Abdul yang telah ditetapkan tadi. Tapi ada yang nampak awkward here and there, tapi takpelah dimaafkan.
Perkembangan cerita yang juga menarik. Ada mungkin beberapa bab yang tidak continuous, tapi ianya tidaklah lari dengan apa yang cuba disampaikan. Maka ketidak-samaan itu adalah boleh diterima akal walaupun apa asalnya ianya sesuatu yang pelik. Plot cerita asalnya agak light, menjadi semakin lama semakin berat, which is unexpected judging from the cover. Good suprise I guess.
Kena dengan tajuknya, ini adalah sebuah novel eksperimental, sebuah ujikaji which I have to admit, a successful one. Tahniah untuk setiap penulis.
Jangan cuba mencari logika dan jangan sesekali mengerah paksa otak untuk membina hipotesis demi memahami Novel Eksperimental. Itu peringatan yang aku tatukan sebelum merelakan diri menjadi tikus makmal dalam ujikaji ini. Aparatus yang digunakan adalah minima tetapi sukar diperolehi iaitu telepati imaginasi.
Saat perkataan terawal mula dilafaz dan bergema dalam satu ruang dimensi, serta merta seluruh jirim jiwa disedut ke dalam kebuk vakum yang entah di mana letak lokasinya. Sunyi tanpa bunyi. Gelap beransur terang dan imej isi alam itu semakin jelas kelihatan. Sekelip mata kewujudan aku hadir dalam bentuk watak utama.
Hampir aku terlepas pintu keluar apabila leka memikirkan kesimpulan selepas tamat bab terakhir. Mujur tidak terperangkap selamanya. Minda berjaya memanggil kembali ingatan awal. Sambil menghela nafas lega, buku aku tutup seperti menyimpan kembali permainan papan Jumanji atau kali ini lebih mirip kepada Zathura. Eksprimen tamat.
Novel Eksperimental ini ditulis oleh sepuluh orang penulis secara berasingan dan tiada seorang penulis pun tahu tentang apa yang ditulis oleh penulis-penulis lain sehingga buku ini selesai ditulis? Seriously? Aku tak percaya. At least penulis bab seterusnya tahu tentang cerita yang dah ditulis 10%. Sebabnya dari bab ke bab yang lain ada continuity. Mustahil la. Ini cuma eksperimen yang dibuat-buat. Maybe editor yang wujudkan continuity itu? Kalau begitu tak payah tunggang perkataan eksperimental. Kasi tajuk lain.
Permulaan buku ini fun. Dibuka dengan baik oleh salah seorang penulis favourite aku, Mohd Jayzuan. Ahmad Abdul ialah watak kelakar tanpa mencuba. Seterusnya cerita diteruskan oleh penulis lain dan aku rasa masih okey. Tapi bila fokus utama cerita ini ditukar kepada Husein, aku rasa agak potong di situ. Terus macam tak best. Aku lagi enjoy baca tentang si Ahmad Abdul yang hopeless romantic tu. Tapi kira ok la penulis terakhir iaitu Meor Hailree berjaya kembalikan sensasi cerita ini. Syabazzz!
Setiap penulis ada gaya penulisan sendiri. Aku takde masalah dengan perkara ni. Kita manusia ada yang suka ada yang tak berapa suka. Jadi tiga penulis yang aku rasa tulisan diorang dalam buku ni best ialah Ayie, Seyn (seperti dalam Rawsak dan Travelog Rabak tak mengecewakan!) dan Meor Hailree. Tiga penulis yang tak berapa best ataupun tenggelam di kalangan penulis-penulis lain ataupun sekadar biasa-biasa je ialah Habibah Alyahya, Lang Rahman dan Xalleh Razak (sori ya).
Cinta ni tak perlu deep sangat. Cukup sekadar bila kau hanya lihat tweet partner kau, hati kau dah berbunga2. Terlalu deep akan buat hati kau semak. Percayalah! Ini eksperimen tanpa radas dan tanpa tujuan. Yang ada cuma hipotesis. Semakin rabak dan hancur suatu penulisan, semakin sastera karya tersebut. Tahniah, hipotesis diterima. Awak, bila awak kelip mata, saya rasa nak kelip mata. Bila awak senyum, saya nak senyum. Ahh..mengada!
Ini cerita tentang Ahmad Abdul. Ini cerita cinta tragis Ahmad Abdul. Cerita cinta yang dikarang oleh 10 orang penulis. Bakal menjadi kisah cinta agung. Lebih agung dari kisah cinta cliche ratus-ratus mukasurat.
Sesuai dibaca ketika -Menunggu teksi/bas etc.@kenderaan awam. -Menunggu nombor giliran dipanggil di bank. -Dalam tandas. -Sebelum tidur. -Sedang sarapan. -Etc.
aku habiskan baca buku ni dalam masa 2 hari ketika aku bercuti bagi menyambut hari raya aidiladha tempoh hari, ada beberapa penulis yang memang menjadi kegemaran aku menulis di dalam buku ini, dan aku tertarik dengan idea untuk mewujudkan sebuah novel dalam cara sebegini rupa. Tahniah rabak-lit.
Aku suka buku ni sebab salah satu bab ditulis oleh seorang penulis yang power yakni Xalleh Razak. *sila belanja aku zine terbaru kau beserta tanda tangan kau lepas ni. Dan, anggap ini sebagai rasuah. hehe.
Memang benar novel ini eksperimental..walaupun bereksperimen,ia menjadi novel yg menarik dan menghiburkan...tetap terhibur bila membacanya walaupun kdg2 terasa pelik dari plot dan jalan cerita yg beza antara bab..hehe..thanks rabaklit..good books & great works..