Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hantu Punya Bos!

Rate this book
Sinopsis :

BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

592 pages, Paperback

First published August 1, 2013

15 people are currently reading
242 people want to read

About the author

Dekna Lee

13 books45 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
62 (30%)
4 stars
58 (28%)
3 stars
59 (28%)
2 stars
16 (7%)
1 star
9 (4%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Puteri Novella.
56 reviews7 followers
November 12, 2013
Hantu Punya Bos! By Dekna Lee Terbitan Love Novel Publication

Abby bekerja sebagai seorang PA kepada Arrayyan Zainuddin kerana terdesak atas sebab? ;) walaupun sebenarnya Abby sendiri ketahui bagaimana hantunya bekas bos kepada Diela itu. Diela merupakan rakan baik Abby dan bekas kepada PA Arrayyan. Diela berhenti kerja kerana tidak tahan akan sikap hantu bosnya itu. Sikap hantu yang bagaimana? ;)

Sepanjang Abby bekerja dengan Arrayyan, dia sering dijerkah dan ini mengakibatkan Abby sering melatah kerana terkejut. Pelbagai peristiwa yang mencuit hati dan buat anda tidak kering gusi dengan kerenah Abby dan bosnya yang hantu itu.

Oppsss...Arrayyan jatuh cinta kat Abby...hohoho

Pelbagai perkara yang dilakukan Arrayyan supaya Abby sentiasa berada di hadapan matanya. Antaranya, Waktu rehat Abby dipotong sehingga hanya 30 minit, meja Abby diletakkan dalam ofisnya dan ;)

Arrayyan membawa Abby ke Melaka, kononnya outstation selama 3 hari. Sebenarnya kerja tersebut selesai dalam masa sehari je. Hari yang selebihnya ialah masa untuk Arrayan memikat hati Abby. Sangat melucukan, mencuit hati dan menghiburkan.

Akhirnya, mereka couple. Yeah!!! Arrayyan di ofis memang 'Hantu Punya Bos' tetapi bila bersama Abby, alahai, sungguh romantik dan manja. I'm melting.

Hubungan mereka goyah apabila Wandi muncul dengan membawa ;) . Sakit hati sungguh hati ini bila Arrayyan percaya kata2 Wandi. Abby dihina tanpa disiasat terlebih dahulu.

Adengan pujuk memujuk yang mencuit hati. Kihkihkihkih ;)

Paling lawak sewaktu akad nikah. Apa yang terjadi hahahah :) bukan salah akad tapi ;)

Hantu Punya Bos sebuah novel yang berjaya mengurangkan stress pu3 disaat final semakin tiba. Ketawa sakan hinggakan rakan yang lain asyik pandang je. Janji happy.
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
September 11, 2013
Romentik komedi. Kisah cinta yg ringan, konflik pun sket² je... merajuk, pujuk, merajuk, pujuk...

Tertarik utk beli & baca sbb ayat² dlm criter ni rasa lawak sgt masa bc kat blog. Rasanya kekuatan novel ni terletak kat ayat² komedinya yg tersendiri...

Permulaan yg baik utk penulis baru & muda rumaja mcm Dekna Lee ni..
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
993 reviews119 followers
October 27, 2013
Orang cakap best tapi bagi saya, cerita ni macam budak2 je, childish lah memandangkan hero kita dah 31 tahun. Bagi Joy, ok je cerita nie. Heroin kita pun childish jugak. Fikiran dan perlakuan mereka tak realistik sampai susah Joy mau telan dan percaya.

Sorry ya sebab tak berkenan sangat dengan cerita ini.
Profile Image for Alfa  Syamimi.
14 reviews9 followers
November 24, 2013
Mula-mula baca, gelak sakanlah jugak. Tak tahan bila imagine macam mana Abby melatah depan Arrayyan. Suka dengan watak clumsy macam Abby.

Tapi mood agak spoilt bila part diorang dah start couple tu. Mungkin, uhm.

1 - I just don't like the way diorang address themselves. Bee- Sayang (ke?). Agak geli r.

2 - Masing-masing sering cakap kalau lepas nikah, macam-macam boleh buat. CZontoh macam Arrayyan pernah kata kat Abby, kalau lepas nikah bolehlah nak -- or --. Sedangkan, masa tu, musim couple tu pun diorang dah pegang-pegang tangan, usap-usap pipi.

3 - konflik agak berulang, kot? Tak tahulah kalau orang lain. Tapi macam mula-mula Arrayyan merajuk, Abby pujuk. Tak lama kemudian, Abby , merajuk, Arrayyan pulak pujuk. Then, Arrayyan tampar Abby, Abby pulak tampar Arrayyan.

# HM. let's just say, part lepas couple tu yang merudumkan sikit mood. overall, best! hee.. tapi for sure tak boleh disangkal best, sebab penulis selitkan dialog mandarin sekali. rasa heaven baca dialog dorang setelah lama saya tinggalkan bahasa tu. huhu.

THNX Dekna Lee. ^_^
5 reviews
December 5, 2013
One word to describe this book; funny. I had an enjoyable read. Actually I tak kisah sgt la novel yg pakai bahasa pasar ni kan, sempoi gilo but I loike! Mmg kena dgn jiwa I. Novel bertemakan romantik komedi ni tak banyak konflik sangat, a light reading. So to those yg nak luangkan masa dan tak nak baca bahan2 yg buat fikiran bserabut, this is the one. Mungkin penggunaan bahasa agak kasar bagi sesetengah readers, but for me, I have no problem at all. To Dekna Lee, cant wait for your next output. Suka watak heroin, soooo me. Haha.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
June 17, 2021
Ayan & Abby 😍
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
January 5, 2014
Nur Baity Jannati (Abby) adalah seorang gadis yang lurus bendul dan kuat melatah. Dia terpaksa bekerja dengan Arrayyan Zainudin, seorang bos yang garang dan suka sangat menjerkah para pekerjanya, untuk menampung ibunya yang tengah sakit. Sikap Abby yang lurus dan suka menjawab membuat dia sering di marahi oleh Arrayyan dan dengan itu mereka lebih mengenali diri masing-masing. Lama-kelamaan mereka mula jatuh cinta. Arrayyan mula menunjukkan sikapnya yang manja dan 'protective'. Abby juga mula menunjukkan sifatnya yang manja dan mengambil berat. Perjalanan cinta mereka ada cubaan tetapi mereka dapat mengharungi ia bersama. Bila ada yang merajuk, ada yang memujuk. Mereka saling menyokong dan memerlukan. Perhubungan mereka direstui keluarga dan akhirnya mereka disatukan.
Sweet sangat.
Profile Image for Ayana Fey.
6 reviews
October 29, 2013
3* untuk effort penulis kerana berjaya menghasilkan sebuah novel.

Mungkin kerana faktor usia, jadi saya tak boleh nak 'klik' dengan novel ini. Mungkin sesuai dengan muda-mudi tetapi untuk pembaca berusia 30-an seperti saya, kening asyik ternaik sahaja bila tiba bahagian yang dikatakan lawak itu.

Ada typo here and there yang sedikit mengganggu kosentrasi. Mungkin pada orang lain itu semua tidak mengapa, tetapi untuk seorang minor OCD seperti saya, itu sedikit menjatuhkan mood hendak membaca.

Apa-apa pun jika mahukan kisah ringan dan tidak mengusutkan kepala, anda boleh cuba novel ini.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
September 23, 2013
Okay lah cerita ni. If you want to look for something light to read this will be it. It's also a romantic comedy. The comedy is funny enough without trying too hard. ✌️
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
September 22, 2017
Misi memburu novel yang diadaptasi ke drama atau filem bermula awal bulan lagi sebab terlebih rajin guna khidmat pakcik Google. Dah lupa ini novel ke berapa hari ni saya baca. Sebab dah jadi drama kan so skip forward je la.

Saya tak nafikan dialognya lucu, terlebih gula pun ya dan kadang-kadang keanak-anakkan. Dan mungkin dah jadi resepi novel romantik di mana konfliknya pi mai pi mai tang tu.

Tapi terbaik la si Abby ni. Dia punya latah boleh bawa maut. Dan Abby memang mesra alam. Dan sikap Abby ni memang sesuai dengan Bos Hantu tu sebab dia jenis tak kisah. Dan sikap tu juga la yang buat si bos jatuh hati.

Arayyan ni masa dah jatuh hati memang 180 darjah dia punya feel. Macam tak padan dengan usia. Goli goloman pun ada. 😆😆

And thank God watak pembantu dalam novel ni memang betul membantu dan bukan sekadar tempelan saja.

Tapi sapa ya edit novel ni? Biasalah error ni kadang-kala annoying sebab macam tak patut ada. Bukan nak cerewet tapi macam beli baju la. Kalau dah beli tapi tak padan mesti nak tukar kan. Tapi novel boleh ke tukar?
Profile Image for Izzy Fadell.
5 reviews
April 10, 2023
This book is good to read when you are not looking for a heavy reading materials. It is the kind of book that you read when you want to kill time with the side effect of laughter.

I enjoy the amount of comedies author poured into this story. The first time I read this book was when I was 14. "Hantu Punya Bos!" was a fun read for me back then as it still does today. I bought another copy online because I love to hold a book when I read, rather than through screen.

The only part that doesn't sit right to me is that how fast-paced the relationship is between Arrayyan and Abby. Other than that, I was fully entertained with this book.
129 reviews3 followers
September 29, 2021
cerita yang sangat menghiburkan! geli hati dengan gelagat dan perangai bos nya hahahha. sesuai dibaca sewaktu santai santai dan masa lapang. saya baca dalam ebook dari esentral. overall sangat memuaskan dan mudah! sesiapa yang masih tercari cari buku ni, boleh dapatkan ebook dia di esentral punya website. nah saya kasi link sekali

https://www.e-sentral.com/book/info/4...
Profile Image for Miya.
4 reviews
December 9, 2018
Tak boleh masuk. So immature, skipped to ending
Profile Image for Always smile.
52 reviews15 followers
August 29, 2020
SAYA JUAL RM8(PRELOVED) untuk novel ini.
Mesej jika berminat.

Mungkin bukan taste aku... Hmm
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
November 24, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...

“His! Cakap orang ni sayang, jangan peduli... bak kata Chris Colfer, ‘when people hurt you over and over, think of them like sandpaper. They may scratch and hurt you a bit, but in the end, you end up polished and they end up useless.’ Nak puaskan hati orang sangat susah. Nak puaskan hati sendiri senang tapi kita aje yang tak sampai hati selagi tak puaskan hati orang lain, ya tak? Jangan hiraukan cakap-cakap mereka. Mereka ada mulut. Bila dah bosan nanti mereka akan berhenti sebab dapat tahu ‘kerja’ mereka tu siasia dan buang masa. Hanya tambah dosa,” kata Arrayyan dengan tenang.
10 reviews27 followers
December 10, 2013
Bagi saya buku ni 'just nice'. Masa Abby mula-mula bekerja dengan Arrayyan kelakar gila sampai ketawa terbahak-bahak. Tapi bila part diorang dah bercinta tu bagi saya so-so. Nak kata boring, tak sangat. Nak kata best/romantik pun tak sangat. Yang penting cerita tak meleweh dan meleret-leret. But what i love the most dalam cerita ni bila keluarga Arrayyan dan Arrayyan sendiri tak pandang darjat. Hubungan diorang direstui. Bahasa yang digunakan pun sangat sempoi tapi banyak gila typing error dan ada ayat yang tertinggal dan korang kena pandai-pandai buat ayat sendiri. Keseluruhannya... 3 stars :)
Profile Image for nell.
39 reviews2 followers
April 3, 2014
** i'm pushing myself to finish this book.
** my mistake, i'm judging this book way before i read it.
** turns out, it's the same as what i've thought before.
** reading this book is like reading a message conversation between a love bird. The only different is I read it on paper instead of on the phone.
** kelakar but there's something wrong in me to dislike this book.


#pardonmygrammar
(saya review in english supaya bahasa saya lebih 'sedap' dibaca.) ^___^
Profile Image for Mizzef.
6 reviews
August 20, 2014
"Ini bestseller"

"The writer menang some kind of award from a particular bookstore"

"Give it a try!"

Itu antara kata2 'pujukan' adik-adik saudara berkenaan dengan buku ini. And as I was trying to be fair and don't want to make a judgement before I even read the story, I gave it a try.

I got comfy on my bed...turn to page 1 and i go hurmm...2...ok....3..hah!...4...oh god! and up to page 30, I. Gave.Up!

DNF. Not really my cup of tea.
Profile Image for Jaja.
14 reviews2 followers
January 2, 2014
sepanjang baca cerita ni saya asik gelak saja. cukup suka pada watak abby yang kuat melatah. mungkin kerana faktor usia cerita sebegini cukup kena pada jiwa saya. tahniah pada cik penulis kerana berjaya melakar cerita begini untuk bacaan remaja seperti saya yang sukakan cerita romantik komedi. 5* untuk HPB!
Profile Image for Jessica.
171 reviews
March 6, 2015
2015 - Novel #13

Arayyan yg sengal dan garang. Semua pekerja dia nak jerkah. Dingin sampai PA dia kena bahan. Kesian Diela. Sampai sumpah seranah kat Arayyan tu.

Si Abby yg melatah & suka melawan membuatkan Arrayyan bengang.

Bila diaorg start bercinta... kelakar. B & Sayang. Agak geli dgn gelaran tu. Kelakar dengan pasangan nih. Menghiburkan. menarik pada saya. Silakan membaca...
Profile Image for Hadiati Bakri.
11 reviews2 followers
February 27, 2015
Mula baca buku ni saat mood membaca merudum jatuh, and u know what, it brings back my mood! Really enjoy this book. Can't stop smiling and laughing while reading it. Paling tak boleh nak tahan ketawa at page 558 bila Arrayyan tersepak dulang hantaran. Hahaha... serious... funny gila! No wonder it is a bestseller. Congrats writer, keep on writing ya.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 29, 2016

Novel nie mampu release korangnye tension..
Cerita yang sangat kelakar..
Mampu mebuatkan korang gelak sorang-sorang..
Gaya penulisan yang simple..
Jalan cerita yang ringkas dan menarik..
Yang bestnya bukan takan kelakar..
Geram menyampah dan marah pun boleh feel bila baca novel ini..
Sesuailah dengan tajuk dia "Hantu Punya Bos!"
Profile Image for Wee.
66 reviews1 follower
August 31, 2014
after seminggu. haha. Alhamdulillah. kurang lagi list pending..
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 23, 2022
Its a romantic comedy…bossnye mmg hantu pon..ade je benda tak kene..ade je nak cari pasal… kelakor..
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
April 26, 2017
Jalan cerita yang sangat easy and klishe for me. And the sweetness of Abby and Arrayan sangat manis.

Abby - Seorang kawan yang baik pada pandangan Diela(kawan karibnya) . Seorang anak yang taat dan bertanggungjawab, sanggup ambil cuti seminggu daripada kerja semata-mata ingin menjaga ibunya yang ada penyakit diabetes. Seorang kawan pe-kerja yang humble sehingga membuat orang sekelilingnya berasa selesa untuk berkawan dengannya. Seorang kekasih yang sangat memahami, sweet, garang grrr i like. Abby bukan seorang yang pendendam walaupun dia dicurang oleh bekas kekasih dia iaitu Wandi. Dan paling penting sekali seorang perempuan yang suka melatah tak tentu pasal membuat saya ketawa bila baca novel ni. Ada ke patut bila melatah tu, dia boleh tertampar bossnya tanpa sengaja. Nasib baik bossnya tu redha jerhh ngan pekerja dia.

Arrayan - Seorang boss yang sangat garang dan angkuh pada mulanya sehingga dia mem-bully Diela(bekas pekerja PA dia dan kawan baik Abby) sampai Diela give up dengan kerjayaan dia. Tapi character Arrayan bertukar semenjak kemunculan Abby sebagai PA baru dia. Pada mulanya, mereka seperti anjing dan kucing yang suka bergaduh bila bersemuka. Tapi lama-kelamaan dari benci jadi sayang sampai dia selalu angau tentang Abby. Seorang kekasih yang sangat romantik, kuat cemburu, happy-go-lucky. Ada sekali tu, dia tampar Abby bila dia dapat kad pertunangan Abby dan Wandi. Padahal itu adalah fitnah dan tidak betul. Arrayan tidak membuat siatan sebelum dia luahkan watak dayus dia itu. Tapi nasib baik Abby tu seorang yang pemaaf yang boleh diberi peluang yang kedua. Seorang anak yang manja sehingga suka menyakat ibunya and so on.


So to me it's not kinda of my taste bila baca novel because i wanna more than this but it's okay janji kemanisan Abby dan Arrayan membuat saya suka dan tersenyum dengan kebahagiaan mereka.
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.